Anda di halaman 1dari 12

MAKALAH

Cerita Melayu
Upin & Ipin – Warna Pelangi

Kelompok 2 :
Adwa Rafhi Zikri - Ipin
Aidil Farhan Arraziq - Ehsan
Alya Nuraini – Mei - Mei
Amel Syafira – Kak Ros
Celine Syafrina Pratama - Susanti
Dimas Naufal Yudes Syahputra - Dzul
Khairi Bayhaqi – Mail 2
M. Taufik Qul Hakim – Mail 1
Rizky Achmad Nawawi - Fizi
Sofian Hidayat - Jarjit
Ulya Azizah – Cikgu Melati
Yafi Sandryan – Upin
PENGENALAN TOKOH DAN KARAKTER

Alya Nuraini – Mei - Mei


Aidil Farhan Arraziq – Ehsan
Yafi Sandryan – Upin
M. Taufik Qul Hakim – Mail 1
Khairi Bayhaqi – Mail 2
Adwa Rafhi Zikri - Ipin
Celine Syafrina Pratama - Susanti
Sofian Hidayat - Jarjit
Rizky Achmad Nawawi - Fizi
Dimas Naufal Yudes Syahputra - Dzul
Ulya Azizah – Cikgu Melati
Amel Syafira – Kak Ros
Upin & Ipin – Warna Pelangi

Pada suatu hari, Upin dan Ipin yang sedang menolong Kak Ros mewarnai lukisan
batiknya, secara tidak langsung mereka juga dapat belajar tentang warna asas dan warna
campur dari Kak Ros. Selepas itu, Upin dan Ipin keluar untuk bermain bersama kawan kawan
nya dalam keadaan cuaca yang hujan panas, tiba-tiba mereka melihat pelangi, mereka terus
melihat nya, bahkan saat berada di Tadika Mesra pun, mereka bercerita tentang pelangi, Upin
menceritakan bahwa yang dia tau dari Opah nenek mereka bahwa Pelangi itu adalah Naga
yang sedang mencari minum makanya Pelangi sebentar ada sebentar ga ada, tapi pndapat Zul
bukan Naga yang sedang mencari minum tapi Dia kata yang dia tau dari Nenek nya bahwa
Pelangi adalah warna yang sedang bertengkar karna masing masing warna itu
menyombongkan diri nya bahwa Dia lah warna yang sangat penting dakam keehidupan tapi
karna tiba tiba Hujan datang akhirnya Hujan itu memberikan nasihat kepda semua warna itu
bahwa semua warna itu penting dalam kehidupan dan akhirnya semua warna itu bersahabat
dan menjadilah pelangi yang indah. Tapi saat Cikgu Melati melihat mereka yang sedang
mendengarkan cerita Pelangi, Cikgu melati berpendapat lain akhirnya Cikgu Melati
menjelaskan tentang Pelangi dan akhirnya mereka sekarang tau darimana datangnya pelangi.
TEKS DIALOG

Zul : "tapi, nenek aku kate pelangi tu warne-warne yang begaduh, bukan nage
All : "hah??"
Meimei : "bergaduh?"
Zul : "hehe. Korang tak tau kan, ceritenye macam ni, pade zaman dahulu... Ade tujuh
warne, merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu. Masing-masing merase
sendiri lebih lebat, lebih penting dari yang lain. Hijau kate..."
Mail : "rumput dan pokok di bumi semua berwarne hijau, terbukti aku yang paling
penting!"
Ipin : "tapi air dan langit warne biru. Tanpe air dan langit, semue kehidupan tidak
boleh hidup di bumi ini. Jadi, biru yang lebih penting!"
Upin : "hahaha!! Aku yang lebih penting! Warne kuning membawe keceriaan dan
kegembiraan. Tanpe kuning, dunie akan murung."
Ehsan : "mane boleh!! Kalau nak cerie dan gembire, kite kene sehat, banyak sayur
yang berkhasiat warne jingge. Macam labu, dan lobak. Bukan tu saje, ape bile
matahari terbit dan terbenam, bile warna jingee... Semue tak boleh lawan!!"
Meimei : "warna merah, warna cinta, lebih penting dari kamu semua, tanpa cinta
hidup ini tidak bermakna. Sunyinya dunia..."
Jarjit : "hahaha! Saya pula!! Dua, tiga... Hah!!"
Susanti : "hujan!! Hujan turun!! Lebat banget!! Aaaa!!!"
Semua : "aaaaa!!!"
Fizi : "wahai warne semue, jangan gaduh, jangan bongkah, hiduplah bersame dengan
aman kerane semue warne lebih penting dalam kehidupan
Zul : "setelah mendengar kate-kate hijan, mereka seda dan bersatu membentuk warne
pelangi yang sangat cantik."
Cikgu : "wah.. bagus cerite tu. Tapi, bukan macam tu kejadian pelangi."
Upin "pelangi jadi sebab nage minum air kan cikgu?
Cikgu : "biar cikgu terangkan. Apa bile cahaya matahari melalui titisan air hujan di
udare, pembiasan cahaye akan berlaku."
Jarjit : "apa tu?
Cikgu : "pembiasan cahaye tu... Pertukaran arah cahaye, bila cahaya yang gerak lurus
dibelokkan, jadilah pelangi.... Paham?
Semua murid : "haaaa??"
Ehsan : "Tak paham laa
Cikgu : akhh.. tak paham takpe, cube bagi tau cikgu, berapa warna pelangi?
Semua : tujuhhhh
Cikgu : Pandai!! apa warne warnenye
Upin: "ha! merah oren
Meimei : "hey!! bukan oren. Jingga!
Fizi : "ha? ape beze oren dengan jingge
Ehsan : ememem, oren tu buah oren, jingge tu warna oren. ha! emmm sedapnya buah
oren, aemm.,
Cikgu:ha ape lagi warna pelangi
Murid": kuning hijau biru

DRAMA DI RUMAH
Upin : "salah ni! biru dulu baru hijau
Ipin : "betul la! hijau,biru, lepastu ungu
Upin: "ih! mana pula
Ipin: "iyeee!!"
Kak ros : "pasal warne nak gaduh?
Upin: "kak macem mane sususan warne pelangi?
Kak ros : itupun tak tau
Upin : bukan tak tau
Kak ros : habistu?
Upin : tak ingat
Kak ros : samelatu
Ipin : hehehehehe
Kak ros : macam ni,ingat ayat ni. Mari, jual, kacang, hijau, besrame, ipin, upin.
Upin&ipin : mari jual kacang hijau besrame ipin upin
Upin : ha?! mane boleh! name upin dulu! upin kan abang!
Kak ros : heyh!! kemudian ikut huruf depan setiap warne. m, untuk..
Upin&ipin : merah, jingga, kuning, hijau, biru, ingbigo, ungu
Upin&ipin : ooo... terimekasih kak!
CERITA ORIGINAL ( UPIN & IPIN ; PELANGI )

Pada suatu hari yang hujan, Kak Ros sedang menimbang warna-warna yang sesuai
untuk lukisan corak yang baru dilukis garisnya. Pada masa yang sama Upin dan Ipin mahu
mengusik kakak mereka. Mereka dihalang sebentar oleh Opah yang membaca buku cerita,
tetapi kemudian dibenarkan semula setelah merayu dengan niat baik. Maka pasangan kembar
cilik itu senyap-senyap berjengket ke arah Kak Ros sambil bersiap sedia untuk membuat
usikan gempar. Malangnya setelah mereka dekat, Kak Ros berjaya mematahkan cubaan
mereka.

Kuning! Biru!

Maka Upin dan Ipin bertemu dengan lukisan Kak Ros yang belum diwarnainya itu.
Upin bercadang supaya gambar itu diwarnai dengan apa-apa sahaja, tetapi Kak Ros berpesan
khuatir tidak cantik jadinya. Maka Upin dan Ipin mencadangkan warna kegemaran masing-
masing untuk gambar itu. Upin mencadangkan warna kuning sedangkan Ipin mencadangkan
warna biru, padan dengan warna baju masing-masing. Mereka berdua berlumba-lumba
mencadangkan warna masing-masing kepada Kak Ros hingga mereka saling bertengkar,
maka Kak Ros terpaksa menengking mereka selantang-lantang suaranya kerana dia mahu
mewarnai gambarnya dengan warna pilihan dirinya sendiri, bukan pilihan mereka.

Akak! Opah! Pelangi!

Mujurlah pada masa yang sama, hujan sudah pun reda, malah udara di luar pun segar,
bolehlah Upin dan Ipin keluar untuk bermain. Tambahan pula, belum turun dari anjung pun,
mereka melihat sejalur pelangi yang berwarna-warni di langit lalu mengajak Opah dan Kak
Ros keluar untuk melihatnya. Kak Ros teruja melihat pelangi yang sekian lama tidak
dilihatnya. Pesan Opah, pelangi tidak sering kelihatan."sekejap ada, sekejap tak ada." Malah
cerita Opah, orang tua-tua percaya bahawa pelangi merupakan naga yang turun dari langit
untuk minum air.
Keesokan hari di tadika, sebelum kelas bermula Jarjit mahu berteka-teki dengan
kawan-kawan di satu meja. Soalnya, "Dua tiga besi berani, namakan air yang sangat berani."
Ehsan meneka, "Air yang kena minum". Satu meja bergema dengan gelak tawa hingga
dipatahkan oleh ujaran "salah" oleh Jarjit yang memberikan "air terjun" sebagai jawapan
yang betul dengan sebab bahawa air terjun berani terjun tinggi-tinggi. Oleh itu hilanglah rasa
kelakar satu meja. Ulas Mail, itu "teka-teki kenakan orang" sedangkan Fizi meminta lagi
pantun daripada Jarjit.

Dongeng naga pelangi.

Nampaknya Jarjit sudah kering idea, tetapi Upin sempat mengutarakan teka-teki baru.
Soalnya, "Benda ini berwarna-warni dan melengkung; sekejap ada, sekejap tak ada".
Sukarnya kawan-kawan hendak menjawab. Belum sempat Upin mengumumkan jawapannya,
Jarjit mencelah dengan menjawab "pensel warna", "krayon" dan "jambatan warna-warni".
Ketiga-tiganya pun salah. Jadi Ipin menyebut jawapan betulnya sebagai "pelangi", kemudian
Upin menceritakan dongeng naga pelangi yang dikisahkan oleh Opah kepada kawan-
kawannya.

Setelah mendengar cerita naga pelangi, Ehsan menyimpulkan bahawa di hujung


pelangi mesti ada kolam air untuk diminum oleh naga. Tambah Mail, dia dapat tahu dari buku
cerita bahawa di kaki pelangi mesti ada emas. Dzul pula menyangkal cerita naga itu dengan
kisah neneknya bahawa pelangi itu adalah warna-warni yang saling bergaduhan.

Bahagian 2

Kisah tujuh warna.

Dzul pun bercerita bahawa, pada zaman dahulu, ada tujuh warna, Merah (Mei Mei),
Jingga (Ehsan), Kuning (Upin), Hijau (Mail), Biru (Ipin), Indigo (Susanti) dan Ungu (Jarjit).
Masing-masing rasa sendiri lebih hebat. Oleh itu, mereka pun menayang kehebatan diri
masing-masing bermula dengan Hijau berhujah akan dirinya paling penting kerana rumput
dan pokok semua berwarna hijau. Biru berhujah yang demikian kerana air dan langit
berwarna biru. Kuning berhujah bahawa warnanya membawa keceriaan dan kegembiraan
kepada dunia, kemudian Jingga juga demikian kerana warnanya melambangkan kesihatan
seperti yang dilambangkan oleh sayur-sayur labu dan lobak. Merah pula bermegah sebagai
warna cinta, dengan iringan lamaran cinta antara dua ekor arnab (Ijat dan Devi).

Lepas itu, tiba giliran Ungu pula, tetapi belum sempat dia berhujah, tiba-tiba kilat
datang melanda, maka semua warna pun berlari lintang-pukang dalam ketakutan. Datangnya
Hujan (Fizi) menasihati mereka bertujuh agar tidak bongkak dan hiduplah bersama secara
aman. Setelah mendengar nasihat Hujan, kesemua tujuh warna pun membentuk pelangi yang
sangat cantik.

Kisah sebenar pelangi.

Sebaik sahaja Dzul habis bercerita, disambutnya pula tepukan tangan dan pujian
Cikgu Melati, tetapi Cikgu Melati berkata pelangi tidak terjadi sedemikian. Upin pun berkata
yang pelangi terhasil kerana naga sedang minum air. Kemudian Cikgu Melati menerangkan
pembentukan pelangi berdasarkan fakta-fakta sains, iaitu apabila cahaya matahari melalui
titisan air, maka berlakunya pembiasan (penukaran arah cahaya lurus) yang menyebabkan
cahaya bercapah menjadi jalur aneka warna, maka terbentuknya pelangi. Sayangnya murid-
murid kurang memahami apa yang diajarkan itu.

Beza jingga dengan oren.

Selepas itu, Cikgu Melati bertanya tentang jumlah warna dalam pelangi. Murid-murid
menjawab "tujuh". Kemudian Cikgu Melati menyuruh murid-murid menyenaraikan kesemua
warna tersebut. Upin pun menjawab, "merah, oren..." Kemudian MeiMei pun mencela
dengan menegaskan bahawa warna seterusnya ialah jingga, bukan oren. Fizi pun bertanya
tentang perbezaan oren dan jingga. Ehsan pun menjawab bahawa oren itu buah oren, jingga
pula adalah warna oren, sambil memegang krayon berwarna jingga di tangan kanan dan sebiji
buah oren di tangan kirinya. Lepas itu dia mencampak krayon ke belakang dan hampir
terkena Susanti. Sambil itu Ehsan berkata, buah oren sangat sedap. Kemudian Cikgu Melati
menyuruh murid-murid menyambung warna seterusnya. Murid-murid pun menyambung
jawab, "kuning, hijau, biru..."
Cara bijak menghafal turutan warna pelangi.

Di rumah, Upin dan Ipin bertikai tentang kedudukan warna dalam pelangi. Kak Ros
terdengar dan datang membantu sambil berkata bahawa Upin dan Ipin tak tahu kedudukan
warna pelangi. Jawab Upin, bukannya tidak tahu, tapi tidak ingat. Maka Kak Ros
menyiapkan satu set krayon dan sehelai kertas lalu menulis serangkap nemonik: "Mari"
dengan krayon merah, "Jual" dengan krayon jingga, "Kacang" dengan krayon kuning, "Hijau"
dengan krayon hijau, "Bersama" dengan krayon biru, "Ipin" dengan krayon indigo, "Upin"
dengan krayon ungu. Upin pun merajuk kerana nama Upin ditulis selepas nama Ipin, Upin
adalah abang, sepatutnya berada diatas nama Ipin. Upin pun ingin mengubah kedudukan itu
di kertas, tetapi dilarang oleh Kak Ros. Kemudian Kak Ros pun mengajar mereka untuk
menggunakan huruf pertama setiap perkataan untuk menghafal kedudukan warna dalam
pelangi. Upin dan Ipin pun berterima kasih kepada Kak Ros. Pada masa yang sama hal ini
memberi ilham kepada Kak Ros untuk projeknya.

Bahagian 3

Masa untuk mewarna.

Kak Ros pun mula mewarna. Kak Ros perlukan warna ungu, Upin pun cuba untuk
mengeluarkan warna ungu tetapi tidak berhasil setelah kuat-kuat memicitnya. Rupa-rupanya
warna ungu dah habis. Kak Ros pun menyuruh Upin untuk mencampurkan warna biru
dengan merah untuk mendapatkan warna ungu. Ipin pun mencampurkan kedua-dua warna
dengan jarinya. Warna ungu pun terhasil, macam "magik". Kak Ros menerangkan bahawa
warna biru, merah dan kuning adalah warna asas.

Pesta pora warna.

Upin pun mendapat kebenaran Kak Ros untuk mencuba warna lain. Ipin pun
meletakkan warna kuning di tangan kanan dan warna biru di tangan kiri, kemudian gosok
tangannya, terjadilah warna hijau. Upin pula terconteng mukanya seperti bermisai dengan
warna biru, Ipin ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba ada lalat di hidung Ipin, Ipin pun ingin
menghalau lalat itu, oleh itu hidung Ipin pun berwarna hijau, Upin pun ketawa terbahak-
bahak. Kemudian Upin mengambil warna jingga dengan tangan kanan dan warna merah
jambu dengan tangan kiri, kemudian memicit kedua-dua warna tersebut dan terjadilah bunga
mercun. Upin dan Ipin pun bergembira sambil membazir warna milik Kak Ros. Kak Ros pun
mengamuk lalu mematahkan berus warnanya kepada dua. Upin pun menipu Kak Ros untuk
memandang ke arah kerusi Opah, sambil itu Upin dan Ipin pun melarikan diri.

Buih pelangi.

Selepas membersihkan diri, Upin menyepak batu dari tanah ke pokok, batu itu
terpelanting ke atas dan hampir terkena Apin si kucing di dahan pokok, kemudian batu itu
terkena pipi kanan Upin. Upin pun terasa sakit. Tiba-tiba buih muncul. Upin dan Ipin pun
ternampak pelangi pada buih itu. Rupa-rupanya Ehsan sedang bermain buih dengan Fizi, Mei
Mei dan Susanti. Mei Mei pun berkata buih itu sangat cantik dengan berkata, "Saya suka,
saya suka."

Cakera pelangi.

Susanti pula berkata dia boleh tunjuk pelangi dengan cakera DVD Pada Zaman
Dahulu miliknya apabila terkena cahaya. Susanti terlupa untuk menterbalikkan cakera itu dari
bahangian atas, maka Fizi pun berkata, tak ada pun pelangi. Kemudian Susanti pun
menterbalikkan cakera itu ke bahagian bawah agar warna pelangi terhasil. Kawan-kawan pun
gembira. Mail pula datang dengan aiskrim. Mail ingin menjual aiskrim itu dengan berkata,
dua seringgit. Ehsan pun membeli satu. Selepas membeli, Ehsan kecewa kerana sepaket
aiskrim berbatang dua kayu aiskrim. Ehsan pun berkata bahawa aiskrim yang Mail jual
sepaket ialah satu aiskrim, bukan dua aiskrim. Mail pun menerangkan bahawa aiskrim itu
boleh dibahagi dua, maka dua aiskrimlah maknanya. Mail juga menambah bahawa ais-krim
ini ialah dua aiskrim yang bercantum. Ehsan pun makan kedua-dua aiskrim sekali gus. Fizi
pun berkata yang dia pun boleh tunjuk pelangi dan mengajak kawan-kawan ke rumah Abang
Salleh.

Aiskrim pelangi.
Di hadapan rumah Abang Salleh, Mail, Susanti, Ehsan, Mei Mei, Upin, Fizi dan Ipin
meminta kebenaran Abang Salleh untuk melihat pengelap cermin kereta bergerak. Upin pun
berkata mereka nak tengok pelangi. Abang Salleh pun berasa pelik. Abang Salleh pun
berkata, tengok pelangi di langit, bukan di kereta. Kawan-kawan pun buat muka comel agar
Abang Salleh bersetuju dengan permintaan mereka. Akhirnya Abang Salleh bersetuju.

Kereta pun boleh buat pelangi.

Di dalam kereta, Mei Mei duduk di hadapan bersebelahan Abang Salleh. Upin, Fizi
dan Ipin duduk di bahagian tengah. Susanti, Ehsan dan Mail pula duduk di bahangian
belakang sekali. Abang Salleh pun menghidupkan enjin kereta dan menghidupkan pengelap
cermin depan. Apabila pengelap cermin dipasang, warna pelangi muncul (disebabkan oleh
krayon). Abang Salleh pun terkejut. Kawan-kawan pun gembira kerana dapat lihat pelangi.
Fizi pun gembira kerana rancangannya berjaya. Rupa-rupanya, Fizi telah letak serpihan
krayon di pengelap cermin kereta Abang Salleh sebelum mereka meminta Abang Salleh
menghidupkan enjin kereta. Maka Abang Salleh pun menyuruh mereka membersihkan
keretanya bersih-bersih.

Pasal pelangi kereta, semua kena hukum.

Sambil membersihkan kereta Abang Salleh, Upin mencadangkan kepada Fizi agar
mereka melakukan hal ini semula lain kali. Fizi pun menjawab, tentulah boleh. Upin dan Fizi
mencuci sebelah kanan kereta, Susanti dan Mail mencuci belakang kereta, manakala Ehsan
dan Ipin mencuci depan kereta. MeiMei pula menghidang jus untuk Abang Salleh yang
duduk berpayung pantai sambil menyuruh kawan-kawan cuci keretanya bersih-bersih.

Di rumah, Upin memberitahu Opah yang Abang Salleh berasa marah atas hal tadi, dan
kawan-kawan perlu cuci kereta Abang Salleh, tetapi Ipin gembira kerana dapat tengok
pelangi. Opah menasihati mereka agar tidak buat lagi. Upin pun bertanya sama ada waktu
malam ada pelangi. Kak Ros pun menjawab bahawa pelangi malam lagi cantik sambil
menipu bahawa dia baru tengok pelangi malam tadi. Upin dan Ipin pun keluar untuk tengok.
Lepas mereka keluar, Kak Ros kunci pintu, tidak membenarkan Upin dan Ipin masuk rumah.
FOTO PERSIAPAN DRAMA UPIN & IPIN

Anda mungkin juga menyukai