Anda di halaman 1dari 20

CTU552

FALSAFAH & ISU SEMASA

IMPAK MEDIA SOSIAL KEPADA PEMIKIRAN MASYARAKAT DI


MALAYSIA
Disediakan untuk:
ENCIK MOHD RAZLAN BIN AHMAD

Disediakan oleh:
Kumpulan: 552-IM7
(PENGURUSAN MAKLUMAT)
Mohammad Redza Aqif B. Mohd Ridzwan(2021899358)
Adli Syahmi Iskandar Bin Adlinoor Saleh (2021899866)
Nurul Ain Balqis Binti Ahmad Zulffi (2021453848)
Nurul Nabilah Binti Mohamad Radzi (2021603608)
Siti NurFadzilah Binti Dollah (2021461598)

Untuk kegunaan pensyarah


Penilaian Markah (30%)
Pengenalan
Susunan isi / idea
Analisa & perbincangan
Rumusan & kesimpulan
Etika penulisan
Bibliografi / Rujukan
Jumlah

(IMPAK MEDIA SOSIAL KEPADA PEMIKIRAN MASYARAKAT MALAYSIA)

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

2.0 DEFINISI TAJUK

2.1Definisi Bahasa 2

2.2Definisi Istilah

3.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL

3.1Kepentingan Media Sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia 3-4

4.0 PERANAN DAN FUNGSI MEDIA SOSIAL

4.1 Peranan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia 5

4.2 Fungsi media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia 6

5.0 IMPAK MEDIA SOSIAL

5.1 Impak Positif 7-9


5.2 Impak Negatif 9 - 11

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN MENGATASI

6.1 Kesimpulan 12

6.2 Cadangan mengatasi kesan buruk sosial media terhadap pemikiran 13


masyarakat

7.0 RUJUKAN / LINK SUMBER 14 - 16

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnia-Nya, kami telah
menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami juga ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Mohd Razlan Bin Ahmad yang telah banyak
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini sehingga selesai. Kami memohon kepada Allah
S.W.T agar beliau diberi balasan yang sebaik-baiknya. Akhir sekali, kami berharap dapat
mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada kerja kursus ini.
i

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian(online) yang dapat
menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa,
media adalah alat perantara, komunikasi atau penghubung, manakala sosial adalah
perihal kemasyarakatan dan pergaulan. Media pada awalnya merupakan sebuah alat
perantara seperti radio, televisyen atau surat khabar. Namun, ia mempunyai limitasi
yang terhad dan sukar para pengguna untuk mengemukakan pendapat atau
pandangan bebas terhadap sesuatu perkara disampaikan.Oleh itu, elemen sosial
dibawa masuk ke dalam media untuk diubah menjadi alat yang boleh berkomunikasi
di antara pengguna.

Jaringan sosial ini berkembang sehingga dianggap sebagai alat komunikasi yang
penting pada dunia hari ini. Buktinya dapat dilihat menerusi media sosial dan aplikasi
seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, dan Telegram. Media sosial yang
semakin berkembang dapat dibahagi kepada beberapa kategori. Contohnya, medium
sosial adalah seperti perbincangan melalui forum, mengadakan video seacra
langsung menggunakan website googlemeet, penukisan blog dan interaksi
permainan video online. Selain itu, media sosial membolehkan perkongsian, gambar,
video, pautan dan pendapat antara pengguna.
Hampir semua orang dewasa dan remaja di dunia mempunyai sekurang-kurangnya
satu akaun media sosial. Hal ini kerana media sosial telah menjadi cara yang popular
dan dijadikan platform untuk menjual produk secara dalam talian. Kelebihan media
sosial ialah dapat memberikan kemampuan kepada peniagaan untuk berhubung
dengan pembeli tanpa perlu bersemuka secara langsung.

Media sosial kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan.
Penggunaan media sosial kini tidak terhad, bukan sekadar bahan interaksi dan
komunikasi tetapi dapat digunakan dengan lebih meluas dalam bidang perniagaan,
hal ehwal keagamaan, aktiviti kebudayaan, perubatan, politik dan sebagainya.

2.0 DEFINISI TAJUK

2.1 Definisi media sosial pada bahasa adalah merupakan satu rangkaian komunikasi
diatas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia

2.2 Media pada istilah bermaksud alat atau peranti perantara komunikasi
(perhubungan), seperti radio, televisyen dan akhbar am yang melalui pelbagai jenis
saluran atau perantara komunikasi, saluran komunikasi yang merupakan bahan
cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah dan pelbagai lagi.

Sosial pada istilah bermaksud segala aktiviti yang melibatkan masyarakat, segala
perihal masyarakat, dan kemasyarakatan. Dari segi maksud Latin, iaitu Sosialis, sosial
adalah sesuatu yang berkaitan dengan syarikat. Dalam pengertian ini, sosial dapat
memberikan rasa kerjasama dan kekitaan kerana ia menyiratkan sesuatu yang dikongsi
di peringkat masyarakat.

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan
mencipta isi kandungan tersendiri. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein
mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet
yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan
penciptaan dan pertukaran maklumat di internet.

Dari dua istilah berasingan ini, kita boleh menarik definisi asas bersama-sama: Media
sosial adalah alat komunikasi berasaskan web yang membolehkan orang berinteraksi
antara satu sama lain dengan berkongsi dan memakan maklumat. Oleh itu, media
sosial secara mudahnya membawa erti instrumen sosial dalam berkomunikasi dalam
kehidupan seharian manusia dan akan memberi kesan secara langsung atau tidak
langsung dan akan memberi impak kepada semua.

3.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL

3.1 Kepentingan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia

Antara kepentingan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia adalah


dari segi perniagaan. Hal ini kerana negara Malaysia sedang dilanda pandemik Covid-
19 di mana menyebabkan ramai golongan pekerja terjejas dalam mencari sumber
pendapatan. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang terpaksa berhenti kerja
disebabkan kesukaran majikan untuk menanggung kos kerugian. Hal ini menyebabkan
mereka mula mengambil inisiatif yang lain untuk meneruskan mencari sumber
pendapatan iaitu dengan terlibat dalam bidang perniagaan. Ini dengan tujuan dapat
mempromosikan produk mereka di media sosial. Terdapat banyak perniagaan yang
besar dan juga terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk
memperkenalkan jenama mereka kepada pengguna media sosial yang lain. Media
sosial juga merupakan saluran yang baik untuk mempromosikan laluan (traffic) ke
laman web pengguna media sosial di Malaysia. Oleh itu, kepentingan media sosial
amat penting dalam bidang perniagaan bagi membantu meningkatkan pasaran produk
mereka seterusnya menjana pendapatan.
Selain itu, kepentingan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia dari
segi perniagaan adalah dapat melakukan pemasaran melalui laman media sosial. Hal
ini kerana, di era yang moden dan canggih ini pengguna lebih mengetahui sesuatu
maklumat di media sosial terutama yang melibatkan perniagaan. Terdapat perniagaan
di media sosial yang mencari pekerja atau ‘agent’ untuk membantu mempromosi dan
menjual produk keluaran mereka. Ini sekali gus memberi pulangan yang lumayan
kepada ‘agent’ tersebut dalam memperoleh sumber pendapatan. Namun begitu pihak
yang ingin melakukan pemasaran sesuatu produk di media sosial perlulah bijak
menggunakannya bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang lain. Terdapat
juga pasaran di media sosial yang menyediakan khidmat pelanggan dengan tujuan
memudahkan pengguna untuk bertanya tentang sesuatu produk tersebut Oleh itu,
pemasaran melalui laman media sosial ini dapat membantu peniaga dalam
meminimumkan pengeluaran kos yang tinggi di samping lebih mudah untuk
digunakan oleh pengguna lain. 3

Kepentingan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia yang seterusnya


adalah dapat belajar secara berkumpulan terutama dalam kalangan pelajar. Hal ini
kerana, di masa wabak pandemik yang tengah berlaku ini ramai golongan pendidik
mengambil langkah dengan mengadakan pembelajaran dalam talian bagi memastikan
para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Melalui kaedah ini, para pendidik dan
pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan media sosial sebagai
platform pembelajaran secara dalam talian (online). Malah, pelajar juga boleh
berbincang dengan guru mereka sekiranya terdapat masalah atau guru boleh
memberikan latihan kepada pelajar untuk disiapkan mengikut tarikh dan masa yang
ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung melatih pelajar untuk lebih peka dan
berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh guru mereka serta
mengelakkan pelajar keluar rumah dengan kerap di masa pandemik covid sedang
berlaku.

Selain itu, kepentingan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia adalah
dapat menghubungkan pengguna dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini kerana
negara Malaysia sedang melalui teknologi yang canggih dan moden yang
menyebabkan setiap pengguna perlu memiliki media sosial sebagai platform untuk
berhubung dan berkomunikasi sesama mereka. Contoh media sosial yang menjadi
pilihan pengguna adalah Facebook, Whatsapp, Instagram, Twitter dan lain-lain lagi.
Para pengguna boleh berkomunikasi tanpa gangguan seterusnya dapat menjalinkan
hubungan silatulrahim sesama insan. Laman media sosial turut membenarkan
pengguna untuk membuat hantaran di laman utama serta pengguna lain boleh
meninggalkan komen di hantaran tersebut. Oleh itu, kepentingan media sosial juga
melibatkan hubungan komunikasi antara pengguna dengan pengguna yang lain selain
beramah mesra.

4.0 PERANAN DAN FUNGSI MEDIA SOSIAL KEPADA


4
PEMIKIRAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

4.1 Peranan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia


Antara peranan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia ialah
memberikan maklumat. Media sosial memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seharian masyarakat pada hari ini. Hal ini demikian kerana ia sering
digunakan oleh masyarakat bagi mendapatkan info yang terkini, sama ada melalui
media cetak mahupun media elektronik. Sebagai contoh, dengan menggunakan
pelbagai jenis komunikasi seperti majalah, akhbar, radio, televisyen dan lain2 dapat
menyebarkan maklumat yang sama dengan lebih meluas kepada penerima yang ramai
di merata tempat. Oleh itu, peranan media sosial ini amat penting untuk digunakan
oleh masyarakat bagi mendapatkan maklumat secara meluas.

Peranan media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia yang seterusnya ialah
sebagai bahan rujukan kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
masyarakat yang mementingkan maklumat berkaitan dengan pelbagai aspek dapat
merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat tersebut. Contohnya,
masyarakat yang ingin mengetahui tentang sesuatu maklumat dengan lebih lanjut
boleh membuat rujukan di media sosial seperti aplikasi Twitter, Instagram dan lain-
lain. Jadi, peranan media sosial sebagai bahan rujukan dapat membantu masyarakat
merujuk maklumat dengan lebih mudah.
Selain itu, peranan media sosial juga ialah menerapkan nilai-nilai murni. Sebagai
contoh, menghormati ibu bapa, berkasih sayang, menepati masa, menjaga kebersihan
dan sebagainya merupakan contoh nilai murni yang sewajarnya ditonjolkan untuk
mendidik masyarakat agar mereka turut bersama-sama menghayati nilai-nilai ini. Oleh
itu, peranan ini amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

5
4.2 Fungsi media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia
Antara fungsi media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia ialah
merapatkan hubungan masyarakat antara satu sama lain. Contohnya, masyarakat yang
menggunakan aplikasi di media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan
sebagainya dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana mereka menggunakan aplikasi tersebut dengan bertukar-tukar maklumat
sesama mereka tentang diri mereka, aktiviti seharian mereka dan lain-lain. Justeru itu,
fungsi ini adalah penting bagi merapatkan hubungan masyarakat antara satu sama lain.

Seterusnya, fungsi media sosial kepada pemikiran masyarakat di Malaysia juga ialah
sebagai tempat untuk menambahkan pendapatan masyarakat. Sebagai contoh,
masyarakat dapat mempromosi produk yang lebih bermanfaat kepada orang lain di
aplikasi media sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya seperti menjual
pakaian, menjual produk makanan dan sebagainya. Hal ini dapat menambahkan lagi
pendapatan mereka yang menjual. Jadi, fungsi media sosial ini amat penting untuk
menambahkan pendapatan masyarakat di Malaysia.
6

5.0 IMPAK MEDIA SOSIAL

5.1 Impak positif

Dalam tempoh pemodenan ini, penggunaan media sosial telah menjadi ikutan yang
terkenal dalam kehidupan setiap masyarakat. Program-program yang terdapat di media
sosial telah menarik minat setiap peringkat umur sama ada pemimpin, ibu bapa,
remaja hingga kanak-kanak. Penggunaan media sosial semakin hangat apabila
teknologi yang lebih hebat dihasilkan terdiri daripada telefon pintar dan komputer riba
yang boleh direka bentuk untuk membenarkan penggunaan pelbagai ciri untuk
memudahkan melayari media sosial. Rekaan ini memudahkan serta membolehkan
masyarakat melayari media sosial pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Antara
media sosial yang menjadi pilihan orang ramai terdiri daripada Telegram, Facebook,
Whatsapp, Instagram, Twitter, dan sebagainya. Penggunaan media sosial telah
membolehkan masyarakat berfikiran lebih rasional, kreatif dan inovatif dalam
menggunakan media sosial. Ia juga mampu menjana masyarakat berfikiran kelas
pertama yang mampu menggunakan pusat teknologi yang akan dimiliki untuk
meningkatkan pengetahuan. Media sosial ini juga akan mendatangkan pelbagai
pengaruh yang positif kepada pemikiran masyarakat terutamanya kepada yang kerap
menggunakannya.

5.1.1 Bersikap lebih terbuka

Media sosial akan melahirkan masyarakat yang bersikap lebih terbuka terutamanya
orang yang kerap melayari media sosial kerana mereka mungkin akan mempunyai
kenalan tambahan tanpa diketahuinya. Ini disebabkan oleh penggunaan media sosial
tidak mempunyai sebarang sekatan umur dan boleh digunakan oleh semua orang di
dunia ini. Penggunaannya juga besar-besaran dengan tiada peraturan yang dikenakan
dalam usaha untuk berhubung dengan semua orang dan pelbagai rangkaian yang
mereka mahu. Situasi seperti ini membenarkan seseorang mempunyai banyak kenalan
dengan hanya dihujung jari. Ringkasnya, media sosial boleh digunakan sebagai alat
untuk menambahkan lebih ramai kenalan.

Seperti yang kita semua tahu, penggunaan media sosial boleh membantu kita
menambahkan dan menemui kenalan baharu atau kenalan yang telah lama
7
hilang boleh ditemui Kembali. Aplikasi seperti Facebook, Instagram, Whatsapp,
dan Telegram adalah antara alternatif yang sempurna dalam keadaan ini. Kita boleh
membuat kawan baru tanpa mengira masa sama ada atas keinginan peribadi kita atau
orang lain. Komen-komen mengenai gambar yang telah dimuat naik di media sosial
mampu menyokong persahabatan dari semasa ke semasa. Situasi ini boleh dikaitkan
dengan pelajar kolej atau universiti yang telah menamatkan pengajian sebagai satu
cara untuk tujuan mereka mendapatkan hubungan persabahatan yang telah lama
hilang. Media sosial akan menjadi wahana untuk menyambung semula hubungan yang
telah lama tidak berkhabar. Dengan media sosial ini, mereka boleh mengetahui kerjaya
yang diceburi oleh rakan-rakan dan mungkin melibatkan diri antara satu sama lain.
Keadaan ini akan menjadi lebih mudah kerana ia mampu menjimatkan masa dan
tenaga melalui kemudahan yang berada dihadapan mata. Oleh itu, adalah sangat jelas
bahawa media sosial juga boleh menambahkan kenalan baharu dalam jarak yang jauh
mahupun dekat.

5.1.2 berfikiran lebih positif dan berkeyakinan.

Tambahn pula, media sosial turut memberi ruang dan peluang kepada pengguna untuk
berkongsi pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu yang ingin dibangkitkan. Ini
boleh dilakukan dengan rakan-rakan, antara guru dengan pelajar, sesama pemimpin
dan sebagainya yang menjadikan media sosial ini sebagai medan komunikasi. Antara
aplikasi yang digunakan sebagai medan komunikasi yang paling ketara adalah Twitter.
Hal ini dikatakan demikian kerana, secara tidak langsung ia akan membolehkan orang
ramai berkomunikasi dengan artis kegemaran mereka, malah mereka juga boleh
membaca luahan dan berita-berita yang telah dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Pada masa yang sama, aplikasi tersebut turut menjadi sumber kepada orang ramai
untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan informasi yang berguna. Bukan sahaja
kepada rakyat biasa kerana perkara ini juga berlaku dalam kalangan pemimpin yang
menggunakan media sosial untuk berhubung dengan orang ramai khususnya rakyat
Malaysia.

Penggunaan media sosial juga mampu membuatkan orang ramai lebih yakin dengan
diri sendiri dan lebih gembira. Menurut kajian Commonsense Media, 75% kajian yang
dijalankan ke atas pelajar berumur 13 hingga 17 tahun menunjukkan perkembangan
yang baik dari segi emosi mereka, ini termsuk dari segi keyakinan,
8
kegembiraan, simpati terhadap orang lain dan pandangan yang baik terhadap
sendiri diri dan hanya 8% yang mempunyai sifat negatif selepas menggunakan media
sosial seperti pemalu atau murung

5.1.3 Berfikiran kreatif dan inovatif

Penggunaan media sosial juga dapat dijadikan sebagai wahana untuk menjana
pendapatan yang lumayan kepada masyarakat. Sebagai contoh aplikasi Facebook,
Instagram dan Telegram yang sering digunakan oleh setiap masyarakat untuk
mengembangkan perniagaan atau memasarkan barang dagangan mereka tanpa
memerlukan seseorang untuk bersemuka. Dengan cara ini, orang ramai akan dapat
membeli barangan seperti tudung, baju, kasut dan sebagainya dengan hanya
menggunakan media sosial tersebut. Keadaan ini sekaligus dapat melatih masyarakat
untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam memasarkan barangan agar kelihatan
lebih menarik. Malahan, mereka juga dapat menjadikan media sosial sebagai satu
alternatif iaitu sumber pendapatan bulanan mereka. Masyarakat akan menjadi lebih
berdaya saing untuk memajukan kehidupan masing-masing. Keadaan ini juga akan
membantu masyarakat untuk menjadi insan yang berdisiplin seperti dalam mengatur
masa seharian mereka. Kehadiran media sosial justeru melahirkan masyarakat yang
penuh dengan inovasi dan idea-idea yang menarik untuk membangunkan negara dan
kehidupan sesuai dengan peredaran masa.

5.2 Impak Negatif

Isu-isu yang berkaitan dengan media sosial akan menjadi bahan bualan dan
perbincangan dalam kalangan masyarakat. Selain daripada memberi impak positif
kepada pemikiran masyarakat, penggunaan media sosial yang berlebihan juga akan
mendatangkan impak negatif kepada masyarakat terutamaya terhadap golongan
remaja. oleh itu, kehadiran teknologi akan memberi kemudahan kepada pengguna
tetapi pada masa yang sama pantauan yang tidak teratur dalam penggunaannya akan
mendatangkan masalah kepada diri mereka. Hiudp penuh dengan kemodenan tidak
hanya mendatangkan kebaikan tetapi ia juga turut memberi kesan yang buruk terhadap
pemikiran masyrakat.

5.2.1 Bersikap agresif

Sikap yang kerap menggunakan media sosial akan mewujudkan sikap ganas dalam diri
masyarakat terutamanya golongan remaja. para remaja akan mudah terpengaruh
dengan aksi ganas yang menular di media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter
dan sebagainya. Mereka akan mencuba aksi ganas ini tanpa memikirkan akibatnya.
Remaja agresif yang suka menonton filem aksi dan filem ganas dalam media sosial
mempunyai kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku ganas berbanding mereka
yang tidak menontonnnya. Babak dan aksi ganas yang tidak bermoral yang ditonton
oleh remaja melalui media sosial menjadikan jiwa mereka keras dan ganas. Perkara ini
akan menjadi teruk lagi apabila mereka meniru aksi tersebut bagi menunjukkan
kehebatan mereka. Ia akan mendorong kepada berlakunya jenayah seperti membuli
yang kini manjadi kes-kes hangat dalam kalangan remaja terutamanya di sekolah.

Hal ini hendaklah diambil berat dalam setiap masyarakat kerana remaja merupakan
tonggak masa depan dan tingkah laku mereka akan menggambarkan suasana masa
hadapan, malahan juga menjadi contoh kepada generasi yang seterusnya. Jika perkara
ini tidak dibendung dengan segera tidak mustahil ia akan menjadi teruk dalam
masyarakat khususnya remaja.

5.2.2 Pornografik

Melayari media sosial berlebihan juga menyebabkan masyarakat mudah terdedah


kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti pornografik. Hal ini amat khusus
kepada para remaja yang mudah terpengaruh di usia muda. Mereka akan terdedah
kepada video yang tidak bermoral yang boleh merosakkan minda dan pemikiran
mereka. Isu ini perlu diambil berat oleh masyarakat kerana video yang tidak bermoral
tersebut akan dapat merosakkan akhlak mereka malahan juga tingkah laku mereka.
Kurangnya pengawasan daripada ibubapa terhadap aktiviti anak-anak mereka juga
menjadi punca perkara ini menjadi semakin teruk.

Oleh itu, ibubapa perlulah mengawasi anak mereka untuk megelakkan mereka
daripada terlibat dalam hal-hal yang tidak baik. Tidak hanya pada yang bergelar
ibubapa sahaja malahan masyarakat yang lain juga perlu sentiasa cakna pada aktiviti
saudara, sepupu, dan keluarga terdekat khususnya remaja agar terhindar daripada
melakukan perkara seperti ini. Hal ini tidak sahaja merosakkan pemikiran
masyarakat malahan ia juga akan mempengaruhi pembangunan masyarakat 10

kearah negatif.

5.2.3 Perkataan atau perbualan

Media sosial juga menjadi tempat salah satu punca masyarakat seperti kanak-kanak
dan golongan muda menjadi malas dan lemah dalam menguasai tatabahasa dan juga
kemahiran membaca. Hal ini kerana, masyarakat masa kini lebih banyak
mendedahkan anak-anak mereka pada dunia teklonogi dan media sosial seperti
membiarkan anak mereka menonton rancangan kanak-kanak melalui laman youtube,
manakala golongan muda pula lebih gemar mononton rancanga yang tidak berfaedah
berbanding rancangan-rancangan ilmiah seperti debat dan forum perdana melalui gajet
masing-masing.

Melalui media sosial juga, masyarakat akan mudah terjebak kepada fitnah dan gossip-
gosip yang kini semakin berleluasa yang media sosial. Hal ini akan menyebabkan
negara kita sukar untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikiran matang serta
positif. Media sosial juga menjadi salah satu tempat untuk menyebarkan fitnah dan
gosip terhadap individu baik mahupun raja-raja dan pemimpin sekalian yang mana
penyebaran ini akan dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk membuat
tanggapan negatif yang mana sedikit demi sedikit dapat meruntuhkan institusi
kenegaraan. Bukan sahaja kepada kerajaan, malahan juga gosip yang melibatkan artis
yang berleluasa dalam kalangan orang awam dan menyebabkan mereka terlibat dalam
menyebarkan dan membuat spekulasi terhadap fitnah tersebut.
Malahan melalui media sosial juga, masyarakat akan mudah terpengaruh pada
pemikiran budaya hedonism iaitu pada budaya barat. Mereka akan mengubah budaya
hidup mereka sesuai dengan fesyen terkini yang lebih kepada kebaratan seperti dari
segi tutur kata yang dilontarkan di media sosial masing-masing sekaligus
mengeluarkan perkataan yang negatif , lucah serta penulisan bahasa melayu yang telah
diringkaskan ‘mantul’ yang menggantikan maksud mantap betul dan pelbagai lagi.
Golongan remaja juga menggunakan media sosial sebagai alat berkomunikasi dan
mencari rakan baru di media sosial seperti Facebook, Instgram, twitter dan
sebagainya. Perkara ini menyebabkan masyarakat akan kurang berinterkasi secara
realiti kerana mereka akan lebih mengutamakan rakan maya mereka. Hal ini akan
menjadi cabaran kepada seluruh masyarakat dalam usaha medidik dan
memperbetulkan pemikiran mereka kearah yang lebih matang dan positif.

11

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN MENGATASI


6.1 Kesimpulan

Media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan masyarakat terutamanya


dalam kalangan remaja. Contohnya, Instagram, Twitter, Facebook dan Whatsapp
yang dijadikan platform komunikasi yang interaktif, bebas dan rangkaiannya
melangkau segenap benua. Namun, media sosial mempunyai banyak impak negatif
terhadap pemikiran dan perubanhan tingkah laku dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan kajian, penggunaan media sosial secara berlebihan seperti melayari


media sosial tanpa melakukan pergerakan fizikal akan menyebabkan tubuh badan
individu lemah.Hal ini kerana berkurangnya gaya hidup sihat dan menyebabkan
kesihatan terjejas .Ia juga disebabkan menyalahgunakan media sosial dengan
melayari laman tidak baik seperti pornografik dan video yang bersifat negatif.

Media sosial juga memberikan impak buruk terhadap pemikiran individu dalam
masyarakat Malaysia. Pelajar serta orang dewasa yang terdedah kepada masalah
gangguan secara maya seperti buli siber menyebabkan emosi terganggu dan
merasakan ketakutan terhadap ancaman. Impak buruk yang selalu didapati pada
pelajar ialah memikirkan dan melalukan terlalu banyak benda serta tugas yang harus
dilakukan dalam satu masa menyebabkan pelajar tersebut stress dan boleh
menyebabkan kemurungan.

6.2 Cadangan mengatasi kesan buruk media sosial terhadap pemikiran masyarakat.

Kerajaan haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik nilai murni dan etika
menggunakan platform social media supaya bebas daripada unsur negatif. Hal ini
sangat penting bagi memupuk kesedaran orang ramai supaya menggunakan media
sosial dengan sebaik mungkin serta menyekatkan penyebaran kandungan yang
berunsur prejudis terhadap kaum, jantina, seksual atau keganasan.

12
Pihak yang menyebarkan harus meneliti pernyataan yang disebarkan
merupakan kenyataan yang benar. Ini disebabkan terdapat dua jenis pihak yang
menyebarkan maklumat di social media iaitu pihak menyebarkan berita sahih dan
pihak menyebarkan berita palsu. Oleh itu, pihak yang menyebarkan berita sahih perlu
meneruskan perkongsian tersebut manakala pihak yang menyebarkan berita palsu
haruslah menghentikan perkongsian tersebut supaya tidak menyebabkan masyarakat
keliru.

Akhirnya, setiap individu juga bertanggungjawab dalam penyebaran sesuatu


maklumat dalam social media kerana ia boleh menjadi viral. Terdapat pihak tertentu
mempunyai niat buruk dan cenderung membuat fitnah dengan menokok tambah dan
memanipulasi maklumat yang menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. Oleh itu,
individu ataupun masyarakat yang berilmu, beragama dan berfikiran terbuka
haruslah menghentikan penyebaran maklumat palsu apabila didapati terdapat
pemanipulasi dan toko tambah dalam perkongsian tersebut.
13

7.0 RUJUKAN

Astro Awani. (2021). Kerajaan perlu main peranan terap etika penggunaan media
sosial - Pensyarah. astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-perlu-main-peranan-terap-etika-
penggunaan-media-sosial-pensyarah-203074

Apa maksud media sosial? (2021, November 2). Ecommerce Platform.


https://ecommerce-platforms.com/ms/glossary/social-media

Ahlqvist, Toni (2008). "Social media roadmaps exploring the futures triggered by
social media". Retrieved November 14, 2021, from
https://cris.vtt.fi/en/publications/social-media-roadmaps-exploring-the-futures-
triggered-by-social-m

Crista Sumanik, Julia Plonowski (2012). Teens on Social Media: Many Benefits to
Digital Life, But Downsides, Too. Tarikh diambil 14 november, 2021. Dipetik
daripada
https://www.commonsensemedia.org/about-us/news/press-releases/teens-on-social-
media-many-benefits-to-digital-life-but-downsides-too

Daniel, B. (n.d.). Apakah Media Social? Apakah Media sosial? Retrieved November
14, 2021, from https://ms.eyewated.com/apakah-media-sosial/.
Ek Wei Sheng (2015). Peranan Media Massa. Tarikh diambil 10 November, 2021.
Dipetik daripada
https://www.scribd.com/document/256115336/Peranan-Media-Massa

Ghazali, A. (2019, June 12). Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan.
Sinarharian. Retrieved November 13, 2021, from
https://www.sinarharian.com.my/article/32135/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/kesan-buruk-
media-sosial

Herliza Khairani S (2018). Esai: Fungsi Media Sosial. Tarikh diambil 14 November,
2021. Dipetik daripada
https://www.scribd.com/embeds/371428787/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

J. (2020, April 16). Apa Itu Media Sosial? - Pengenalan Dan Ringkasan Sejarah. Cari
Idea. https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.html

14
Kaplan Andreas M., Haenlein Michael, (2010), Users of the world, unite! The
challenges and opportunities of social media. Retrieved November 14, 2021,
from
https://www.researchgate.net/publication/222403703_Users_of_the_World_Unite_Th
e_Challenges_and_Opportunities_of_Social_Media

Meena, Nivitha dan Madhu Mitha (2020). Pengaruh Media Sosial Terhadap
Perubahan Masyarakat. Tarikh diambil 13 November, 2021. Dipetik daripada
https://anyflip.com/qbicd/kflo/basic

Nsbn2411 (2015), Kepentingan dan Peranan Media Sosial dalam Perniagaan. Tarikh
diambil 14 November 2021. Dipetik daripada
http://nsbn2411.blogspot.com/2015/12/kepentingan-dan-peranan-media-
sosial_15.html

Nurul Fakhry (2015), Kepentingan Media Sosial dalam Perniagaan. Tarikh diambil 14
November 2021. Dipetik daripada
http://nurulfakhry.blogspot.com/

Rosli, Tasnim; Muniandy, Yogenathan; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial
dan Impak
Tingkah Laku Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar
Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan
Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p.
115-130.

Ryan S.T (n.d). Kewujudan media sosial memberikan implikasi positif dan negatif
terhadap interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Tarikh diambil 14 november,
2021. Dipetik daripada
https://www.academia.edu/35433996/
Kewujudan_media_sosial_memberikan_implikasi_positif_dan_negatif_terhadap_inter
aksi_sosial_dalam_kalangan_masyarakat

Raaf, A. R. (2015, September 18). Kematangan rakyat tentukan buruk, baik viral di
media sosial. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/09/82790/kematangan-rakyat-
tentukan-buruk-baik-viral-di-media-sosial

Sohana Abdul Hamid (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial
Masyarakat. Tarikh diambil 14 november, 2021, dipetik daripada
https://www.scribd.com/document/364785914/15599-43467-1-SM.

15
Unknown (2015), Evolusi Media Sosial. Tarikh diambil 14 November 2021.
Dipetik daripada http://evolusimediasosial.blogspot.com/2015/12/kepentingan-media-
sosial-dalam.html

Unknown (2021), Kepentingan Media Sosial. Tarikh diambil 14 November 2021.


Dipetik daripada
https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaysia-sabah/bahasa-dan-
komunikasi/kepentingan-media-sosial/4505971

Unknown (2014). Peranan Media Sosial. Tarikh diambil 10 November, 2021. Dipetik
daripada
http://wcarewshare.blogspot.com/2014/05/peranan-media-sosial.html

Zurain Hartasha (2017). Kesan Positif Penggunaan Media Sosial. Tarikh Diambil 14
november, 2021. Dipetik daripada
http://hzurain.blogspot.com/2017/02/kesan-positif-penggunaan-media-sosial.html
16

Anda mungkin juga menyukai