Senarai Pantun Yang Boleh Digunakan Dalam Karangan
Senarai Pantun Yang Boleh Digunakan Dalam Karangan
Pantun boleh digunakan dalam penulisan karangan. Jika anda memasukkan pantun dalam karangan, kualiti serta nilai karangan akan bertambah baik. Berikut ialah beberapa contoh pantun peribahasa untuk anda gunakan dalam karangan anda.
Ombak badai menggulung-gulung
Kelasi terdampar di tepi pantai Hajat di hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai Maksud: Bercita-cita besar, namun tak tercapai.
Budak-budak bermain rakit
Rakit buluh tolong buatkan Harap-harapkan guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian
Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati Kasih sayang tak boleh bercerai Bagaikan rambut bersimpul mati Maksud: Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat
Burung puyuh burung taktibau
Terbang tinggi si burung bayan Di dalam kilat ada kilau Rupanya awan mengandung hujan Maksud: Orang yang berpura-pura baik tetapi sebenarnya ada niat tidak baik
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi Maksud: Sia-sia melakukan sesuatu kerja jika tak cukup kepakaran dan kemahiran
Ayam hutan terbang ke hutan
Turun ke tanah mencari makan Kerana digila burung di hutan Denak di rumah mati tak makan Maksud: Sanggup tinggalkan seseorang yang dekat kerana dapat orang baru
Orang gagah pergi berperang
Terlalu berani lagi perkasa Gajah mati meninggalkan tulang Manusia mati meninggalkan jasa Maksud: Hidup biar berjasa supaya mati dikenang orang
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari Maksud: Kebahagiaan yang hanya sementara/ ujian yang datang tanpa diduga
Kalau mandi pergi ke tebat
Tunggu malam bulan mengambang Kalau berjanji tak pernah tepat Macam biawak lidah bercabang Maksud: Orang yang suka berdalih-dalih dan mencipta pelbagai alasan
Dara bersimpu dihujung bendul
Sambil leka bersembang-sembang Cakap tidak pernah betul Macam lidah tidak bertulang Maksud: Orang yang kuat menipu dan tak boleh dipercayai
Berbunga lebat pohon rambutan
Hinggap tempua berjuntai kaki Bila dapat memandang bulan Jangan lupa rumput di bumi Maksud: Jangan lupa diri dan asal-usul setelah menempa kejayaan
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri
Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri
Satu dua tiga empat Lima enam tujuh setengah Sepandai-pandai tupai melompat Sekali sekala jatuh ke tanah Maksud: Betapa pintar dan liciknya orang yang berbuat salah, suatu hari akan tertangkap juga akhirnya.
Satu tangan jarinya lima
Dua tangan jarinya sepuluh Saya tanam pokok delima Mengapa peria pula yang tumbuh? Maksud: Berbuat baik pada orang tetapi dibalas dengan kejahatan
Gesek biola tiup serunai
Sayu dara berhati walang Putih mata si burung punai Kayu ara ditunggu helang Maksud: Gadis pingitan yang dikawal rapi oleh ayahnya
Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya Pipit hendak bertenggek ke ranting Sudikah enggang bertenggek sama? Maksud: Ingin melamar seseorang yang berbeza darjat dan tarafnya
Pendekar handal di tengah gelanggang
Pendekar bergelar Raja Saksama Bagaikan pipit dengan enggang Manakan boleh terbang bersama? Maksud: Orang yang tak sama taraf dan darjat tak boleh berbaik dan berkawan rapat
Pergi ke rumah Cik Mariam
Ramai orang tengah berjaga Carik-carik si bulu ayam Lama-lama bercantum juga Maksud: Adik beradik yang bergaduh, lambat-laun berbaik semula
Anyam sarung ketupat pulut
Ketupat hendak direbus juga Tidak sudahnya seluang melaut Akhirnya kembali ke pantai juga Maksud: Orang yang merantau jauh sampai masa pulang ke tempat asalnya
Bukan saya condong ke dulang
Saya tak mahu condong ke desa Biar saya berputih tulang Saya tak mahu berputih mata Maksud: Sanggup berjuang mati-matian kerana tak sanggup kecewa
Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa Rela kumati berputih tulang Tidak kumahu berputih mata Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan kerana tak sanggup kecewa
Cabang apakah tidak bergetah
Kiranya embun turun pagi Tanah tak lekuk kayu tak patah Ular dipalu mestilah mati Maksud: Buat sesuatu kerja biarlah cermat supaya siap sempurna
Petani pergi ke bendang
Tangkap keli masuk ke bakul Sungguh berat mata memandang Berat lagi bahu memikul Maksud: Orang yang menanggung masalah lebih menderita daripada orang yang melihat penderitaannya
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas
Maksud: Sudah terlalu lama menunggu dan bersedia sehingga masanya
Bunga telepuk kembang separak
Kembang bersusun setiap batang Awan bertepuk mega bersorak Bulan terbit dipagari bintang Maksud: Lelaki tampan yang dikelilingi wanita-wanita cantik
Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga Dengan sebab nila setitik Habis rosak susu sebelanga Maksud: Satu kesalahan telah menyebabkan semua orang terkena tempiasnya
Hulubalang pergi berperang
Gempita bunyi gendang dipalu Jangan suka serkap jarang Nanti sendiri yang terima malu Maksud: Main teka-teka atau tuduh-menuduh
Tarik dayung berderap-derap
Hendak melawan sampan kotak Dia ibarat si bunga dedap Sungguh pun merah berbau tidak Maksud: Gadis cantik tetapi tidak mempunyai nilai kesopanan
Lalu di depan bongkok menunduk
Tanda hormat tidaklah takbur Ibarat telur di hujung tanduk Jika tergolek pecahlah bersembur Maksud: Berada dalam keadaan yang sangat bahaya
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisi inti Hancur daging tulang berkecai Belum dapat belum berhenti Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan sehingga akhir hayatnya
Tampi melukut di hujung tambak
Orang kota memasang rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai Maksud: Jika takut cabaran, jangan pura-pura berani
Limau purut lebat ke pangkal
Daun selasih di dalam raga Kalau kail panjang sejengkal Lautan dalam jangan diduga Maksud: Jika tak cukup persediaan, jangan berhajat atau berlagak besar Angin turun bersama ribut Melanda segala apa jua Kasih ibarat embun di rumput Datang panas keringlah ia Maksud: Kasih yang kemungkinan besar akan berubah hati
Kayu keras si kayu kempas
Alas tempat orang berjudi Ada beras kerja pun deras Ada padi kerja pun menjadi Maksud: Jika ada kemahiran dan keupayaan, segala kerja mudah dilakukan