Anda di halaman 1dari 4

Langkah-Langkah Menjaga Alam

Sekitar
Media Massa
•  media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak
memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen
adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga
atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar
yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam
sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding
media-media lain.
Kempen Alam Sekitar
•  Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam
kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti
menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran
kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan
pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman
pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat
mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Teknologi moden
• Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif.
Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu,
dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti
kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu
 akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti
penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon
monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai