Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN IKHTISAS

SOFTBALL
QSI-3071
Kamar Bin Adam [D20182085240]
Mohammad Nazmi Naim Binti Azhar [D20182086434]
Muhammad Amirul Faiz Bin Md Zaid [D20182086444]
Nur Izzati Nadhirah Binti Tajul Ariffin [D20182086454]
KEMAHIRAN MEMADANG DALAM
PERMAINAN SOFBOL
• Dalam permainan Sofbol pasukan yang bertahan dikenali sebagai pemadang yang terdiri
daripada 9 orang pemain.
• Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan
mereka mendapatkan giliran memukul.
• Oleh itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola
dengan cepat dan tepat.
STRATEGI PEMADANG

• Semua pemadang mestilah menempatkan dirinya dalam posisi yang sesuai supaya sentiasa dapat
melihat pemukul dengan jelas. Misalnya, pemadang kawasan jauh hendaklah berdiri lebih ke
sebelah kirinya untuk memadang bola dari pukulan pemukul bertangan kanan dan sebaliknya.
• Sebelum bola dibaling oleh pitcher, setiap pemadang hendaklah mengangap bahawa bola yang
akan dipukul itu akan menuju ke arahnya. Oleh itu, setiap pemadang hendaklah secara mental
membuat keputusan ke mana dan cara mana ia akan melempar bola yang bakal diterimanya.
TUGASAN PEMADANG

• Setiap pemadang hendaklah menggangap dirinya terlibat secara langsung sepanjang masa
permainan walaupun bola tidak sampai kepadanya atau dipegangnya. Antara peranan
pemadang :-
a) Memberi sokongan kepada pemadang melalui pergerakan berlapis.
b) Melakukan lemparan berganti-ganti apabila perlu mengikut situasi permainan.
c) Melaksanakan permainan memotong untuk menyekat kemajuan pelari bes.
CONTOH MEMBERI SOKONGAN

• Semua pemadang bergerak dari posisinya untuk membantu penjaga


bes menyekat kemajuan pelari bes. Dengan bergerak secara belapis,
pemadang-pemadang dapat membantu menangkap bola yang tercicir
dari tangkapan pemadang sebelumnya.
CONTOH LEMPARAN BERGANTI - GANTI

• Strategi ini dilakukan apabila bola terlampau jauh dari kawasan luar
untuk dilemparkan ke tapak akhir.

• Bola hendaklah dilempar kepada pemadang lain yang telah


menempatkan dirinya antara pemadang luar yang melempar bola
dengan sasaran.
PERMAINAN MEMOTONG

• Strategi memadang ini dilakukan ketika pemadang luar menghantar bola kepada
catcher.

• Oleh kerana jarak lemparan jauh dan pelari bes yang disasarkan tidak sempat
dimatikan, maka seorang pemadang akan menyekat dan menangkap bola itu
supaya dihantar kepada pemadang di posisi yang lain untuk mematikan pelari
bes lain.
PERMAINAN PEMATIAN DUA - SELARAS
(DOUBLE PLAY)
• Pihak pemadang berpeluang mematikan lebih dari seorang pelari bes melalui
satu tindakan yang berterusan.

• Jika dua pelari bes sekaligus dikeluarkan secara sah, situasi ini dikenali sebagai
pematian dua-selaras (double play).

• Pemadang mestilah bertindak pantas dan cekap untuk melaksanakan percubaan


pematian dua-selaras.
SEKIAN TERIMA KASIH
PERALATAN YANG DIGUNAKAN OLEH
PEMADANG
• Aspek keselamatan dalam permainan softball
juga perlu dititikberatkan. Hal ini untuk
mengelakkan daripada berlaku sebarang
kemalangan atau kecederaan. Oleh itu,
pemain pemadang perlu memakai peralatan
yang dibenarkan.
GLOVE

• Satung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh


pemain bertahan untuk menangkap bola.
• Perlu memastikan glove yang digunakan dalam
keadaan baik, supaya bola tidak boleh
membolosi glove semasa menangkap bola . Hal
ini kerana, untuk mengelak bola dari terkena
muka dan anggota badan.
TOPI (CAP)

• Mesti memakai topi atau cap


bagi menghalang silauan
cahaya matahari dalam proses
menangkap bola.
KASUT (BOOTS)

• Setiap pemain perlu memakai kasut


yang sesuai ketika berada di dalam
padang. Hal ini kerana, untuk
menambahkan lagi cengkaman pada
padang ketika membuat larian
supaya tidak tergelincir.

Anda mungkin juga menyukai