Anda di halaman 1dari 11

TAJUK TUGASAN

PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN


REMAJA

KOD KURSUS : CTU101


NAMA KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PROGRAM : DIPLOMA
KOD PROGRAM : AS120
NO. KUMPULAN : A4120130

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR


1. NUR AFIQAH BINTI SHAH AFENDY 2022488412
2. NUR QAISARA BINTI ABDUL TALIB 2022473728
3. AINNUR FADLHLIN BINTI ABDUL WAHAB 2022680928
4. NUR `ALIAH SYAZANA ABD MANAN 2022849522
5. NURAMIRA MAIZURAH BINTI MAIZUL 2022603104

Nama Ketua Kumpulan: NUR `ALIAH SYAZANA ABD MANAN


No. Telefon: 0173109309
Tarikh Serahan: 9 DISEMBER 2022

DISEDIAKAN UNTUK:
RUQAIYAH MOHD ZAIN
SESI 2 2021-2022

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Abstrak Pendahuluan Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi Kajian Dapatan Kajian

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 4 3 2 1 8 6 4 2 4 3 2 1 4 3 2 1

Pembelajaran Sepanjang Hayat Komunikasi Bertulis


MARKAH
Rujukan Berautoriti /
Perbincangan Kajian Rumusan / Cadangan Rujukan Tepat
Sitasi

8 7 6 5 4 3 2 1 4 3 2 1 2 1.5 1 0 2 1.5 1 0.5 /40

1
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM
KALANGAN REMAJA

ABSTRAK
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian yang dapat menghubungkan
para pengguna di serata dunia tanpa mengira usia. Oleh yang demikian, objektif penulisan kertas
kerja ini ialah (i) Menerangkan punca penyalahgunaan media sosial, (ii) Membincangkan kesan
penyalahgunaan media sosial dari segi fizikal dan mental, (iii) Menganalisis cara mengatasi serta
mencegah isu ini dalam kalangan remaja dan (iv) Merumuskan infografik sebagai salah satu
medium penyebaran dakwah yang lebih efektif kepada para remaja. Rekabentuk kajian yang
menggunakan kaedah kajian kepustakaan secara kualitatif yang dianalisis menggunakan analisis
kandungan disamping menggunakan platform atas talian seperti google scholar dan opac sebagai
rujukan tambahan. Dapatan kajian mendapati bahawa infografik sangat signifikan sebagai salah
satu medium dakwah di atas talian yang bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat
terutamanya para remaja bagi mengawal serta mencegah para remaja melayari media sosial
terlalu lama sehingga terleka dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Oleh itu, dalam berdepan
dengan halangan media sosial ini, kita hendaklah berfikiran kreatif dengan mempelbagaikan
kaedah ketika menegur remaja dengan menggunakan konsep yang berkesan tanpa mengguriskan
mana-mana pihak. Maka, infografik dicadangkan sebagai salah satu medium dakwah alternatif
selain mengadakan ceramah berkaitan media sosial dalam kalangan pelajar universiti khususnya.
Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani penyalahgunaan
media sosial dalam kalangan remaja khususnya.

2
1.0 PENGENALAN
Media sosial merupakan salah satu platform untuk berhubung antara satu sama lain yang dapat
menghubungkan pengguna dari serata dunia. Jaringan sosial ii berkembang pesat sekali
sehinggakan ia merupakan alat komunikasi yang penting pada dunia hari ini. Contohnya ,
aplikasi Whatsapp , Instagram , Telegram dan sebagainya. Dalam meniti kehidupan pada
marcapada, dunia yang canggih dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat telah
memberi banyak impak kepada ketamadunan manusia zaman sekarang sama ada impak positif
atau negatif di dalam aspek sosial. Aspek sosial ini sudah tentu akan dikaitkan dengan masalah
sosial dalam kalangan remaja dan ia bukanlah perkara yang baharu buat masyarakat di Malaysia.
Hal ini kerana,gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan serious. Buktinya,
menurut laporan akhbar Harian Metro (2015) , statistik menunjukkan jumlah kes jenayah yang
melibatkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam setahun di mana ia telah
disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) . Sebanyak 7816 kes telah direkodkan pada 2013
berbanding dengan kes 2012 sebanyak 3700 kes iaitu melibatkan peningkatan sebanyak 4116
kes. Seterusnya, ia dapat disahkan dengan laporan akhbar Harian Metro (2016), remaja telah
menyalahgunakan media sosial dengan menonton gambar dan video lucah, menyebarkan video
palsu serta menjalinkan ‘cinta monyet’ seperti di dalam aplikasi Omegle dan Bigo dan
melakukan perjudian atas talian tanpa disedari. Kelompok ini mudah terpengaruh dan berisiko
menjadi penjenayah . Remaja yang berbuat demikian, mereka hanya mahukan perhatian dan
berasa hebat dengan membuat perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya lebih
efektif kepada para remaja.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif penulisan kertas kerja ini ialah (i) Menerangkan punca penyalahgunaan media sosial (ii)
Membincangkan kesan penyalahgunaan media sosial dari segi fizikal dan mental (iii)
Menganalisis cara mengatasi serta mencegah isu ini dalam kalangan remaja (iv) Merumuskan
infografik sebagai salah satu medium penyebaran dakwah yang lebih efektif kepada para remaja.

3.0 KAJIAN LITERATUR

3.1 KONSEP DAKWAH DALAM MEDIA SOSIAL


Dakwah merujuk satu usaha menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan
keburukan yang ditegah oleh Allah SWT (Kamarudin et al., 2019; Jalal, 2017) bertujuan untuk
keimanan kepada Allah SWT serta mengikut syariat-Nya (Abdullah & Abdullah, 2019). Konsep
dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan.
(Harakah Daily 2017). Dakwah menjadi satu kewajipan besar bagi seorang Muslim meneruskan
usaha dakwah dan tugas para anbiya. Ia suatu proses mengajar kepada manusia untuk
mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya berpandukan wahyu (Aini & Suyurno 2012).
Dakwah mempunyai hubungan dengan komunikasi dalam Islam kerana ia merupakan satu proses
penyampaian ilmu disamping menguatkan hubungan antara sesama manusia seterusnya menyeru
manusia agar melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Pelbagai pendekatan dan cara boleh digunakan untuk penyebaran dakwah yang
menjadikan komunikasi dakwah sebagai asas utama ke arah penggunaan internet pada zaman
serba moden kini (Markarma, 2014). Penglibatan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan
penggunaan internet melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain
memudahkan lagi usaha penyebaran dakwah alaf baharu yang dapat disebarkan melalui
penggunaan media sosial untuk mempelajari hukum-hakam agama, tuntutan haji dan umrah serta
isu-isu semasa yang berlaku Islam. Perantaraan dakwah melalui media sosial menyebabkan
usaha dakwah dapat disebarkan lebih pantas tanpa sempadan masa dan ruang jika mempunyai
rangkaian internet (Hamid, 2016; Yusof & Tahir 2018). Justeru itu, media sosial merupakan
perantaraan dakwah yang pantas dan efisien selari dengan peredaran zaman. Maka, para
pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan ICT dan berusaha keras untuk
mempelbagaikan medium dakwah agar ia sesuai dengan mad’u kini (Talib et al., 2017).

4
3.2 ISU MEDIA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA
Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), media sosial ialah suatu platform atau laman
sesawang di Internet yang direka sebagai tempat bersosial dan perkongsian antara pengguna-
pengguna Internet. Oleh itu, media sosial ialah medium sosial untuk berinteraksi antara dua atau
lebih pihak dalam waktu yang pendek ataupun panjang. Internet merupakan salah satu daripada
keperluan harian dalam kehidupan setiap individu.(Nadia Fauzi, 2017). Dengan kewujudan
media sosial ia dapat meningkatkan ekonomi negara dengan permintaan gadget yang pesat.
Media sosial ini digunakan oleh semua golongan manusia lebih-lebih lagi remaja kini. Dengan
penggunaan media sosial yang berlebihan oleh remaja, ia dapat meberi kesan yang negatif
kepada remaja. Media sosial dan pelbagai kemudahan Internet sepatutnya menjadi medium
berkomunikasi dan ilmu dikesan menjadi antara punca peningkatan jenayah dalam kalangan
pelajar sekolah.(Harian Metro,2016). Oleh itu, media sosial menjadi salah satu punca remaja kini
kurang mengambil perhatian tetang pelajaran dan mereka juga mempunya sikap yang tidak
sopan.
Selain itu, media sosial juga dapat mendorong remaja kini dalam masalah metal. Ketagihan
melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan
perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri.(Berita
Harian,2015). Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh
dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.(Berita
Harian,2015). Remaja akan mudah terdedah dengan pelbagai masalah kehidupan seperti tiada
keyakinan dan terlalu berfikiran negatif apabila melihat kehidupan orang lain. Kajian
menyimpulkan bahawa penggunaan media sosial secara pasif dikaitkan dengan tahap
kesejahteraan subjektif yang rendah (Krasnova et al., 2016; Verduyn et al., 2017). Oleh itu ibu
bapa juga perlulah memainkan peranan yang penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka
supaya mereka tidak terlalu taksub dengan media sosial sehingga dapat memberi kesan kepada
kesihatan mental mereka.

5
3.3 ISU SAHSIAH DAN KEMATANGAN REMAJA
Dalam meniti arus kemodenan ini, golongan remaja gemar menggunakan media sosial sebagai
platform untuk mengisi masa terluang mereka. Hal ini menyebabkan, mereka leka dan terjebak
dengan budaya tidak sihat yang ditunjukkan di media sosial. Biar kita ambil contoh seperti
pemakaian remaja pada zaman kini yang semakin lama semakin jauh dari tuntutan agama.
Kemudiannya, keterujaan remaja yang melonjak untuk menyambut beberapa perayaan yang kini
merupakan ‘trend’ yang amat digilaai untuk ditiru amat merisaukan. Misalnya, perayaan Hari
Kekasih pada 14 Februari yang sering disambut oleh golongan muda seolah-olah menjadi
kebiasaan dan tidak memberi sebarang kesan negative terhadap mereka. Menurut Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal
Ehwal Islam kali ke-71 pada 2005 memutuskan bahawa perayaan ini tidak pernah dianjurkan
oleh Islam. Perayaan ini juga diharamkan ke atas semua umat Islam. Impak media sosial amat
besar bagi proses kehidupan golongan remaja sekarang. Golongan remaja amatlah mudah untuk
mengikut apa sahaja yang mereka lihat di media sosial mahupun dalam kehidupan seharian dan
sekeliling mereka.
Menurut kajian otak golongan remaja masih belum matang sepenuhnya. Ini
menyebabkan mereka melakukan sesuatu secara impulsif. Selagi umur mereka belum mencecah
25 tahun mereka tidak boleh membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Hasil daripada kajian ini,
kami dapat membuktikan bahawa media sosial merupakan salah satu platform yang amat bahaya
untuk didedahkan secara awal kepada golongan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana,
mereka akan menggunakan media sosial sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan pada
kemudian hari. Contohnya, memuat naik gambar mereka di kawasan perumahan tanpa menutup
nombor rumah ataupun alamat rumah mereka yang boleh menyebabkan keselamatan mereka
tergugat.
Seterusnya isu tabarruj yang semakin berleluasa pada zaman kini perlu diambil tindakan
secepatnya. Ledakan media sosial dapat disaksikan dengan betapa ramainya wanita yang
berlumba-lumba untuk mempamerkan solekan mereka secara berlebih-lebihan secara terbuka,
bahkan menjadi ikutan oleh golongan remaja. Perkara ini juga akan memberikan imej yang
buruk sebagai seorang muslimah, bahkan boleh menyebabkan kemudaratan seperti penyakit ain
dan juga mendorong mereka sehingga mendedahkan aurat untuk mengikut segala ‘trend’ yang

6
dipamerkan di media sosial seperti TikTok dan juga Instagram. Sebagai penggulungan, golongan
remaja perlu lebih berhati-hat dalam penggunaan media sosial kerana mereka senang
terpengaruh dan akan menyebabkan mereka terpesong dari landasan yang benar.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Reka bentuk kajian ini
menggunakan kajian kepustakaan secara kualitatif yang dianalisis menggunakan analisis
kandungan. Kami juga menggunakan laman sesawang sebagai salah satu sumber rujukan seperti
melayari laman sesawang ilmiah yang membantu kami mengumpulkan maklumat dan juga data
berkenaan topik kajian.

4.1 CARA MENDAPATKAN DATA DAN MAKLUMAT


Antara medium yang kami gunakan bagi mengumpul maklumat ialah YouTube, Google, OPAC,
akbar dan Google Scholar. Medium ini dipilih kerana sumber yang didapati merupakan sumber
yang dipercayai dan dikeluarkan oleh individu yang berpendidikan serta telah dikaji. Setelah
dikaji, kami dapat membuktikan bahawa terdapat pelbagai penyalahgunaan media sosial dalam
kalangan remaja melalui pelbagai aplikasi seperti WeChat, Twitter dan Facebook. Akibat
daripada kelekaan remaja ketika menggunakan media sosial ia telah memberi impak yang negatif
terhadap fizikal mereka. Hal ini dikatakan kerana mereka meluangkan masa di dalam bilik lebih
berbanding beriadah di luar. Dari segi mental mereka akan terdedah dengan perkara negatif,
lebih-lebih lagi remaja yang berusia 13 hingga 16 yang sedang mencari identiti. Ibu bapa perlu
memainkan peranan sebagai ‘role model’ bagi anak-anak dengan meluangkan masa dengan
mereka berbanding menyibukkan diri mereka dengan hal pekerjaan sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak-anak. Kaedah infografik merupakan kaedah yang paling efektif
bagi menyebarkan kesedaran bahawa media sosial merupakan salah satu platform yang bahaya
bagi mereka sekiranya tidak dipantau.

7
5.0 DAPATAN & PERBINCANGAN
Penyalahgunaan media sosial merupakan trend yang kerap berlaku dalam kalangan remaja pada
hari ini. Penyalahgunaan media sosial merupakan satu tindakan di manaseseorang
individu mahupun sekelompok manusia menggunakan bahan teknologi maklumatuntuk tujuan
negatif yang boleh membawa keburukan seperti fitnah, kemusnahan dan sebagainya
sama ada kepada diri sendiri, masyarakat mahupun maruah negara. Antara contoh media sosial
adalah seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Golongan remaja pada hari ini
meluangkan lebih banyak masa dengan aplikasimedia sosial menyebabkan mereka meluahkan
segala yang difikirkan oleh mereka ke dalammedia sosial seperti menghina dan memaki hamun
kerajaan serta membangkitkan kebenciankaum ataupun racist Terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan isu penyalahgunaan media sosial berlaku. Antaranya ialah kekurangan
pengetahuan tentang hak sebagai seorang pengguna.Faktor utama penyumbang jenayah siber
dalam masyarakat ialah kurangnya pengetahuan dalam penggunaan teknologi dengan
selamat. Kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan remaja menggunakan teknologi
atas desakan globalisasi atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Hal ini secara
tidak langsung menyebabkan golongan remaja menggunakan media sosial untuk melakukan
aktiviti yang berunsurkan fitnah sehingga mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka
dan masyarakat di negara kita.
Faktor kekurangan pengetahuan tentang hak sebagai seorang pengguna dapat
dikaitkan dengan teori sistem ekologi yang dipelopori oleh Bronfenbrenner. Teori sistem ekologi
menyatakan dalam peringkat kronosistem, persekitaran remaja akan dipengaruhi oleh
perubahan zaman. Jika dikaitkan dengan isu penyalahgunaan media sosial, perubahan zaman
tradisional kepada zaman teknologi menyebabkan remaja alpa dan ketagih terhadap media
elektronik sehingga cenderung untuk menyalahgunakan media elektronik untuk tujuan yang
negatif. Akibat daripada ledakan teknologi yang pantas secara tidak langsung menyebabkan
remaja menggunakan teknologi tanpa mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya
mengenai undang-undang penggunaan bahan teknologi dan hal inilah yang
menyebabkan remaja mudah menyalahgunakan teknologi khususnya media sosial untuk tujuan
yang negatif. Selain itu, kekurangan pengawasan daripada ibu bapa di rumah juga merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya isu penyalahgunaan media sosial. Pada hari ini,

8
kebanyakan ibu bapa akan keluar bekerja pada siang hari dan cuma akan balik ke rumah pada
sebelah malam dan hal ini menyebabkan masa yang diluangkan bersama anak-anak menjadi
kurang dan menyebabkan mereka tidak mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-
anak mereka.Apabila pengawasan daripada ibu bapa terhadap anak-anak mereka semakin
kurang, maka anak-anak akan cenderung menggunakan kemudahan media sosial untuk tujuan
yang negatif seperti melayari laman sesawang lucah, menyebarkan berita palsu dan sebagainya
kerana ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa disisi mereka.Makanya,ibu bapa merupakan agen
sosialisasi bagi anak-anak mereka di rumah. Hal ini bermakna, ibu bapa mempunyai pengaruh
yang sangat besar terhadap pembentukan tingkah laku anak-anak mereka. Oleh itu,
ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa kepada anak-anak mereka supaya mereka
boleh mengetahui tentang perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah dan
anak-anak juga akan kurang melibatkan diri dalam masalah-masalah sosial sekiranya
mereka mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.

5.1 KONSEP INFOGRAFIK


Infografik gabungan "informasi" (maklumat) dan "grafik" ialah gambaran visual grafik
maklumat, data, atau pengetahuan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan
jelas.Mereka dapat meningkatkan kognisi dengan menggunakan grafik untuk meningkatkan
kemampuan sistem visual manusia untuk melihat corak dan tren.Usaha serupa ialah pemvisualan
maklumat, pemvisualan data, grafik statistik, reka bentuk maklumat, atau seni bina maklumat.
Infografik telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan untuk menjadi komunikasi
massa, dan dengan demikian direka dengan lebih sedikit asumsi mengenai asas pengetahuan
pembaca daripada jenis pemvisualan lain. Isotip ialah contoh awal infografik menyampaikan
maklumat dengan cepat dan mudah kepada orang ramai.

9
5.2 INFOGRAFIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH INTERAKTIF
Dengan kewujudan teknologi maklumat menjadikan manusia semakin bijak dan kreatif dalam
menegendalikannya dan hasilnya akan menyebabkan kreativiti manusia semakin meningkat
seterusnya menjadikan kehidupan lebih mudah dengan meletakkan Islam sebagai tujuan yang
penting dalam penyelidikan saintifik (Abu Bakar, 2012). Terdapat banyak ayat dalam al-Quran
yang memerintahkan manusia untuk memikirkan serta mempraktikkan pelbagai kaedah dalam
memperoleh pengetahuan dengan menggunakan teknologi terkini bagi mencapai hasil yang baik.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlulah berusaha mencipta sesuatu yang
memberikan manfaat selari dengan akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengejar
kemajuan seiring kecanggihan teknologi terkini untuk keperluan umat sejagat. Menjelang tahun
2050, bedasarkan kajian iaitu perkembangan komuniti Muslim adalah paling cepat di dunia
berbanding agama-agama (Perrin, 2015). Penggunaan teknologi menjadikan sumber maklumat
yang berperanan besar dalam mempromosikan penyebaran berkenaan Islam serta menjadi
platform penyatuan ummah bagi masyarakat Islam dunia. Begitu juga negara kita Malaysia yang
mempunyai kepelbagaian kaum dengan agama Islam sebagai agama majoriti penduduk Malaysia
serta diiktiraf sebagai agama kebangsaan. Oleh yang demikian, prospek penyebaran dakwah
Islam di Malaysia sangat tinggi selaras dengan golongan sasar dakwah itu sendiri. Kepelbagaian
demografi golongan sasaran dakwah ini perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin supaya info
dakwah dapat diterima mereka selari dengan perkembangan zaman.

6.0 KESIMPULAN
Kesudahannya, isu penyalahgunaan media sosial dapat memberi impak positif dan negatif tetapi
ia bergantung kepada individu tersebut bagaimana mereka menggunakannya. Remaja perlulah
bijak menggunakan kemudahan teknologi yang ada dengan bertujuan yang baik dan memberi
manfaat kepada diri sendiri. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu memantau setiap pergerakan anak-
anak mereka supaya tidak terjerumus kepada perkara yang tidak diingini. Remaja juga perlu
bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh melakukan perkara yang berunsurkan negatif.

10
7.0 RUJUKAN
1. Hasbollah, Nur Syahirah; Md Rashid, Marjan; Ihwani, Siti Suhaila (2019). “Media Sosial
dan Pelajar Universiti Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar
Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29,
Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam,
FSSK, UTM, p. 227-240.
2. Aziz, M. F. & Makhsin, M. (2021). Pengaruh Media Sosial Terhadap Penampilan
Akhlak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6 (42), 74-82.
3. Rosli, Tasnim; Muniandy, Yogenathan; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial dan
Impak Tingkah Laku Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar
Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun
Islam,
FSSK,UTM,p.115-130.https://www.researchgate.net/publication/339400953_Media_Sosi
al_dan_Impak_Tingkah_Laku_Menurut_Islam.
4. Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Ahmad Rizal Mohd.
Yusof https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&ved=2ahUKEwjP87b9zdP7AhWP4zgGHX
nmAJg4ChAWegQICRAB&url=http%3A%2F%2Fjournalarticle.ukm.my
%2F17021%2F1%2F44758-144052-1-
SM.pdf&usg=AOvVaw2H3M_pRl3ciHpNm2N1fk-Z
5. Abd. Rahim, R. A. (1999). Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia : Suatu Tinjauan
dari Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 10, 125–134. Retrieved from
https://ajap.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3779
6. MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH MASA KINI [SOCIAL MEDIA
MASA MEDIUM DAKWAH NOWADAYS] 1 NORADILAH ABDUL WAHAB
https://www.researchgate.net/publication/340861392
7. https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-
kajian-sarah/#:~:text=Metodologi%20kajian%20merupakan%20kaedah%20dan,yang
%20boleh%20menyokong%20sesuatu%20kajian.
8. https://evolusimediasosial.blogspot.com/2015/12/sejarah-dan-evolusi-media-
sosial_16.html
9. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-
sosial Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi - Mei 1, 2015 @ 12:06am
10. https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2018/11/21/tiga-perayaan-haram#:~:text=Hari
%20Kekasih%20(Valentine)&text=Sambutan%20yang%20jatuh%20pada%2014,tidak
%20pernah%20dianjurkan%20oleh%20Islam.
11. https://pku.upm.edu.my/artikel/bagaimana_otak_remaja_berfungsi-40917
12. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/536365/bersolek-usah-sampai-
tabaruj-dedah-aurat

11

Anda mungkin juga menyukai