Anda di halaman 1dari 18

DOKUMENTAS

I MAJLIS
APRESIASI
KEMENJADIAN
MURID
DIRASMIKAN OLEH EN. SHAHRUL
RADZLAN
YDP PIBG SK. ST JOHN 1

23 NOVEMBER 2019
DEWAN TUN DR. ISMAIL
SK. ST JOHN 1
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

1.0 PENGENALAN

Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid merupakan salah satu agenda tahunan sekolah
yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan
potensi dan kesungguhan dalam bidang akademik. Kecemerlangan murid mencerminkan
perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan yang holistik dan
seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa
dalam membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Adalah menjadi harapan,
agar pengiktirafan yang diberikan ini dapat memupuk sikap positif dan berdaya saing di
kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik hingga ke peringkat
yang lebih tinggi.

2.0 TUJUAN

 Melahirkan golongan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 Memberi pengiktirafan ke atas kejayaan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum.

3.0 OBJEKTIF

 Menghargai dan meraikan kejayaan anak didik SK St. John 1 dalam peperiksaan yang
mereka duduki bagi tahun 2019.

 Menghargai jasa murid-murid yang telah menyumbang ke arah pembangunan dan


kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.

 Menyalurkan aspirasi sekolah sebagai sebuah institusi yang bakal melahirkan golongan
pelajar yang berfikiran intelek.

4.0 KUMPULAN SASARAN

 Semua guru dan staf SK. ST JOHN 1


 Murid Terpilih
 Tetamu (Ibubapa)

5.0 SPESIFIKASI PROGRAM

 Majlis Penyampaian Sijil/Hadiah berdasarkan prestasi murid-murid dalam Peperiksaan


Akhir Tahun 2019 dan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah.

2
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

 Persiapan dan pelaksaan pogram adalah mengikut jadual kerja yang telah dirancang
dan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN (Tarikh/Masa/Tempat)

 23 November 2019
 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari
 Dewan Tun Dr. Ismail

6.0 PERASMI

 EN. SHAHRUL RADZLAN


(YDP PIBG SK. ST JOHN 1, KUALA LUMPUR)

7.0 LAPORAN KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah Sumber


1. Hadiah RM1880 Wang SUWA
2. Hadiah Tokoh Akademik Tahun 6 RM100 PIBG
3. Hiasan Pentas/Backdrop RM300 PIBG
4. Banner RM250 PIBG
5. Jamuan RM900 PIBG
6. Paper Bag/Sticker Paper RM280 PIBG
7. Cendarahati Perasmi RM50 PIBG

JUMLAH KESELURUHAN : RM3640

3
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

8.0 JAWATANKUASA MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID & DESKRIPSI


TUGAS

Bil. Jawatankuasa Tugas


1 PENYELARAS / PENGURUS MAJLIS  Merancang dan menyusun aturcara majlis
 EN SUHAIMI B MD RAHIM  Memastikan acara berjalan lancar dan
bertindak sebagai ‘floor manager’
 Mengendalikan raptai.
2 SAMBUTAN DAN PROTOKOL  Menentukan, menyambut dan menjemput
 EN. HAMDAN BIN SHAMSUDDIN tetamu khas pada MAKA 2019
 EN SYAIFUL AMRI B ABDULLAH  Menyediakan pasukan kompang, tarian
selamat datang dan bunga manggar.
3 PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP
 PN ROSNITA BT MD RASHID(K)  Menghias pentas dan membuat backdrop
 PN NORIZMAHANI BT ISHAK dengan hiasan yang bersesuaian.
 PN NOOR AZAH BT ABDUL AZIZ  Memastikan kebersihan pentas dalam keadaan
 CIK NURUL ASMA BT AB GHANI baik sebaik sahaja majlis tamat.
 Menempah dan menggantung banner.
 EN MOHD JUNAIDI B JINDANG
4 BUKU PROGRAM
 CIK NURUL HAFIFFAH BT ABDUL RAZAK (K)  Merancang buku program
 PN NURUL ATHIRAH IZZATI BT AWANG  Mendapatkan maklumat terkini daripada AJK
yang terlibat
 Menaip dan menyusun kandungan buku
program.
 Memastikan buku program dicetak dan
diedarkan kepada tetamu.
5 JURU GAMBAR
 USTAZ KHIRUDDIN B CHE ISA  Merancang secara terperinci mengenai
 CIK ZAWAKHAIR BT JASMI penggambaran sepanjang MAKA 2019
 Menyediakan kamera untuk majlis
 Merakam gambar yang bersesuaian dengan
aturcara majlis.
6 PENGUMPUL MAKLUMAT
 PN ROSLINA BT MOHMMED (K)  Menyediakan borang pengumpul maklumat
 EN MOHD KHAIRUDDIN B ABDOLLAH  Memastikan semua maklumat diperoleh
 CIK ZAKIAH BT SAILAN daripada setiap aliran
 PN NURUL HUDHA BT AB RAUF  Menganalisis setiap maklumat yang diperoleh.
 Menyerahkan maklumat kepada AJK yang
terlibat.

7 PENGACARA MAJLIS  Menyediakan skrip sepanjang berlangsungnya


 PN SITI NUR AYU SYUHADA BT ABD MAKA 2019
LATIF(K)  Sentiasa berurusan dengan pengurus majlis /
 EN MUHD SYAMIM B MD MOHSIN penyelaras / AJK buku program jika berlaku
perubahan atau terdapat maklumat terkini.

4
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

8 PENGURUS HADIAH, CENDERAMATA & SIJIL


 PN IDA AZIRA BT YUSOFF (K)  Menyediakan dan menguruskan hadiah dan sijil
 PN NORASMA YASIMIN BT SULIMAN yang akan disampaikan
 PN SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN  Sentiasa berurusan dengan pengumpul
maklumat untuk mendapatkan senarai nama
lengkap penerima hadiah
 Memastikan nama murid pada sijil betul
mengikut ejaan dan lengkap dengan nama
ayah / keluarga
 Memastikan penyampaian hadiah dan sijil
berjalan lancar mengikut protokol
 Menguruskan cenderamata untuk tetamu khas

9 PERSIAPAN DEWAN
 EN AHMAD HAMIZAN BT ABDUL  Menyediakan set kerusi untuk tetamu khas dan
RAHMAN(K) kerusi yang mencukupi untuk para ibu bapa.
 EN HAMZAH B MASLEH  Menyediakan rostrum, kipas dan meja hadiah
 Memastikan dewan telah dikemas apabila majlis
selesai.

10 PEMILIHAN TOKOH MURID


 GURU BESAR  Pemilihan akan diputuskan oleh AJK khas yang
 GPK (T & K) dipengerusikan oleh Guru Besar
 GPK (HEM)  Menentukan tokoh murid daripada murid Tahun
 GPK (KOKU) 6 bagi anugerah terbaik tokoh akademik dan
 PENYELARAS PROGRAM Johannian Of The Year
 GURU-GURU TAHUN 6
 SEMUA GURU KELAS TAHUN 6

11 PERSEMBAHAN
 EN MOHD HASRUL B MT NOR (K)  Merancang jenis persembahan yang akan
dipersembahkan
 Memilih dan melatih murid yang terlibat
 Menyediakan peralatan persembahan
 Menghias, menyediakan dan menguruskan
murid sehingga tamat persembahan
 Mengumpul semula peralatan persembahan
 Memastikan pita rakaman lagu / muzik dirakam
dua atau tiga salinan bagi mengelakkan susun
atur majlis tergendala jika berlaku kerosakan
12 PENGURUS PENERIMA HADIAH  Memastikan nama-nama penerima hadiah
 EN AHMAD FAISOL BIN HAZMA disusun mengikut kedudukan yang betul.
PUTARA(K)  Memastikan perjalanan penyampaian hadiah
 PN NUR WAHIDAH BT MOHD PILUS mengikut protokol.
 CIK LYANA BT ISMAIL

5
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

13 DOKUMENTASI  Mencatat maklumat semasa acara diadakan.


 PN SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN  Menyediakan laporan serta dokumentasi selepas
majlis selesai
 Menyediakan dokumentasi untuk diserahkan
kepada
i Guru Besar
ii GPK (T & K)

14 BACAAN DOA
 USTAZ MOHD FADZIL FIKRI B MOHD  Menyediakan bacaan doa yang sesuai dengan
SALLEH majlis.

15 JAMUAN MURID DAN VIP  Menguruskan makanan dan minuman tetamu


 PN NIK ROSMAWATI BT YUSOFF (K) khas
 PN FAUZIAH BT YAACOB (K)  Menyediakan tempat jamuan.

 Membuat tempahan makanan untuk ibu bapa


dan murid mengikut jumlah yang bersesuai.
 Melancarkan proses pengagihan makanan.
16 SIARAYA & SERANTA
 EN AHMAD HAMIZAN B ABDUL  Menyediakan peralatan siaraya
RAHMAN(K)  Menyediakan meja / tempat yang sesuai
 EN SUHAIMI B SANEY  Menyimpan semula peralatan selepas MAKA 2019
17 JEMPUTAN
 CIK NURUL HAFIFFAH BT ABD RAZAK  Mengeluarkan surat jemputan dan memastikan
setiap penerima hadiah/sijil menerima surat
jemputan tersebut
 Memastikan kehadiran penerima hadiah/sijil.

18 TAYANGAN
 CIK ZAWAKHAIR BT JASMI  Menyediakan slaid tayangan

19 DISIPLIN
 EN AHMAD AFIFY BIN MANSOR (K)  Memastikan disiplin murid dalam keadaan yang
 EN ABDUL HALIM B YUSOF terkawal

6
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

9.0 ATURCARA MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

7.40 PAGI : KETIBAAN PARA TETAMU


8.00 PAGI : KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
: NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN
: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
: BACAAN DOA
: UCAPAN GURU BESAR SK ST JOHN 1
: UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG SK ST JOHN 1
: PERSEMBAHAN – SLAID POWERPOINT
: PENYAMPAIAN HADIAH AKADEMIK SETIAP ALIRAN
: PENYAMPAIAN HADIAH TOKOH NILAM BM/BI
: PENYAMPAIAN HADIAH TOKOH AKADEMIK TAHUN 6
10.30 PAGI : BERSURAI.

7
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

10.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


AKADEMIK SK ST. JOHN 1 2019

TARIKH PERKARA TINDAKAN


Perbincangan awal pembentukan ahli  GPK Kurikulum
9.10.2019 jawatankuasa pelaksana.  Penyelaras Majlis
RABU  Setiausaha Kurikulum

21.10.2019 Taklimat MAKEM 2019


ISNIN (Kali pertama)  Semua guru

11 - 15.11.2019 Proses pengumpulan maklumat  Guru-guru Kelas


ISNIN - JUMAAT  AJK Pengumpul Maklumat

1) Mengumpul dan menyemak nama-  AJK Pengumpul Makumat


nama peserta penerima hadiah dan sijil.  AJK Hadiah & Sijil
11.11.2019
2) Menaip sijil dan membuat semakan  AJK Pemilihan Tokoh
ISNIN
hadiah.
3) Taklimat kriteria untuk pemilihan
tokoh
1) Tarikh akhir penetapan nama  Setiausaha Kurikulum
penerima hadiah.  AJK jemputan
2) Membuat dan mengedarkan surat  Semua guru
15.11.2019
jemputan kepada ibu bapa murid yang
JUMAAT
menerima hadiah.

1) Taklimat terakhir MAKEM 2019.  Pengurus Majlis


 Pengacara Majlis
18.11.2019  Pengurus Penerima Hadiah/
ISNIN Sijil
 AJK Persembahan
 AJK Siaraya
19.11.2019 Raptai Penuh  Semua guru
SELASA
20.11.2019 Raptai Penuh dan Persiapan terakhir  Semua guru
RABU
23.11.2019 Majlis Anugerah Kecemerlangan  Semua guru
SABTU Akademik 2019
Minggu Pertama Post mortem  Jawatankuasa Induk MAKA
Cuti Persekolahan 2019

8
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

11.0 LAPORAN AKTIVITI

BIL PERKARA
1. Mesyuarat AJK Pelaksana
Taklimat MAKEM kali pertama – 21 OKTOBER 2019
Taklimat MAKEM kali kedua – 18/11/2019

Semua taklimat dijalankan di bilik Mesyuarat dan telah dihadiri oleh semua guru.
Semua agenda telah dibincangkan secara terperinci demi memastikan kelancaran
program. Murid-murid Tahap 1 yang tidak menduduki peperiksaan akan diberikan
anugerah khas berdasarkan prestasi pentaksiran di dalam bilik darjah.

Raptai
Raptai Penuh – 19/11/2019 (Selasa)
Raptai Penuh & Persiapan terakhir – 20/11/2019 (Rabu)

Persiapan untuk Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid dapat dilaksanakan mengikut


perancangan yang telah ditetapkan. Semua pihak memberikan kerjasama dengan
baik dalam menjayakan majlis tersebut.
2. Pendaftaran

Sesi pendaftaran bermula seawal 7.40 pagi. Seramai 100 orang ibu bapa telah hadir
pada hari tersebut untuk meraikan kejayaan anak mereka.

Persiapan Tempat-Pentas/ Dewan

AJK Persiapan Pentas dan dewan telah bertungkus lumus memastikan semua
perancangan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Sebanyak 150 buah
kerusi telah disediakan dan keadaan dewan berada dalam keadaan yang bersih.
Hiasan pentas dan persiapan meja hadiah juga telah disediakan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan.

Siaraya dan Tayangan

Peralatan siaraya telah disediakan dengan baik oleh AJK. Majlis berjalan dengan
lancar dan peralatan siaraya berfungsi dengan baik. Tayangan slaid yang disediakan
juga dapat membolehkan ibubapa yang berada di bahagian belakang melihat acara
majlis dengan lebih jelas.

Tetamu/Jemputan

Urusan surat-menyurat berkaitan dengan jemputan kepada ibubapa telah


disempurnakan mengikut jadual kerja.

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis berlangsung mengikut tentatif yang telah dirancang. Tetamu tiba pada waktu
yang ditetapkan. Pihak sekolah telah berjaya memastikan semua unit berfungsi
dengan lancar dan perjalanan majlis berlangsung dengan penuh gemilang. Semua
pihak telah memberikan kerjasama yang padu bagi memastikan Majlis Apresiasi
Kemenjadian Murid pada tahun ini berjaya mengikut perancangan yang telah

9
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

dirancang. Pada tahun ini, satu kelainan telah diadakan dengan memberikan ibubapa
penerima hadiah untuk bersama-sama anak mereka naik ke pentas menerima sijil
penghargaan buat ibubapa. Ini adalah untuk menggalakkan ibubapa agar sentiasa
bekerjasama dengan guru untuk membantu dan memantau prestasi anak mereka
semasa di rumah.

Persembahan

Satu persembahan slaid powerpoint mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh
murid-murid SK. St John (1) sepanjang tahun 2019 telah dipaparkan.

Jamuan

AJK Jamuan telah memastikan agar pengagihan makanan kepada semua penerima
hadiah dan ibubapa berjalan dengan lancar.

3. Dewan

Dewan telah dibersihkan sebaik sahaja majlis tamat. AJK yang terlibat telah
melaksanakan tugas dengan cemerlang.

10
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

12.0 POST MORTEM

KEKUATAN 1. Semua pihak memberikan kerjasama dan komitmen


yang tinggi bagi memastikan majlis dapat berjalan
dengan lancar.
2. Setiap unit telah melaksanakan tugas dengan
cemerlang.

KELEMAHAN 1. Terdapat segelintir ibu bapa yang membawa anak


mereka balik lebih awal walaupun telah diingatkan untuk
menunggu sehingga majlis selesai terutamanya bagi ibu
bapa tahap 1.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Mengadakan nombor cabutan bertuah bagi


memastikan ibu bapa dapat menunggu sehingga majlis
selesai.

2. Penyampaian sijil/hadiah bagi Tahap 1 boleh diberikan


selepas penyampaian sijil/hadiah untuk murid Tahap 2
kerana ramai ibubapa Tahap 1 yang pulang lebih awal
dan tidak menunggu sehingga majlis selesai kerana
mempunyai urusan yang lain.

13.0 PENUTUP

Majlis yang telah dirancang dengan teliti ini telah mendapat kerjasama daripada semua
pihak dan berjalan dengan lancar. Adalah menjadi harapan semua warga Sk. St. John 1 agar
majlis seumpama ini dapat menyuntik motivasi kepada semua murid agar lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan pendidikan. Semoga
segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang ikhlas ini mendapat keberkatan daripada
Yang Maha Esa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................... ......................................
SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN

11
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

Lampiran
SUASANA MAJLIS ASPRESIASI KEMENJADIAN MURID 2019

AJK PENDAFTARAN MAKEM

PENTAS MAKEM 2019

12
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

Penerima Hadiah Tahun 2

UCAPAN OLEH GURU BESAR SK. ST JOHN 1 – EN. MUNIANDY A/L SUPPIAH

PENERIMA HADIAH TAHAP 1

13
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

PENERIMA ANUGERAH KHAS BAGI TAHAP 1 BERSAMA DENGAN IBUBAPA

14
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

PENERIMA HADIAH TAHAP 2 BERSAMA DENGAN IBUBAPA

15
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

TOKOH KANAK-KANAK, TOKOH KOKURIKULUM DAN TOKOH AKADEMIK 2019

TOKOH AKADEMIK 2019 – ADIK RAZIQ RIFDI B ROSHIDI

16
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

BUKU PROGRAM

17
DOKUMENTASI MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

SENARAI KEHADIRAN IBUBAPA

18

Anda mungkin juga menyukai