Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kes gadis yang menghilangkan diri kerana mengikut lelaki asing

yang baharu dikenalinya. Antaranya adalah keruntuhan rumah tangga. Pertengkaran bapa dan ibu mungkin menyebabkan si anak gadis tersebut melarikan diri mengikut teman lelakinya yang baru dikenalinya. Dia menghadapi tekanan yang tidak boleh dikawal disebabkan pertengkaran antara ibu dan bapanya. Oleh itu, dia mengambil jalan mudah dengan mengikut teman lelakinya untuk mengelakkan daripada menghadapi tekanan. Hal ini demikian, merupakan salah satu sebab yang berkait dengan kes ini. Selain itu, mungkin juga gadis tersebut terkena ilmu pukau oleh lelaki yang baru dikenalinya. Pada era globalisasi ini, terdapat banyak orang yang mempunyai ilmu hitam yang membahayakan terutamanya ilmu pukau. Oleh itu, para wanita perlu berhati-hati ketika berjumpa dengan orang baru dikenali. Kita tidak tahu sama ada dia orang baik ataupun orang yang berhati iblis.

Anda mungkin juga menyukai