Anda di halaman 1dari 15

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
6.3 Meiosis
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 6: PEMBAHAGIAN SEL

6.3 MEIOSIS
 Menyatakan pengertian meiosis.
 Mengenal pasti jenis sel yang menjalankan meiosis.
 Menyatakan keperluan meiosis dalam pembentukan gamet
(gametogenesis),menghasilkan variasi genetik dan mengekalkan bilangan kromosom
diploid dari generasi ke generasi.
 Menerangkan, melukis dan melabel peringkat-peringkat dalam meiosis mengikut urutan
yang betul iaitu meiosis I dan meiosis II
 Membanding dan membezakan antara meiosis dengan mitosis.

APAKAH ITU MEIOSIS?

Proses pembahagian sel yang berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet yang mempunyai
bilangan kromosom separuh (haploid) daripada bilangan kromosom sel induknya (diploid). Meiosis berlaku di
dalam testis (jantan/lelaki) dan ovari (betina/perempuan) bagi haiwan dan manusia.

MEIOSIS I
PROFASA I
 Kromatin memendek, menebal dan membentuk
kromosom yang jelas kelihatan.
 Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk
bivalen (ataupun dikenali sebagai tetrad iaitu terdapat
empat kromatid bagi kromosom homolog).
 Pada akhir profasa I, membran nukleus dan nukleolus
mula menghilang. Kedua-dua sentriol bergerak ke kutub
sel bertentangan.
 Gentian gelendong terbentuk antara sentriol.
 Proses pindah silang iaitu
pertukaran bahan genetik
antara kromatid–kromatid METAFASA I
bukan seiras berlaku.
 Pindah silang menghasilkan
kombinasi gen yang baharu
pada kromosom.
 Tempat di mana kromatid
bersilang disebut kiasma.

 Kromosom homolog tersusun di satah khatulistiwa.


 Satu kromosom daripada setiap pasangan kromosom homolog terikat pada gentian
gelendong dari satu kutub sel dan homolognya terikat pada gentian gelendong dari kutub
sel bertentangan.
 Kromatid kembar masih terikat bersama kerana sentromer masih belum berpisah.
ANAFASA I

 Gentian gelendong mengecut menyebabkan


setiap kromosom homolog berpisah
daripada pasangan homolognya dan tertarik
ke kutub sel yang bertentangan.
 Setiap kromosom masih terdiri daripada
sepasang kromatid kembar yang terikat pada
sentromer dan bergerak sebagai satu unit.

TELOFASA I

 Kromosom tiba di kutub sel bertentangan.


 Setiap kutub sel mengandungi bilangan
kromosom haploid yang terdiri daripada satu set
kromosom sahaja.
 Gentian gelendong kemudiannya menghilang.
 Nukleolus muncul semula dan membran nukleus
terbentuk.

 Telofasa I disusuli oleh proses sitokinesis yang


menghasilkan dua sel anak.
 Kedua-dua sel anak yang terhasil berada dalam keadaan
haploid.
 Interfasa bagi meiosis I lazimnya singkat dan DNA tidak
menjalani replikasi.

Selepas sitokinesis, sel akan mengalami MEIOSIS II


MEIOSIS II

PROFASA II

 Nukleolus dan membran nukleus menghilang.


 Setiap kromosom terdiri daripada kromatid kembar
yang bercantum di sentromer.
 Gentian gelendong mula terbentuk di dalam kedua-
dua sel anak.

METAFASA II

Kromatid  Kromosom tersusun secara rawak pada satah


kembar khatulistiwa bagi setiap sel anak.
 Setiap kromatid terikat pada gentian gelendong
 di sentromer.
satah  Metafasa II tamat apabila sentromer berpisah.
khatulistiwa

ANAFASA II

 Sentromer kromatid kembar berpisah.


 Pasangan kromatid kembar berpisah dan bergerak ke
kutub bertentangan didahului oleh sentromer.
 Setiap kromatid pada peringkat ini dikenali sebagai
kromosom.

TELOFASA II  Kromosom tiba di kutub sel.


 Gentian gelendong menghilang. Membran nukleus dan nukleolus
terbentuk semula.
 Bilangan kromosom setiap sel anak adalah separuh daripada
bilangan kromosom induk.
 Telofasa II berakhir dengan proses sitokinesis yang menghasilkan
empat sel anak yang haploid.
 Setiap sel haploid mempunyai separuh daripada bilangan kromosom
sel induk.
 Kandungan genetik juga berbeza daripada sel induk yang diploid.
 Sel haploid berkembang menjadi gamet.
Perbandingan antara mitosis dan meiosis

Berlaku di Berlaku di
sel soma organ
pembiakan
Sinapsis Sinapsis
tidak berlaku semasa
berlaku Profasa I

Pindah silang Pindah silang


tidak belaku berlaku semasa
Profasa I
Replikasi DNA
1 kali berlaku sekali
pembahagian sahaja
2 kali
sel berlaku
pembahagian
MITOSIS MEIOSIS
sel berlaku
Bilangan
kromosom sel Melibatkan Bilangan
anak adalah pembahagian kromosom sel
diploid sel anak adalah
haploid

Kandungan
Kandungan
genetik sel anak
genetik sel anak
dan sel induk
dan sel induk
sama
tidak sama

Peranan: Peranan:
Menghasikan sel-sel Menghasikan
bagi pertumbuhan gamet,
dan memperbaiki tisu menghasilkan
yang rosak, variasi
Pembiakan aseksual

Pe
FAQ SOALAN

1 Apakah maksud sinapsis, bivalen,


tetrad, pindah silang dan kiasma?

2 Apakah perbezaan ketara antara


meiosis I dan II?

3 Apakah beza antara meiosis dan


mitosis?

4
Apakah beza antara kromatid kembar
dan kromatid bukan seiras?

JAWAPAN

1 Sinapsis ialah proses di mana kromosom homolog itu berpasangan semasa Metafasa I.

Apabila kromosom homolog ini berpasangan, ia akan membentuk bivalen atau tetrad
(empat kromatid bagi kromosom homolog)

Pindah silang adalah proses yang berlaku apabila kromatid bukan seiras bersilang dan
berlaku pertukaran genetik bagi menghasilkan kombinasi gen yang baharu.

Tempat berlakunya pindah silang ini dinamakan kiasma.

Proses : Pindah silang


Tempat : Kiasma

2
Perbezaan yang ketara antara meiosis I dan meiosis II ialah kromosom homolog hanya
terbentuk semasa meiosis I sahaja. Pindah silang juga hanya berlaku semasa meiosis I
sahaja.
Meiosis membentuk sel gamet yang haploid, mitosis membentuk sel soma yang diploid.
3 Meiosis berlaku pindah silang dan sinapsis , mitosis tiada pindah silang berlaku dan sinapsis
Meiosis terdapat kromosom homolog semasa meiosis I, mitosis tiada kromosom homolog
terbentuk.

4 Kromatid kembar ialah 2 kromatid yang bergabung pada satu sentromer.


Kromatid bukan seiras ialah kromatid yang terdapat pada 2 kromosom yang berbeza
yang terikat pada sentromer yang berbeza.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Kepentingan meiosis adalah untuk


A Pembiakan aseks
B Penggantian sel
C Proses pertumbuhan
D Pembiakan seks

2. Semasa Profasa I, kromosom homolog ibu dan bapa berpasangan dalam satu proses dipanggil
sinapsis untuk membentuk
A Bivalen
B Kiasma
C Kromatid kembar
D Kromatin

3. Berdasarkan Rajah 3, Manakah antara berikut benar tentang pergerakan kromosom dalam
sel semasa di akhir fasa?

Rajah 3
A Kromosom memendek dan menebal
B Kromosom menyusun di satah khatulistiwa
C Kromosom homolog berpasangan dan berlakunya pindah silang
D Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan
4. Antara yang berikut, perbezaan manakah antara Meiosis I dan Meiosis II adalah betul?

Meiosis I Meiosis II

I Sinapsis berlaku Tiada sinapsis

II Semasa Metafasa I, pasangan Semasa Metafasa II, kromosom


kromosom homolog tersusun di tersusun di satah khatulistiwa
satah khatulistiwa

III Semasa Anafasa I, pasangan Semasa Anafasa II, kromatid


kromosom homolog berpisah seiras berpisah dan bergerak ke
dan bergerak ke kutub kutub bertentangan
bertentangan

IV Pada akhir Meiosis I, dua sel Pada akhir Meiosis II, empat sel
diploid terhasil diploid terhasil

A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

5. Antara yang berikut, manakah merupakan satu perbezaan antara proses mitosis dan
meiosis?

Mitosis Meiosis
A Empat sel anak dihasilkan Dua sel anak dihasilkan
B Penting bagi pembiakan seks Penting bagi pembiakan aseks
C Sel anak berbeza secara genetik Sel anak seiras secara genetik
D Tiada sinapsis Berlaku sinapsis

6. Rajah 4 menunjukkan peringkat meiosis dalam sel haiwan.

Rajah 4
Apakah nombor diploid bagi kromosom dalam sel soma haiwan tersebut?
A 2 C 8
B 4 D 16
7. Antara sel berikut yang manakah hasil meiosis?

A C

B D

8. Apakah kepentingan meiosis?

A Pengklonan C Menghasilkan sel haploid


B Kultur tisu D Menghasilkan sel diploid

9. Rajah 5 menunjukkan pembahagian sel secara meiosis dalam satu sel haiwan.

Rajah 5

Apakah proses yang berlaku dalam peringkat yang ditunjukkan di atas?

A Sinapsis antara kromatid bukan seiras


B Pembentukan sentromer
C Pindah silang
D Gabungan bebas

10. Rajah 6 menunjukkan peringkat-peringkat dalam meiosis.

Rajah 6

Apakah perlakuan kromosom dalam peringkat P?


A Kromosom memendek, menebal dan dapat dilihat di bawah mikroskop
B Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa
C Kromosom homolog berpasangan dan pindah silang berlaku
D Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub-kutub yang bertentangan

11. Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang proses pembahagian sel yang berlaku di
dalam perut dan testis?
Pembahagian sel dalam perut Pembahagian sel dalam testis
A Berlaku proses replikasi kromosom Tidak berlaku replikasi kromosom
B Berlaku pindah silang Tidak berlaku pindah silang
C Pembahagian nukleus berlaku sekali Pembahagian nukleus berlaku dua kali
sahaja
D Pembahagian sitoplasma berlaku dua Pembahagian sitoplasma berlaku sekali
kali sahaja

12.Rajah 7 menunjukkan satu proses semasa pembahagian sel.

Rajah 7
Antara organ yang berikut, manakah melibatkan proses di atas?

I Kulit
II Hati
III Testis
IV Anter

A I and II C II and IV
B I and III D III and IV

13.Pernyataan di bawah menunjukkan proses yang berlaku semasa meiosis.

 Gentian gelendong menarik kromosom homolog ke bahagian tengah sel.


 Kromosom bersusun pada satah khatulistiwa.
 Setiap kromosom dari pasangan homolog berdepan dengan kutub sel.

Antara yang berikut, manakah adalah peringkat pembahagian sel di atas?


A Metafasa I
B Profasa I
C Anafasa I
D Profasa II
14.Maklumat di bawah menerangkan peristiwa yang berlaku semasa Profasa I dalam meiosis.

P – Pindah silang berlaku antara kromatid bukan seiras pada kiasma.


Q – Sinapsis berlaku dan membentuk bivalen.
R – Kromatin memendek, menebal dan kromosom kelihatan di bawah
mikroskop.
S – Membran nukleus terurai dan nukleolus hilang.

Antara yang berikut, manakah adalah turutan bagi kejadian semasa Profasa I?

A SPQR
B QPSR
C RQPS
D QRPS

1. Rajah 1 menunjukkan sel P dan sel Q mengalami dua jenis pembahagian sel yang berlainan.

Sel P Sel Q

Rajah 1

Lengkapkan Jadual di bawah dengan mengisi aspek-aspek berikut bagi sel P dan sel Q.

Aspek Sel P Sel Q

Jenis pembahagian sel

Peringkat pembahagian sel

Perlakuan kromosom
[6 markah]
2. Rajah 2 menunjukkan sel X dan sel Y dalam peringkat yang berbeza semasa meiosis.

Rajah 2

a) (i) Namakan struktur berlabel P dan Q.

P : ...........................................................................................................

Q : …....................................................................................................
[2 markah]

(ii) Nyatakan satu fungsi Q. [1 markah]

(iii) Nyatakan peringkat pembahagian di sel X dan sel Y.

Sel X :………………………………………………………………………………

Sel Y :………………………………………………………………………………
[2 markah]

(b)(i) Berdasarkan Rajah 2, nyatakan satu perbezaan perlakuan kromosom di antara sel
X dan sel Y. [1 markah]

(ii) Terangkan satu kepentingan kejadian yang berlaku semasa peringkat yang ditunjukkan
di sel X.
[3 markah]

3. Banding dan bezakan antara mitosis dan meiosis dalam haiwan. [6 markah]
PROSES PINDAH
SILANG
PERINGKAT MEIOSIS KEPENTINGAN
MEIOSIS

BIO AKSES

PERBEZAAN ANTARA PERBEZAAN MEIOSIS I


MEIOSIS DAN MITOSIS DAN MEIOSIS II
JAWAPAN LATIHAN PENGUKUHAN:

1. D
2. A
3. D
4. C
5. D
6. B
7. A
8. C
9. C
10. D
11. C
12. D
13. A
14. C

1. Aspek Sel P Sel Q


Meiosis Mitosis
Jenis 2
pembahagian
sel
Metafasa I Metafasa
Peringkat 2
pembahagian
sel
Kromosom homolog Kromosom tersusun pada
Perlakuan tersusun pada satah satah khatulistiwa
2
kromosom khatulistiwa
2(a) P - Kromosom/ Kromatid 1
(i) Q- Sentromer 1
(ii) Membentuk gentian gelendong 1
(iii) X – Profasa I
Y – Metafasa I
(b)
(i) Kromosom homolog dalam Sel X mengalami sinapsis dan membentuk bivalen/ 1
tetrad dan manakala kromosom homolog pada Sel Y beratur pada satah
khatulistiwa.

(b) F1: Pindah silang antara kromatid bukan seiras 1


(ii) P1: Berlaku pertukaran segmen tertentu rantai DNA antara kromatid- 1
kromatid bukan seiras
P2: menyebabkan kombinasi gen yang baru pada kromosom 1
P3 : menghasilkan variasi (dalam gamet / anak) 1
3 Persamaan
 Kedua-dua proses melibatkan pembahagian sel 1
 Replikasi DNA berlaku sekali sahaja 1

Perbezaan

Meiosis Mitosis
Berlaku dalam organ pembiakan Berlaku dalam sel soma 1
Sel induk membahagi dua kali Sel induk membahagi sekali sahaja
Sinapsis berlaku dalam peringkat Sinapsis tidak berlaku 1
profasa 1
Pindah silang antara kromosom Pindah silang tidak berlaku 1
homolog berlaku semasa profasa 1
Menghasilkan 4 sel anak yang haploid Menghasilkan 2 sel anak (sel soma) 1
(sel gamet)
Bilangan kromosom sel anak adalah Bilangan kromosom sel anak 1
separuh daripada sel induk (n) adalah sama seperti induk (2n)
1

Anda mungkin juga menyukai