Anda di halaman 1dari 29

UNIT 3 KATEGORI

SERANGAN - BOLA JARING


PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
BOLA JARING
• Bola jaring ialah satu permainan
yang diubah suai daripada
permainan bola keranjang pada
tahun 1897.
• Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan yang mengandungi tujuh
orang pemain bagi setiap pasukan,
dengan peranan yang berbeza.
• Setiap pemain hanya boleh
bergerak di gelanggang dalam
kawasan tertentu.
BOLA JARING
• Tujuan permainan ini adalah untuk
menjaringkan gol sebanyak yang boleh
oleh penjaring gol yang dibenarkan dalam
bulatan gol menyerang.
• Satu perlawanan biasanya berlangsung
sebanyak empat suku.
• Setiap suku mengambil masa selama 15
minit. Pemenang ialah pasukan yang dapat
menjaringkan gol yang paling banyak.
• Permainan bola jaring dimainkan dalam
kalangan wanita dan amat popular di
negara-negara Komanwel.
BOLA JARING
• Kebelakangan ini, bola jaring juga
dimainkan oleh pasukan yang terdiri
daripada campuran pemain lelaki dan
perempuan (mixed netball), serta mendapat
sambutan daripada kaum lelaki (men’s
netball).
• Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)
bertanggungjawab untuk mengembang dan
mempromosikan permainan bola jaring di
Malaysia.
BOLA JARING
• Manakala di peringkat
antarabangsa, permainan bola
jaring diuruskan oleh
Persekutuan Antarabangsa
Persatuan Bola Jaring
(International Federation of
Netball Associations, IFNA).
• Seperti permainan bola sepak,
IFNA juga menganjurkan
kejohanan Piala Dunia empat
tahun sekali
SIMPAN SAYA
• Permainan bola jaring
memerlukan kemahiran
menghantar bola dan menerima
bola dari pelbagai arah dan aras.
• Pelbagai jenis hantaran boleh
dilakukan agar bola dapat
diterima oleh rakan dengan
tepat dan selamat.
• Jenis hantaran bergantung
kepada kedudukan rakan yang
akan menerima bola.
SIMPAN SAYA

• Pemain harus belajar bila dan


ke mana untuk menghantar
bola serta jenis hantaran yang
sesuai digunakan.
• Antara jenis hantaran yang
boleh dilakukan ialah hantaran
aras dada, hantaran aras bahu,
hantaran atas kepala, hantaran
lantun, dan hantaran sisi.
SIMPAN SAYA

• Kemahiran menerima bola


memerlukan koordinasi mata dan
tangan.
• Dalam situasi permainan, bola akan
datang dari pelbagai arah dan aras.
• Bola boleh diterima dengan
menggunakan kedua-dua belah
tangan atau sebelah tangan.
• Kemahiran menerima yang tidak
berkesan boleh menyebabkan ritma
serangan tergendala dan pihak lawan
berpeluang memiliki bola semula.
WATCH YOUR
STEP!
• Kemahiran gerak kaki dalam bola
jaring adalah penting semasa pemain
menerima bola sebelum dihantar
cepat kepada rakan, sebelum
menjaringkan gol, atau semasa
mendarat selepas menangkap bola di
udara.
• Gerak kaki yang betul juga dapat
membolehkan pemain menukar arah
dengan pantas agar dapat
menghantar bola dengan cepat ke
rakan sebelum pihak lawan dapat
mengadang dengan berkesan.
WATCH YOUR
STEP!
• Gerak kaki yang melanggar
undang-undang permainan boleh
menyebabkan satu hantaran
percuma diberikan kepada pihak
lawan.
• Kemahiran gerak kaki boleh
dilakukan dengan mendarat
menggunakan kedua-dua belah
kaki, sebelah kaki, atau satu
setengah langkah setelah
menangkap bola.
WATCH YOUR
STEP!
• Pemain digalakkan melakukan
pivot untuk menghala ke arah
hantaran yang sesuai, di
samping dapat mewujudkan
lebih ruang yang selamat
daripada pengadang.
• Tingkatkan kemahiran gerak
kaki anda melalui permainan
‘Watch Your Step’.
SEDIA, JARING,
GOL!
• Kemenangan sesuatu pasukan dalam
permainan bola jaring ditentukan oleh
jumlah gol yang dijaringkan.
• Oleh itu, pemain haruslah menguasai
kemahiran menjaring dari pelbagai
jarak dalam bulatan gol.
• Hanya pemain yang berperanan
sebagai penjaring gol (GS) dan
penyerang gol (GA) dibenarkan
menjaringkan gol dalam bulatan gol
kawasan menyerang
SEDIA, JARING,
GOL!
• Faktor-faktor seperti cara
menangkap bola oleh penjaring,
kedudukan penjaring dan
pengadang, percubaan menjaring
boleh dilakukan dari mana-mana
tempat dalam bulatan gol dengan
menggunakan kedua-dua belah
tangan atau sebelah tangan secara
statik atau gerak selangkah dari
pelbagai jarak.
MENJARING
DUA BELAH
KAKI
TOUCH DOWN
• Mengadang ialah asas pertahanan dalam
permainan bola jaring.
• Tujuan mengadang adalah untuk
menghalang hantaran penerimaan dan
jaringan bola
• Kedudukan pengadang yang baik dapat
mengehadkan sudut hantaran, ruang dan
kelajuan bola yang ingin dihantar oleh
pihak penyerang.
• Semasa mengadang, pemain perlu berada
berhampiran dengan pihak lawan.
TOUCH DOWN

• Kemahiran mengacah dan dodge


merupakan pergerakan pantas
dan tangkas yang membolehkan
pemain membebaskan diri
daripada pengadang untuk
menerima hantaran.
• Kemahiran ini boleh digunakan
untuk menukar arah dengan
cepat bagi mewujudkan ruang.
Mari kita tingkatkan kemahiran
mengadang dan mengacah
melalui permainan “Touch
Down!”.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai