Anda di halaman 1dari 2

COTOH PENULISAN WAWANCARA

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang


pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu
membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah.
Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam
membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap
individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui
peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa
Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita : Selamat pagi, tuan. Apa khabar?
Pegawai Polis : Selamat pagi. Khabar baik.
Pemberita : Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana
sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan
undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing.
Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah
pandangan tuan tentang perkara ini?
Pegawai Polis : Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang
tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak
bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat
dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis
menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang.
Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah
tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi
polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.
Pemberita : Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-
undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di
negara kita?
Pegawai Polis : Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka
undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan
dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah
Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah
yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri,
merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan
sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan
kuasa kepada polis untuk menangkap atau
seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-
jenayah tadi.
Pemberita : Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam
menangani masalah jenayah.
Pegawai Polis : Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung
kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan
undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya
dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan
jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau
kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk
memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah
menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang
kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga
keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa,
cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.
Pemberita : Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran
atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri.
Cuba tuan berikan pandangan?
Pegawai Polis : Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya
pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku
kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan
dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang
menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan
dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan
anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang
menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga
menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu,
kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes
jenayah.
Pemberita : Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan
terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi
masalah jenayah?
Pegawai polis : Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan
komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras
masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika
berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus
melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama,
penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis
demi keselamatan dan keamanan negara.
Pemberita : Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan
kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan
atas kesudian tuan.
Pegawai Polis Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai