Anda di halaman 1dari 5

PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN PENDIDIKAN ISLAM

Abdul Jamir Md Saad1 Ab. Halim Tamuri2 Adawiyah Ismail 3 1 Unit pendidikan Islam, Kolej Mara Banting 2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 3Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupan suatu isu yang diperbincangkan dan menjadi cabaran kepada guru Pendidikan Islam. Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Jesteru bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan, para pendidik haruslah bijak serta kreatif dalam memilih dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. P&P yang dilaksanakan haruslah sesuai serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikutinya. Kaedah pengajaran yang dipilih juga haruslah mengambil kira kecenderungan, kebolehan serta kemampuan peringkat kematangan pelajar bedasarkan peringkat umur dan kemampuan berfikir. Kaedah pengajaran yang baik akan dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan baik di samping memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk minat yang mendalam dalam diri pelajar. Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran hendaklah dipelbagaikan serta disesuaikan mengikut tajuk serta tema yang dipilih oleh pendidik. Artikel ini cuba mengupas pembelajarn aktif dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan p&p yang semakin popular dalam era ini. Justeru Guru Pendidikan Islam wajar beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses p&p dalam bilik darjah agar dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat mencapai matlamat bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran pendidikan serta menarik minat pelajar mengikuti kursus pendidikan Islam dengan lebih berkesan. Kata Kunci : Pendidikan Islam, Pengajaran & Pembelajaran, Pembelajaran aktif, Pembelajaran Berkesan & minat pelajar.

CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN


ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), UKM dalam melaksanakan beberapa teknikteknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan (TT Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek. Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Melalui kaedah TT, kakitangan akademik juga dapat memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan masing-masing. Seterusnya, kaedah pembelajaran jigsaw yang terbukti berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan. Kaedah kritikan terbuka pula memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi secara spontan di khalayak ramai. Pengajar boleh memberi kritikan membina supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan secara terus dan kaedah ini merupakan satu proses melengkapkan gelung untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, penilaian rakan kumpulan (PRK) juga diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan. Kata kunci: kendiri Pengajaran pelajar, berpasukan, kaedah penilaian jigsaw, kritikan terbuka, penilaian rakan kumpulan . KOMEN........

SEDIA UNTUK DI SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK ARTIKEL PENUH :

1.

mohd khairulnaim bin abd majed (202278)February 11, 2010 6:42 PM Ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan amat penting kerana ianya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar.Melalui kaedah ini guru akan dapat memperbaiki cara penyampaiannya kepada pelajar.Amat penting kepada guru yang mereka juga harus ada Penilaian Rakan Kumpulan (PRK) seperti mana yang ada dalam kaunseling.Memalui PRK guru lebih dapat memperbaiki cara pengajaran mereka.Kepada pelajar pula kaedah ini juga akan lebih banyak membantu mereka untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka.Pelajar juga perlu kepada PRK kerana melalui pembelajaran secara berkumpulan mereka akan lebih mudah bertanya sesama mereka jika mereka malu untuk bertanya kepada guru. Reply

2. darulFebruary 13, 2010 7:57 AM Salam.Arttikel ini memberi input yang baik kepada semua guru-guru baru yang belum memounyai pengalaman mengajar dan juga guru lama tetapi tak pernah mengukuti mana-mana kursus untuk meningkatkan prestasi untuk mengajar yang menyebabkan pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan langsung tak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka oleh kerana penyampaian guru kurang menarik minat mereka,oleh itu guru hendaklah sentiasa muhasabah diri mereka untuk mensesuaikan pengajaran mereka dengan zaman sekarang. Reply

3. mohdyusri202175February 19, 2010 10:26 PM Ulasan artikel: Sebagai seorang guru, tidak dapat tidak kita amat memerlukan kepelbagaian strategi dan kaedah pedagogi yang terkini untuk memastikan hasil pembelajaran dalam mata pelajaran yang kita ajar mencapai tahap keberkesanan yang optima. Ciri-ciri yang didedahkan dalam artikel ini memberi suatu pendekatan baru yang boleh diaplikasi selari dengan kemajuan peranan arus IT dan ICT dalam era pendidikan global kini. Corak mengajar yang diamalkan oleh bahagian kejuruteraan dalam artikel memberi suatu idea yang masih boleh dikritis oleh para guru dalam memperkayakan kaedah pengajaran yang sedia ada. ini penting kerana kita sedia maklum dalam teori Howard Gardner bahawa setisp individu mempunyai kecerdasan pelbagai ( Multiple Intelligent) dan guru pelu mempelbagaikan kaedah untuk memastikan variasi individu berjaya diatasi dalam pembelajaran mereka sehari-hari. Reply

4. fahmi el-shubrowiFebruary 23, 2010 6:43 AM Salam..Kesimpulannya, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang diketengahkan dalam program-program JKEES pada tahun akademik 2007/2008 telah memberikan petunjuk yang positif. Teknik-teknik yang dimaksudkan iaitu pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK) terbukti memberi manfaat kepada pihak pelajar dan pengajar. Kedua-dua belah pihak secara langsung telah dapat memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan yang berasaskan masalah (Problem Based Learning PBL) dan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education OBE) yang diamalkan oleh JKEES ketika ini. Reply

5. Mohd Rasyidi Ab RahmanMarch 10, 2010 9:26 AM assalamualaikum, Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem ,UKM dalam melaksanakan beberapa teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan. Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek. Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Reply

6. annur82March 11, 2010 10:28 AM Salam... amatlah penting bagi seseorang guru mempelajari teknik-teknik pengajaran berkesan. artikel ini banyak mengetengahkan ciri2 p&p yang berkesan seperti Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan dan banyak lagi yang dapat membantu mewujudkan suasana p&p yang berkesan... Reply

7. Che Khairuleffendi bin Che KamaruzamanMarch 13, 2010 6:28 PM Salam. berkenaan artikel ini saya tertarik dengan kaedah pengajaran berpasukan (TT Team Teaching). Kaedah pengajaran berpasukan ini telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek. Kaedah ini adalah satu langkah yang bijak dan terkedepan bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Reply

8.

SURIYANI HAMZAHMarch 13, 2010 7:35 PM salam ...

melalui artikel ini, tidak dapat dinafikan kepentingan guru untuk mengetahui dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran. salah satunya ialah penilaian rakan kumpulan (PRK). Ia diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan. Reply

9. DeQShAJuly 25, 2010 12:42 AM salam..leh trgkn x lg..camne pengajaran jigsaw ni bg faedah dan kebaikan pd pljr dn guru..bg artikal cnth tntg pengajaran teknik jigsaw ni.. Reply

Anda mungkin juga menyukai