Anda di halaman 1dari 3

ANAK

KUCING
Pada suatu hari, Luna sedang berjalan-jalan seorang diri. Luna keseorangan Luna perlukan
YANG
teman untuk bermain.

TIDAK
Wah, sungguh cerah suasana pada pagi ini, seronoknya sekiranya dapat bermain-main. Hmm.
SABAR
Tapi.. tak seronoklah pula kalau main sorang-sorang. Aku perlukan teman untuk bermain. Tapi
siapa sahaja yang ada di sini? Tiada siapa pun di sini. Tidak mengapalah. lebih baik aku
berjalan-jalan dahulu. Manalah tahu, dapat jumpa kawan. Boleh bermain bersama-sama.

Luna pun berjalan-jalan sambil menyanyi keriangan.


lalalalalalalalalalalalalala.lalalalalala.

Eh, ada rama-rama wah.. cantiknya besar pula tu.. coraknya berwarna-warni. Nak main
dengan rama-ramalah.
Baiklah aku pergi tangkap dulu, sebelum. Dia terbang dari situ
Ha. Ini kena hati-hati ni, berjalan tanpa sebarang bunyi, nanti terdengar rama-rama tu, lari pulak
dia nanti.
Tap.. taptap bunyi kaki Luna semasa mengendap hendak menangkap si rama-rama.
Walaubagaimanapun, si Rama-rama menyedari kedatangan si Luna.

Eh ada kucing!!! Lariiiiii.


Luna pun kehairanan sambil berkata, eh rama-rama.. janganlah lari.. saya ingin bermain
sahaja
Rama-rama tidak mempedulikan Luna tapi terus terbang dengan lajunya meninggalkan si Luna.
Luna sepantas hati mengejar rama-rama yang semakin jauh meninggalkannya di belakang.
Akhirnya, Luna pun berehat di bawah pokok yang besar.

aduh letihnya! Penat sungguh nak mengejar rama-rama. Aku nak main dengan dia sahaja.
terbang pula..
Huh.. Aku tak nak tangkap rama-rama lagi! Lebih baik aku cari kawan yang lain.
Sedang si Luna berehat di bawah pokok, dia terlihat sarang di atas pokok. Beberapa ekor
burung sedang menyanyi nyanyi di atas dahan.
Cip, cip, cip, cip, cip, cip, cip, cip..
Wah.. banyaknya burung di atas pokok tu. meaw (bunyi kucing gembira)

Luna teruja melihat burung di atas pokok. Lalu berkata:

Aku nak tangkap seekor lah, untuk bermain-main dengan aku. Seronok juga kalau dapat
bermain dengan burung.
Tapi kena panjat pokoklah. Ala, panjat pokok jer pun. Senang jer pun.

Luna pun memanjat pokok. Tidak lama kemudian, Luna bergeleng-geleng..

Ah! Letih Sungguh! Nak bermain dengan burung pun susah nak dapat. Kena panjat pokok
pulak tu. Saya ni mana larat nak panjat tinggi-tinggi. Ekor saya kan panjang.. berat pulak tu.
Ah, malaslah, Aku tak nak tangkap burung lagi.
Huh.. aku nak teman untuk bermain jer pun, tapi payah sangat nak dapat teman.. hmmmm.
keluh Luna seorang diri.

Luna pun turun dari atas pokok. Luna berjalan menuju ke tebing sungai berdekatan di situ.
Sedang berjalan. Tiba-tiba Luna terlihat sekelompok ikan yang sedang berenang ke sana dan
ke mari di dalam sungai. Luna sangat gembira lalu menjerit,
Oh, banyaknya ikan! Aku nak tangkap seekor ikan agar dapat bermain-main dengannya
Luna berkata.
Tapi bagaimana nak tangkap ikan?. Nak tangkap ikan perlukan kail. Luna berfikir sejenak.
Ha! saya guna ekor lah untuk pancing ikan.

Kemudian Luna mencangkung di tebing sungai lalu memasukkan ekornya ke dalam sungai.
Air sungai sungguh sejuk, Luna terkejut. Ah! Luna terkejut lalu menarik ekornya cepat-cepat..
Oh! sejuknya air sungai ni. Aku tidak tahan, habis basah ekor aku! Alahai, tak mampu aku nak
tangkap ikan tu. Payah sungguh.
Ish, aku tak nak tangkap ikan lagi.
Kalau begitu, aku pulang sahajalah. Lebih baik aku bermain seorang diri daripada keletihan
mencari teman bermain.
Akhirnya, luna yang tidak sabar itu, berjalan pulang. Luna tidak berjaya menangkap apa-apapun
untuk menjadi mereka sebagai teman bermain.

Anda mungkin juga menyukai