Anda di halaman 1dari 22

Kertas Model

Bahasa Melayu
Novel Model 5
(Pengajaran)
Destinasi Impian
• Firdaus, Azlina dan Johari sampai ke destinasi,
iaitu Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh
kawan-kawannya seperti Moksin, Sazali,
Moktar, Erma dan Mazlinda.Johari dan Azlina
pula disambut oleh kawan-kawan Johari.
• Pada malam, Firdaus bermimpi.Mimpi
tersebut telah menyedarkan Firdaus akan
kesalahannya berbohong dan mula berasa
takut. Pada keesokan harinya, Johari dan
Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus
tidak mahu menyertai mereka
• Sementara itu, Firdaus dan rakan-
rakannya bergembira mandi-manda di
laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlina
lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus,
tetapi dia hampir lemas kerana tidak
pandai berenang.
• Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di
hospital. Sebenarnya, Mazlinda berpura-pura
lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus
berasa malu dan sedar akan sikapnya yang
angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari
secara positif.
Pengajaran 1
1) Kita haruslah insaf atas kesalahan yang
telah kita lakukan.
Contohnya, Firdaus insaf akan
kesalahannya membohongi kawan-
kawannya bahawa dia mahir berenang
setelah dia lemas di laut.
Pengajaran 2
2) Kita perlulah menerima teguran dan
kritikan orang lain dengan positif.
• Buktinya, Firdaus menerima teguran dan
kritikan yang diberikan oleh Johari dengan
baik bahawa tidak berbohong kepada sesiapa
pada masa akan datang.
Pengajaran 3
3) Kita hendaklah bersimpati terhadap
orang yang ditimpa kesushan.
Misalnya,rakan-rakan Firdaus tetap
melawatinya di hospital walaupun
Firdaus pernah berbohong kepada
mereka.
Novel Tingkatan 2
Meniti Impian
Peleraian
• Zahar Berjaya menamatkan latihan
praktikalnya dengan cemerlang. Selepas
tamat belajar, dia juga berjaya mencapai
impiannya untuk menjadi seorang tukang
perabot yang terkenal.
• Bermodalkan pinjaman daripada MARA dan
sumbangan daripada Pak Yusuf, Zahar aknhirnya
berjaya membuka sebuah bengkel pertukangan
perabot di tanah milik ibunya. Bengkel
perabotnya menjadi terkenal di seluruh tanah air
selepas rencana tentang bengkel tersebut
disiarkan di akhbar.
Pengajaran 1
1) Kita mestilah tabah menghadapi
dugaan sehingga mencapai kejayaan.
• Contohnya, Zahar tabah meneruskan cita-
citanya untuk membuka bengkel perabot
walaupun hidupnya miskin. Dia
mendapatkan pinjaman daripada MARA
dan Pak Yusuf serta telah berjaya
membuka bengkel perabot di tanah milik
ibunya.
Pengajaran 2
2)Kita perlulah berusaha
dengan gigih untuk
memperoleh kejayaan.
• Contohnya, Zahar gigih
berusaha belajar sehingga dia
berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang dalam
peperiksaan di IKM.
Pengajaran 3
3) Kita patutlah mempunyai keyakinan yang
tinggi dalam melakukan sesuatu.
• -Contohnya, dengan keyakinan yang tinggi
dalam diri Zahar, akhirnya dia berjaya
membuka sebuah bengkel perabotnya
sendiri.
Tingkatan 3

Tawanan Komander
Caucasus
Peleraian
• Farhani, Kim Yong , Dara Merah,
kunang-kunang dan pengikut mereka
telah melancarkan serangan dan
ternyata mereka berjaya menewaskan
Komander Caucasus dan para tenteranya
dengan menggunakan Endosulfan.
• Dara Merah menyamar sebagai
Dara Bintik untuk memasukkan
setitis cecair Endosulfan ke dalam
minuman Maharaja Caucasus.
• Farhani dan rakan-rakannya telah menjadi
halimunan. Setelah minum serum yang
diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya
kembali menjadi manusia asal dan pulang ke
pangkuan keluarga masing-masing dengan
selamat.Mereka bersepakat untuk merahsiakan
cerita sebenar bahawa mereka tawanan
Komander Caucasus daripada kerajaan
kumbang itu.
Pengajaran 1
1) Kita mestilah bearni membuat tindakan
tanap mengira ciri-ciri kekuatan fizikal
dan perbezaan jantina.
Contohnya, Dara Merah berani menyamar
sebagai Dara Bintik untuk menundukkan
Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat
walaupun Dara Merah hanyalah seekor
kumbang betina.
Pengajaran 2:

2) Kita haruslah gigih menempuh


sebarang cabaran dan rintangan.
Contohnya, Farhani dan rakan-
rakannya gigih mencari cara-cara untuk
menangani masalah mereka menjadi
halimunan dengan kembali ke dimensi
kerajaan kumbang untuk bertemu
dengan Bara dan minum serum itu.
Pengajaran 3
3) Kita hendaklah menyayangi
dan manghargai ahli keluarga
kita.
 Contohnya, ahli keluarga
Farhani dan rakan-rakannya
berasa sangat gembira atas
pengembalian mereka. Selain
itu, Farhani dan rakan-rakannya
berusaha sedaya upaya untuk
mengembali ke pangkuan
keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai