Anda di halaman 1dari 5

Definisi Peribahasa

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang
tetap, rapi serta mempunyai pengertian yang tertentu.

Makna Tersirat
Makna peribahasa itu berkaitan dengan sikap dan perlakuan manusia yang
digambarkan dengan pelbagai situasi yang dengan sikap dan perlakuan
manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan
alam sekeliling seperti benda, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Tujuan atau Peranan Peribahasa


Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran dengan cara yang
sopan dan halus.

Jenis-jenis Peribahasa
1.
2.
3.
4.
5.

Perumpamaan
Simpulan bahasa
Bidalan
Pepatah
Kata-kata Hikmat
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat
kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau
kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat
rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Air dicencang tidak akan putus

Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya
akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama
setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan
putus.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang
surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga
kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini
tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama
air, sampah ke tepi juga akhirnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada
buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan
pendapat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat
keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah

Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal
harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya
percaya alah membeli, menang memakai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana
wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di
kampung itu tidak berjaya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain
Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang
nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah,
seperti lembu dicucuk hidung
---------------------------------------------------------------------------------------------------Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan
melakukan sesuatu yang susah
Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah
di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah
melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.
----------------------------------------------------------------------------------------------------Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa
keputusannya begitu teruk sekali. Sedangkan semuanya indah khabar
daripada rupa, keputusan Ali sangat memberangsangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kacang lupakan kulit


Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah
menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti
kacang lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil
bantuan Amar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan
aman Bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas
hujan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung
sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara
disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------UPDATE:
Ada udang disebalik batu
Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang
berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang. Ruparupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------Melentur buluh biar dari rebungnya
Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda
supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik
dari kecil lagi. Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari
rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah
sikap buruk anaknya itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada
permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak

tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu. Kegigihannya


ibarat hangat-hangat tahi ayam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------Diam-diam ubi
Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan
kepada orang lain.
Contoh ayat: Diam-diam ubi, anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam
peperiksaan kebangsaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------Menjaga tepi kain orang
Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.
Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia
suka menjaga tepi kain orang.

Anda mungkin juga menyukai