Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 1

Naim telah tamat pengajian di universiti dalam bidang agrotani. Sejak di


universiti, beliau telah terlibat secara aktif dengan Kelab MyAgrosis. Beliau
berhasrat untuk menceburkan diri secara serius dalam bidang tanaman
hidroponik sayur-sayuran. Cadangkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
dapat membantu Naim. (4 markah)
Naim perlu melakukan pemasaran produk secara meluas agar
perniagaannya dapat berkembang . TR Oleh itu , agensi kerajaan seperti
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1m dapat
membantu dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani 1m .
Selain itu , FAMA menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan
sepanjang rantaian pemasaran dengan memperkukuh bekalan melalui
program ladang kontrak , memperluas akses pasaran dan meningkatkan
promosi pasaran tempatan dan eksport . Naim juga memerlukan modal
bagi mengembangkan perniagaannya , maka pinjaman disediakan oleh
koperasi pada kadar faedah yang berpatutan . Selain itu , koperasi juga
bertanggungjawab untuk membantu usahawan mendapatkan barangan
yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan menjalankan kegiatan
perindustrian .
Persatuan perniagaan atau perdagangan.
MUQADIMAH
Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang dapat membantu Naim adalah:
 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat
membantu usahawan. FAKTA 1m
Dapat membantu dalam pemasaran produk agromakanan seperti
bidang tanaman hidroponik sayur-sayuran yang Naim usahakan dalam
perniagaannya. HURAIAN 1m
 Koperasi juga dapat membantu usahawan. FAKTA 1m
Naim juga memerlukan modal bagi mengembangkan
perniagaannya , maka pinjaman disediakan oleh koperasi pada
kadar faedah yang berpatutan. HURAIAN 1m
AKTIVITI 2
Fatimah bercadang untuk membuka butik pakaian wanita mengandung dan
kanak-kanak di Jasin, Melaka. Wang simpanannya sebanyak RM3,000 akan
digunakan sebagai modal permulaan perniagaan. Beliau memerlukan modal
pembiayaan sebanyak RM10,000. Beliau sedang mencari lokasi yang sesuai
untuk menyewa lot kedai bagi menjalankan perniagaan tersebut. Cadangkan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu Fatimah.
Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu Fatimah:
 Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat membantu usahawan. 1m
Dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana dengan mendapat
modal untuk Fatimah memulakan perniagaan. 1m
 Bank perdagangan dapat membantu usahawan. 1m
Dapat menyediakan sumber pembiayaan kepada Fatimah seperti
perkhidmatan sewa beli atau pinjaman jangka Panjang. 1m

AKTIVITI 3
Melissa menghasilkan produk kosmetik dan bercadang mengkomersialkan
produk tersebut dengan jenama sendiri. Cadangkan kepada Melissa agensi
kerajaan yang dapat dihubungi bagi membantunya mengembangkan
perniagaan tersebut.

Agensi kerajaan yang dapat membantunya mengembangkan perniagaan


Melissa adalah:
 Malaysia Digital Economy Corporation ( MDEC) dapat membantu
usahawan. 1m
Produk kosmetik Melissa dapat dipromosikan kepada pengguna atau
masyarakat dimedia sosial seperti facebook, Instagram,twitter, dan lain
oleh MDEC. 1m

Anda mungkin juga menyukai