Anda di halaman 1dari 16

MENGANALISIS

IMPULS DAN DAYA


IMPULS
TOPIK 2.6 BAB DAYA DAN
GERAKAN

DEFINISI DAYA IMPULS

Daya impuls ialah kadar perubahan


momentum dalam perlanggaran
atau letupan.
Ia adalah daya besar yang
bertindak dalam tempoh masa
yang singkat semasa perlanggaran
atau letupan.
Unit bagi daya impuls ialah Newton,
N atau
kg m s-2.

Daripada hubungan antara daya,


jisim dan pecutan;

v u
F ma m (
)
t
mv mu perubahan momentum
F

t
t

DEFINISI IMPULS

Impuls didefinisikan sebagai


perubahan momentum, atau
(momentum akhir momentum awal)
atau (mv mu) atau hasil darab
daya dan masa. Unitnya N s atau kg
m s-1
mv mu
perubahan momentum
F
,
Daripada
t
Ft mv mu
impuls

KESAN PERUBAHAN MASA

Daripada formula
perubahan momentum
F
masa

Daya impuls berkadar songsang


dengan masa sentuhan atau
tindakan atau perlanggaran.
Tempoh masa panjang Daya impuls
kecil
Tempoh masa pendek Daya impuls
besar

CONTOH SITUASI DAYA


IMPULS

Peserta lompat tinggi


mendarat di atas tilam
yang tebal bagi
memanjangkan masa
tindakan supaya daya
impuls menjadi kecil
dan tidak

Penjaga gol memakai


sarung tangan untuk
menangkap bola bagi
memanjangkan masa
tindakan supaya daya
impuls menjadi kecil.

Peserta lompat jauh


akan membengkokkan
kakinya semasa
mendarat bagi
memanjangkan masa
tindakan supaya daya
impuls menjadi kecil
dan tidak
mencederakannya.

Penangkap bola besbol


akan menarik
tangannya kebelakang
mengikut arah bola
semasa menangkap
bola bagi
memanjangkan masa
tindakan supaya daya
impuls menjadi kecil.

Bahan mudah pecah seperti telur, kaca dan


perkakasan elektrik mestilah dibungkus dalam
bahan yang lembut dan boleh dimampat bagi
memanjangkan masa perlanggaran dan dapat
menyerap hentakan supaya daya impuls menjadi
kecil.

FAEDAH DAYA IMPULS

Peserta karate yang


mahir boleh
memecahkan kayu yang
tebal dengan
menggunakan sisi
tangan yang bergerak
dengan kelajuan yang
sangat tinggi kerana
masa tindakan adalah
singkat. Ia menghasilkan
daya impuls yang besar
yang dapat
memecahkan kayu.

Kepala penukul
yang besar
bergerak pada
kelajuan yang
tinggi untuk
memukul paku
menyebabkan
masa tindakannya
pendek. Ia akan
menghasilkan
daya impuls yang
besar yang
menolong
menolak paku ke
dalam.

Sebiji bola sepak


mestilah mempunyai
tekanan udara yang
cukup tinggi bagi
memendekkan masa
tindakan apabila
ditendang (kadar
perubahan momentum
meningkat). Daya
impuls yang dikenakan
pada bola akan
menjadi besar dan
bola dapat ditendang
dengan jauh.

Alu dan lesung


diperbuat daripada
batu dan digunakan
pada kelajuan yang
tinggi bagi memastikan
masa tindakan yang
kecil. Daya impuls yang
dihasilkan menjadi
besar dan dapat
menghancurkan
bahan-bahan di
dalamnya.

LATIHAN
1) Rosli yang berjisim 60 kg melompat dari
tingkat pertama sebuah rumah yang
terbakar. Halajunya sejurus sebelum
mendarat ialah 6 m/s.
a) Kirakan impuls apabila kakinya
mencecah tanah.
b) Berapakah daya impuls yang bertindak
ke atas kaki Rosli jika dia membengkokkan
kaki ketika mendarat dan mengambil
masa 0.5 s untuk berhenti.

c) Berapakah daya impuls yang


bertindak ke atas kaki Rosli jika dia
tidak membengkokkan kaki dan
berhenti dalam 0.05 s?
d) Apakah kebaikan membengkokkan
kaki semasa mendarat?

2) Rooney menyepak bola dengan


kekuatan daya 1 500 N. Masa
tindakan di antara kasut dan bola
ialah 0.01 s. Berapakah impuls yang
dikenakan kepada bola itu? Jika jisim
bola itu ialah 0.5 kg, berapakah
halaju bola tersebut?

3) Dalam satu perlawanan tenis,


pemain memukul bola yang
mempunyai jisim 0.2 kg yang menuju
ke arahnya dengan halaju 20 m s-1.
Bola itu memantul dengan halaju 40
m s-1. Masa yang diambil semasa
perlanggaran antara bola dan raket
tenis ialah 0.01 s.
a) Berapakah impuls yang dialami
oleh bola itu?
b) Berapakah daya impuls yang
dikenakan ke atas bola tenis?

Anda mungkin juga menyukai