Anda di halaman 1dari 12

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
6.2 Kitar Sel dan Mitosis
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 6: PEMBAHAGIAN SEL

6.2 KITAR SEL DAN MITOSIS

 Memerihalkan fasa dalam kitar sel : interfasa, fasa G1, fasa S, fasa G2, fasa M, mitosis,
sitokinesis.
 Menyusun peringkat mitosis mengikut urutan.
 Berkomunikasi tentang struktur sel dalam setiap peringkat mitosis dan sitokinesis melalui
lukisan berlabel
 Membanding dan membezakan mitosis dan sitokinesis antara sel haiwan dengan sel
tumbuhan.

Kitar sel ialah turutan kejadian yang melibatkan penggandaan DNA serta pembahagian sel untuk
menghasilkan dua sel anak.

2 fasa
Interfasa terdiri daripada G1, S dan G2.
Fasa mitosis dibahagikan kepada mitosis dan sitokinesis (pembahagian sitoplasma).

 Sel terus membesar dan kekal aktif secara metabolik


 Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir
untuk memasuki peringkat pembahagian sel yang seterusnya.

 Sintesis DNA berlaku


 DNA dalam nukleus
menjalani replikasi.
 Setiap kromosom
mengganda menjadi dua
kromatid seiras yang
dikenali sebagai kromatid
kembar dan berpaut pada
sentromer

 Sel membesar.
 Komponen sel seperti mitokondrion dan jalinan endoplasma
dihasilkan.
 Protein untuk kegunaan kitar sel juga disintesis.
 Nukleus kelihatan besar
 Kromosom dalam bentuk kromatin

Interfasa Mitosis Sitokinesis

G1 S G2 Profasa Metafasa Anafasa Telofasa

2 sel anak
yang diploid
MITOSIS proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua nukleus. Setiap nukleus mengandungi
bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama dengan nukleus sel induk. Terbahagi kepada empat
peringkat iaitu :

1 2

PROFASA METAFASA
 Kromosom padat, tebal, pendek, berpilin
 Sentriol berada di kutub sel yang
dan boleh dilihat menerusi mikroskop.
bertentangan.
 Terdiri daripada kromatid kembar
 Gentian gelendong menetapkan
bercantum di sentromer.
kromosom tersusun sebaris pada satah
 Gentian gelendong mula terbentuk
khatulistiwa.
 Nukleolus hilang dan membran nukleus
 Kromatid kembar terikat antara satu
terurai.
sama lain di sentromer.
 Metafasa berakhir apabila sentromer
mula membahagi.

3 4

ANAFASA TELOFASA
 Sentromer membahagi kepada dua dan  Apabila sampai di kutub bertentangan,
kromatid kembar berpisah. kromatid kini dikenali sebagai kromosom anak.
 Gentian gelendong mengecut dan  Setiap kutub sel mempunyai satu set
kromosom yang lengkap dan seiras.
memendek.
 Kromosom berbentuk bebenang halus
 Kromatid kembar tertarik ke kutub sel
kromatin semula.
bertentangan.  Nukleolus terbentuk semula.
 Anafasa berakhir apabila kromatid  Gentian gelendong menghilang.
sampai di kutub sel.  Membran nukleus baharu terbentuk.
 Peringkat telofasa diikuti oleh sitokinesis.
Selepas Telofasa selesai, sitokinesis akan berlaku:
Pembahagian sitoplasma yang berlaku sebaik sahaja selepas
nukleus terbentuk iaitu pada akhir telofasa

Sitokinesis dalam sel haiwan Sitokinesis dalam sel tumbuhan

 Membran plasma mencerut di  Vesikel yang dibentuk bercantum


bahagian tengah sel di antara membentuk plat sel di bahagian tengah sel.
dua nukleus.  Plat sel dikelilingi oleh membran plasma
 Mikrofilamen yang terdapat di baharu dan bahan dinding sel baharu
tempat pencerutan mengecut terbentuk di ruang antara plat sel.
menyebabkan sel mencerut  Plat sel berkembang ke arah luar sehingga
sehingga terputus menjadi dua bercantum dengan membran plasma.
sel anak yang diploid.  Pada akhir sitokinesis, gentian selulosa
dihasilkan oleh sel untuk menguatkan
dinding sel baharu.
 Dua sel anak yang diploid terbentuk.

Cicak boleh Menghasilkan individu Menghasilkan sel-sel


Perkembangan sel menghasilkan ekor baharu melalui baharu
dan pertumbuhan baharu setelah pembentukan tunas menggantikan sel-sel
organisma terputus seperti hidra yang mati atau rosak
akibat kecederaan

KEPENTINGAN
MITOSIS
Teknik pengkulturan
menggunakan sel stem Terapi sel stem Teknik Teknik pengklonan
daripada haiwan yang menggunakan pengkulturan tisu bagi menghasilkan
kemudiannya dikultur sel stem tumbuhan. baka yang baik
di dalam makmal untuk
menghasilkan daging
SOALAN
FAQ

1 Di manakah kromosom
dijumpai?

2 Apakah kaitan antara kromatid


kembar dan kromosom?

3 Bilakah kromosom anak


terbentuk?

Adakah sentromer dan sentriol itu


4 sama?

5 Mengapa terdapat kromosom


berwarna 1 hitam dan 1 putih?

JAWAPAN
6 Mengapa terdapat kromosom
bersaiz besar dan kecil?

1 Kromosom terdapat di dalam nukleus dan berfungsi untuk membawa maklumat genetik

Satu kromosom terdiri daripada dua kromatid yang bercantum pada sentromer dan dikenali
2 sebagai kromatid kembar.

3 Kromosom anak terbentuk semasa akhir anafasa. Berlaku apabila kromatid kembar
terpisah pada sentromer.

4 Tidak. Sentriol ialah organel dalam sel yang membentuk gentian gelendong semasa
pembahagian sel manakala sentromer ialah struktur di tengah-tengah kromosom yang
mengikat kromatid kembar pada satu kromosom.

5 Secara semulajadi tiada beza warna pada kromosom. Tetapi diwarnakan berlainan warna
untuk mewakili 1 set kromosom daripada maternal dan 1 set lagi daripada paternal.

6 Kerana kromosom mempunyai saiz yang berbeza-beza dan membawa kandungan genetik
yang berbeza.
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Rajah 1 menunjukkan satu kitar sel dalam satu sel haiwan.

Rajah 1

Apakah fasa X dan Y?

X Y
A Meiosis Interfasa
B Interfasa Mitosis
C Pertumbuhan Interfasa
D Meiosis Pertumbuhan

2. Rajah 2 menunjukkan satu kitar sel.

Rajah 2

Yang manakah antara fasa-fasa berlabel A, B, C dan D berlakunya replikasi DNA?

3. Antara yang berikut, manakah ialah satu fasa mitosis?

I Telofasa III Metafasa

II Anafasa IV Interfasa

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
4. Rajah 3 menunjukkan satu fasa mitosis dalam sel haiwan.

Rajah 3
Apakah fasa tersebut?
A Profasa B Metafasa C Anafasa D Telofasa

5. Fasa mitosis manakah yang menunjukkan pembentukan awal plat sel dalam sel tumbuhan?

A Profasa C Anafasa
B Metafasa D Telofasa

6. Rajah 4 menunjukkan satu proses yang berlaku dalam sel tumbuhan.

Rajah 4
Apakah proses itu?

A Mitosis C Kariokinesis
B Metastasis D Sitokinesis

7. Antara process berikut yang manakah digunakan dalam teknik kultur tisu?

A Persenyawaan C Meiosis
B Sintesis D Mitosis

8. Manakah di antara berikut, bukan ciri mitosis?

A Ia menghasilkan variasi genetik


B Mitosis penting untuk menggantikan sel yang mati
C Sel yang tercedera boleh diganti dengan penghasilan sel baharu yang serupa
D Sel baharu yang terbentuk digunakan untuk pertumbuhan dalam organisma multisel
1. 1. Rajah 1 menunjukkan dua fasa utama, K dan L dalam satu kitar sel bagi satu sel pipi.
Fasa K teridiri daripada tiga sub=fasa, X, Y dan Z. Fasa L melibatkan dua proses P dan Q

Rajah 1

a) a) (i) Namakan fasa Y. [1 markah]

(ii) Lukis dan labelkan sel semasa fasa Y. [2 markah]

b) Namakan proses-proses P dan Q dalam Fasa X. [2 markah]

c) Rajah 2 menunjukkan peringkat yang berbeza bagi proses P.

Rajah 2
(i) Namakan peringkat A, B dan C. [3 markah]

(ii) Terangkan perlakuan kromosom pada peringkat B. [2 markah]


2. Rajah 3 menunjukkan sel yang mengalami proses pembahagian sel.

Rajah 3

Berdasarkan Rajah 3, apakah proses yang ditunjukkan? Nyatakan kepentingan proses


tersebut.
[4 markah]

3. i) Rajah 4(a) menunjukkan keratan memanjang suatu hujung akar. Berdasarkan Rajah 4(b)
terangkan kepentingan proses ini?

Rajah 4(a) Rajah 4(b) [2 markah]

(ii) Seorang peladang mahu menghasilkan pokok pisang dalam jumlah yang banyak dalam
masa yang singkat untuk tujuan komersial. Nyatakan teknik yang boleh digunakan dan
huraikan teknik tersebut. [3 markah]

(iii) Nyatakan tiga ciri tumbuhan yang dihasilkan melalui teknik ini.
[3 markah]
KITAR SEL & MITOSIS PEMBAHAGIAN SEL

BIO AKSES

SITOKINESIS PERBEZAAN SITOKINESIS


DALAM SEL DALAM SEL HAIWAN DAN
SEL TUMBUHAN
JAWAPAN :

1. B
2. B
3. C
4. C
5. D
6. D
7. D
8. A

1 a)(i) Y: Interfasa 1
(ii)
Gambar-1
Label-1

b) P : Mitosis 1
Q : Sitokinesis 1
c)(i) A : Anafasa 1
B : Metafasa 1
C : Telofasa 1
(ii)  Kromosom tersusun sebaris di tengah-tengah sel pada satah 1
khatulistiwa.
 Kromatid kembar terikat antara satu sama lain di sentromer. 1
 Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi. 1
Mana-
mana 2
2. Proses : Mitosis 1

Kepentingan proses mitosis :


1. Menggantikan sel yang telah mati / membaiki sel yang rosak 1
2. Menambahkan bilangan sel ( semasa pertumbuhan / perkembangan sel 1
dalam organisma hidup) 1
3. Pembiakan tanpa seks/aseks untuk organisma unisel 1
4. Mengekalkan bilangan kromosom sel anak dalam sesatu spesis 1
Mana-
mana 3
3.
i) Memastikan dua sel anak yang diploid dan mempunyai kandungan genetik 1
yang sama dapat dihasilkan.
Membenarkan pertumbuhan berlaku pada akar. 1

ii) Teknik kultur tisu. 1


Teknik ini menggunakan tisu pokok pisang yang diambil daripada bahagian 1
induk.
Diletakkan dalam medium yang mengandungi nutrien, hormon dan pH yang 1
sesuai.
iii) Semua tumbuhan yang dihasilkan adalah seiras dari segi kandungan genetik. 1
Semua tumbuhan mempunyai aras rintangan yang sama terhadap penyakit. 1
Variasi yang ada pada tumbuhan disebabkan oleh faktor persekitaran 1
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai