Anda di halaman 1dari 24

Latihan Nilai Murni

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.



Contoh :

Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan






Contoh Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang
sebanyak RM2.00.
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit
denggi dari merebak.
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng
berbunyi.
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil
yang sunyi.
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari
bas itu.
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila
kalah dalam pertandingan badminton itu.
Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan
raya.
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh
ke dalam sungai itu.
Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

Mereka membaca buku di perpustakaan.

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin
Negara ke sekolah.
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and
seimbang.
Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada
hari ini.
Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat
Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang
saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya.
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan
kawasan masjid.
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.



Jawapan :
Contoh

Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

adil / saksama
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

baik hati
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

baik hati
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang
sebanyak RM2.00.
baik hati
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit
denggi dari merebak.
bekerjasama / bergotong-
royong
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

berdikari
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.

berdikari
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng
berbunyi.
berdisiplin / bertatatertib
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

berdisiplin / bertatatertib
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil
yang sunyi.
berhati-hati / berwaspada
/ cermat
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

berjimat-cermat
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

berjimat-cermat
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

berjimat-cermat
Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

berjimat-cermat
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari
bas itu.
bersopan / beradab /
berbudi bahasa
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila
kalah dalam pertandingan badminton itu.
cekal / keazaman /
berazam
Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.

cinta akan negara /
semangat patriotik
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

cinta akan negara /
semangat patriotik
Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

cinta akan negara /
semangat patriotik
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

cinta ilmu
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

hormat, taat
Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan
raya.
patuh
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh
ke dalam sungai itu.
keberanian / berani
Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Kebersihan
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

kejujuran / jujur
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

kejujuran / jujur
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Mereka membaca buku di perpustakaan.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin
Negara ke sekolah.
menghormati
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

patuh, menghormati guru
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

menjaga kebersihan
persekitaran
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and
seimbang.
menjaga kesihatan
Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

menjaga kesihatan
Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada
hari ini.
peka kepada isu-isu
sosial
Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat
Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang
saku.

prihatin
Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

prihatin
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya.
sabar
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan
kawasan masjid.
semangat kejiranan
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

semangat kejiranan
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

toleransi / bertolak ansur


10.Contoh nilai-nilai murni
Adil
Bantu-membantu
Berdisiplin
Belas kasihan
Mematuhi peraturan
Bermaaf-maafan
Bersabar
Bertindak pantas
Berusaha
Bergotong-royong
Hormati ibu bapa
Kasih-sayang
Bekerjasama
Membri salam
Amanah
Rajin
Berani
Tabah
Berdikari
Tolong-menolong
Bertanggungjawab
Murah hati
Cekal
Tekun
Hormati guru
Kejujuran
Kesopanan
Menepati masa
Baik hati
Sayang
Bertanggungjawab
Semangat kejiranan
Berhati-hati
Toleransi
Berterima kasih
Berhati-hati
Gigih
Jimat
Ikhlas
Kebersihan
Kesyukuran
Kerajinan
Hargai masa
Mengikut peraturan
Perpaduan
Ramah mesra
Simpati
Semangat kesukanan
Mengenang budi
Menjawab salam
Persaudaraan
Rasional
Sedia memaafkan
patriotik

Mengakui kesalahan
Merendah diri
Prihatin
Redha
Sopan
Taat ibu bapa




Soalan Latihan

Latihan 3

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

18 Febuari 2010
Persatuan kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah mengadakan lawatan ke Menara
Condong. Apabila semua berkumpul di pintu pagar sekolah, guru pengiring telah memberi penerangan
tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Kami mendengar penerangan yang disampaikan
dengan teliti.
Ketika di menara itu, kami memanjat 100 anak tangga untuk ke puncaknya dengan berhati-hati.
Kami berasa bangga dapat melawat bangunan warisan negara yang masih ada di negara kita.
Setelah penat, kami berehat dan solat zohor. Guru pengiring kami tidak kering gusi untuk
menceritakan tentang sejarah pembinaan Menara Condong itu. Kami tidak menang tangan untuk
mencatat maklumat yang disampaikan oleh guru itu. Sebelum pulang, kami berkumpul dan bergambar
di hadapan menara tersebut sebagai kenang-kenangan. Kami berterima kasih kepada guru pengiring
kerana memberi peluang menyertai program yang bermakna ini.

****************************

Latihan 4
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Anak-anakku
Ayunlah langkahmu segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah, biar merana
Biar luka, biar cedera
Biar beribu ranjau menimpa
Namun jangan sekali-kali mengaku kalah
Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangkit semula!
Ayunlah langkah perkasamu semula
Kerana perjalananmu masih jauh
Anak-anakku
Perjalanan ini memang pahit
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti...
Pasti kau akan merasa manisnya.

*********************************
Latihan 5
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Doris menangis teresak-esak. Giginya sakit lagi. Doris sangat suka makan gula-gula dan kek. Ibunya telah
berkali-kali melarangnya namun Doris tidak pernah mengendahkan kata-kata ibunya itu.
Duit belanja yang diberikan oleh ibunya setiap hari digunakan untuk membeli gula-gula dan kek.
Doris juga tidak suka menggosok gigi. Kawan-kawannya juga menasihati Doris supaya tidak makan
makanan yang manis. Tetapi kawan-kawannya pula akan dimarahi oleh Doris.
Ibu Doris amat kasihan melihat keadaan Doris yang tidak berhenti-henti menangis. Ibu Doris pun
membawa Doris ke klinik gigi. Setelah diperiksa didapati gigi Doris banyak yang rosak dan terpaksa
dicabut. Sekarang gigi Doris sudah rongak dan tidak cantik lagi. Doktor menasihati Doris supaya rajin
menggosok gigi dan mengurangkan makanan yang manis-manis.
Doris berasa malu dan dia berjanji kepada doktor yang dia akan menggosok giginya setiap hari.
Semenjak hari itu, Doris menjaga giginya dengan baik. Giginya sudah tidak sakit lagi. Kawan-kawan mula
mahu mendekati Doris kerana giginya sudah tidak berbau busuk lagi.

****************************
Latihan 6
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Sejak malam tadi Kasim dan ibunya tidak nyenyak tidur kerana kedua-dua orang adiknya demam. Jadi,
pagi-pagi lagi, Kasim mengajak ibunya membawa adik-adiknya ke hospital.
"Ke hospital? Tapi ibu tidak ada wang, nak,kata si ibu.
Jangan risau. Semalam Pak Hassan bagi RM50 kerana menolongnya memetik dan menjual sayur di
pasar tani. Ambilah untuk belanja perubatan adik, Kassim berkata kepada ibunya.
Sepantas itu juga Kassim ke rumah Farid. Dia meminta Farid menghantar surat permohonan cutinya
kepada guru kelasnya. Ayah Farid terdengar perbualan antara Farid dan Kassim. Jadi, dia segera
menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Kassim amat berterima kasih atas
pertolongan keluarga Farid.

***************************
Latihan 7

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Azizan kasihan melihat Mak Bedah terketar-ketar membawa bakul berisi sayur. Dengan segera, dia
menyapa Mak Bedah dengan melafazkan dengan ucapan salam.
Kemudian dia menawarkan diri untuk membantu Mak Bedah. Mak Bedah memberikan bakul tersebut
kepada Azizan.
Setelah kenderaan agak lenggang, barulah Azizan memimpin tangan Mak Bedah melintas jalan. Mak
Bedah amat berterima kasih atas pertolongan Azizan itu. Mak Bedah menghulurkan wang RM 5.00
kepada Azizan. Walau bagaimanapun, Azizan menolaknya dengan sopan. Dia hanya mahu menolong
Mak Bedah. Setelah Mak Bedah sampai di rumah, barulah Azizan meneruskan niatnya menziarahi
rakannya yang sakit.

***************************
Latihan 8
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Ibunya
mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi sebelum pergi ke
sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya
sebgai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga suka membantu rakan-rakannya yang
lemah dalam pelajaran.
Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga ibunya yang
sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari tidak ke sekolah, cikgu
Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang menimpa mila sekeluarga. Cikgu
Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak
sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan
keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.

***************************
Latihan 9

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Halim murid tahun enam. Setiap hari dia ke sekolah dengan berjalan kaki. Lagi pun jarak rumah dengan
sekolah hanya 2 kilometer sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan ayah dan ibunya. Dia berpendapat
dengan berjalan kaki dapat menyihatkan badan. Suatu hari semasa pulang dari sekolah, Halim
ternampak akan kepulan asap keluar dari belakang kadai Pak Shuib. Melihat keadaan itu, Halim terus
menjerit untuk meminta bantuan. Orang kampung yang terdengar jeritan Halim, terus datang
memberikan bantuan.
Mereka menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam kedai itu, dan mencuba untuk
memadamkan api. Berkat kesungguhan orang-oranmg kampung, akhirnya api dapat dipadamkan. Pak
Shuib mengucapkan terima kasih kepada Halim dan orang-orang kampung yang telah membantunya.
Pak Shuib pula memberikan saguhati kepada halim atas pertolongannya. Namun Halim menolak dengan
baik dan mengatakan bahawa dia ikhlas membantu Pak Shuib.

***************************
Latihan 10
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Siti Haida sentiasa bangun awal setiap pagi. Dia selalu memastikan tempat tidurnya sentiasa kemas.
Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah.
Semasa bersalam dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu
bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan
menjadi anak yang baik dan tinggi budi pekertinya serta berpelajaran.
Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa
menjaga keselamatannya ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida merupakan ketua
kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih dan ceria sebelum
pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti haida akan menumpukan perhatian ketika guru mengajar.
Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

**************************
Latihan 11

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia
sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di
rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat
manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan
peramah. Bukan sahaja pintar, Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan
kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar
belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-
sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang
dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

************************
Latihan 12
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Berjalan-jalan ke kuala kubu
Penat berjalan duduk bersembang
Ringan tulang pada yang perlu
Pasti hidup akan dikenang

Pergi membeli ikan tenggiri
Beli juga ikan gelama
Jangan suka meninggi diri
Kelak diri akan binasa

Gelang emas gelang suasa
Cincin berlian indah sekali
Jangan suka membuang masa
Nanti rugi diri sendiri

Pagi-pagi menyapu sampah
Sambil berehat makan kuini
Cakap ibu jangan dibantah
Perintah bapa mesti turuti

Mari menanam pokok pegaga
Tanam sama sebaris cili
Orang berbudi kita berbahasa
Jasa dikenang hingga ke mati

************************
Latihan 13
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pada setiap hari Rabu, sekolah Aiman mengadakan perjumpaan untuk aktiviti persatuan. Aktiviti itu
bermula pada pukul 4.00 petang. Cikgu Zainuddin selalu berpesan kepada murid-muridnya supaya
datang awal.
Petang itu, Aiman segera bersiap-siap dan mengayuh basikal kesayangannya menuju ke sekolah.
Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah, dia sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya
supaya tidak mengalami sebarang kecelakaan.
Apabila sampai di sekolah, Aiman menuntun basikalnya untuk diletakkan di tempat yang
disediakan. Semasa berjumpa dengan guru, Aiman bersalam dengan gurunya dan melakukan apa-apa
yang diarahkan.
Apabila gurunya memberi penerangan tentang cara-cara membuat buku skrap, Aiman akan
mendengarnya dengan teliti. Dia tidak mahu melakukan kesilapan semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Aiman gembira kerana dapat menyertai setiap aktiviti yang diadakan disekolahnya.

************************
Latihan 14

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Anak-anakku
Ayuh melangkah segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah biar merana
Biar luka biar cedera
Biar seribu sengsara
Biar seribu ranjau menduga
Namun jangan sekali-kali mengalah

Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangun semula
Ayunkan langkah perkasamu
Kerana perjalanan belum selesai

Anak-anakku
Liku-liku kehidupan memang pahit
Tempuhi keperitan
Lalui lorong onak berduri
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti
Pasti kau merasai manisnya

*************************
Latihan 15
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan alat pengukur prestasi sesebuah sekolah. Lantaran
itu, Sekolahku Rumahku amat sesuai dihayati dan diaplikasikan oleh semua murid agar dapat
menjamin kebersihan kawasan sekolah. Ini kerana sekolah yang ceria dapat menjamin suasana
pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, barulah kecemerlangan sesebuah sekolah tercapai.
Untuk merealisasikannya, budaya bergotong-royong hendaklah menjadi amalan di setiap sekolah.
Maka fenomena wabak denggi yang melanda negara dapat diatasi. Selain itu, amalan bergotong-royong
adalah baik untuk pembentukkan sahsiah murid. Mereka akan bersama-sama melakukan tugasan
walaupun dari latar belakang keluarga yang berbeza. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan
rakan-rakan yang berbilang bangsa.
Sekolah yang cemerlang juga bermula daripada kelas yang bersih. Lantaran itu, pertandingan
kecerian kelas di sekolah adalah amat wajar. Sudut-sudut pembelajaran yang terdapat di dalam kelas
dapat menjana minda murid-murid ke arah kecemerlangan. Begitu juga sudut bacaan pula dapat
menggalakkan minat murid untuk membaca. Minda akan terangsang untuk membaca pelbagai bahan
bacaan yang disediakan. Maka mereka boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Justeru, melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bertepatan. Hal ini demikian, murid-murid
perlu mematuhi jadual tugasan yang disediakan. Mereka juga perlu datang awal pagi untuk memastikan
kebersihan kelas sentiasa terjamin. Kesimpulannya, semua warga sekolah perlu menitikberatkan faktor
kebersihan dan keceriaan sesebuah sekolah.

***********************
Latihan 16

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajarannya. Pada masa yang sama dia mempunyai
pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah
album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci. Setem-setem yang dikumpulkannya
diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya
dan sahabat dari negeri-negeri di malaysia dan luar negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan
mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang
negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana
hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat
dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

**********************
Latihan 17
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Pak Utih tinggal sebatang kara di kampung Layar Patah. Isteri dan anak tunggalnya telah
meninggal dunia. Pak Utih melakukan apa sahaja pekerjaan yang diminta oleh penduduk. Antara
pekerjaan yang biasa beliau lakukan seperti membersih kebun, memotong rumput, memanjat pokok
kelapa, membaikli bumbung rumah yang bocor. Walau pun semakin dimamah usia, beliau masih ligat
mencari rezeki untuk menampung hidupnya. Beliau tidak mahu menagih simpati dari jiran tetangga.
Selagi terdaya beliau tetap bekerja. Ada juga jiran tetangganya yang bermurah hati menghulurkan
makanan kepadanya. Beliau terpaksa menerima untuk mengambil hati jiranya.
Pak utih suka melayan kanak-kanak. Sebab itulah kanak-kanak suka pergi ke rumah Pak Utih
untuk mendengar cerita daripada Pak Utih. PaK Utih juga secara sukarela mengajar kanak-kanak
kampung itu mengaji Al-Quran. Budi baik Pak Utih itu tidak terbalas oleh penduduk kampung Layar
Patah.
Pada waktu petang Pak utih bercucuk tanam sayur-sayuran di sekitar rumahnya untuk kegunaan
sendiri. Selebihnya beliau menjual kepada penduduk kampung itu. Wang itu dapat digunakan untuk
membeli keperluan hariannya dan selebihnya disimpan untuk kegunaan sakit peningnya.

********************
Latihan 18
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hati Puan Zubaidah resah kerana Irfan belumlagi pulang. Jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam.
Puan Zubaidah mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Belaiu khuatir Irfan
ditimpa malapetaka. Suaminya yang keluar mencari Irfan belum juga pulang.
Sejam kemudian Irfan terjenguk di muka pintu. Puan Zubaidah menerpa ke arah Irfan. Irfan
menceritakan segala peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Puan Zubaidah bangga mempunyai anak
seperrti Irfan. Irfan meminta maaf kerana tidak menelefon ibunya terlebih dahulu. Dia berjanji akan
menelefon ibunya jika dia terlambat pulang ke rumah.
Pagi esoknya, Irfan membawa ibunya ke hospital melawat orang tua yang ditolongnya. Orang tua
itu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Irfan itu. Jika Irfan tidak tolong mungkin beliau telah
meninggal dunia. Selama satu jam Irfan dan ibunya berasda di hospital. Selepas itu mereka pun pulang
ke rumah.

**********************
Latihan 19
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Hari ini Hakimi terlambat ke sekolah kerana menyediakan keperluan kepada ibunya yang sakit. Apabila
semuanya selesai, dia pun pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai.
Hakimi terpaksa berlari anak untuk sampai ke sekolah.
Sebuah kereta berhjenti di hadapannya, pemandu kereta mengajak Hakimi menaiki keretanya.
Tanpa membuang masa Hakimi pun memasuki ikereta tersebut. Hakimi terkejut kerana pemandu kereta
itu adalah guru besar sekolahnya. Hakimi terpaksa mencerita segalanya kepada guru besar sebab dia
lewat ke sekolah. Guru besar memuji sikap mulia Hakimi itu.
Keesokkannya guru besar melawat ibu Hakimi. Beliau merasa terkejut kerana sakit ibu Hakimi
teruk. Beliau membawa ibu Haklimi ke hospital untuk mendapat rawatan. Hakimi mengucapkan terima
kasih atas pertolongan guru besar itu. Hakimi bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya cita-
citanya untuk menjadi seorang doctor tercapai agar dia dapat merawat ibunya suatu hari nanti.


NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)


NILAI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN

Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual
waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-
MENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi
derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA

bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/
bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-
sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI

Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan
makan/tidak berdendam

PEMURAH/
MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan
makan/menolong/membantu/berkongsi

JUJUR

bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda
orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH

melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang
yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP
BERKORBAN

Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara sukarela

MENGHARGAI MASA

Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas
rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan

MENGHARGAI /
MEMBALAS JASA

Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN

Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip
sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN

Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-
undang.



MENJAGA KEBERSIHAN


Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas
rumput/membakar sampah


MENJAGA KESIHATAN

Makan makanan berkhasiat/ makanan
seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton


MENJAGA KESELAMATAN

Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan
kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/
CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA

Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI

Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan
derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
/ KEJIRANAN Ziarah kematian ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB


Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas /
menegur perbuatan negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang
lain/gosok baju/basuh kasut

KEBEBASAN

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan
sesuatu

BERSIKAP SEDERHANA

Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi
kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.


BERWAWASAN / BERCITA-CITA
TINGGI / BERJIWA BESAR
Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga /
melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam
melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan
bersunggguh-sungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang
lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK
ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada
kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak
mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi
cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan
penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan
baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.


KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH


Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin
sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah
sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku
yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang
tabungan kita akan bertambah, seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat
mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati
makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.

Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin. Kita
dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita
masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini,
perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara
kita dan ibu juga akan bertambah erat.

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh,
itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.











KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara
berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami.
Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat
diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.

Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita
yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang
tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang
dimintanya.

Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang
diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini,
ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan
juga akan menjadi lebih erat.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh,
itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai