Anda di halaman 1dari 1

Sistem Fail Sistem fail ialah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpan selamat atau

satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir. Sistem fail ini merupakan satu proses klasifikasi, penyusunan dan pelupusan rekod supaya mudah diperolehi dengan cepat bila diperlukan. Setiap organisasi memerlukan sistem penyimpanan rekod yang baik. Organisasi yang berkualiti adalah organisasi yang dapat menampilkan imej pengurusan yang bermutu tinggi melalui pendokumentasian maklumat dan rekod. Sistem fail adalah salah satu kriteria kualiti yang mesti bersistem, mudah dirujuk mudah diperolehi dan selamat. Melalui sistem fail ini, para pelajar dapat menggunakan pengetahuan sistem fail ini untuk mengurus, menyediakan fail bersistem dengan betul dan piawai bagi penyimpanan rekod dan dokumen. Dengan adanya sisitem fail ini, semua rekod dan dokumen dapat disimpan secara sistematik dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai