Anda di halaman 1dari 8

SJK TAMIL LDG SABAK BERNAM, SELANGOR

BBD 6040 Fax/Tel : 03-32140013


e-mail : bbd6040@btpnsel.edu.my

MINIT CURAI

A.Butiran Laporan

1. Kepada Guru Besar SJKT Ladang Sabak Bernam

2. Daripada Cik Naveenah A/P Balakrishnan

3. Salinan Kepada Guru Besar

4. Rujukan Surat Panggilan PPDSD.UPA 100-4/2/5 Jld.4(34)

5. Perkara/Aktiviti Bengkel Pemantapan PBD SAINS Fokus Peningkatan


Pencapaian TP6

6. Tarikh dan masa 26 Oktober 2021 (Selasa)


3.00 Petang
7. Tempat Lokasi masing-masing

8. Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam


(Panitia Sains Daerah Sabak Bernam)

9. Pengerusi/Urus setia/ 1. Cik Norashikin Hanim binti Yahya


Pegawai Meja (Pengerusi)
2. Puan Wan Noor Izah binti Abu Bakar
(Pegawai SISC+ Matematik dan Sains)
3. Encik Muhamad Hassim bin Sabran
(Pegawai SISC+ Matematik dan Sains )

10. Juru latih -


B.Perkara yang dibincangkan

Bil. Perkara
Tujuan Mesyuarat /Taklimat / Bengkel
1.
- Taklimat diadakan untuk memberi ilmu tentang perkara-perkara
berikut:
1. Maksud PBD
2. Maksud pentaksiran
3. Kaedah Pentaksiran
4. Instrumen pentakisran
5. Tahap Penguasaan
6. Proses Pdp
7. Pertimbangan Profesional
8. Persediaan guru sebelum mentaksir murid
9. Strategik pdpc sains
10. Panduan menjalankan PBL
11. Istilah-istilah standard prestasi

i : Kata aluan
Puan Azhani Binti Hamid
(Guru Sains SK Tun Dr Ismail)
- Mengalukan kehadiran semua peserta bengkel

ii) Perkongsian ilmu – Pelaksanaan PBD untuk Pencapaian TP 6 :


Puan Siti Aishah
(Guru Cemerlang Sains SK Tun Dr Ismail)
1. Maksud PBD
- PBD merupakan pentaksiran berterusan sepanjang Pdp
- Bukan membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain
- Bertujuan melihat perkembangan murid dalam pembelajaran di
samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Bil. Perkara
2. Maksud pentaksiran
- Proses mengumpul, menganalisis, dan membuat refleksi yang
berterusan terhadap bukti pembelajaran dalam membuat
pertimbangan yang konsisten ke arah menambah baik
pembelajaran murid dan pengajaran murid.
- Perlu ada bimbingan dan penambahbaik pencapaian murid
- Penilaian
 proses rakaman sistematik dan menilai hasil yang diperoleh
dalam proses pembelajaran para pelajar.
 dilakukan dengan mempertimbangkan objektif pendidikan
yang dinyatakan dalam program sekolah.
 dilakukan dengan cara yang berbeza : melalui ujian (bertulis
atau lisan)
- Pengukuran
 menentukan instrumen atau dengan hubungan atau formula
sebelumnya, hasil dalam parameter yang dipilih.

3. Kaedah pentaksiran
- Formatif
 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
 Pentaksiran yang melibatkan guru menggunakan bukti
tentang pengetahuan, pemahaman dan kemahiran murid
untuk memaklumkan tentang pengajaran mereka
- Formatif
 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
 Berlaku apabila murid adalah penilai mereka sendiri
 Murid memantau pembelajaran mereka sendiri, bertanya
soalan dan menggunakan pelbagai strategik untuk
menentukan apa yang mereka tahu dan boleh lakukan dan
bagaimana menggunakan pentaksiran untuk pembelajaran
Bil. Perkara
baharu.
- Sumatif
 Pentaksiran Tentang Pembelajaran
 Untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid pada
satu-satu masa (di akhir sesuatu tempoh pembelajaran)
 Pentaksiran ini membolehkan murid, guru, ibu bapa dan
pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid.

4. Instrumen pentaksiran
- Kuiz
- Kerja projek
- Folio
- Ujian bulanan
- Peperiksaan
- Penilaian kendiri
- Refleksi kendiri
- Penilaian rakan sebaya

5. Tahap penguasaan
- TP 1 – TP 6
- Merujuk standard prestasi dinyatakan dalam kurikulum
- Menggunakan pertimbangan profesional untuk menetapkan tahap
penguasaan murid

6. Proses Pdp
- Aktiviti pembelajaran (menepati kurikulum dan PAK 21)
- Tugasan individu atau kumpulan, sumbang saran, debat, sketsa,
pembentangan multimedia, projek atau aktiviti mengeksperimen
Bil. Perkara
7. Guru Membuat Pertimbangan Profesional Berdasarkan
- Pengetahuan
- Tanggungjawab profesional
- Input murid
- Pengalaman

8. Persedian guru sebelum mentaksir murid


 Kurikulum sains
 Pedagogi sains
 Istilah sains
 Explore sains
 Kreatif
 Teknik penandaan kertas sains
 Berani
 Menjiwai
 Sentiasa belajar
 Yakin diri

9. Strategi PDPC Sains


- Inkuiri
- Konstruktivisme
- Kontekstual
- Masteri
- Projek (ambil waktu panjang)
- PBL (proposal, pelaporan dan pembentangan)
- STEM
- Eksperimen/penyiasatan saintifik
- KmR (gabungan beberapa mata pelajaran untuk menjayakan
projek)
Bil. Perkara
- Lawatan/guna sumber luar
- Simulasi (main peranan, permainan, penggunaan model)
- PAK 21
- Aplikasi teknologi

10. Panduan Menjalankan PBL (7 panduan)


- Beri tajuk
- Bimbing murid cari kaedah untuk siapkan projek
- Bimbing murid kenal pasti bahan
- Tentukan jangka masa
- Bimbing murid selesaikan projek
- Murid bentang projek
- Murid buat refleksi proses penghasilan projek

11. Istilah – istilah standard prestasi


- Menjana idea = Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu
perkara
- Kemahiran menaakul = Membuat pertimbangan secara logik,
rasional, adil dan saksama.
- Mensintesiskan = Mengabungkan unsur yang berasingan untuk
menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti
pernyataan, lukisan dan artifak.
- Menganalisis = Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil
untuk memahami dengan lebih mendalam
- Menganalogikan = Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep
yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan
konsep yang mudah
- Mengitlakkan = Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu
perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke
Bil. Perkara
atas sampel
- Membuat gambaran = Membuat tanggapan atau membayangkan
sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau
fikiran
- Mengkonsepsikan = Membuat pengitlakan ke arah membina
pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik

iii. Hal-hal lain :

 Perbincangan program anjuran SK Tun Dr Ismail


- Menganjurkan dua program untuk semua sekolah di daerah
Sabah Bernam

PENUTUP
Pn. Hajah Noor Aida Bt Ngat Denim mengucapkan ribuan terima kasih
dan berharap semua Ketua Panitia Sekolah boleh memberikan kerjasama.

Taklimat ditangguhkan pada pukul 5.40 petang.


Disahkan oleh;
C. Tandatangan Pegawai Pelapor:

.......................................................... ..................................................
(NAVEENAH A/P BALAKRISHNAN)

Tarikh : 27/10/2021
“SEKOLAH GEMILANG 2020”
Kami mengamalkan ISO 9001:2008

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00

Anda mungkin juga menyukai