Anda di halaman 1dari 2

NAMA : MUHAMMAD AL FATEH BIN MOHD FAISAL

SEKOLAH : SK TAMAN MUTIARA RINI 2

TAJUK : ANAK TUPAI YANG DEGIL

Di tepi sungai Kampung Seroja, ada sepohon pokok yang tinggi dan rendang. Di atas pokok itu
tinggal seekor anak tupai bernama Apai bersama- sama ibu dan bapanya. Setiap hari, apabila ibu
dan bapanya pergi mencari makanan, Apai akan duduk berehat dan bermain seorang diri.

Burung belatuk, merbuk dan kakaktua kadang-kadang hinggap di pokok itu. Mereka selalu
memerhatikan Apai.Suatu hari, mereka bertanya kepada Apai mengapa dia tidak pergi bermain
dengan rakan-rakannya yang lain. “Lihat Sang Monyet sedang bermain sambil bergayut dengan
rakan-rakannya,”kata Belatuk. “Cuba lihat burung di angkasa itu,” kata Merbuk. “Mereka
terbang sambil bermain bersama-sama,” sambung Kakaktua. Apai diam sahaja sambil
memandang burung-burung yang berterbangan itu.

Setiap hari, sebelum keluar mencari makanan, ibunya akan berpesan kepada Apai supaya jangan
pergi ke mana-mana. “Kenapa saya tak boleh pergi ibu?” Tanya Apai. “Ooh … tak boleh!” kata
ibu.”Bahaya!” kata bapanya. Apai memerhatikan ibu dan bapanya sambil melompat-lompat dari
ranting ke ranting hingga hilang daripada pandangan.

Petang itu, Apai melihat anak-anak tupai jirannya bermain dengan gembira sambil melompat
dari pokok ke pokok. “Wah, seronoknya mereka!” kata Apai. Seekor anak tupai datang
mengajaknya ke tempat mereka. Anak tupai memberitahu bahawa terdapat pelbagai buah-buahan
yang sedang masak ranum di tempatnya. Terbayang-bayang diruang mata apai buah rambutan
yang masak merah menyala dan sangat manis.

Marilah apai…!
Marilah Apai…! Ikutlah aku. Kalau kau ikut aku akan berikan kau rambutan ini! Lepas itu, aku
akan tunjukkan dusun buah-buahan yang lagi besar.kau akan dapat menikmati kelazatan buah-
buahan di tempat kami,”kata anak tupai itu lagi sambil memujuk-memujuk Apai.

Apai memberitahu yang ibu dan bapanya tidak membenarkan dia keluar. “Kenapa?” Tanya rakan
tupai. “Ibu kata, tak boleh. jawab Apai. Apabila Ibu dan bapanya pulang, dia terus bertanya,
“Ibu, boleh bawa saya turun berjalan-jalan di bawah sana?” “Ooh, tak boleh sayang!” jawab
ibunya. “Bahaya!” kata bapanya. Malam itu, Apai tidak dapat tidur. Dia masih teringat akan
ajakan rakannya. Apai juga mengidamkan ganjaran yang dijanjikan.

Pada suatu hari, Apai melihat ibu ayam sedang mengajar anak-anaknya mencari makan. Di
sungai pula, anak-anak itik sedang berenang bersama-sama ibu mereka. Mereka kelihatan sangat
gembira. Apai berasa sangat sedih.

Tiba-tiba, ibunya pulang dan memberitahu bahawa dia dan bapa Apai telah terpisah ketika
melarikan diri daripada pemburu. Dia berpesan kepada Apai supaya tidak kemana-mana.
Malangnya, Apai tidak menghiraukan pesanan ibunya. Dia mula lompat dari ranting ke ranting
pokok yang lain. Apai melompat lebih tinggi lagi! Kali ini ke atas kawasan sungai.

Tiba-tiba, kakinya tidak dapat mencapai ranting yang tinggi itu. Push! Apai terjatuh ke dalam
sungai. Apai tidak pandai berenang. Dia hampir lemas! Binatang lain yang melihatnya pun
menjerit-jerit meminta tolong. “Tolong! Tolong!” Jerit Apai. Tiba-tiba seekor monyet yang
sedang bergayut di dahan kayu yang rendah, menyambar Apai dan menyelamatkannya.

Ibu dan bapa Apai mengucapkan terima kasih kepada monyet. Apai meminta maaf kepada ibu
dan bapanya. Dia berjanji tidak akan menjadi anak tupai yang degil lagi. “Kami tak benarkan
Apai ikut. Kerana Apai masih kecil dan kaki Apai belum kuat lagi,” kata ibunya “Kalau Apai
mengikut kami tadi, mungkin Apai tidak dapat lari apabila dikejar oleh pemburu Bahaya!” kata
bapanya.

Tidak lama kemudian, Kelihatan Apai melompat dari pokok ke pokok bersama-sama ibu dan
bapanya.

** Pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan mudah terpengaruh dengan pujukan dan
imbuhan yang diberi agar kita tidak mengingkari pesanan ibu-bapa kita.

Anda mungkin juga menyukai