Anda di halaman 1dari 63

Berita Online

December 23, 2009

Sumber berita dari: Berita Harian, Bernama, Harakah Daily, Harian Metro & Malaysia Kini.
pdniaga 12/23/2009

pdniaga
Sumber berita dari: Berita Harian, Bernama, Harakah Daily, Harian Metro & Malaysia Kini.
Pdniaga Grafik

No K2 & K3 Bangu Perhentian Bas Port 71000 Port Negeri S

nan Atas Dickson, Dickson, embilan.

Percetakan Digital Full Colour Harga Murah Rekabentuk TerkinI F r e e D e s i g n Banting & Banner Kelas Komputer Rekabentuk Laman Web Binding Laminate Kad Kahwin - Inkjet Banner - Kad Nama - Fotostat Colour Postcard, Business Card, Flyer, BIZ-Documents, Envelopes, Paper Bag, Brochure, Bookmark, Announcement Card, Poster, Folder, Money Packet, Tent Card, Pre-Inked Stamp, Note Pad

019-657 6566 pdniaga@gmail.com Web: KadKahwin.biz


Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Pusat beli belah Tanah Abang runtuh, dua maut


JAKARTA: Dua orang terbunuh dan berbelas lagi dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tambahan di pusat membeli belah pasar borong tekstil Tanah Abang di sini pagi ini, yang turut menjadi destinasi berbelanja yang popular bagi rakyat Malaysia. Disebabkan pusat membeli belah itu popular dalam kalangan pelancong dan peniaga dari Malaysia, Kedutaan Malaysia di sini turut memantau kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan. Sehingga tengah hari ini, belum ada maklumat sama ada terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa orang mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan daripada runtuhan bangunan tambahan itu dan kerja menyelamat masih dijalankan oleh puluhan petugas dengan dibantu oleh orang ramai, termasuk dengan menggunakan gergaji besi dan mengalihkan serpihan konkrit. Belum ada laporan rasmi mengenai kejadian runtuhan itu tetapi beberapa pekerja binaan di situ berkata yang runtuh ialah tambahan bangunan yang sedang dibina yang mereka sebut hendak dijadikan tandas awam. - Bernama

Permohonan rayuan Anwar dalam kes saman Dr Mahathir didengar 1 Mac


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 1 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnahnya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Timbalan Pendaftar, Jumirah Marjuki, menetapkan tarikh itu dalam kamar semasa kes itu didengar hari ini untuk tujuan pengurusan. Dalam permohonan yang dikemukakan pada 20 November lalu, Anwar menyenaraikan tiga isu untuk ditentukan oleh mahkamah, antaranya sama ada Mahkamah Rayuan, dalam keadaan undang-undang terkini yang tidak memihak kepada bantahan bersifat teknikal, boleh terus memutuskan untuk enggan mengguna pakai budi bicara untuk memastikan bahawa kecacatan bersifat teknikal tidak diberi keutamaan ke atas hak-hak substantif.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 2

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Pada 10 Oktober lalu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak, yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, menolak saman Anwar berjumlah RM100 juta dengan alasan bahawa memorandum rayuan yang dikemukakan oleh Anwar dalam bahasa Inggeris adalah satu kecacatan, tidak sah dan menyalah guna proses mahkamah. Sebelum itu pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telahpun menolak saman itu dengan kos. Anwar telah mendakwa bahawa kenyataan Dr Mahathir yang menganggap beliau seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan menghina beliau. - Bernama Gempa terbaru di Padang, pelajar M'sia selamat Dis 23, 09 2:52pm Gempa bumi terbaru berlaku di Padang Sumatera Barat, dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter (SR) padajam 8.11 pagi. Bagaimanapun, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia mengesahkan bahawa kesemua 75 pelajar Malaysia selamat. Pengarahnya, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi para pemimpin pelajar Malaysia di Universitas Andalas di sana dan mendapat pengesahan bahawa semua pelajar yang masih berada di Padang adalah selamat. "Kita ada 75 pelajar di sana sekarang manakala bakinya kira-kira 70 orang lagi sedang bercuti di Malaysia. 'Mereka masih berada di rumah ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri ke luar rumah setelah merasakan goyangan gempa yang agak kuat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Bagaimanapun, semua pelajar itu meneruskan kuliah dan latihan praktikal mereka seperti biasa hari ini kerana tidak ada kerosakan harta benda akibat kejadian itu. Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi pada jam 8.11 pagi, dengan pusatnya di kedalaman 10 km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai. Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku pada pukul 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai. Bagaimanapun kedua-dua gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, menurut BMKG.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 3

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Gempa bumi itu terjadi kira-kira tiga bulan selepas gempa bumi besar berkekuatan 7.9 SR menggegarkan Kota Padang, yang mengakibatkan Malaysia terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi membawa pulang lebih 300 pelajar perubatan dari sana. Sementara itu media massa tempatan melaporkan gempa pagi ini sempat mengakibatkan rasa panik di kalangan penduduk terutama di Kota Padang yang bertempiaran keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana takut terjadi runtuhan. Bagaimanapun, sehingga tengah hari ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda. - Bernama

Semua pelajar Malaysia selamat dalam gempa di Padang


JAKARTA: Semua 75 pelajar perubatan Malaysia selamat dalam kejadian gempa bumi terbaru berkekuatan 6.1 pada skala Richter (SR) di Padang, Sumatera Barat, pagi ini. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata beliau sudah menghubungi pemimpin pelajar Malaysia di Universitas Andalas di sana dan mendapat pengesahan bahawa semua pelajar yang masih berada di Padang berada dalam selamat. "Kita ada 75 pelajar di sana sekarang manakala bakinya kira-kira 70 orang lagi sedang bercuti di Malaysia. Mereka masih berada di rumah ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri ke luar rumah setelah merasakan goyangan gempa yang agak kuat," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, semua pelajar itu meneruskan kuliah dan latihan praktikal mereka seperti biasa hari ini kerana tidak ada kerosakan harta benda akibat kejadian itu. Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi jam 8.11 pagi dengan pusatnya di kedalaman 10 km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai. Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku jam 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai. Bagaimanapun kedua-dua gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, menurut BMKG. Gempa bumi itu terjadi kira-kira tiga bulan selepas gempa bumi besar berkekuatan 7.9 SR

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 4

December 23, 2009

BERITA ONLINE

menggegarkan Kota Padang, yang mengakibatkan Malaysia terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi membawa pulang lebih 300 pelajar perubatan dari sana. Sementara itu, media massa tempatan melaporkan gempa pagi ini sempat mengakibatkan rasa panik di kalangan penduduk terutama di Kota Padang yang bertempiaran keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana takut terjadi runtuhan. Bagaimanapun, sehingga tengah hari ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda. - Bernama 'Raja Nazrin arah guna senarai asal' Abdul Rahim Sabri Dis 23, 09 12:50pm Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini. Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak. Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin. Ketika dihubungi Malaysiakini, Yeop Junior berkata beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini. Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009. "Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu berkenaan. Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS. Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'. Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 5

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Russia bekal 20 pesawat MiG kepada Myanmar


MOSCOW: Russia menandatangani kontrak membekalkan 20 pesawat pejuang jenis MiG-29 untuk kegunaan angkatan tentera Myanmar, menurut akhbar Kommersant, hari ini. Kontrak itu ditandatangani beberapa minggu lalu dan ia mencecah nilai hampir 400 juta Euro (AS$570 juta), menurut sumber yang rapat dengan syarikat penjulan senjata Russia, Rosoboronexport yang dipetik akhbar itu. Myanmar yang kini dikenakan sekatan oleh negara Barat tetapi badan hak asasi manusia mendakwa negara yang diperintah Junta Tentera itu menerima bekalan senjata dari negara jiran, China, India dan Russia.

Sumber berkata, tawaran Russia itu mengatasi tawaran Republik China yang menawarkan Myanmar jet pejuang moden jenis J-10 dan FC-1. Akhbar itu melaporkan, Russia sudah menghantar 12 pesawat MiG-29s ke Myanmar sepanjang 2001. Ia adalah kontrak bekalan pesawat pejuang jenis itu yang terbesar selepas kontrak sama ke Algeria pada 2007, lapor Kommersant. - AFP Hasrat wanita temui teman Internet bawa padah Dis 22, 09 11:38pm Hasrat seorang wanita warga Filipina untuk bertemu dengan teman laman sosial di internet di negara ini akhirnya mengundang padah apabila dia dikurung dan dijadikan tebusan oleh empat lelaki warga Afrika. Kejadian pada 12 Disember lepas berlaku ketika wanita berumur 44 tahun itu yang bekerja di Jepun sanggup datang ke negara ini untuk bertemu dengan salah seorang suspek, namun mangsa dikatakan dibawa ke sebuah unit kondominium Mentari Court, Petaling Jaya untuk dijadikan tebusan. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek dan rakan mereka yang terdiri daripada seorang wanita warga Afrika dan dua wanita serta seorang lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan iaitu di kondominum terbabit serta di sebuah rumah di Taiping, Perak pada 17 Disember lepas.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 6

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Suspek menghubungi kakak mangsa di Jepun dan meminta wang tebusan sebanyak tiga juta Yen, namun kakak mangsa enggan memberikan wang tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pondok Polis di Puchong Perdana, Selangor. Akibat gagal mendapatkan wang tebusan itu, mangsa dibebaskan di tepi jalan berhampiran Bandar Sunway dengan kesan kecederaan di badan dipercayai akibat dipukul. Khalid berkata hasil serbuan ke kondominium itu, polis turut menemui barang-barang seperti komputer riba, beg pakaian dan dokumen pengenalan diri yang kesemuanya milik mangsa. Katanya, kesemua suspek yang berumur antara 21 dan 35 tahun itu aktif menjalankan kegiatan mengumpan wanita di laman sosial di internet sejak tiga bulan lepas. "Ada antara warga asing ini mempunyai visa pelajar, manakala beberapa lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," tambah Khalid. BERNAMA Bencana Tsunami Masih Menjadi Igauan Penduduk Di Kuala Muda SUNGAI PETANI, 23 Dis (Bernama) -- Walaupun telah lima tahun berlalu, penduduk di kawasan Pantai Merdeka dekat sini masih lagi trauma dengan istilah tsunami. Golongan nelayan dan penduduk kampung di kawasan itu masih tidak dapat melupakan kejadian yang memusnahkan rumah, bot dan meragut nyawa 11 orang dengan sekelip mata dalam kejadian tusnami pada 26 Dis 2004. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Tepi Sungai, Ismail Othman, 53, ketika ditemui Bernama berkata, tragedi tsunami terus menjadi igauan mereka walaupun lima tahun telah berlalu. Katanya, dalam kejadian itu, sebelas penduduk di Kampung Kepala Jalan dan Kampung Tepi Sungai maut manakala 75 buah rumah terus hilang ditelan ombak dan 40 buah rumah lagi roboh dipukul ombak besar itu. Kini, 150 buah keluarga yang kehilangan rumah memulakan hidup baru dan mendiami rumah baru tiga bilik yang dibina oleh kerajaan di Kampung Permatang Katong di kawasan berhampiran dengan tapak asal rumah mereka. "Di sinilah kehidupan kami, tidak ada pilihan lain selain terus menetap di kawasan yang pernah dilanda tsunami suatu masa dulu, walaupun sentiasa dalam kebimbingan tetapi kami terpaksa meneruskan kehidupan," katanya. Awang Ismai, 65, berkata rumah lamanya yang dilanda ombak tsunami di Kampung Kepala Jalan kini dijadikan memorial tsunami.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 7

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Rumah saya yang roboh diperbaiki semula dan dijadikan "pejabat" memorial itu, tetapi hingga kini terbiar begitu sahaja dan tiada usaha mempromosikan kawasan bencana itu", katanya. --BERNAMA

Gadis dicekup selepas seks


Oleh Hamid Salleh bhkt@bharian.com.my Pelajar curi keluar jumpa kekasih mengaku selalu berzina KUALA TERENGGANU: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu. Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin. Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu. Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja. Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang. Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan. Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan. Mayat gadis sunti separuh bogel di kolam DBKL Dis 22, 09 8:03pm Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel dan leher dijerut dengan sehelai kain di dalam Kolam Tadahan Banjir, Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak di Kuala Lumpur hari ini.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 8

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemui tiga pekerja pembersihan sampah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang membersihkan kolam itu kira-kira 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mayat mangsa berumur antara 11 dan 13 tahun yang dipercayai rakyat tempatan dikeluarkan dengan bantuan unit penyelamat DBKL. "Mangsa yang ditemui dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar dengan ketinggian 122 sentimeter itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam yang lepas. "Polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu dan akan memperincikan siasatan selepas menerima hasil bedah siasat yang akan dibuat esok di Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya, polis tidak menjumpai sebarang senjata di tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan kes itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Polis meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan agar menghubungi polis Sentul di talian 03-26 10 22 22 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. BERNAMA

Syarikat Noradz Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Syarikat pelancongan Noradz Travel & Services Sdn Bhd Rabu dihadapakan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen. Pengarahnya Noradzma Adzhar, 33, yang mewakili syarikat itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan. Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusiinstitusi Kewangan 1989 (Akta 372), di No 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008. Semalam Noradzma menghadapi 166 pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram yang melibatkan RM60 juta dan satu kes yang juga melibatkan penerimaan wang deposit tanpa lesen di tempat dan waktu yang sama. Turut sama didakwa semalam adalah bapanya Datuk Adzhar Sulaiman, 54, dan adiknya Noradzrin, 24, kedua-duanya pegawai kanan syarikat berkenaan, bagi kesalahan pengubahan wang haram. Hakim Fathiyah Idris hari ini membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen yang akan mendengar kesemua kes yang membabitkan ketiga-tiga pegawai kanan syarikat pelancongan itu pada 18 Feb tahun depan.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 9

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Syarikat Noradz mempunyai beberapa rangkaian syarikat termasuk penerbitan drama dan filem, penyewaan kereta, agensi pelancongan serta pelaburan, dan ia juga pernah menerbitkan filem bertajuk Shhh... Dia Datang, lakonan Saiful Apek dan beberapa drama yang ditayangkan di Astro. Pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Alvin Ong manakala Norazdma diwakili peguam Abdul Rahim Sinwan.

-- BERNAMA

Dengarnya... Amboi! Romantiknya Umie dengan abang K


Oleh Normah Becok SEJUK hati Cik Normah apabila mendengar kisah yang ingin dikongsi ini. Cemburu juga di hati apabila mendapat tahu betapa romantisnya tunang Umie Aida, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mesra dipanggil Abang K. Tapi suami Cik Normah pun apa kurangnya, kasih sayang dan cintanya sudah cukup agung menyatukan kebahagiaan kami. Cik Normah diberitahu Lara Kirana Manja, sepanjang dua minggu pementasan teater muzikal Natrah berlangsung baru-baru ini, putera idaman Umie itu akan memberikan sejambak bunga sebagai tanda sokongan. Kelas gitu. Bukan setakat bunga, Cik Normah dapat tahu, Umie pun siap disediakan makanan istimewa yang diaturkan Abang K. Amboi bahagianya Cik Normah tengok pasangan yang dijangka bernikah bulan depan. Cik Normah tak pasti sama ada keinginan Umie untuk bernikah di Tanah Suci Makkah akan menjadi kenyataan atau tidak. Harapnya, apa juga yang bakal terjadi akan menggembirakan hati Umie.

Difahamkan majlis pernikahan itu nanti tidak akan mengundang rakan media dan hanya membabitkan keluarga kedua pihak saja. Untuk majlis persandingan saja, rakan media akan diundang. Tak kisahlah Umie, janji kau bahagia selama-lamanya. Insya-Allah. Setakat ini, selain Umie, anak kesayangan Chef Wan, Serina Redzuawan pun akan bernikah dengan jejak Inggeris bernama, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamya, Salahuddin Ghaffar pada 1 Januari. Yang penting, macam Cik Normah tulis sebelum ini, majlis kahwin Serina dan Gavin akan disiarkan di Asian Food Channel. Agaknya, siapa lagi di kalangan selebriti yang akan kahwin tak lama lagi. Jangan nikah sorok sudahlah ye. Perkara baik buat apa nak disembunyikan lagi. Lainlah kalau ada yang bergelar isteri kedua. Yang ini, Cik Normah faham-faham sendiri kenapa perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan. Opss!
Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 10

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Biarlah tak popular


Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my

Walaupun nama Faezah Elai kurang dikenali, tawaran berlakon sentiasa ada TEMPOH tiga tahun bergelumang dalam kerjaya lakonan, sudah cukup memberi pengajaran kepada Faezah Elai bahawa ia bukanlah bidang yang boleh dibuat 'main-main'.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 11

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Menceburi bidang ini bermakna dia perlu sentiasa beringat pada setiap masa. Bagi pelakon yang diperkenalkan menerusi filem Otai kira-kira dua tahun lalu, dirinya perlu cepat matang apabila penampilannya di layar perak atau di kaca TV mendapat kritikan daripada media.

Menerusi cara itu, Faezah yang kini berusia 27 tahun sudah dapat menyesuaikan diri dengan dunia artis, satu dunia yang bukan semuanya indah. Publisiti memanglah amat perlu bagi setiap artis atau selebriti untuk mengembangkan kerjaya yang diceburi, tetapi mestilah kena dengan caranya. Memang gosip hangat dan kontroversi pula menaik nama seseorang artis. Namun, bukan itu cara Faezah untuk meraih publisiti dan populariti. Seboleh-bolehnya, dia mahu mengelakkan diri daripada publisiti merepek yang kadang-kadang boleh memakan diri. Sebab itulah saya tak pernah berasa popular sangat. Tak apalah kurang popular, asalkan nama saya bersih daripada sebarang cerita yang boleh membuatkan orang tidak suka, meluat dengan saya, katanya dalam satu temu bual dengan HiP. .

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 12

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Sepanjang pembabitannya dalam lakonan, Faezah sudah terbabit dalam 10 drama dan telefilem. Antaranya ialah drama bersiri Hartamas dan La Dolce Amira. Gaya hidup saya mungkin agak membosankan. Mana tidaknya, selepas habis sesuatu penggambaran drama, saya lebih senang melepak di rumah. Kalau ada masa terluang, selalunya habiskan masa dengan keluarga di kampung di Gelugor, Pulau Pinang, Saya gembira dengan cara ini. Bebas daripada dikaitkan dengan cerita kontroversi. Saya sentiasa cuba elakkan daripada cerita sensasi yang bukan-bukan. Baru-baru ini tersebar cerita saya berpakaian seksi. Memang betullah, tapi gambar itu dirakamkan untuk satu kempen sebuah produk di luar negara. Itu gambar pada tahun 2005, ketika saya masih bekerja sebagai pramugari. Saya rasa cerita itu sudah basi tetapi sengaja di sensasikan kerana saya ini sudah bergelar artis, kata Faezah lagi.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 13

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Faezah berkata, selepas berjaya menempatkan dirinya dalam bidang lakonan, dia kini sedang mencuba bakat untuk menjadi pengacara TV atau majlis. Walaupun mendapat pujian kerana pernah mengacara majlis dengan baik, dia berasakan belum masanya untuk menjadikan bidang baru itu sebagai kerja sepenuh masa pula. Sasarkan tiga tahun lagi BERCAKAP mengenai kerjaya lakonan, Faezah berkata, dia mensasarkan tiga tahun sebagai tempoh untuk mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan dalam bidang yang diceburinya. Saya sentiasa bersyukur apabila ada saja tawaran berlakon. Ada antaranya terpaksa ditolak kerana jadualnya yang bertindih. Saya masih ada tiga tahun lagi untuk terus membuktikan apa yang tercabar untuk diri sendiri. Saya teringin sebenarnya dan ternanti-nantikan watak sebagai orang cacat. Dapat watak perempuan kampung pun saya tak pernah dapat. Kalau ada peluang, mahu juga saya mencubanya, katanya sambil mengakui pada masa dia berharap dapat bertemu jodoh sebelum atau pada usia 30 tahun. Dengan usia saya sekarang elok juga kalau saya kata memang tiba masanya untuk menamatkan zaman bujang, katanya pendek. Ditanya mengenai sejauh mana dia akan bertahan dalam dunia seni, Faezah yang terlebih dulu menceburi bidang peragaan sejak 2003 memberitahu bahawa, dia mengakui tidak akan selamanya bergelar pelakon. Apabila tiba masa yang sesuai, saya akan melupakan atau mengurangkan aktiviti dalam bidang ini. Hidup ini ada kalanya memerlukan pengorbanan. Contohnya, peragawati terkemuka Tyra Banks pun memilih untuk bersara ketika namanya meniti populariti yang memuncak. Namun dalam pada itu, Tyra bijak menjana wang dengan menerbitkan program bual bicara dan melahirkan model pelapis. Begitu juga dengan saya. Sampai nak bergelar artis. Mungkin dua atau tiga tahun lagi, saya tidak lagi menjadi pelakon. Saya juga mempunyai pilihan dan perancangan lain pada masa akan datang. Saya mula terfikir untuk membuka tadika kerana suka melayan kanak-kanak. Pengalaman sewaktu menjadi guru tadika sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menguatkan hasrat untuk saya memiliki sebuah tadika. Barangkali naluri kecil saya ke arah golongan kecil ini antara yang terus mendorong minat saya berbuat demikian, katanya yang memasang angan-angan untuk berlakon di sisi aktor Afdlin Shauki. Diajukan dengan soalan peribadi, sambil berseloroh, Faezah berkata dia belum terfikir untuk mencari teman istimewa secara serius. Saya jarang berkongsi hal peribadi. Kalau semua mahu dikongsi kepada khalayak, apa lagi yang tinggal untuk saya. Saya rasa tidak salah saya amalkan cara sebegitu. Saya juga perlukan ruang

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 14

December 23, 2009

BERITA ONLINE

untuk bersendirian, katanya. Profil: Noor Faezah Nama sebenar: Noor Faezah Elai Tarikh lahir: 16 Ogos 1982 Asal: Pulau Pinang Akademik: Diploma Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kerjaya: Model, hos TV dan pelakon Iklan komersial: Celcom, Radox, Varnish dan Olay Drama/telefilem: Cinta & Keadilan, La Dolce Amira, Enigma, Sutera Maya, Pemanduku Jutawan dan Hartamas Program TV: Mango TV, Inspirasi Comel, Gegar U dan Hypermarket Saga Filem: Otai Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 (KL Fashion Week 2006) 50 Gorgeous People (Female Magazine). Solekan dan busana warna kelabu: Rien Zaid (019-3751399) Banggarma pohon perintah batal pertukaran agama Athi Shankar Dis 23, 09 1:13pm Surirumah S Banggarma yang mendakwa telah diislamkan sewaktu dia masih kanak-kanak, telah memfailkan saman sivil memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa pertukaran agamanya itu tidak sah. Peguamnya, Gooi Hsiao Leung memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini. Banggarma, 27, atau nama Islamnya, Siti Hasnah Vangarama Abdullah, ditemani suaminya,S Sockalingam dan dua anaknya Kanagaraj, 8, dan Hisyanthini, 2. Dalam afidavitnya, Banggarma merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang dan Akta Umur Dewasa 1971 bagi menyokong kesnya itu. Dia juga memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara supaya membatalkan identiti Islam pada kad pengenalannya.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 15

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Banggarma turut memohon Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan jabatan tersebut mengeluarkan kad pengenalan baru untuknya dengan identiti agama Hindu.

Persediaan Secepat Mungkin Hadapi Sukan SEA 2011- Ahmad Shabery KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Walaupun Sukan SEA di Laos baru sahaja berakhir tiga hari lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengadakan persiapan awal bagi menghadapi edisi seterusnya di Indonesia pada 2011. Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu perlu kerana temasya sukan dwitahunan itu akan dilangsungkan pada bulan Jun iaitu kira-kira 18 bulan dari sekarang. "Malah kita perlu mengatur terutama dari segi koordinasi pegawai dan sebagainya dari sekarang kerana ia akan melibatkan empat tempat (daerah)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN, Isnin. Negara yang mempunyai kira-kira 222 juta rakyat itu dilaporkan akan menganjurkan sukan dwitahunan itu di Jakarta, Surabaya, Bandung dan Semarang. Ahmad Shabery berkata mesyuarat itu juga telah bersetuju untuk menggunakan beberapa pendekatan berbeza pada masa depan terutamanya kesungguhan negara lain mendapat ranking (kedudukan) yang lebih tinggi di Sukan SEA. "Walaupun kita tidak melihat kepada itu, namun ia perlu diberi perhatian kerana ia adalah kehendak rakyat. "Seperti acara bola sepak yang merupakan sukan utama juga perlu mengekalkan prestasi untuk mempertahankan pingat emas. Kita pernah memenanginya di Jakarta pada 1979," katanya. Mengulas lanjut mengenai perkara itu Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata program untuk Sukan SEA 2011 akan dirancang dan dilaksanakan secepat mungkin. "Kita juga akan mengamal perbelanjaan lebih berhati-hati kerana peruntukan MSN juga telah dikurangkan tahun depan yang pasti akan melibatkan program dan aktiviti persatuan sukan. "Jadi kejayaan di Laos seperti yang dibuktikan oleh sukan tinju dan silat akan diambil kira kerana menjadi amalan kita memberikan bantuan yang lebih kepada sukan-sukan yang berjaya," katanya. Mesyuarat itu juga bersetuju menghantar 12 jurulatih tempatan Ke Kanada tahun depan bagi mendalami ilmu kejurulatihan selama setahun. "Setakat ini kita belum menetapkan 12 jurulatih terbabit namun ia mungkin menjurus kepada empat jenis sukan yang terlibat di dalam Road To London 2012 (badminton, memanah,

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 16

December 23, 2009

BERITA ONLINE

berbasikal dan terjun)," katanya. Beliau berkata langkah itu diambil bagi membolehkan pihaknya menumpukan pembangunan di peringkat bawah usia yang muda, tidak seperti sebelum ini yang membabitkan penumpuan atlet elit sahaja. Mengenai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dikatakan terlalu kecil berbanding negara lain di Asia Tenggara, Zolkples berkata perkara itu sedang dikaji pihaknya. "Pelbagai aspek perlu diambil kira kerana Sukan SEA tidak diutamakan seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik malah kita juga membayar gaji, elaun dan penginapan yang mungkin tidak diberikan negara lain," katanya. Malaysia membayar RM5,000 kepada atlet negara yang berjaya memenangi pingat emas serta RM1,000 jika berjaya memecahkan rekod kejohanan manakala Indonesia memberikan ganjaran US$20,000 (RM68,000), Singapura (US$10,000 - RM34,000) dan Laos (US$2,000 - RM6,800) untuk pingat emas. Sementara itu, mengenai Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok, Zolkples berkata terdapat enam jawatankuasa kecil yang membentangkan perkembangan mengenai 100 resolusi yang diluluskan tahun lepas. -- BERNAMA

Pemain Man Utd yang terselamat tragedi Munich meninggal dunia


LONDON: Bekas pemain Manchester United, Albert Scanlon, yang juga salah seorang yang terselamat dalam nahas pesawat di Munich, meninggal dunia hari ini. Dalam lamam web kelab itu melaporkan, Scanlon, 74, atau lebih dikenali sebagai 'Busby Babes' kerana dipilih menyertai kelab ternama itu menerusi sistem latihan peringkat remaja, mula dilaporkan sakit sejak beberapa lama dahulu. Beliau mula beraksi untuk United pada 1954 ketika usia 19 tahun dan namanya menyerlah ketika di bawah pengurusan Matt Busby.

Lapan rakan sepasukannya dan tiga pegawai terbunuh selepas pesawat yang membawa mereka untuk saingan Piala Eropah, terhempas di Lapangan Terbang Munich, Jerman pada 1959. Scanlon mengalami patah kaki dan tulang belakang akibat nahas itu, tetapi pulih dan bermain

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 17

December 23, 2009

BERITA ONLINE

semula bagi musim 1958/59 dengan meledak 16 gol bagi membantu United muncul sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris. Scanlon meninggalkan Old Trafford pada 1960, menamatkan enam tahun penyertaannya dengan bermain 127 untuk United dan menyumbang 35 gol. "Manchester United amat sedih untuk memaklumkan kematian pemain kami, Albert Scanlon," kata kelab itu dalam laman webnya. - AFP Ariffahmi: 'Ini tidak adil' Jimadie Shah Othman Dis 23, 09 11:04am Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). "Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam. Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut. Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta. Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya. Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan. Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan. Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya. Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 18

December 23, 2009

BERITA ONLINE

pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan. Ditanya sama ada beliau mencadangkan pihak berkenaan dikenakan tindakan disiplin, Ariffahmi berkata, perkara itu terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS. "Perkara itu PAS pusat kena fikirlah," katanya yang juga exco pemuda PAS Kelantan. Ariffahmi berkata, keputusannya meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, dilakukan menurut arahan kepimpinan PAS. Sementara itu, notis peletakannya yang sepatutnya dihantar esok telah diserahkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi perbadanan itu pagi tadi. Ariffahmi berkata, kandungannya adalah sama seperti dimaklumkan sebelum ini.

Sikap Masyarakat Sebab Tumbuhnya Pusat Perjudian Haram? Oleh Nurqalby Mohd Reda Bahagian akhir daripada dua siri rencana mengenai pusat perjudian KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Di negara ini, tiada lesen yang dikeluarkan bagi manamana individu atau pihak menjalankan kegiatan perjudian. Apa kata pihak berkuasa tentang gejala ini? Menurut Penolong Pengarah Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, ACP Sanusi Sidek, faktor utama membawa kewujudan pusat perjudian ini ialah sikap masyarakat sendiri. "Sikap masyarakat yang menyebabkan kewujudan dan pertambahan pusat perjudian ini semakin menjadi-jadi. Ada di antara mereka mudah ketagih...kalau boleh setiap hari mahu berjudi," kata beliau dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini. Kata Sanusi, jika sekali terjebak peluang untuk berubah seakan sukar terutama bagi golongan yang suka berjudi. Selain keseronokan diri sendiri, pengunjung juga berjudi semata-mata untuk mencari jalan singkat bagi mendapatkan wang dan keuntungan. "Dengan berjudi mudah nak dapat duit. Berjudi juga membawa pulangan yang lumayan bagi ejen yang menguruskan rumah perjudian. Pengunjung (pusat perjudian) sanggup keluarkan duit untuk bertaruh dalam satu-satu permainan. Kalau nasib baik, mereka boleh untung besar," katanya.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 19

December 23, 2009

BERITA ONLINE

MODAL MURAH, UNTUNG BESAR Beliau berkata hanya dengan menggunakan beberapa peralatan komputer asas, dan jaringan Internet, kegiatan perjudian boleh dijalankan. "Bagi ejen yang menjalankan kegiatan ini, mereka hanya memerlukan peralatan komputer asas seperti CPU dan talian Internet. "Ejen di negara ini hanya perlu menelefon pemilik operasi perjudian yang bertempat di luar negara dan ejen di sini meminta kebenaran untuk menggunakan nama syarikat perjudian itu. "Sebagai balasannya, pemilik operasi perjudian di luar negara berkenaan akan diberikan keuntungan mengikut yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak," katanya. Dengan berbekalkan modal yang sedikit, setiap taruhan memberikan keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sehari bagi setiap permainan yang berlangsung. "Ada dalang yang hanya menggunakan beberapa komputer terpakai dan mengubahsuai komputer berkenaan utuk memulakan satu-satu permainan. Mereka boleh mendapat untung sehingga RM10,000 satu hari bagi setiap komputer yang beroperasi (untuk judi)," tambah Sanusi. Katanya oleh kerana keuntungan yang berganda, individu terbabit sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi orang tengah atau dalang bagi menarik orang ramai menyertai kegiatan haram ini. "Terdapat juga pihak yang menggunakan kaedah perjudian secara pertaruhan seperti dalam permainan lumba kuda atau pertandingan bola sepak". Melalui cara itu, pihak terbabit akan mencari beberapa individu lain untuk turut serta. "Bila seorang tarik seorang, seorang lagi tarik orang lain...bayangkanlah berapa ramai yang akan terlibat dalam kegiatan perjudian ini," katanya. Beliau berkata faktor seperti itu menyebabkan kegiatan perjudian sukar dibanteras oleh pihak berkuasa. TIDAK SERIK "Mengikut statistik, tahun ini sahaja dalam tempoh Januari-September,polis berjaya merampas sebanyak 34,658 buah mesin judi berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu sebanyak 28,053," kata Sanusi. Beliau berkata jumlah tangkapan turut meningkat tahun ini berbanding tahun lepas di mana bagi Januari-September tahun ini, jumlah tangkapan ialah seramai 4,894 berbanding 3,601 tahun lepas.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 20

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Daripada tangkapan ini kami mendapati mereka yang berjudi terdiri daripada golongan muda iaitu pelajar sekolah sehinggalah golongan tua yang mencecah umur lewat 60-an," katanya. Kata beliau polis sentiasa melakukan operasi tetapi pusat perjudian ini seolah-olah tidak serik dan tidak takut untuk meneruskan kegiatan haram mereka. ORANG LUAR Tambah beliau dalang-dalang judi tanpa lesen itu juga mengupah orang luar terutama pekerja asing bagi menjaga pusat perjudian mereka. "Pemilik pusat ini jarang berada di premis. Mereka meletakkan tugas menjaga pusat-pusat judi ini kepada orang bawahan atau pekerja asing yang diupah. "Bagi mengelakkan mereka diberkas pihak berkuasa ada di antara mereka sengaja tidak menonjolkan diri sebagai tuan punya premis. Apabila pusat ini diserbu, pekerja di premis itu sendiri tak tahu siapa sebenarnya bos mereka. Ini menyukarkan kerja polis". Menurut Sanusi ada juga dalang yang berani mengupah tonto bagi mengawasi pusat judi masingmasing. "Selain memasang CCTV, mereka mengupah tonto bagi mengawasi pusat perjudian masingmasing. Ada juga yang menggunakan strategi membina pintu-pintu tersembunyi bagi memudahkan mereka melarikan diri bila diserbu," katanya. Sanusi berkata terdapat juga dalang-dalang judi menggunakan kad 'pra-bayar' bagi menggantikan wang. "Ada juga dalang yang menggunakan taktik membayar pemain atau kaki judi ini dengan kad tambah nilai bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa," tambah Sanusi. TIDAK TAKUT HUKUMAN Menurut Sanusi mereka yang terlibat tidak takut pada undang-undang dan sanggup mencaturkan nasib dalam perniagaan haram terbabit. "Walaupun polis dan pihak berkuasa tempatan mengadakan operasi hampir setiap hari, mereka seolah-olah tidak ada rasa takut pada undang-undang," katanya. Antara tindakan yang diambil ialah premis yang menjalankan kegiatan perjudian akan diputuskan bekalan air dan elektrik. Sanusi berkata mereka yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 4(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi atau penjara tidak lebih lima tahun.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 21

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Selain boleh didakwa di bawah akta berkenaan, dalang-dalang yang terlibat menganjurkan kegian itu juga boleh dikenakan tindakan pencegahan seperti di bawah Akta Kediaman Terhad 1933," kata beliau. MENDORONG PERKARA NEGATIF Beliau berkata walaupun sesetengah negara menganggap amalan berjudi sebagai satu industri, tetapi di Malaysia, ia mungkin menggalakkan jenayah seperti gejala ceti haram, gangsterisme dan ragut. "Berjudi lama-kelamaan akan membawa kepada berhutang. Apabila tidak dapat membiayai hutang, jalan mudah untuk penuhi ketagih judi, ialah dengan meragut, terlibat dengan ceti haram dan rompakan," katanya. Sanusi berkata individu yang berjudi juga akan bergantung pada nasib semata-mata tanpa berusaha memperbaiki taraf hidup. "Kita tidak mahu ada kalangan anggota masyarakat yang tidak mahu berusaha mencari wang dengan cara yang betul semata-mata bergantung nasib pada berjudi. "Hentikan tabiat berjudi. Jika tiada permintaan mana mungkin adanya penawaran," katanya. -- BERNAMA

4 lagi bayi dijual sindiket terselamat, tujuh ditahan


Oleh Suhana Roslan suhanaroslan@bharian.com.my SUBANG JAYA: Empat lagi bayi berusia tiga bulan diselamatkan selepas polis menahan tujuh anggota sindiket penjualan bayi di sekitar Banting, Klang, Kajang dan Petaling Jaya sejak pertengahan bulan ini. Ia kejayaan terbaru selepas polis menyelamatkan lima bayi dan seorang kanak-kanak berusia dua minggu hingga tiga tahun yang dijual kepada pasangan tertentu yang mahu mendapatkan anak dengan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang, sejak awal Disember lalu. Kejayaan itu hasil siasatan polis serta kesediaan beberapa pasangan yang membeli bayi dan kanak-kanak terbabit tampil membantu siasatan selepas kegiatan itu didedahkan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata anggota sindiket yang ditahan terdiri daripada dua wanita tempatan serta empat wanita dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 hingga 36 tahun.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 22

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Mereka ditahan di Banting, Klang dan Kajang masing-masing pada 15, 18 dan 20 Disember lalu. "Dua wanita Indonesia yang ditahan adalah perempuan yang mengandung, manakala dua wanita tempatan itu adalah orang kanan kepada ketuanya yang sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, baru-baru ini," katanya selepas majlis perasmian pondok bit polis di Jalan Kekwa, Puchong Perdana, di sini semalam. Beliau berkata, ketika ditemui di tempat kejadian, polis turut menemui dokumen pengenalan diri bayi itu seperti sijil kelahiran yang menggunakan nama pasangan yang mengambil anak berkenaan. "Saya percaya hasil penahanan dan maklumat diterima, lebih ramai lagi anggota sindiket yang akan ditahan. Empat bayi itu kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh siasatan, termasuk seorang yang diserahkan pasangan yang sudah membelinya," katanya. Khalid juga meminta pasangan yang membeli anak daripada sindiket itu tampil membantu polis menjalankan siasatan. Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion Dis 22, 09 7:43pm Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain. Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan. Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian. Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini. Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 23

December 23, 2009 diraja tersebut.

BERITA ONLINE

Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini. Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya. Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.

Premis Perjudian Di Sebalik Nama Kafe Internet Oleh Mohd Faizal Hassan Bahagian pertama daripada dua siri rencana mengenai perjudian KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Papan tanda di luar tertulis Kafe Internet, bagaimanapun beberapa premis ini sebenarnya menjalankan perniagaan mesin judi. Sepuluh premis sedemikian yang merupakan pusat perjudian, tetapi menyamar sebagai kafe siber, sudah beroperasi di kawasan tumpuan ramai ini sejak setahun yang lalu. Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pelanggan dan mengunjungi empat daripada premis perjudian ini sejak lima bulan lepas mendapati pusat ini bebas beroperasi tanpa mengendahkan peraturan undang-undang. Setiap premis mempunyai identiti dan pelanggan yang berbeza. Kawalan keselamatan yang ketat biasanya dikenakan kepada pelanggan baru. Sepuluh premis ini terletak di lima blok berlainan dan kawasan syurga judi ini berjiran dengan pelbagai kedai biasa seperti kedai runcit, restoran, dan bengkel kenderaan. Dari luar rupanya umpama kafet internet, walhal di dalamnya aktiviti perjudian berjalan 24 jam, membawa keuntungan berjuta ringgit sebulan. OPERASI TANPA REHAT Daripada pemerhatian penulis, kebiasaannya pekerja premis membuat pemeriksaan terhadap semua mesin judi dua kali sehari, setiap 12 jam. Mereka akan meneliti setiap mesin untuk mencatat dan mengemas kini data serta rekod wang masuk dan wang keluar. Untuk berjudi, caranya begitu mudah. Pelanggan hanya perlu memasuki premis dan duduk di

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 24

December 23, 2009

BERITA ONLINE

tempat yang mempunyai mesin judi dan membayar minimum RM50 untuk mula bermain. Pelanggan akan diberikan kredit berdasarkan jumlah yang dibayarnya dan ini akan tertera pada skrin komputer. Terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk pelanggan -- roulette, lumba kuda, kungfu, poker dan pelbagai lagi -- yang jarang memberi peluang pelanggan menang. Kalau menang sesekali, setelah dikira modal yang dilaburkan setiap kali bermain, mereka sebenarnya rugi. Setiap premis mempunyai tiga hingga empat orang pekerja pada satu-satu masa untuk mengira wang, mengawal pintu masuk, mengajar pelanggan baru berjudi dan membuka permainan atau mesin judi. Beberapa individu yang dipercayai tonto dilihat berlegar-legar di dalam dan luar premis bagi mengawal keselamatan premis. MATA-MATA ELEKTRONIK Selain individu berkenaan, premis ini dipasang dengan mata-mata elektronik atau kamera tersembunyi di dalam dan luar penjuru premis bagi memastikan keselamatan premis termasuk kawasan jiran. Apa yang difahami wartawan Bernama ialah mata-mata elektronik ini akan membantu menyelamatkan jiran yang lain daripada diserbu jika sebuah daripada premis ini, dihampiri pihak berkuasa. Kamera ini diawasi pekerja lain yang berada di bilik rahsia untuk memberi amaran akan kehadiran pihak berkuasa atau tetamu tidak diundang. Untuk memasuki bilik rahsia ini, pekerja restoran yang mahu menghantar makanan akan membuat ketukan isyarat tertentu untuk kebenaran masuk. PELANGGAN TAGIH NASIB DARIPADA TETIKUS Hampir 90 peratus pelanggan setia premis ini ialah Bumiputera dan selebihnya termasuk warga asing yang membanjiri pusat ini terutama pada hujung bulan, waktu gaji. Ada di antara mereka menghabiskan wang hingga RM1,000 sehari demi mendapatkan wang segera yang dijanjikan mesin judi itu namun di akhirnya kerugian yang menimpa mereka. Seorang lelaki berusia 20-an, berkata beliau mengunjungi premis ini kerana banyak pilihan permainan judi dan kawasannya terjamin selamat. "Kalau gaji datang sini...kadang-kadang menang, tapi banyak kalah...tengok nasib," katanya yang bekerja di sebuah kilang.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 25

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Beliau berkata faktor suka-suka dan ingin mendapatkan wang dengan mudah walaupun risikonya tinggi dijadikan alasan untuk berjudi dengan mesin yang dikawal tetikus ini. 'Otai' gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki lain, berusia 40-an, pula berkata keghairahan beliau bermain mesin judi kini lebih kepada bertaruh dengan pemain lain. Katanya ini bergantung kepada 'nasib', tidak payah berhempas pulas macam 'junior' lain yang baru mencuba berjudi. "Tengok permainan juga sebelum bertaruh...kena pandai dan berhati-hati, biar rugi sedikit tapi untung masuk perlahan-lahan," katanya aktif berjudi sejak 10 tahun lalu. BEBAS BEROPERASI Peniaga premis lain ketika ditemui berkata 10 pusat perjudian ini kerap diserbu pihak berkuasa namun selang dua tiga hari kemudian akan beroperasi kembali. Mereka mendakwa kegiatan ini sukar dibendung dan kadang kala menakutkan pelanggan kedai mereka jika pihak berkuasa membuat serbuan terhadap "jiran" mereka ini. Seorang lelaki yang mengetahui aktiviti perjudian ini berkata pihak berkuasa perlu bertegas dalam mengawal kegiatan ini. Beliau bimbang premis itu juga didatangi kanak-kanak kerana berhampiran dengan kawasan perumahan. Ada rumah yang hanya kira-kira 50 meter jaraknya. "Bayangkan kalau anak-anak yang balik sekolah mengunjungi tempat ini dengan tujuan bermain komputer tetapi yang disediakan ialah mesin judi," katanya. Merancakkan lagi kawasan 10 premis mesin judi ini ialah kehadiran mat rempit dan 'budak jaga kereta' yang mengawal kereta untuk menagih wang segera. Sesungguhnya kegiatan perjudian ini bagai mendapat kekuatan daripada sokongan jiran dan kumpulan tertentu walaupun acap kali diserbu, tetapi terus hidup seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang. -- BERNAMA

Sentral: Ulat di Hentian Putra


Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 26

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Ulat tiket (kanan) beroperasi di Hentian Putra secara terbuka.

Penjual tiket haram berleluasa selepas terbantut di Puduraya KUALA LUMPUR: Kegiatan ulat tiket (ulat) di Hentian Putra di sini, masih berleluasa sehingga boleh menyebabkan pengusaha bas menanggung rugi dan kemungkinan gulung tikar. Tanpa perlu mengeluarkan sesen pun bagi tujuan menyewa kaunter tiket, kebanyakan ulat ini dengan mudah memperoleh keuntungan bersih sehingga RM800 untuk satu perjalanan bas.

Tinjauan Sentral mendapati, jumlah mereka yang semakin bertambah di kawasan ini dipercayai berpunca daripada penghijrahan ulat Hentian Puduraya, selepas kawasan itu didakwa tidak mampu menjadi lubuk emas kepada mereka kerana sering diserbu pihak berkuasa. Ulat dikatakan meraih keuntungan berlipat ganda ketika musim perayaan dan cuti persekolahan, malah pada hari biasa pun mereka mampu tersenyum lebar kerana kebanyakan pengguna masih mahu membeli tiket daripada mereka kerana harganya lebih murah, tidak perlu membuat tempahan dan boleh memulakan perjalanan pada bila-bila masa. Kebanyakan ulat didapati bijak merangka strategi bagi memastikan keuntungan maksimum diperoleh tanpa perlu bersusah payah.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 27

December 23, 2009

BERITA ONLINE

ULAT tiket mendekati pelanggan ke destinasi Pantai Timur.

Seorang pengusaha bas yang enggan namanya disiarkan berkata, selain tidak membayar sewa kaunter, ulat juga tidak dikenakan bayaran RM8 bagi setiap bas yang diletakkan dalam kawasan berlepas di Hentian Putra di sini. Biasanya untuk perjalanan pagi, sebanyak empat bas disediakan, manakala perjalanan malam pula kadang kala boleh mencecah sehingga 17 bas. Ini bermakna untuk sehari RM168 terpaksa dibelanjakan. Jika 30 hari, berapa pula jumlahnya? Semua kos ini tidak perlu dikeluarkan ulat, tetapi pengusaha bas seperti kami perlu mengikut segala peraturan ditetapkan sekali gus terpaksa menanggung rugi, katanya yang mahu formula segera dicari bagi membolehkan permasalahan berkenaan diatasi sepenuhnya. Katanya, sesetengah ulat di kawasan ini bukan setakat menunggu di pintu masuk Hentian Putra, malah ada yang berani berebut pelanggan sehingga di hadapan kaunter tiket. Sementara itu, kakitangan swasta, Erina Rahim, 24, ketika ditemui mengaku pernah dikerumuni lima ulat di Hentian Putra hampir sebulan lalu ketika membeli tiket untuk ke destinasi pilihan. Cukuplah pengalaman membeli tiket dari ulat ketika masih menuntut di universiti. Bayangkan, saya terpaksa menunggu sehingga tiga jam apabila bas yang ingin dinaiki lewat tiba. Berbanding bas dari tiket kaunter sah yang melalui pemeriksaan, kita tidak pasti sama ada bas ditawarkan ulat benar-benar selamat untuk dinaiki Walaupun tiket ditawarkan mereka lebih murah, tetapi sebagai pengguna, utamakan

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 28

December 23, 2009

BERITA ONLINE

keselamatan diri. Apalah maknanya mendapat sedikit potongan harga jika nyawa menjadi taruhan. katanya. Derita di sebalik senyuman si lumba-lumba Wardina Safiyyah Fadlullah Dis 23, 09 9:03am Ikan lumba-lumba binatang yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Mereka bijak dan mampu menceriakan sesiapa sahaja. Ikan lumba-lumba adalah mamalia seperti juga kita manusia. Di kebanyakan negara, ikan lumba-lumba dilindungi daripada eksploitasi dan penyeksaan. Data menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 2,700 ikan lumba-lumba ditangkap dari habitat asal mereka. Kira-kira 53 peratus akan mati dalam masa 90 hari dan setengah daripadanya mati dalam dua tahun pertama akibat terseksa di tempat baru. Kematian ini kerana ia tidak boleh menyusuaikan diri. Kajian menunjukkan bahawa ikan lumbalumba antara haiwan yang tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam kurungan walau selama mana mereka dilatih. Naluri semulajadinya bebas di lautan, melompat dan terus bergerak. "The Dolphins and Sea Lion Show" yang dibawakan oleh sebuah syarikat menampilkan dua ekor ikan lumba-lumba bernama Rio dan Karon dan sepasang singa laut bernama Gendon dan Brad menunjukkan bagaimana Malaysia dan rakyatnya langsung tidak sensitif mengenai hak dan isu eksploitasi binatang. Saya berasa dukacita haiwan-haiwan ini dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia. Binatangbinatang ini diusung dari Kuala Lumpur, kemudian ke Pulau Pinang dan Johor selama tiga bulan berturut-turut. Cubalah bayangkan bagaimana terseksanya haiwan ini apabila diusung ke sana ke mari hanya kerana ingin memberi "hiburan" kepada manusia. Rio and Karon dipaksa melakukan tiga pertunjukkan sehari pada hari biasa dan sehingga lima pertunjukkan sehari pada Sabtu dan Ahad! Bayangkanlah betapa penatnya mereka. Sudahlah mereka dikurung dalam penjara buatan manusia. Jika kita disuruh bekerja melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, pasti ada perasaan derita di hati, bukan? Sekurang-kurangnya kita dibayar gaji dan tidak dikurung dalam penjara. Mamalia ini cuma diberi makan ikan mati, yang tidak pula mereka gemari! Diet ikan lumbalumba adalah ikan hidup yang segar! Binatang ini juga mempunyai perasaan. Sayangnya perasaan ikan lumba-lumba tidak mampu dizahirkan di wajah mereka. Hakikatnya otot di muka ikan lumba-lumba tidak boleh bergerak. Oleh sebab itu, sedih atau takut, sakit atau sihat, mereka akan kelihatan seperti "tersenyum"

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 29

December 23, 2009 sentiasa.

BERITA ONLINE

Persembahan singa laut dan ikan lumba-lumba ini tidak memberi secebis pun maklumat atau pengajaran berguna kepada penonton, yang rata-ratanya terdiri dari golongan anak-anak. Tidak ada sedikit pun cerita mengenai binatang ini, dari mana asalnya, bagaimana habitatnya, apa yang mereka gemari? Mesej yang diberikan kepada penonton adalah "tidak mengapa kita bersuka ria, dan bertepuk tangan; tidak salah kita menangkap ikan lumba-lumba ini dan memaksa mereka menghiburkan kita; melayan binatang seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima". Muzik yang kuat dan pengacara yang menjengkelkan membuatkan saya merasa begitu simpati sekali kepada haiwan-haiwan ini. Di akhir pertunjukan, puluhan manusia akan beratur panjang untuk mengambil gambar dengan ikan lumba-lumba ini dan dikenakan caj tambahan RM15. Ikan lumba-lumba tidak suka disentuh oleh begitu ramai orang! Memegang ikan lumba-lumba dengan sesuka hati menyebabkan mereka berasa tertekan yang amat dahsyat. Tekanan ini menyebabkan usus dalaman mereka rosak dan ia boleh membawa kematian. "Tempat tinggal" Ria dan Karon terlalu kecil pada pandangan saya. Ikan lumba-lumba di lautan menyelam sehingga 150 kaki dan melompat serta berenang beratus-ratus kilometer jauhnya. Penjaranya kini cuma 2.5 meter dalam! Saya seperti mahu mengalirkan air mata. Menurut pekerja yang bertugas, sangkar singa laut lebih kecil lagi. Cara binatang ini dieksploitasi menunjukkan bahawa manusia sememangnya sangat tamak dan tidak berperikemanusiaan. Haiwan-haiwan ini dikerah bekerja bagi segelintir orang untuk mendapat pulangan. Jika Malaysia mahu mencapai status negara maju, pertunjukan sebegini sepatutnya diharamkan. Saya pasti negara-negara maju tidak akan membenarkan pertunjukan yang jelas menyeksa binatang diadakan di negara mereka. Saya lebih terkejut lagi apabila melihat logo Tourism Malaysia tertera di kain rentang pertunjukan ini, walhal hakikatnya Tourism Malaysia tidak pernah bekerjasama dengan penganjur. Bagaimana mereka dengan sesuka hati boleh meletakkan logo Tourism Malaysia tanpa kebenaran? Dan siapakah yang membenarkan pertunujkkan ini masuk ke Malaysia?

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 30

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Bukalah mata anda semua, bersuaralah dan hentikanlah kekejaman ini! Ikan lumba-lumba ini sepatutnya bebas berenang di lautan bersama keluarga mereka! Saya pasti Malaysia, kerajaan, wakil rakyat, NGO dan rakyatnya peka kepada nasib malang binatangbinatang ini.

Skim caruman 1Malaysia dilancar


Oleh Shahrizan Salian shahrizan@bharian.com.my Simpanan persaraan untuk individu bekerja sendiri bermula 3 Januari depan KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bekerja sendiri boleh mula mencarum dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan kadar minimum RM50 dan maksimum RM5,000 sebulan mulai 3 Januari depan sebagai simpanan untuk persaraan mereka. Pencarum akan menerima dividen tahunan tetap sebanyak lima peratus yang disumbangkan oleh kerajaan, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun, selama lima tahun bermula tahun depan hingga 2014.

Skim yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2010 Oktober lalu juga memberi peluang kepada pencarum menikmati dividen tambahan yang akan tetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim itu dibuka kepada individu bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan bekerja bebas seperti deejay, tenaga pengajar kesihatan dan kecergasan, penyanyi dan pelakon serta pemilik perniagaan dalam talian. Ketua Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, dalam satu kenyataan semalam, berkata tidak seperti skim simpanan KWSP biasa, jumlah yang dicarumkan bergantung kepada kemampuan pencarum. "Ahli boleh memilih caruman minimum RM50 sehingga RM5,000 sebulan. Caruman adalah secara sukarela dan tidak perlu caruman setiap bulan," katanya. Mereka yang berminat perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari depan dan dikembalikan ke cawangan berdekatan KWSP atau melalui serahan mel. Bagaimanapun, mereka yang belum menjadi ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli dengan

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 31

December 23, 2009

BERITA ONLINE

mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya kepada KWSP sebelum memohon menyertai skim ini. Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di Kaunter Bayaran KWSP seluruh negara. Ahli KWSP sedia ada yang kini bekerja sendiri layak menyertai skim baru ini dan pengeluaran simpanan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa KWSP. Bagaimanapun, beliau berkata, ahli digalakkan mencarum secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan. Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi pejabat KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. Betul kata Umno, Gerakan gagal di P. Pinang Ikmal Dis 22, 09 7:59pm Saya rujuk laporan berhubung Gerakan-Umno berebut jawatan pengerusi BN (Malaysiakini, 21 Disember). Memang betul apa yang dikatakan, Gerakan Pulau Pinang tidak menjalankan kerjanya dan memang malas atau tiada usaha ingin memajukan BN Pulau Pinang. Mana Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berada di Pulau Pinang? Apa aktiviti yang beliau lakukan untuk BN Pulau Pinang? Sebaliknya, mereka hanya tahu mengeluarkan kenyataan yang hanya memalukan BN, seperti mengkritik isu Datuk Ahmad Ismail, yang sudah menjalankan hukuman setimpal. Apa lagi yang Gerakan mahu? Lebih mengecewakan, Pemuda Gerakan Pulau Pinang langsung tidak sepakat dengan manamana komponen BN. Mereka hanya tahu mengeluarkan kenyataan tidak berakal dan tidak bertanggungjawab, contohnya menuduh penghuni Kg Buah Pala membakar gambar Lim Guan Eng. Oleh itu, Gerakan harus bersikap terbuka dan menerima hakikat. Mereka telah gagal untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

Messi, Marta pilihan Fifa

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 32

December 23, 2009

BERITA ONLINE

MESSI (kanan) bersama bintang bola sepak wanita Brazil, Marta riang bersama trofi Pemain Terbaik Fifa di Zurich, Switzerland, kelmarin.

ZURICH: Lionel Messi menjadi pemain Argentina pertama muncul selaku pemenang anugerah Pemain Tahunan Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kelmarin. Penyerang berusia 22 tahun itu, juga meraih anugerah Pemain Terbaik Eropah awal bulan ini, meraih pengiktirafan itu selepas memenangi empat gelaran utama bersama Barcelona Liga Juara-juara Eropah, Piala Kelab Dunia, La Liga dan juga Piala Raja Sepanyol. "Ia melengkapkan tahun menakjubkan untuk Barcelona, rakan sepasukan dan juga kepada diri saya," kata Messi selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang juga bekas bintang Perancis, Michel Platini.

Bintang Argentina itu, menyertai Barcelona ketika usia 13 tahun pada 2000, meraih 1,073 undi daripada undian yang dilakukan oleh 147 jurulatih dan kapten pasukan negara di dunia. Pemain sayap Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo pemenang tahun lalu jauh di tempat kedua dengan 352 mata, diikuti pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Xavi (196 mata). Messi adalah penjaring terbanyak pada kempen Liga Juara-juara Eropah musim 2008-09, menyumbat sembilan gol, termasuk satu gol ketika menang 2-0 di final ke atas Manchester United.
Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 33

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Dia juga menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menang 2-1 di final Piala Kelab Dunia ke atas Estudiantes di Abu Dhabi, Sabtu lalu. Undian untuk Messi tampak lebih kerana prestasinya di peringkat kelab berbanding persembahannya untuk Argentina, di bawah kendalian jurulatih Diego Maradona, yang agak mengecewakan. Reuters PAS ajak tolak GST, bebankan rakyat Sofi Wahab Dis 21, 09 4:38pm Rakyat tidak kira ideologi, agama, bangsa dan budaya mesti bersatu menyatakan bantahan dan menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Bantahan ini kerana GST sudah pasti akan membebankan rakyat walaupun kerajaan membuat pelbagai janji manis bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan cukai ini. Penyokong Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa parti mereka akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko apabila GST ini diluluskan di Dewan Rakyat nanti - rang undangundang ini telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama. Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup, tergamak pula mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut. Pada 16 Disember lalu, rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, manakala bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan dalam sidang dewan akan datang, Mac 2010. Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak bersedia sebelum dilaksanakan. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan, antaranya beras, sayur-sayuran, tepung dan gula. Persoalannya, adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga? Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat. Saya dengan ini mengharapkan rakyat dapat memberikan beberapa cadangan kepada rakyat Malaysia supaya bangkit membantah cadangan penguatkuasaan akta GST ini, antaranya :-

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 34

December 23, 2009

BERITA ONLINE

- memberikan maklum balas kepada seluruh wakil rakyat di kawasan masing-masing bahawa GST ini membebankan dan rakyat menolaknya 100 peratus, - mengutip tandatangan membantah pelaksanaan akta ini, - menghantar memorandum bantahan kepada perdana menteri bahawa rakyat tidak bersetuju dengan GST, - menolak BN pada mana-mana pilihan raya umum akan datang. Kerajaan sehingga hari ini gagal memberikan alasan konkrit mengapa GST ini hendak dilaksanakan. Tidak cukupkah dengan pelbagai cukai yang sedia ada yang amat membebankan rakyat? Ramai para pemerhati politik mengandaikan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk "merompak" duit rakyat secara terhormat dan sah tanpa memikirkan penderitaan rakyat yang kian perit sekarang ini.

Sofi Wahab ketua penerangan PAS Melaka


Ida Nerina tak setuju bercerai Oleh Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 35

December 23, 2009

BERITA ONLINE

KUALA LUMPUR: Ida akan hadir ke mahkamah bulan depan. Dia kini berada di India kerana menerima rawatan, kata peguam Akbardin Abdul Kadir kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, berhubung kegagalan pelakon Ida Nerina hadir bagi mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan suaminya. Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin, Akbardin berkata pihaknya sudah menerima saman dan penyata tuntutan daripada suami Ida, Shaarin Mohammed Razali. Ida bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuntutan itu dan akan memfailkan penyata pembelaan sebaik pulang ke tanah air. Akbardin juga memaklumkan beliau baru dilantik untuk mewakili pelakon itu, bagaimanapun surat pelantikan belum dikemukakan berikutan anak guamnya berada di luar negara.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 36

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Sementara itu, Shaarin, 40, bekas anggota kumpulan Black Rose diwakili peguam Mahyuddin Md Zahari, juga tidak hadir ke mahkamah dengan alasan kini berada di luar kawasan.

Hakim Syarie Mohd Yunus menetapkan 22 Januari ini untuk sebutan semula kes. Pada 12 Oktober lalu, Shaarin memfailkan permohonan pengesahan cerai selepas mendakwa ada melafazkannya terhadap pelakon filem Layar Lara dan Susuk, Ida Nerina Hussain, 45, pada September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Jun 2006, namun belum dikurniakan cahaya mata tetapi menerusi perkahwinan pertama, Shaarin mempunyai dua anak, iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8. Sebelum ini, Shaarin ada memberitahu mahkamah dia sudah meninggalkan Ida yang kini tinggal bersama pembantu rumah di kediaman kelamin mereka di Kosmopolitan Damansara Perdana, manakala dia kembali menetap bersama keluarga di Seputeh. Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai permohonan pengesahan cerai yang dikatakan dilafazkan Shaarin terhadap Ida pada Aidilfitri kedua lalu, namun tidak diketahui sebabnya. Tiga bulan sebelum lafaz cerai itu, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik FFM13 dan Aktres Terbaik Anugerah Skrin 1994 dilaporkan tergelincir dari tangga kediamannya di Persiaran Syed Putra di sini, pada 21 Jun lalu. Dia yang ketika itu hendak ke meja makan mengalami keretakan di tulang belakang. Kejadian berlaku jam 3.30 pagi selepas pelakon itu selesai berlakon teater The Good Body di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.

'Atasi pungutan emas 1998, 2006'


Oleh Syed Riduan Ahmad smriduan@bharian.com.my

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 37

December 23, 2009

BERITA ONLINE

AHMAD Shabery (tiga dari kiri) pada majlis perasmian Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di PWTC, semalam.

MSN rancang strategi untuk gegar Sukan Komanwel, Asia 2010 GHAIRAH kejayaan 'cukup makan' di Sukan Sea jelas masih belum reda. Kini, Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan pencapaian terbaik di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan. Malah, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong sudah melaungkan betapa kedua-dua temasya yang bakal berlangsung selang sebulan akan menjadi pentas mengatasi pencapaian 10 emas di Sukan Komanwel 1998 dan lapan emas di Sukan Asia, Doha.

Bagi memenuhi impian besar itu, MSN menyenaraikan 535 atlit dari 26 jenis sukan untuk menyertai Program Cabaran 2010 sebagai persediaan menyahut cabaran kedua-dua temasya berkenaan yang turut dijadikan batu loncatan ke Sukan Olimpik London 2012. "Sasaran utama kita ialah Olimpik 2012 di mana 19 atlit berpotensi mendapatkan pingat sudah dikenal pasti. "Jadi menerusi Program Cabaran 2010, Sukan Asia dan Komanwel akan menjadi medan terbaik buat atlit-atlit memperbaiki pencapaian mereka," katanya ketika membentangkan kertas kerja Sukan Prestasi Tinggi di Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Dalam konvensyen tahun lalu, empat jenis sukan dipilih untuk program Road to London 2012 meliputi badminton, memanah, berbasikal dan akuatik (terjun) dan bagi Sukan Olimpik 2016 pula, tambahan empat acara sukan dimasukkan - menembak, hoki lelaki, pelayaran dan angkat berat.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 38

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Acara-acara berkenaan akan diberi keutamaan selain 26 acara yang tersenarai dalam Program Cabaran 2010. Namun, sukan-sukan lain masih menerima dana sehingga menunjukkan prestasi baik di peringkat antarabangsa. Pada masa sama, Zolkples berkata, MSN turut memberi keutamaan kepada Sukan Paralimpik dalam program Road To London 2012 di mana lima acara sukan dikenal pasti membabitkan 57 atlit dari acara renang, olahraga, powerlifting, memanah dan pelayaran. Sementara itu, Zolkples turut mendedahkan mengenai persetujuan mewujudkan kursus Pengurus Perkembangan Prestasi bagi setiap jenis sukan yang berfungsi memantau program kejurulatihan sukan di bawah bidang masing-masing. "Untuk tujuan itu, kerjasama dengan Kanada bagi menggunakan modul kejurulatihan mereka sudah dipersetujui dan bagi fasa pertama, kursus yang memakan masa setahun akan diadakan," katanya. Masanya untuk kajian semula tarif elektrik Piarapakaran Subramaniam Dis 21, 09 1:39pm Sebagai pengguna, kita sememangnya menerima hakikat kenaikan kos bahan api fosil berterusan disebabkan kewujudannya yang terhad. Tambahan pula, kecekapan industri tenaga dari segi penstrukturan, ekonomi dan operasi memainkan peranan yang sangat penting. Dalam keadaan yang tidak jelas bagi proses penetapan tarif elektrik di Malaysia, pelbagai pihak akan mewujudkan suasana yang kelam-kabut dan mengelirukan. Perkara paling asas yang perlu dilakukan adalah penggabungan sektor-sektor yang berkaitan tenaga sebagai satu agensi. Ia dengan jelasnya akan memastikan agensi ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan ia merupakan perkara penting untuk memastikan jaminan tenaga (energy security) di Malaysia. Sabah dan Sarawak mesti termasuk dalam proses ini. Keduanya, Ketua Audit Negara mesti mengaudit Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan penjana bebas (IPP). Proses audit ini mesti dilakukan untuk setiap kajian semula tarif dan keputusan audit perlu dimaklumkan kepada semua. Langkah ini akan memastikan industri adalah cekap dan pengguna memainkan peranan dalam proses kajian semula tarif. Ketiga, undang-undang perlu diperketatkan dan digabungkan untuk melindungi kepentingan pengguna dan industri.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 39

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Apabila kita melihat contoh di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), ia mempunyai proses kajian tarif yang jelas, tetapi sektor tenaga tidak mempunyai proses sebegini. Proses juga akan memastikan perbelanjaan modal (capital expenditure atau capex) dan perbelanjaan operasi (operational expenditure atau opex) yang lebih telus. Penguatkuasaan dari segi teknikal dan ekonomi adalah penting untuk memastikan kesinambungan industri tenaga yang menjadi tulang belakang negara. Keempat, margin simpanan (reserve margin) sepatutnya dipastikan berada di antara 25 hingga 35 peratus - ini juga akan menyebabkan penutupan loji-loji yang tidak efisyen dan keperluan untuk pelaburan semula untuk meningkatkan kecekapan. Margin simpanan sekarang melebihi 50 peratus dan keadaan ini akan menyebabkan pembaziran. Pembaziran ini seterusnya disalurkan kepada pengguna sebagai tarif. Di samping kita "menggunakan" model penyelesaian negara luar, kita perlu memastikan ia dapat berfungsi di Malaysia. Sebagai langkah terakhir, kumpulan pertama perjanjian pembelian tenaga (power purchase agreement atau PPA) akan tamat tidak lama lagi. Ia merupakan peluang kepada kerajaan untuk memperbaiki kesilapan terdahulu. Industri tidak akan melakukan perniagaan tanpa keuntungan, kebolehan mereka untuk mendapatkan keuntungan tidak sepatutnya menjadi kerisauan agensi-agensi kerajaan. Kerisauan mereka sepatutnya dalam memastikan tarif yang berpatutan dan melindungi kepentingan pengguna. Malaysia juga akan menjadi pengimport sepenuhnya bahan api dengan kadar penggunaan sekarang. Agensi-agensi kerajaan sepatutnya berganding bahu untuk menggabungkan sektor tenaga untuk melindungi pertumbuhan negara dan rakyat.

Piarapakaran Subramaniam setiausaha agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)
Gunung berapi Mayon bertambah aktif

LEGASPI, Filipina: Gunung Mayon dilaporkan bertambah aktif apabila mengeluarkan kolum abu setinggi kira-kira satu kilometer ke ruang udara, pagi ini.
Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 40

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Jurucakap Filipina, berkata kolum abu itu sekali gus menjadi amaran kepada penduduk dan pegawai berkenaan yang menunggu letusan besar sejak minggu lalu, apabila Mayon mula memuntahkan larva dan mengeluarkan wap serta abu. Kejadian itu turut mengakibatkan kawasan sekitarnya diseliputi lapisan nipis partikel yang membuatkan Jabatan Kesihatan mengeluarkan amaran bahawa ia boleh menyebabkan sesak nafas dan masalah kulit. - AFP

KBS mahu potong peruntukan


Oleh Syed Riduan Ahmad smriduan@bharian.com.my Ukuran prestasi atlit berdasar kepada pencapaian di Vientiane: Ahmad Shabery PERSATUAN sukan yang mempamerkan prestasi di bawah kemampuan sebenar di Sukan Sea Laos minggu lalu, bakal kehilangan sebahagian peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata ukuran prestasi persatuan-persatuan sukan kebangsaan akan dibuat berdasarkan pencapaian atlit masing-masing di Vientiane. "Dalam beberapa acara di mana kita tidak sepatutnya tewas kepada negara yang masih baru menyertai sukan itu, perkara sebaliknya pula berlaku," kata Ahmad Shabery ketika merasmikan Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

"Kementerian akan mencari punca kegagalan terbabit, sama ada daripada sudut kejurulatihan, program pembangunan, persatuan itu sendiri atau pegawai-pegawai yang mengendalikannya. "Malah satu aspek penting yang akan diberikan perhatian sebelum kita menyalurkan sebarang bentuk bantuan adalah bagaimana persatuan itu dikendalikan," katanya. Kontinjen negara menyertai 21 daripada 25 jenis sukan di Laos dan membawa pulang 40 pingat emas, 40 perak dan 59 gangsa, tetapi beberapa jenis sukan yang dijangka mudah menyumbang emas tersasar daripada kemampuan sebenar. Antara sukan yang mendapat kritikan hebat ialah sepak takraw yang hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa dan lebih memalukan apabila tewas di tangan Laos, negara yang dianggap kerdil di dalam sukan itu. Sementara itu Ahmad Shabery berkata konvensyen kali ini penting kerana dua pakar dari China dan Great Britain akan membentangkan kertas kerja mengenai Sukan Olimpik.
Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 41

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Kita mencari satu rumusan terbaik dengan mengimbas kehebatan China mengungguli Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum memusatkan tumpuan kepada masa depan dengan persiapan yang dibuat oleh Great Britain bagi menghadapi Sukan Olimpik London 2012," katanya. Beliau turut menggesa syarikat swasta dan badan-badan korporat terutamanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka bersamasama terutama daripada aspek kewangan. 'Bantu kami', guru GSTT Cina rayu Muhyiddin Guru Sandaran Tidak Terlatih Dis 17, 09 2:38pm Surat terbuka sekumpulan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) seluruh negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pelajaran, bertarikh 14 Disember 2009. YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Perkara: Rayuan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Agar Menganjurkan Lebih Banyak Kursus KPLI-SR Dan KDPM-SR Bahasa Cina Serta Pengambilan Lebih Ramai Calon Untuk Bahasa Cina Bagi GSTT Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormat dimaklumkan bahawa kami sebagai GSTT di SJK(C) dari seluruh negara, ingin merayu kepada YAB agar memberikan peluang kepada kami untuk menjadi seorang guru yang berikhtisas dan dedikasi sepenuhnya dalam pendidikan. Lantaran tiada sesiapa dapat membantu, maka kami terpaksa merayu kepada YAB untuk memberikan perhatian terhadap nasib kami GSTT di SJK(C) dan memberi bantuan dengan tindakan segera yang sewajarnya. Dianggarkan seramai 2,000 orang GSTT daripada SJK(C) memohon kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada November 2009 lalu, bagi mengisi hampir 3,000 kekosongan guru tetap SJK(C) di seluruh negara pada masa kini. Malangnya KPM hanya menawarkan pengambilan 200 calon bagi kursus perguruan KPLI-SR Bahasa Cina dan 300 calon saja bagi KDPM-SR Bahasa Cina bagi Mod KDC pada November lalu. Pengambilan calon Bahasa Cina telah menurun jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, maka kami membuat rayuan kepada YAB agar dapat menyelesaikan masalah ini dan meningkatkan pengambilan calon bagi Bahasa Cina. 1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab itu, sistem ini mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di negara kita.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 42

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Sistem pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan dan disistematikkan, tetapi sistem pengambilan guru masuk ke institusi perguruan masih tidak dilaksanakan dengan sistematik. Sistem pengambilan guru baru bagi kursus perguruan yang tidak disistematikkan ini telah memberikan beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini khususnya SJK (C) dan SJK (Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas. 2. Sehubungan itu, dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia, adakah jumlah pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru? Adakah pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di semua aliran sekolah rendah dan menengah? Jika statistik menunjukkan persaraan 500 orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan mengikut keperluan dalam semua aliran sekolah? (Sekolah Cina dan Tamil memerlukan guru yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina/Bahasa Tamil, tetapi pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan dalam pengambilan guru yang hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?) 3. Di samping itu, semua GSTT rajin mencurahkan khidmat dan dedikasi untuk pendidikan megara tetapi adakah negara kita menghargai sumbangan GSTT? Kebajikan kami tidak dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru tetap yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan jaminan. Adakah ini caranya negara melayan GSTT yang berdedikasi untuk pendidikan negara? 4. GSTT mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun sebab ia satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas. Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang daripada kadar guru yang telah bersara. Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan guru tetap pada tahap yang serius sehingga 2,000 orang. 5. Sehubungan itu, adakah KPM mempunyai perancangan untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya bagi GSTT yang telah berkhidmat lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam pengambilan dalam permohonan kursus perguruan? 6. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di SJK(C) yang tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka telah banyak kali memohon kursus perguruan? Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT mestilah tidak melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan siswazah.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 43

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Ia tidak adil bagi para GSTT yang telah bertungkus-lumus dalam bidang pendidikan. Walaupun mereka mempunyai pengalaman untuk mengajar, mereka tetap tidak diterima oleh institusi perguruan hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang disyaratkan? Jika tidak diberi peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka terpaksa menceburi bidang ain dan, susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan penuh dedikasi. 7. Kami mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil pensyarah dari universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan. Langkah ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang serius dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian. Dengan adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT untuk menjadi guru secara kumpulan. Ia bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan guru yang serius di seluruh negara, malah para GSTT dapat memberi sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak perlu berasa risau untuk mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas. Akhir sekali, kami berharap YAB dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh membantu kami mendapatkan peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud semua GSTT kini terus diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina) seperti mana program ini pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Hon Chun Kim. Ia membuka lebih peluang kepada para GSTT agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan 3,000 guru SJK(C) berikhtisas di seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap adalah asas pembanguan negara.

Sekian. terima kasih. "1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


Budak mati dijerut kain Oleh Salman Hamat salman@hmetro.com.my

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 44

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Asisten Komisioner Zakaria Pagan

KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila seorang kanak-kanak perempuan dibuang ke dalam kolam takungan banjir selepas dibunuh dengan lehernya masih dijerut sehelai kain.

Lebih memilukan, mayatnya ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 45

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Mayat kanak-kanak berusia antara 11 hingga 13 tahun itu ditemui tiga pekerja pembersihan ketika melakukan tugas rutin mereka di kolam berkenaan, jam 11.30 pagi semalam.

Pada mulanya, pekerja terbabit menyangka objek yang terapung itu sampah sebelum menyedari ia mayat kanak-kanak dipercayai mangsa bunuh.

Dalam kejadian di kolam takungan banjir Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak di sini, tiga pekerja terbabit segera menghubungi polis.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa disyaki mati akibat dijerut menggunakan sehelai kain sebelum dibuang di kolam terbabit dalam tempoh 24 jam.

Kami percaya mangsa dibunuh berikutan sehelai kain digunakan untuk menjerut masih terikat ketat pada lehernya yang disyaki punca kematian dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kecederaan lain pada mayat terbabit.

Pembunuh dipercayai membuang mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti itu ke dalam kolam berkenaan selepas membunuhnya.

Siasatan awal mendapati mangsa disyaki berketurunan India dengan ketinggian kira-kira 122 sentimeter, katanya.

Polis terpaksa meminta bantuan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengeluarkan mayat mangsa dari kolam terbabit sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ditanya kemungkinan mangsa diperkosa sebelum dibunuh, Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat dijalankan HKL sebelum dapat mengesahkannya.
Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 46

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Terlalu awal untuk mengetahui sama ada mangsa diperkosa. Penelitian perlu dilakukan berikutan ketika ditemui, mayatnya diselaputi lumpur dan sekali imbas gagal mengesan sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

Berikutan itu polis terpaksa menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai hari ini (semalam) untuk mengesan kecederaan lain dan kemungkinan mangsa turut diperkosa, katanya.

Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, kerana membunuh dan mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian 03-26102222 bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila seorang kanak-kanak perempuan dibuang ke dalam kolam takungan banjir selepas dibunuh dengan lehernya masih dijerut sehelai kain.

Lebih memilukan, mayatnya ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar.

Mayat kanak-kanak berusia antara 11 hingga 13 tahun itu ditemui tiga pekerja pembersihan ketika melakukan tugas rutin mereka di kolam berkenaan, jam 11.30 pagi semalam.

Pada mulanya, pekerja terbabit menyangka objek yang terapung itu sampah sebelum menyedari ia mayat kanak-kanak dipercayai mangsa bunuh.

Dalam kejadian di kolam takungan banjir Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak di sini, tiga pekerja terbabit segera menghubungi polis.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 47

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa disyaki mati akibat dijerut menggunakan sehelai kain sebelum dibuang di kolam terbabit dalam tempoh 24 jam.

Kami percaya mangsa dibunuh berikutan sehelai kain digunakan untuk menjerut masih terikat ketat pada lehernya yang disyaki punca kematian dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kecederaan lain pada mayat terbabit.

Pembunuh dipercayai membuang mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti itu ke dalam kolam berkenaan selepas membunuhnya.

Siasatan awal mendapati mangsa disyaki berketurunan India dengan ketinggian kira-kira 122 sentimeter, katanya.

Polis terpaksa meminta bantuan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengeluarkan mayat mangsa dari kolam terbabit sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ditanya kemungkinan mangsa diperkosa sebelum dibunuh, Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat dijalankan HKL sebelum dapat mengesahkannya.

Terlalu awal untuk mengetahui sama ada mangsa diperkosa. Penelitian perlu dilakukan berikutan ketika ditemui, mayatnya diselaputi lumpur dan sekali imbas gagal mengesan sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

Berikutan itu polis terpaksa menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai hari ini (semalam) untuk mengesan kecederaan lain dan kemungkinan mangsa turut diperkosa, katanya.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 48

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, kerana membunuh dan mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian 03-26102222 bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila seorang kanak-kanak perempuan dibuang ke dalam kolam takungan banjir selepas dibunuh dengan lehernya masih dijerut sehelai kain.

Lebih memilukan, mayatnya ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju tidur tanpa seluar.

Mayat kanak-kanak berusia antara 11 hingga 13 tahun itu ditemui tiga pekerja pembersihan ketika melakukan tugas rutin mereka di kolam berkenaan, jam 11.30 pagi semalam.

Pada mulanya, pekerja terbabit menyangka objek yang terapung itu sampah sebelum menyedari ia mayat kanak-kanak dipercayai mangsa bunuh.

Dalam kejadian di kolam takungan banjir Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak di sini, tiga pekerja terbabit segera menghubungi polis.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa disyaki mati akibat dijerut menggunakan sehelai kain sebelum dibuang di kolam terbabit dalam tempoh 24 jam.

Kami percaya mangsa dibunuh berikutan sehelai kain digunakan untuk menjerut masih terikat ketat pada lehernya yang disyaki punca kematian dan pemeriksaan lanjut tidak menemui

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 49

December 23, 2009

BERITA ONLINE

sebarang kecederaan lain pada mayat terbabit.

Pembunuh dipercayai membuang mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti itu ke dalam kolam berkenaan selepas membunuhnya.

Siasatan awal mendapati mangsa disyaki berketurunan India dengan ketinggian kira-kira 122 sentimeter, katanya.

Polis terpaksa meminta bantuan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengeluarkan mayat mangsa dari kolam terbabit sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ditanya kemungkinan mangsa diperkosa sebelum dibunuh, Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat dijalankan HKL sebelum dapat mengesahkannya.

Terlalu awal untuk mengetahui sama ada mangsa diperkosa. Penelitian perlu dilakukan berikutan ketika ditemui, mayatnya diselaputi lumpur dan sekali imbas gagal mengesan sebarang kecederaan lain pada tubuhnya.

Berikutan itu polis terpaksa menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai hari ini (semalam) untuk mengesan kecederaan lain dan kemungkinan mangsa turut diperkosa, katanya.

Zakaria berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, kerana membunuh dan mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan atau menghubungi talian 03-26102222 bagi membantu siasatan.

'Kuasa dunia khianati rakyat Gaza'

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 50

December 23, 2009

BERITA ONLINE

ANGGOTA pasukan keselamatan Hamas mengawal penunjuk perasaan membantah tindakan Mesir membina sekatan keluli bawah tanah yang memisahkan Gaza dengan wilayah Mesir, kelmarin.

Masyarakat antarabangsa gagal desak Israel tamatkan sekatan BAITULMAQDIS: Sekumpulan 16 pertubuhan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Oxfam, semalam berpendapat dunia sebenarnya 'mengkhianati' penduduk Gaza apabila mereka gagal mendesak Israel menamatkan sekatan di kawasan diperintah Hamas itu. "Masyarakat antarabangsa sebenarnya mengkhianati rakyat Gaza kerana tidak berupaya melaksanakan tindakan berkesan bagi menamatkan sekatan Israel yang menghalang pembinaan semula dan pemulihan di kawasan berkenaan," kata satu laporan.

Setakat ini, Israel dan Mesir hanya membenarkan bantuan kemanusiaan kepada wilayah berkenaan sejak Hamas merampas kuasa pada Jun 2007. "Bukan Israel saja yang menindas rakyat Gaza melalui sekatan yang menghukum semua orang yang tinggal di sana semata-mata kerana perbuatan segelintir orang. "Kuasa dunia juga gagal dan malah mengkhianati rakyat biasa Gaza. Mereka pernah menggenggam tangan dan mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak mampu mengambil langkah bermakna bagi mengubah dasar yang menghalang pembinaan semula kawasan berkenaan," kata Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International. Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel kini hanya membenarkan 41 muatan penuh lori bagi membawa bahan binaan ke Gaza sejak peperangan yang memusnahkan kawasan berkenaan selama 22 hari yang dilancarkan oleh negara Yahudi itu hampir setahun lalu yang berakhir dengan gencatan senjata yang dipersetujui bersama pada 18 Januari lalu.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 51

December 23, 2009

BERITA ONLINE

"Hanya sedikit daripada pemusnahan besar yang menimpa rumah, infrastruktur dan perkhidmatan awam, ladang serta perniagaan dapat diperbaiki kerana kekurangan bahan," kata laporan berkenaan. Kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam peperangan itu, yang meratakan sebahagian besar bumi Gaza, sebuah wilayah miskin di mana majoriti besar penduduknya bergantung pada bantuan asing. Israel menguasai semua tempat kecuali kawasan sempadan Gaza, iaitu terminal Rafah dengan Mesir, yang jarang dibuka oleh Kaherah. "Orang sakit, mereka yang berada dalam keadaan trauma dan penduduk miskin dihukum oleh dasar kejam dan haram oleh pihak berkuasa Israel," kata Pengarah Amnesty International United Kingdom, Kate Allen. AFP 35 NGO desak tarik kes 'aduan palsu' Cheng Fang Pei Fen Dis 17, 09 2:35pm Kami, daripada 35 buah badan bukan kerajaan dan parti politik negeri Johor, berkumpul untuk memberi sokongan kepada Cheng Lee Whee yang akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini (16 Disember). Kami menuntut dakwaan terhadap Cheng digugurkan. Beliau telah didakwa bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, atau nombor rujukan kesnya: 83-4411-09(1), pada 14 Oktober lalu. Dakwaan terhadap Cheng berkaitan dengan tindakannya membuat aduan polis yang dikatakan laporan palsu di balai Permas Jaya berhubung insiden pengusiran paksa yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah pada 16 Oktober 2008. Pada 24 November lalu, kami berjaya menghantar petisyen kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk menuntut pihak berwajib itu menggugurkan pendakwaan ke atas Cheng. Petisyen itu disokong oleh 35 pertubuhan dan lebih kurang 500 orang individu. Selain itu, pada 10 Disember lalu, satu sidang akhbar diadakan di Parlimen oleh YB Lim Kit Siang. Beliau menyokong petisyen tersebut untuk menggugurkan dakwaan terhadap Cheng. Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj turut membentangkan isu ini di Parlimen pada 14 Disember lalu. Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Peguam Negara ke atas Cheng satu penindasan berlanjutan ke atas seorang pejuang hak asasi manusia. Pendakwaan ke atas Cheng juga penindasan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram), badanbadan bukan kerajaan dan juga penindasan terhadap persatuan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Cheng satu titik hitam dalam usaha kita mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik yang demokratik.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 52

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Kami berpendapat bahawa tindakan Cheng membuat aduan di balai polis itu satu tindakan bagi menjalankan hak demokrasi serta kewajibannya sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakannya tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan untuk mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak. Dengan itu, sekali lagi kami menyeru pihak berkuasa supaya menggugurkan sebarang pendakwaan ke atas Cheng.

Fang Pei Fen penyelaras Kumpulan Bertindak Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee. Kenyataan ini dibacakan dalam satu sidang akhbar semalam sebelum kes terhadap wanita itu dimulakan.
Ragut RM53,000 Oleh Abdullah Wahab abwahab@hmetro.com.my

KLANG: Seorang ahli perniagaan wanita kerugian hampir RM53,000 selepas diragut seorang lelaki bermotosikal berhampiran sebuah bengkel di Bukit Tinggi di sini, petang, semalam. Dalam kejadian jam 5.45 petang, mangsa, 45, dipercayai baru keluar dari kenderaannya untuk membayar kos membaik pulih kenderaannya sebelum sebuah motosikal tiba-tiba muncul dan menyambar beg tangannya. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank di Jalan Kapar, dekat sini dan pulang seketika ke rumahnya sebelum bergegas ke bengkel untuk menjelaskan tunggakan. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata siasatan awal tidak menolak suspek mengekori mangsa sebelum menunggu peluang menyamun.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 53

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Menurutnya, mangsa yang panik selepas kejadian hanya mampu melihat beg tangannya yang mengandungi sejumlah wang tunai untuk urusan perniagaannya, barang kemas, telefon bimbit serta beberapa barangan berharga dilarikan penyamun terbabit.

Kami percaya suspek mengekori mangsa dari bank dan menunggunya keluar dari rumah sebelum meragut beg tangannya. Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, suspek berusia 40-an manakala motosikal yang digunakan dalam kejadian ini dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya di sini, semalam. Mangsa mahu melunaskan bayaran kos baik pulih keretanya berjumlah RM1,000. Mangsa tidak cedera dalam kejadian itu. Mohamad berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan meragut dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

AS palsukan dokumen Iran cipta bom atom

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 54

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Mahmoud Ahmadinejad

WASHINGTON: Satu dokumen teknikal sulit Iran menggambarkan usaha Teheran untuk mencipta sebuah bom atom dipalsukan oleh Washington, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memberitahu satu program berita Amerika Syarikat kelmarin. Ahmadinejad ditanya oleh ABC News mengenai laporan akhbar Times of London minggu lalu dalam apa yang digelar dokumen teknikal sulit Iran menjelaskan rancangan empat tahun untuk menguji pencetus neutron, bahagian kepala peledak nuklear yang menyebabkan letupan. "Ia semuanya sekumpulan dokumen yang terus-terusan dipalsukan dan diedarkan oleh kerajaan Amerika," katanya kepada rangkaian Amerika itu dalam satu temu ramah di Copenhagen, Denmark, selepas menghadiri persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Laporan bahawa Iran kini sedang menyiapkan bom pada asasnya tidak benar," kata Ahmadinejad. Akhbar Times of London menerbitkan pada 14 Disember apa yang dikatakannya dokumen

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 55

December 23, 2009

BERITA ONLINE

berbahasa Parsi bersama terjemahan dalam bahasa Inggeris bertajuk: 'Outlook for Special Neutron-Related Activities Over the Next Four Years' (Matlamat Aktiviti Khas Berkaitan Neutron Dalam Tempoh Empat Tahun). Dokumen itu menjelaskan langkah membangun dan menguji bahagian pencetus neutron, alat yang mengepam uranium diperkayakan dengan partikel subatom untuk bersentuhan supaya menghasilkan tindak balas berangkai letupan nuklear. Minggu lalu jurucakap Kementerian Luar Iran Ramin Mehmanparast berkata laporan itu tidak berasas, tidak perlu diberi perhatian, bertujuan meletakkan tekanan politik dan psikologi ke atas Iran. Iran, pengeksport minyak mentah kelima dunia, berkata program pengayaan uraniumnya bertujuan menjana kuasa elektrik supaya ia dapat mengeksport lebih banyak minyak dan gas. Barat percaya Iran mahu membuat bom hasil pengayaan uranium kerana rekod rahsia nuklearnya. Reuters Mariam Mokhtar tidak dangkal sejarah John Dis 10, 09 7:31pm Saya membaca artikel Mustaqim Abdul Rahman, 'Melayu lupa diri dan pengkhianat bangsa' (Mykmu.net, 7 Disember) dengan rasa sedih sekali. Sedih bukan kerana rasa diri dicaci dan dicemuh, tetapi sedih kerana penulisnya telah buta hati. Hujahnya bahawa ramai Melayu yang dangkal sejarah dan bodoh untuk membaca yang tersirat memang tepat sekali. Cuma bezanya, yang dangkal sejarah bukan orang seperti penulis kolum Malaysiakini, Mariam Mokhtar (BTN: Divisive, racist, politically-motivated, 5 Disember). Yang buta sejarah itu, penulis 'Melayu lupa diri ...' sendiri. Penulis itu bukan sahaja tidak melihat apa yang tersirat, malahan apa yang berlaku di depan matapun tidak lihat. Tiada sesiapapun yang lebih layak untuk mencaci dan menghina kaum dan agama seseorang melainkan dirinya sendiri. Penulis itu dengan penuh emosi menulis tentang betapa bodohnya Melayu yang gelojoh mengejar kuasa, malas berusaha, dan tidak mencermin diri. Bukankah ini semua sifat-sifat pemimpin dan ahli Umno yang kita lihat masa kini? Buta sejarah kerana Melayu Umno tidak sedar dan faham sejarah dunia melainkan apa yang diajar oleh kerajaan Umno. Apa yang berlaku di negara Barat dan tamadun-tamadun bukan Islam ditolak secara membuta tuli. Rasuah dan pelbagai amalan tidak bermoral pula dibiarkan berleluasa. Malahan sifat-sifat buruk ini telah meresap ke semua peringkat pentadbiran awam hari ini sehingga rakyat merasa begitu jijik dan marah sekali. Inilah yang penulis itu gagal lihat - bahawa yang buruk itu bukan Cina, India atau mereka yang

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 56

December 23, 2009

BERITA ONLINE

berusaha dengan jujur untuk mencari sesuap nasi. Yang buruk itu Umno sendiri. Yang buta itu mereka yang percaya bahawa Melayu tidak mungkin akan maju dan dapat bersaing secara adil sekiranya kaum-kaum lain tidak didiskriminasikan. Lihatlah betapa senangnya tender-tender kerajaan dibolot oleh kontraktor-kontraktor Melayu Umno yang kemudiannya ditukar tangan ke pihak lain untuk disiapkan. Tidak sedarkah Mustaqim bahawa apa yang berlaku tidak ada kena-mengena langsung dengan mimpi ketuanan Melayu atau usaha membantu mereka yang miskin dan terpinggir (Dasar Ekonomi Baru), tetapi cuma satu pembaziran sumber dan penyelewengan kuasa semata-mata? Pembesar-pembesar Melayu Umno dengan rakusnya membolot kekayaan daripada projek-projek kerajaan tanpa perlu menitiskan setitik peluh. Selepas beberapa peringkat pengagihan tender lebih bawah, akhirnya projek-projek ini terpaksa dibereskan dengan kos yang melambung dan hutang yang tidak mampu diselesaikan. Inikah pembelaan nasib orang Melayu yang anda maksudkan? Siapakah yang buruk sebenarnya? Apakah perlakuan rasuah dan penyelewengan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu hari ini juga disebabkan oleh Cina dan India? Walaupun penulis itu secara tepatnya menjelaskan sifat-sifat negatif Melayu hari ini, namun beliau tidak sedar bahawa yang masih melemahkan bangsa Melayu itu adalah Umno sendiri. Tidak ada salahnya jika sekelompok manusia dengan tujuan dan minat yang sama ingin menubuhkan persatuan seperti Freemason, Kuomintang, persatuan bahasa atau persatuan agama. Tetapi jika diteliti, persatuan-persatuan berkenaan dengan Umno hari ini, maka perbezaannya ialah persatuan-persatuan tersebut tidak melaung-laungkan keperitan mereka menjilat kasut orang lain serta keperluan untuk menindas orang lain bagi mencapai objektif mereka. Mereka tidak perlu masuk bakul angkat sendiri untuk merasa bangga dengan kejayaan yang diperolehi dengan cara tidak jujur dan saksama. Saya tidak faham. Mengapa penulis itu begitu memandang rendah pada kebolehan kaumnya sendiri untuk bersaing secara adil dengan kaum lain? Sebenarnya, kebolehan untuk mencapai kejayaan bergantung pada nasib dan kebolehan individu itu sendiri. Apa kena-mengena dengan warna kulit dan agama? Atas sebab apakah anda mencurigai kemampuan Mariam untuk bersaing dengan pelajar bukan Melayu yang cemerlang akademik? Inilah yang Umno mahukan daripada pengikut-pengikut butanya seperti penulis tersebut - rasa

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 57

December 23, 2009

BERITA ONLINE

kekurangan dan kelemahan diri, lantas perlunya kuasa politik dikekalkan dalam tangan pembesar parti itu. Mengenai isu bangsa Malaysia, mengapakah harus dikorbankan kepelbagaian kaum dan budaya yang begitu unik di Malaysia untuk menjayakan tujuan sebenar pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang-bilang kaum yang hidup aman harmoni? Mengapakah kita mesti samakan nama, agama dan adat resam semua rakyat untuk menjayakan konsep bangsa Malaysia? Kita bukannya Indonesia atau Amerika Syarikat - inilah Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya. Bukankah ini yang selalu dilaungkan kerajaan dalam iklan Malaysia, Truly Asia di CNN? Mengapa harus ditutup sekolah-sekolah Tamil dan Cina? Bukankah lebih bermanfaat jika anakanak kita digalakkan mempelajari bahasa lagi selain bahasa ibunda? Penulis itu berpendapat, kewujudan sekolah-sekolah tersebut satu ancaman terhadap kaum Melayu. Apa sebabnya? Ini satu konsep serong. Saya boleh bertutur bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Mandarin, Kantonis, Hokien, Hakka dan Inggeris. Jika boleh, saya juga ingin belajar bahasa Tamil dan Punjabi. Pelajar-pelajar di Barat juga digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya satu bahasa asing dalam zaman persekolahan mereka. Di negara ini, sekolah-sekolah aliran lain ingin ditutup kerana kononnya sekolah aliran bukan Kebangsaan akan mengancam perpaduan negara dan kaum Melayu. Di mana logiknya? Setahu saya, yang memanggil rakyat Malaysia pendatang, yang menghunus keris menuntut darah kaum lain bukan datang daripada sekolah Cina atau Tamil. Jadi siapakah yang mengancam perpaduan negara? Ketidakrelaan orang-orang seperti Mustaqim untuk bergaul dengan mereka yang berlainan agama, warna kulit dan adat resamlah yang menyebabkan anda begitu dengki terhadap mereka yang rela membuka hati dan hidup mereka kepada kepelbagaian di sekeliling mereka. Dunia orang seperti penulis itu cuma tinggal warna hitam dan putih sahaja. Anda memanggil rakyat Malaysia selain Melayu sebagai pengkhianat dari China dan India. Nampaknya tahap pemikiran anda tidak dapat lari daripada zaman penjajah dahulu. Sebagaimana yang ingin diterapkan oleh jentera politik seperti Biro Tatanegara (BTN) dalam minda anak-anak Melayu muda, Umno mahu mengingatkan Melayu bahawa Cina dan India di Malaysia cuma pendatang yang harus dilihat sebagai penumpang semata-mata. Lihatlah di sekelilingmu - generasi muda sekarang sudah tidak lagi peduli taktik-taktik politik basi Umno ini. Lagipun, tongkang-tongkang China yang sampai di pelabuhan Melaka dahulu bukannya pelarian

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 58

December 23, 2009

BERITA ONLINE

dan pengkhianat negara mereka, tetapi pelayar dan pedagang yang mula menjelajah dunia sebelum Eropah. Kaum India pula dibawa oleh penjajah Inggeris ke Malaya atas sebab ekonomi untuk mengerjakan ladang-ladang getah. Saya pernah ke Singapura dan mengenali beberapa rakan berbangsa Melayu di sana. Mereka memberitahu saya bahawa Melayu di Malaysia begitu mundur sekali tahap mindanya. Di mata Melayu Singapura, Melayu Malaysialah yang harus dikasihani kerana Melayu Malaysia tidak faham langsung apa itu meritokrasi dan hanya bergantung kepada sedekah kerajaan.
Waris bayi dijumpai di Pandan Perdana dicari

CARI... waris Haikal Daniel dicari.

KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat meminta bantuan orang ramai mengesan waris seorang bayi yang dijumpai di Pandan Perdana, awal bulan lalu. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Noor Adelin Nordin, berkata bayi berkenaan yang diberi nama Haikal Daniel dijumpai orang awam pada jam 2 petang dalam keadaan masih bertali pusat. Seorang wanita tampil menyerahkan bayi berkenaan yang didakwa dijumpai terbiar di Pandan

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 59

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Perdana dalam keadaan masih bercantum dengan uri. Namun, selepas menyerahkan kepada polis, wanita berkenaan menghilangkan diri, katanya.

Menurutnya, buat sementara waktu, bayi itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu boleh menghubungi talian 03-87378007.

Cakap-cakap
PENGERUSI Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menghargai peranan Malaysia dalam mewujudkan perpaduan ummah di rantau ini. Tokoh Maal Hijrah itu berharap Malaysia dapat memainkan peranan yang sama dalam menyatukan ummah di seluruh dunia. Besar sungguh kepercayaannya terhadap pimpinan dan kerajaan negara ini. Mamat - tunggu komen ulama politik Pas Skandal di sebalik agihan permit import AP Chean Chung Nov 17, 09 12:33pm Tidak hairan, kerajaan sekali lagi menunda tempoh pemansuhan sistem permit kelulusan (AP) kenderaan import dari tahun 2010 kepada 2015. Bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN), AP terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015 dan AP francais akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020. Selain itu, bayaran RM10 ribu bagi setiap AP terbuka akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2010 berbanding status semasa dengan AP dikeluarkan secara percuma. Salah satu indeks pencapaian utama (KPI) penting untuk menilai sama ada Umno berikrar melakukan perubahan dan pembaharuan bukanlah dalam aspek menaiktaraf pengangkutan awam, atau membanteras kes-kes jenayah yang sudah berdekad-dekad dilaungkan, tetapi

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 60

December 23, 2009

BERITA ONLINE

pendekatan yang diambil untuk menangani isu AP. Isu ini satu kes klasik yang menunjukkan bagaimana politik naungan dan budaya rent-seeking mencorakkan pemerintahan rejim BN selama ini. Seperti kebanyakan projek lain, AP yang pada asalnya digunakan untuk membantu bumiputera melibatkan diri dalam bidang automotif telah disalahgunakan sebagai alat dan ganjaran untuk mengekalkan sokongan politik pihak pemerintah. AP yang diberikan secara percuma lazimnya dijual oleh pemegang AP pada harga lebih kurang RM20 ribu. Dianggarkan lebih kurang 70,000 AP dianugerahkan setiap tahun, maka jumlah nilai yang disalurkan kepada pemegang-pemegang AP mencecah RM1.4 bilion. Alangkah baik jika dana ini benar-benar dapat membantu membangunkan industri automotif tempatan dan menghasilkan usahawan yang berdaya saing. Malangnya, menurut laporan The Edge (2 November), hanya 98 orang yang mendapat penganugerahan AP. Statistik ini bermakna RM1.4 bilion yang diberikan secara percuma itu dinikmati oleh 98 orang sahaja, atau puratanya seorang mendapat RM14.3 juta setahun! Dasar kerajaan BN untuk mengenakan bayaran RM10 ribu tidak menyelesaikan dua isu pokok: isu keberkesanan dan isu ketelusan. Penganugerahan AP bukan sahaja bercanggah dengan amalan perdagangan antarabangsa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), malah terbukti gagal meningkatkan daya saing usahawan-usahawan, mahupun sektor automotif secara keseluruhannya. Pada awal tahun ini, Earnst & Young ditugaskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan kajian audit. Hasilnya menunjukkan, dalam 90 syarikat yang diaudit, hanya 19 buah mengikut peraturan dan ketetapan kementerian. Kajian lain yang dijalankan oleh firma audit PricewaterhouseCoopers juga membawa kepada kesimpulan yang sama. Malah, langkah bayaran RM10 ribu langsung tidak menyentuh isu ketelusan penganugerahan AP. Siapakah yang layak mendapat AP? Apakah kriteria yang digariskan untuk meningkatkan daya saing mereka? Kenapakah penganugerahan AP tidak dijalankan secara tender terbuka seperti yang disarankan oleh kebanyakan pihak? Dianggarkan cara tender terbuka boleh memberikan RM1.75 bilion pendapatan kepada kerajaan, iaitu RM1.05 bilion atau 1.5 kali ganda lebih banyak daripada kaedah yang dipakai sekarang.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 61

December 23, 2009

BERITA ONLINE

Selain itu, walaupun jumlah kutipan RM10 ribu bagi setiap AP akan disalurkan ke dalam dana pembangunan bumiputra, pengurusan dan pelaksanaannya tidak diberi keutamaan dari segi ketelusan dan kebertanggungjawaban. Peratusan penyaluran dan prosedurnya juga tidak jelas. Bagaimanapun, kerajaan BN tetap mengambil keputusan untuk meneruskan sistem AP. Keputusan ini membuktikan bahawa Umno tidak mempunyai kehendak politik untuk melakukan pembaharuan pada peringkat struktur, malah selesa dengan slogan-slogan kosmetik dan pembaharuan setakat luaran. Bagi kerajaan yang berorientasikan rakyat, menjadi keutamaannya untuk membangunkan daya saing negara dan mempertahankan kepentingan rakyat. Namun, sebaliknya, rasional kerajaan yang telah dipengaruhi politik naungan dan mentaliti rentseeking, kepentingan elit dan kroni-kroninya sahaja seperti 98 pemegang AP itulah yang jauh lebih penting berbanding dengan berjuta-juta rakyat jelata.
Bubar skuad kebangsaan Oleh Lokman Zainal Abidin lockman@nstp.com.my

IMBAS KEMBALI...pemain sepak takraw negara, Norshahruddin Md Ghani (kiri) membuat libasan ketika bertemu Filipina pada Sukan Sea Laos, baru-baru ini.

BAGI tempoh lima tahun kebelakangan ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) langsung tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang membayangkan mereka enggan lagi menghulurkan bantuan, pantas membibitkan reaksi kurang senang pemimpin kanan badan induk kebangsaan itu. Kalau sudah tidak mahu bantu, lebih baik bubarkan saja skuad sepak takraw Malaysia. Itu

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 62

December 23, 2009

BERITA ONLINE

mungkin jalan paling senang. Kami bukannya tidak bermaruah. Selama ini, pemimpin PSM banyak berhabis kerana kami tidak mempunyai penaja. Bukan sedikit wang yang sudah dikeluarkan daripada poket sendiri. Tanpa penaja, kami masih boleh berdiri dan kini MSN pula yang tidak mahu bantu. Kalau beginilah caranya, lebih baik bubarkan sepak takraw ini. Kami bukan tidak ada maruah. Kami juga sama dengan rakyat Malaysia yang lain. Kami memang kecewa dengan apa yang berlaku di Sukan Sea tapi wajarkah MSN membuat kenyataan sebegitu tanpa memanggil kami terlebih dulu.

Beliau (Zolkples) sepatutnya memanggil pemimpin PSM dan berbincang. Kalaupun mahu menamatkan bantuan diberikan, maklumkan kepada kami terlebih dulu dan bukannya terus menembak kami menerusi akhbar, kata Ahli Majlis PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin.

Tengku Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM berang dengan apa yang diluahkan Zolkples kerana pegawai tertinggi MSN itu berkata, badan induk kebangsaan itu hanya menerima geran tahunan yang mungkin dikecilkan pada masa akan datang. Semuanya bermula selepas skuad elit kebangsaan hanya mampu menghadirkan satu perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu ketika Sukan Sea berlangsung di Vientiane, Laos, baru-baru ini. Zolkples dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan memberi lebih tumpuan kepada sukan yang menyinar di temasya dwi-tahunan kerana menganggap ia lebih berbaloi berbanding sepak takraw walaupun diberikan pelbagai keistimewaan, tapi tetap gagal menyerlah. Kami benar-benar tidak tahu apakah perancangan sebenar MSN terhadap skuad elit sepak takraw kebangsaan. Jika mereka (MSN) berhasrat mahu memotong bantuan diberikan, beritahu kami supaya kami boleh mengatur perancangan berdasarkan dengan apa yang ada. Misi kami belum selesai. Kami perlu merancang pelbagai program untuk menghadapi Sukan Asia tahun depan. Tapi jika kami perlu menjalankan semua program itu dengan wang sendiri, lebih baik kita tidak ada pasukan sepak takraw, katanya.

Web: KadKahwin.biz Blog: PdniagaGrafik.blogspot.com

pg. 63

Anda mungkin juga menyukai