0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
10K tayangan13 halaman

Biot4 7.3 Fermentasi (BM)

(1) Fermentasi adalah proses penguraian glukosa tanpa oksigen atau dalam keadaan kekurangan oksigen. (2) Ia berlaku di dalam sitoplasma sel-sel seperti yis, bakteria, dan jaringan tumbuhan. (3) Contoh mikroorganisma dan makanan yang dihasilkan melalui fermentasi adalah bakteria Lactobacillus dalam pembuatan dadih.

Diunggah oleh

Che Sal
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
10K tayangan13 halaman

Biot4 7.3 Fermentasi (BM)

(1) Fermentasi adalah proses penguraian glukosa tanpa oksigen atau dalam keadaan kekurangan oksigen. (2) Ia berlaku di dalam sitoplasma sel-sel seperti yis, bakteria, dan jaringan tumbuhan. (3) Contoh mikroorganisma dan makanan yang dihasilkan melalui fermentasi adalah bakteria Lactobacillus dalam pembuatan dadih.

Diunggah oleh

Che Sal
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
7.3 Fermentasi
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 7: RESPIRASI SEL
7.3 Fermentasi

 Menyatakan faktor yang menyebabkan fermentasi berlaku dalam sel.


 Menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam:
(i) Sel otot manusia
(ii) Lactobacillus
(iii) Yis
(iv) Pertumbuhan seperti padi.
 Menulis dan menerangkan persamaan perkataan:
(i) Fermentasi asid laktik
(ii) Fermentasi alkohol
 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis.
 Membanding dan membezakan antara respirasi aerob dengan fermentasi.

FERMENTASI

Fermentasi asid laktik Fermentasi alkohol

Fermentasi asid laktik dalam otot Fermentasi asid laktik Fermentasi alkohol dalam Fermentasi alkohol dalam
manusia dalam Lactobacillus yis tisu akar pokok padi
 Keperluan oksigen sangat  Bakteria Lactobacillus  Yis berupaya  Tisu akar pokok padi
tinggi semasa aktiviti menjalankan menjalankan
cergas bagi membolehkan menjalankan
fermentasi susu fermentasi alkohol.
otot menghasilkan tenaga
untuk menghasilkan  Yis akan fermentasi alkohol
yang cukup.
 Sekiranya oksigen tidak dadih. menguraikan dan menghasilkan
mencukupi, proses  Lactobacillus
glukosa kepada asid etanol.
fermentasi asid laktik akan bertindak ke atas
piruvik melalui
berlaku. laktosa (gula susu)  Pokok padi dapat
 Ketiadaan oksigen dan menukarkannya glikolisis yang
menyebabkan asid piruvik kepada asid laktik menghasilkan menghasilkan
tidak memasuki  Asid laktik seterusnya etanol, karbon sejenis enzim yang
mitokondria tetapi dioksida dan tenaga.
menggumpalkan
menjalankan fermentasi dapat menguraikan
kaseinogen (protein  Dalam pembuatan
asid laktik.
susu) kepada kasein roti, karbon dioksida etanol. Ini
 Persamaan perkataan
semasa fermentasi asid untuk menjadi dadih dijadikan sebagai membolehkan padi
laktik : atau yogurt. agen penaik bagi
 Asid laktik merupakan terus hidup
doh. Etanol akan
punca rasa masam walaupun
tersejat apabila roti
yogurt.
dibakar pada suhu kekurangan oksigen
yang tinggi.

Persamaan perkataan semasa fermentasi asid laktik: Persamaan perkataan semasa fermentasi alkohol:

Glukosa → Asid laktik + Tenaga Glukosa →Etanol + Karbon dioksida + Tenaga (210 kJ)
Kekurangan oksigen dan hutang oksigen dibayar

 Proses ini dilakukan oleh otot semasa melakukan


aktiviti cergas.
 Kadar penggunaan oksigen melebihi kadar
oksigen yang dibekalkam oleh darah.
 Otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen
dan dikatakan mengalami hutang oksigen.
 Glukosa tidak diuraikan dengan sepenuhnya.
 Hanya 150 kJ atau 2 ATP tenaga dihasilkan.
 Asid laktik yang terkumpul menyebabkan
kelesuan atau kekejangan otot.
 Setelah aktiviti cergas berhenti, pengambilan
oksigen berlebihan mengoksidakan asik laktik
kepada karbon dioksida, air dan tenaga.
 Asid laktik disingkirkan.
 Keadaan ini dipanggil hutang oksigen dibayar.

Mengkaji proses fermentasi yis

Eksperimen

 Pernyataan masalah: Apakah hasil yang diperolehi melalui proses fermentasi?


 Hipotesis: Fermentasi yang menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan etanol.
 Pemboleh ubah:
Dimanipulasi: Kehadiran yis
Bergerak balas: Perubahan suhu, perubahan air kapur dan bau etanol
Dimalarkan: Isipadu larutan glukosa terdidih dan keadaan anaerob.

 Pemerhatian: Suhu tabung didih A lebih tinggi berbanding tabung didih B dan air kapur
tabung didih A menjadi keruh.
 Inferens: Suhu tabung didih A meningkat kerana penguraian glukosa semasa fermentasi
 menghasilkan tenaga dan membebaskan gas karbon dioksida.
Perbandingan antara respirasi aerob dengan fermentasi

PERSAMAAN

 Proses penguraian glukosa dan penukaran kepada tenaga kimia.

 Proses bermula di sitoplasma

 Berlaku dalam yis, bakteria, haiwan dan tumbuhan.

 Menghasilkan tenaga kimia dalam bentuk ATP

 Proses bermula dengan glikosis apabila glukosa ditukar kenapa piruvat

PERBEZAAN

Respirasi Aerob Fermentasi

Proses penghuraian glukosa secara lengkap Proses penguraian secara tidak lengkap tanpa
dengan kehadiran oksigen kehadiran oksigen atau dalam keadaan oksigen
terhad.
Berlaku dalam sitoplasma dan mitokondrion Berlaku dalam sitoplasma
Menghasilkan air Tidak menghasilkan air
Glukosa dioksidakan secara lengkap kepada Glukosa dioksidakan secara tidak lengkap
karbon dioksida dan air. kepada etanol dan karbon dioksida atau asid
laktik.
Satu molekul glukosa menghasilkan 2898 KJ Satu molekul glukosa menghasilkan 210 kJ
(fermentasi alkohol) atau
150 kJ(fermentasi asid laktik) tenaga.
1
FAQ Dimanakah
proses Apakah contoh
Apakah maksud fermentasi mikroorganisma dan

9 fermentasi? berlaku? makanan yang


dihasilkan melalui
2
fermentasi?
ontoh mikroorga
Proses penguraian Di dalam
glukosa tanpa sitoplasma
oksigen atau Bakteria Lactobacillus dalam
oksigen terhad. pembuatan dadih.

Dimanakah Mengapakah respirasi

8
pengoksidaan asid
laktik berlaku?
aerob lebih sesuai bagi
yis berbanding 3
fermentasi?
Di dalam
hati Kerana tenaga yang
dihasilkan melalui respirasi
aerob lebih tinggi berbanding
tenaga yang dihasilkan
Bilakah kekejangan/kelesuan otot melalui proses fermentasi.
boleh berlaku?
Melalui
fermentasi,Tenaga
Semasa yang dihasilkan oleh yis
melakukan aktiviti ialah 210kJ dan otot

7 cergas sebanyak 150kJ.


Apabila semua asid laktik
sudah disingkirkan atau
Otot berada dalam hutang oksigen telah Berapakah jumlah
keadaan kekurangan dibayar. tenaga yang
oksigen dihasilkan melalui
fermentasi yis
4
Bilakah dan otot?
Apakah maksud
6 hutang oksigen? kekejangan/kelesuan otot
akan hilang?

5
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Antara berikut, yang manakah merupakan hasili fermentasi dalam sel otot manusia.
A Asid laktik
B Karbon dioksida
C Etanol
D Air

2. Apakah yang dihasilkan semasa fermentasi dalam otot manusia dan yis?
A Etanol
B Asid laktik
C Tenaga haba
D Karbon dioksida

3. Antara berikut, yang manakah merupakan produk fermentasi dalam yis?


A Asid laktik dan air
B Etanol dan Karbon dioksida
C Glukosa dan karbon dioksida
D Asid laktik dan Karbon dioksida

4. Persamaan berikut merupakan proses yang berlaku dalam sel otot seorang atlet semasa
melakukan aktiviti cergas.

Glukosa → R + tenaga

Apakah R?
A Karbon dioksida C Etanol
B Asid laktid D Air

5. Rajah menunjukkan satu eksperimen tentang fermentasi yis.

Rajah
Antara yang berikut, campuran yang manakah dapat meningkatkan kadar respirasi yis?
A 1 g yis dan 25ml larutan glukosa 5%.
B 1 g yis dan 25ml larutan glukosa 7%
C 1 g yis dan 25ml larutan glukosa 10%
D 1 g yis dan 25ml larutan glukosa 15%
6. Rajah menunjukkan satu susunan radas untuk mengkaji fermentasi oleh yis.

Rajah
Bahan Q digunakan untuk menentukan jenis gas yang dibebaskan semasa proses tersebut.
Apakah Q?
A Kalsium oksida
B Hidrogen oksida
C Kalsium karbonat
D Kalsium hidroksida

7. Seorang murid mengambil bahagian dalam acara larian pecut 200 m. Persamaan manakah yang
mewakili proses respirasinya setelah dia berlari 100 m pertama?
A Glukosa→Asid laktik + tenaga
B Glukosa + oksigen→ Asid laktid dan tenaga
C Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + air + tenaga
D Glukosa + oksigen → Karbon dioksida + air + tenaga

8. Persamaan berikut menunjukkan fermentasi yang berlaku dalam yis.

Glukosa → S + Karbon dioksida + Tenaga

Apakah S?
A Air
B Etanol
C Oksigen
D Asid laktik
9. Rajah menunjukkan tisu manusia.

Rajah
Apakah yang berlaku di dalam tisu ini semasa aktiviti cergas?
A Molekul glukosa terurai separa kepada etanol
B Molekul glukosa terurai secara separa kepada asid laktik
C Molekul glukosa terurai menghasilkan Karbon dioksida
D Molekul glukosa terurai menghasilkan 2898kJ tenaga.

10. Rajah menunjukkan satu tumbuhan yang hidup di dalam sebuah pasu yang berisi air.

Rajah

Antara persamaan perkataan berikut, yang manakah proses respirasi yang berlaku di dalam X dan Y?

Bahagian Persamaan Perkataan


A X Glukosa→ Etanol + Karbon dioksida + 2ATP
Y Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + air + 36 ATP
B X Glukosa → Asid laktik + 2ATP
Y Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + air + 36 ATP
C X Glukosa + Oksigen →Karbon dioksida + air + 36 ATP
Y Glukosa → Etanol + Karbon dioksida + 2 ATP
D X Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + air + 36 ATP
Y Glukosa → Asid laktik + 2 ATP
11. Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji proses berkaitan fermentasi pada yis.

Rajah
Apakah yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat?

A menutup tabung didih W dengan gabus.


B Merendam hujung salur kaca di dalam larutan tabung didih V
C Meletakkan lapisan minyak paraffin diatas permukaan larutan dalam tabung didih W.
D Menambah beberapa titisn penunjuk universal ke dalam larutan tabung didih W

12. Jelaskan mengapa seorang individu lazimnya lebih cepat berasa lesu berbanding seorang atlet,
apabila kedua-duanya berlari bersama.

13. Seorang pelari pecut 100 meter biasanya menahan nafas semasa berlari berbanding dengan
seorang pelari jarak jauh. Selepas berlari, pelari pecut memerlukan 7 liter oksigen untuk
menyingkirkan asid laktik yang terkumpul dalam sel ototnya.
Huraikan perbezaan ini dengan seorang pelari jarak jauh

14. Kajian menunjukkan pengambilan natrium bikarbonat atau serbuk penaik(baking soda) dapat
meningkatkan tahap kecekapan otot semasa aktiviti lasak yang melibatkan fermentasi otot. Beri
justifikasi.
15. Rajah 1.1 menunjukkan respirasi sel P yang berlaku di dalam tisu V pada organisma multisel.
Proses P menghasilkan 2 molekul ATP.
Rajah 1.2 menunjukkan satu lagi proses respirasi sel, Q di dalam sel W pada organisma unisel.
Proses Q menghasilkan 38 molekul ATP.

(a) (i) Namakan proses Q.


(ii) Tuliskan persamaan perkataan bagi proses Q

(b) Terangan apa yang akan berlaku kepada sel W apabila ketiadaan oksigen.
(c) Terangkan kegunaan sel W dalam industri pembuatan roti.
(d) Nyatakan di mana tisu V boleh didapati di dalam badan manusia.
(e) Selepas selesai melakukan senaman cergas, atlet akan tercungap-cungap.
Merujuk kepada pernyataan di atas, nyatakan keadaan yang dihadapi oleh atlet tersebut.
(f) Terangkan jawapan anda di 15(e).

16. Pokok padi ditanam di kawasan yang ditenggelami air dan mempunyai kebolehan bertoleransi
dengan etanol berbanding dengan tumbuhan lain.
(i) Nyatakan jenis fermentasi yang berlaku dalam sel pokok padi.
(ii) Tuliskan persamaan perkataan bagi proses fermentasi yang berlaku dalam sel pokok
padi.
(iii) Cadangkan satu sel yang boleh menjalankan proses fermentasi seperti dalam soalan
15(ii).

BIO AKSES

Bab 7 Respirasi sel Repirasi anaerob


CADANGAN JAWAPAN

SOALAN JAWAPAN
1 A
2 C
3 B
4 B
5 D
6 D
7 A
8 B
9 B
10 C
11 C
12  Seorang atlet biasanya mempunyai bilangan mitokondrion yang lebih
banyak dalam sel ototnya
 Pengambilan oksigen dan pengoksidaan asid laktik yang lebih cepat dapat
mengurangkan kelesuan otot.
 Daya tahan kardiovaskular yang tinggi jantung atlet telah disesuaikan
untuk mengepam darah dengan cepat walaupun tekanan darah hanya
meningkat sedikit sahaja.

13  Pelari jarak pendek/100 m menamatkan larian dengan cepat dengan


menahan nafas.
 Dengan menahan nafas, pelari dapat menggunakan oksigen sedia ada
dengan efisien.
 Asid laktik banyak terkumpul kerana bekalan oksigen ke otot tidak dapat
menampung keperluan oksigen oleh otot.
 Sebaliknya, pelari jarak jauh berlari dengan kadar yang lebih perlahan dan
asid laktik yang terkumpul pada peringkat awal larian biasanya
disingkirkan semasa berlari.
 Pelari jarak jauh tidak boleh menahan nafas kerana pengumpulan asid
laktik menyebabkan otot menjadi lesu dengan cepat.
 Oleh itu, pelari jarak jauh perlu bernafas sepanjang lariannya.

14  Ini disebabkan serbuk penaik mempunyai pH yang tinggi yang dapat


meneutralkan asid laktik yang dihasilkan oleh otot ketika senaman.
 Ini meningkatkan tahap kecekapan otot kerana asid laktik menyebabkan
otot lesu.

15(a)(i) Proses Q: Fermentasi


(ii)
Glukosa + Oksigen →Karbon dioksida + air + tenaga (38 ATP)

(b)  Sel W mengalami fermentasi.


 Glukosa dioksidakan tidak lengkap
 Untuk menghasilkan etanol dan Karbon dioksida
(c)  Karbon dioksida dibebaskan
 Terperangkap dalam adunan
 Menyebabkan adunan tersebut naik
(d) Salur darah otot salur pencernaan,perut
(e) Hutang Oksigen
(f)  Disebabkan oleh kekurangan oksigen
 Untuk mendapatkan oksigen dengan segera
 Bagi mengoksidakan asid laktik

16 (i) Fermentasi alkohol


(ii) Glukosa → Etanol + karbon dioksida + tenaga
(iii) Yis

Anda mungkin juga menyukai