Anda di halaman 1dari 6

Ada air adalah ikan.

Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah
ikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada gula adalah semut

Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang
berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata
peribahasa ada gula adalah semut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air dicencang tidak akan putus

Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik
semula kerana air dicencang tidak akan putus.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air pun ada pasang surutnya

Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup
mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air sama air, sampah ke tepi juga

Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula
kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga
Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam
tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang
kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah bisa, tegal biasa

Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia
telah melakukannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah membeli, menang memakai


Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan
tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang
memakai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah sabung, menang sorak

Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-
citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain

Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri
mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok
apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata
Afiq.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa keputusannya begitu teruk sekali.
Sedangkan semuanya indah khabar daripada rupa, keputusan Ali sangat memberangsangkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit apabila Najib
mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman Bersih semalam terlalu banyak
seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-
jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE:
Ada udang disebalik batu
Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.

Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan
hasrat untuk meminjam wang. Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melentur buluh biar dari rebungnya

Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.

Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik dari kecil lagi. Barulah dia sedar kalau
hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap
buruk anaknya itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hangat-hangat tahi ayam

Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila
sudah mula bosan.

Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia
memasuki pasukan itu. Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diam-diam ubi

Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan kepada orang lain.

Contoh ayat: Diam-diam ubi, anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan kebangsaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjaga tepi kain orang

Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.

Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia suka menjaga tepi kain orang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ONTOH AYAT M A KS UD
Saiful digelar Abu Jahal kerana perangainya yang jahat. Orang yang jahat
Siti ada bakat dalam bidang tarian. Mempunyai keupayaan
Abdul ada hati untuk membeli komputer yang mahal itu. Mempunyai kemahuan /
keinginan
Encik Razlan ada jalan untuk menyelesaikan masalah kekurangan Mempunyai kaedah / cara
aset syarikat tersebut.
Air muka Azira berubah apabila cikgu disiplin masuk ke kelasnya. Wajah
Zairul memakai alas kaki sebelum bermain bola. Kasut
Amirul makan sepinggan nasi goreng untuk alas perut. Makan saja untuk menahan
daripada lapar
Sebelum pulang ke rumah, kami ambil angin di Zoo Negara. Bersiar-siar / berjalan-jalan
Bapa ambil berat akan pelajaran anaknya. Memberi perhatian /
mengambil tahu
Sebagai anak dagang, Zaim pintar mengambil hati penduduk Orang asing / merantau
tempatan.
Faiz ialah anak emas bagi keluarganya kerana dia merupakan anak Anak yang sangat disayangi oleh
tunggal. keluarga
Raja Abu Bakal dilantik sebagai Tengku kerana beliau Anak raja dari keturunan raja
merupakan anak gahara. yang tulen
Rakiah seorang yang suka angkat diri. Sombong
Halim angkat kaki segera semasa mendengar bunyi yang Cabut diri daripada sesuatu
menakutkan di rumah kosong itu. tempat dengan tergesa-gesa
Nurul tidak angkat muka apabila dimarahi oleh ibunya. Tidak tahu gentar / takut
Encik Samad telah melalui banyak asam garam kehidupan. Sangat banyak pengalaman
hidup
Jordan bersikap atas pagar untuk mengelakkan perbalahan itu Seseorang yang tidak
menjadi runcing. menyebelahi mana-mana pihak
Ali digelar ayam jalak Taman Mewah kerana telah berjaya Orang yang berani
menangkap pencuri tersebut.
Ramal telah menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak. Orang harapan di dalam sesuatu
pertandingan
Kita harus menggunakan bahasa dalam apabila berkata dengan Bahasa istana
sultan.
Biasanya, Amin dan Ali menggunakan bahasa pasar dalam Bahasa percakapan yang tidak
pertuturan seharian. mengikut tatabahasanya
Razif senang mendapat kawan kerana dia seorang yang banyak Bercakap banyak
mulut.
Ramesh menjadi batu api antara Saleh dan Zaif sehingga hubungan Orang yang menyebabkan
persahabatan mereka renggang. pergaduhan antara dua pihak
Hasil bekas tangan ibu Aiman sangat cantik. Hasil buatan seseorang
ONTOH AYAT M A KS UD
Walaupun baru mula bekerja, Raga sudah berat mata. Berasa mengantuk
Azizah seorang yang berat mulut dan pemalu. Orang yang pendiam
Pengadil itu telah digantung khidmatnya kerana bersikap berat Tidak adil
sebelah.
Sikap berat tulang Zafrul menyebakan dia selalu dimarahi oleh Malas
bapanya.
Salim ialah seorang yang besar diri. Sombong / bongkak
Datuk berasa besar hati apabila tahu cucunya akan pulang ke Bangga / gembira
kampung.
Selepas tamat pelajaran, Amin berbintang terang sebab mendapat Bernasib baik
pekerjaan yang baik.
Kakak menerima buah tangan daripada ibunya. Hadiah
Mereka buka langkah seribu sebaik sahaja dikejar oleh seekor Melarikan diri sebab takut akan
harimau. sesuatu
Fatimah buka tembelang bahawa Siti sebenarnya tidak belajar di Membocorkan rahsia yang
sekolah terkemuka itu. tersimpan
Buku lima singgah di muka pemuda itu sebab cuba mencuri roti di Penumbuk
sebuah kedai runcit.
Encik Lazim dan keluarganya bulat fikiran unntuk berpindah ke Tetap fikirannya
Bandar Mahkota.
Alia bulat hati untuk membeli baju itu walaupun harganya sangat Tetap hati dan bersugguh-
mahal. sungguh
Sungguhpun dia buta hati, bagaimanapun dia tidak pernah Gelap fikiran / tidak menerima
berputus asa. pengajaran orang
Ahmad seperti cacing kepanasan apabila permohonannya untuk Orang yang selalu gelisah
belajar di sekolah berasrama telah ditolak.
Puan Siti mempunyai tujuh orang cahaya mata. Anak
Penduduk Taman Melati sudah mengetahui Puan Linda suka cakap Membesarkan diri sendiri
besar.
Tulisan Syafiq cakar ayam hingga susah dibaca oleh cikgunya. Tulisan sangat buruk
Pak Ali tidak suka campur tangan dalam masalah keluarga orang Melibatkan diri / ambil tahu
lain.
Setiap petang, Radim suka melepak di pusat beli-belah itu Membuat kerja yang sia-sia
seperti cangkul angin.
Saidin cari akal tentang cara untuk menyelesaikan soalan sejarah Memikir
yang susah itu.
Ibu bapa Syafiq cerai hidup sejak dia masih kecil lagi. Suami dan isteri yang
perpisahan
Azman kecewa apabila dipaksa cerai kasih dengan tunangnya. Putus percintaan
Tidak boleh percaya dengan cerita yang dikhabarkan oleh Hafeez Berita yang tiada berasas
sebab itu semua cerita burung belaka.
ONTOH AYAT M A KS UD
Ia lebih bagus mati daripada hidup bercermin bangkai. Menanggung malu akibat
sesuatu kejadian
Badannya macam cicak kubin selepas makan dadah. Sangat kurus
Kelakuan Siti yang lemah lembut telah mencuri hati Raymond. Memikat hati / jatuh suka
Fazrul curi tulang tidur di pondok apabila orang lain sibuk bekerja Malas bekerja
di dalam pejabat.
Aizat amat yakin dengan latihan yang gigih, kejayaan mesti Sesuatu yang tentu akan
berada dalam tangannya. diperoleh
Safina mencuri dompet Cikgu Roslan telah mendapat Denda / kena pukul
bahagian masing-masing daripada guru besar.
Encik Syed mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di Menerima khabar
Sydney.
Hafiz bukanlah orang lain dalam keluarga Puan Nurul, malah darah Saudara mara sendiri
dagingnyasendiri.
Sira darah gemuruh apabila dia dipanggil oleh cikgu displin. Mudah rasa gugup
Pemuda yang biasa bertunang dikatakan berdarah manis dan Mudah mendapat bahaya
wajibkan sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.
Para remaja kini terlalu banyak mengikuti darah Semangat atau perasaan tidak
mudanya sehingga sanggup menderhaka kepada ibu bapa. sabar
Berhati-hati apabila beritahu dengan bapanya kerana dia darah Orang yang cepat marah
panas.
Baldi yang besar di depan hidungnya tidak kelihatan, terutama Sangat dekat
kalau diminta mencari jarum.
Detak hatinya berkata bahawa bapanya masih hidup. Perasaan / kata hati

Anda mungkin juga menyukai