Anda di halaman 1dari 28

UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI

PUKUL DAN MEMADANG

PJPK Tingkatan 5 KSSM


Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
SOFBOL
SOFBOL

• Permainan sofbol
memerlukan aplikasi
penyelesaian masalah dalam
strategi memukul dan
memadang.
• Pasukan sofbol wanita
Malaysia telah memenangi
pingat gangsa dalam
temasya Sukan SEA di
Manila pada tahun 2019.
S OFBOL

• Permainan sofbol memerlukan


kecekapan setiap pemain membuat
keputusan untuk merealisasikan
keberkesanan strategi memukul dan
memadang.
• Keperluan kecergasan yang tinggi
sangat membantu pelaksanaan
kemahiran dalam permainan sofbol.
• Hal ini akan dibincangkan secara
terperinci mengenai strategi yang
boleh diguna pakai berdasarkan situasi
permainan sebenar.
S TRATEG I S ERANG AN

• Permainan sofbol memerlukan


beberapa strategi serangan dengan
menggunakan kemahiran memukul,
menampan dan larian tapak.
• Pukulan yang berkesan terhasil
daripada hayunan bet yang kuat dan
titik kontak mengenai bola sofbol
dengan tepat
• Strategi ini boleh dipelbagaikan
bergantung kepada kekuatan dan
kelemahan pasukan lawan.
STRATE G I
SE RA N G AN

• Sebagai contoh, jika


pasukan memadang
mempunyai kelemahan
menangkap bola tinggi,
strategi memukul bola
tinggi dan jauh ke hujung
kawasan permainan boleh
digunakan.
• Pemukul perlu bijak
memilih strategi serangan
menggunakan kemahiran
memukul, menampan dan
larian tapak untuk
memperoleh larian dalam
situasi permainan.
S TRATEG I PU KU L , TAMPAN DAN
L ARI

• Strategi pukul dan lari memerlukan pukulan


bola yang tepat dan kuat bagi memastikan bola
berada jauh dari kawasan permainan.
• Strategi ini menyukarkan pasukan pemadang
menangkap bola dan memberikan masa serta
peluang kepada pemukul dan rakan pasukannya
berlari mendapatkan larian.
• Pelari di setiap tapak hanya perlu berlari ke
arah tapak tanpa khuatir akan dimatikan oleh
pasukan pemadang.
STRATEGI PUKUL, TAMPAN
DAN LARI

• Strategi ini sangat sesuai apabila pemain pasukan


penyerang mempunyai pemain yang mampu
melakukan pukulan tepat secara konsisten.
• Strategi menggunakan tampanan juga membantu
mendapat larian jika pemain pasukan penyerang
berada di setiap tapak.
• Menampan bola yang jatuh di hadapan pemukul
menyukarkan pihak pemadang membalas pukulan
• Permainan ini boleh diubah suai dengan mengubah
suai saiz gelanggang, peraturan gelanggang, jumlah
pemain
C ARA BERMAIN

• Permainan bermula dengan pasukan pemadang


mengambil tempat memadang. Pemain penyerang
akan bersedia di tempat memukul.
• Jika pasukan menyerang ingin mendapatkan larian
awal (home run) strateginya ialah pemain yang
membuat pukulan pertama perlulah seorang
pemukul yang konsisten dan mampu membuat
pukulan kuat dan jauh ke hujung kawasan
permainan.
• Setelah pemain membuat pukulan tinggi dan
melepasi kawasan permainan, pemukul mendapat
larian (home run).
KEKUATAN
DAN
KELEMAHAN
S TRATEG I BERTAHAN

• Strategi bertahan diperlukan bagi


menghadapi pasukan lawan yang
mempunyai pemukul dan pelari tapak
yang bijak mengatur strategi untuk
mendapatkan larian.
• Pasukan pemadang perlu jelas
menentukan strategi yang sesuai dan
mudah difahami oleh pasukan.
• Selain keupayaan pelempar (pitcher)
mengawal lemparan kepada pemukul,
strategi bertahan yang boleh digunakan
bagi mematikan pasukan pemukul dan
pelari tapak adalah dengan mencecah
pelari, melempar bola kepada pelempar
(pitcher) atau menangkap bola.
STRATEGI MENCEC AH
PELARI

• Strategi ini dilakukan dengan cara


pemadang menangkap bola yang dipukul.
• Jika kedudukan pemain pemadang
berhampiran dengan tapak yang hendak
dituju oleh pelari tapak, pemadang boleh
berlari terlebih dahulu dan mencecah pelari
tapak yang sedang berlari.
• Pemukul dikira mati apabila bola
menyentuh pada mana-mana bahagian
badan pelari tapak.
S TRATEG I MEL EMPAR
DAN MENANG KAP BOL A

• Strategi melempar bola adalah hampir


sama dengan cara pemadang mematikan
pasukan pemukul dan pelari tapak
dengan cara mencecah.
• Perbezaannya ialah pemadang yang
berjaya menangkap bola akan
melemparkan bola ke arah pemukul
yang sedang berlari ke tapak 1.
• Jika bola terkena pada mana-mana
bahagian anggota badan pemukul
sebelum sempat memijak tapak,
pemukul tersebut dikira mati.
S TRATEG I MEL EMPAR DAN
MENANG KAP BOL A

• Strategi ini selalu digunakan dalam permainan


apabila pemukul memukul bola tinggi.
• Bola yang melayang tinggi (fly ball) akan cuba
ditangkap oleh pemadang sebelum bola
tersebut jatuh ke tanah.
• Teknik ini memerlukan pemadang berlari ke
arah bola yang dipukul dan berada di bawah
bola untuk menangkap bola tersebut
• Teknik ini juga memerlukan kemahiran
enangkap bola yang baik oleh pemadang.
C ARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


• Kedua-dua kumpulan akan menggunakan
kemahiran bertahan yang dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan pukulan
manakala kumpulan B akan bertindak
sebagai pemadang.
• Permainan dimulakan dengan murid satu
(M1) akan membuat pukulan dan berlari ke
tapak 1.
• Pelari murid dua (M2) yang berada di tapak
1 akan berlari ke tapak 2.
C ARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan.
• Kedua-dua kumpulan akan
menggunakan kemahiran bertahan
yang dipelajari.
• Kumpulan A akan memulakan
pukulan manakala kumpulan B akan
bertindak sebagai pemadang.
• Permainan dimulakan dengan murid
satu (M1) akan membuat pukulan
dan berlari ke tapak 1.
• Pelari murid dua (M2) yang berada
di tapak 1 akan berlari ke tapak 2.
KEKUATAN
DAN
KELEMAHAN
KAWAL AN Z ON

• Antara posisi pemain semasa memadang ialah posisi dalam (deep position),
posisi tertutup (close position) dan posisi pertengahan (medium position).
POSISI DALAM (DEEP
POSITION)

• Kedudukan pemadang dalam posisi ini


adalah hampir memenuhi semua
kawasan permainan terutamanya di
bahagian hujung kawasan permainan.
• Pasukan pemadang menggunakan posisi
ini apabila mereka mengetahui pemukul
mempunyai kemahiran memukul bola
dengan kuat dan jauh.
• Pukulan bola dengan kuat dan jauh
selalunya dilakukan oleh pemukul
terakhir yang memerlukan satu larian
lengkap untuk pasukan apabila rakan
sepasukan pemukul telah tersingkir
dalam permainan.
P O SI SI T E RTUTUP
(CLO SE P O SI TI ON)

• Strategi memadang secara close


position digunakan apabila
pemadang menjangkakan pukulan
pemukul adalah tidak terlalu kuat
atau jauh.
• Strategi ini selalunya digunakan
oleh pemukul yang menggunakan
teknik pukulan menampan bola
bagi memastikan pelari tapak di
tapak 3 dapat berlari ke tapak
terakhir untuk mendapatkan satu
larian kepada pasukan.
• Posisi pemadang adalah hampir
kepada pemukul dan strategi
memadang ini juga merupakan
salah satu teknik mengganggu
konsentrasi pemukul terutamanya
untuk pemukul yang kurang
berpengalaman.
POSISI
P E RT E N GA H A N
( M E D I U M P O S I T I O N)

• Posisi pasukan
pemadang di tengah,
iaitu di antara hujung
padang dan tempat
pemukul.
• Posisi ini digunakan
apabila pasukan
pemadang tidak dapat
menjangkakan
kekuatan pukulan yang
akan dipukul oleh
pemukul.
C ARA BERMAIN

• Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan.
• Kedua-dua kumpulan akan
menggunakan kemahiran memadang
yang dipelajari.
• Pasukan A akan bertindak sebagai
pengumpan bola dan pemukul.
• Manakala kumpulan B akan
bertindak sebagai pemadang.
• Sebelum murid satu (M1) membuat
pukulan, semua pemain kumpulan B
akan bergerak menyusun pemain
mengikut posisi bersesuaian dengan
pukulan yang akan dilakukan.
C ARA BERMAIN

• 12 biji bola akan dipukul. Setiap bola yang


berjaya ditangkap kemas akan mendapat 1 mata
• Pasukan yang berjaya memperoleh lima mata
terawal dikira sebagai pemenang.
• Permainan ini akan dilakukan dengan kumpulan
bertukar peranan
• Permainan ini dimainkan dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang permainan
sofbol.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai