Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/343416796

PENGHAYATAN SIFAT ALLAH AL-HAKIM DALAM PEMBINAAN


KEPERIBADIAN BELIA: TEORI IMAM AL-GHAZALI SEBAGAI MODUL APLIKASI

Article  in  Journal of Critical Reviews · August 2020


DOI: 10.31838/jcr.07.05.21

CITATIONS READS

0 2,220

3 authors:

Salwani Arbak Aminurraasyid Yatiban


Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia
6 PUBLICATIONS   2 CITATIONS    13 PUBLICATIONS   4 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Ummu Atiyah Ahmad Zakuan


Universiti Utara Malaysia
31 PUBLICATIONS   30 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Modelling a Quality Work-Life through Social Support System Among Working Women in Malaysia View project

Edited Book on ‘Maritime Management: Trade, Supply Chain and Security’ View project

All content following this page was uploaded by Salwani Arbak on 04 August 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGHAYATAN SIFAT ALLAH AL-HAKIM DALAM PEMBINAAN
KEPERIBADIAN BELIA: TEORI IMAM AL-GHAZALI SEBAGAI MODUL
APLIKASI

Salwani Arbak2, Aminurrasyid Yatiban3,


Ummu Atiyah 4,
1
Institute of Excellence For Islamicjerusalem Studies, Universiti Utara Malaysia
Correspondent email: salwani@uum.edu.my

ABSTRAK

Artikel ini memberikan tumpuan kepada teori-teori penghayatan Asmaul Husna (nama-
nama Allah yang mulia) yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan salah satu
daripadanya ialah Al-Hakim. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah
perbandingan antara beberapa teori ilmuan dan sarjana Islam dengan memberi fokus
utama kepada teori dan interpretasi yang diketengahkan oleh Imam al-Ghazali melalui
kitabnya Al-Maqsad al-Asna. Antara dapatan dari kitab ini adalah kemuliaan seseorang
hamba disisi Allah adalah dengan mengamalkan sifat-sifat yang terpuji melalui
penghayatan sifat-sifat Allah di dalam kehidupan. Belia yang mempunyai sifat al-Hakim
memiliki keimanan yang kukuh, bijaksana dalam membuat keputusan dan bertindak,
bijak mentadbir, mampu membimbing orang lain, dan pendapatnya menjadi panduan
kepada orang lain. Dengan kukuhnya keimanan belia muslim akan sentiasa istiqamah
mengamalkan dan mematuhi ajaran Islam dalam kehidupannya seharian. Kebijaksanaan
seorang belia muslim pada hakikatnya diukur dengan keteguhan imannya dan
kepatuhannya pada ajaran agama Islam. Selain itu belia yang bijaksana dalam
menguruskan hati, akal dan mengawal hawa nafsu dan juga bijak dalam mengurus
kehidupan, berfikir dan bertindak. Namun begitu bagi melahirkan belia bersifat Al
Hakim bukanlah sesuatu yang mudah. Ia merupakan usaha yang berterusan daripada
pelbagai pihak termasuk belia, ibu-bapa dan keluarga, para pendidik, penggubal polisi,
masyarakat keseluruhannya. Imam Al-Ghazali juga menitikberatkan urusan penyucian
hati di dalam proses pembentukan keperibadian seorang belia muslim. Dapatan kajian ini
diharap dapat membuahkan suatu kaedah penghayatan Asmaul Husna yang relevan
dalam membina belia berkeperibadian unggul. Ianya harus dijadikan satu modul aplikasi
moden buat generasi belia masa kini yang lebih mudah terdedah kepada unsur-unsur
negatif yang bercanggah dengan Islam jika aspek pembinaan keperibadian dari segi
aqidah, dan kerohanian belia diabaikan.

Kata kunci: Belia, Al-Ghazali, Asmaul Husna, Al-Hakim.

Pengenalan

Golongan belia merupakan penentu kelangsungan sesebuah negara. Kewujudan belia yang
dinamik, proaktif, berdaya maju dan berwibawa adalah indikasi kejayaan dan kecemerlangan
negara pada masa hadapan.

1
Kajian ini cuba untuk mengupas persoalan pembinaan belia yang benar-benar mengaplikasikan
nilai-nilai wasatiyyah Islam dalam diri melalui teori penghayatan al-Asmaul Husna yang ingin
diketengahkan dengan menjadikan ikon-ikon muda Islam masa kini dan keluarga mereka
sebagai responden. Pembinaan generasi wasatiyyah yang diimpikan ini sudah pasti
memerlukan suatu model baharu dan teori pengaplikasian yang praktikal untuk diterapkan
kepada generasi belia, golongan pendidik, dan ibu bapa pada masa akan datang.

Belia
Menurut Kamus Dewan (2015), perkataan belia adalah merujuk kepada golongan muda secara
keseluruhanya baik lelaki mahupun wanita. Namun begitu, perkataan belia di Malaysia
biasanya ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 15 hingga 40 tahun. Walau
bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti pembangunan belia,
tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.
(http://www.kbs.gov.my/my/info-kbs/kumpulan-sasar.html; Dasar pembangunan Belia
Negara, 1985).

Islam memberi pengiktirafan yang tinggi buat generasi belia yang benar-benar mengamalkan
cara hidup yang berpaksikan kepada keimanan serta ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-
Nya. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT ketika merakamkan kisah golongan Ashab
al-Kahf (penghuni-penghuni gua):
‫علَى قُلُوبه ْم إذْ قَا ُموا‬ ْ َ‫﴾ َو َرب‬31﴿ ‫علَيْكَ نَبَأَهُم ب ْال َحق إنَّ ُه ْم فتْيَة ٌ آ َمنُوا ب َربه ْم َوزدْنَاهُ ْم هُد ًى‬
َ ‫طنَا‬ َ ‫ص‬ ُّ ُ‫نَ ْح ُن نَق‬
﴾31﴿ ‫طا‬ ً ‫ط‬ َ ‫اوات َو ْاْل َ ْرض لَن نَّدْعُ َو من د ُونه إلَ ًها لَقَدْ قُ ْلنَا إذًا‬
َ ‫ش‬ َ ‫س َم‬َّ ‫فَقَالُوا َر ُّبنَا َربُّ ال‬
Mafhumnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;
Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk; “Dan Kami
kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun
(menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan
yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami
memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (QS al-Kahfi:
13-14)

Dua ayat suci al-Quran ini secara tidak langsung mengambarkan ciri penting yang perlu ada
pada golongan belia Islam iaitu keimanan yang teguh kepada Allah SWT dan berusaha untuk
mendapatkan petunjuk-Nya iaitu dengan beristiqamah dalam ketaatan pada-Nya. Kemudian
Allah SWT tambahkan lagi nikmat kepada mereka dengan kekuatan hati dan semangat dalam
mempertahankan keimanan mereka dengan sepenuh pergantungan kepada-Nya. Bukan sekadar
itu, terdapat banyak hadis-hadis Nabi SAW yang menggambarkan kepentingan dan
keistimewaan golongan belia yang taat kepada Allah SWT. Antaranya ialah sabda Nabi SAW:
...‫شأ َ فى عبَادَة اللَّه‬ َ ‫س ْبعَةٌ يُظلُّ ُهمُ اللَّهُ تَعَالَى فى ظله يَ ْو َم الَ ظ َّل إالَّ ظلُّهُ إ َما ٌم‬
َ َ‫عدْ ٌل َوشَابٌّ ن‬ َ
Mafhumnya:
“Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah SWT dengan perlindungannya
pada hari yang tiada pelindungan melainkan perlindungannya: seorang

2
pemimpin yan adil; dan seorang pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada
Allah SWT…”(HR al-Bukhari)

Begitu juga hadis yang menerangkan kisah ghulam (budak) yang menegakan kebenaran dan
mempertahan aqidahnya, bahkan hampir semua kisah penyebaran dakwah dan perjuangan
aqidah sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan setelahnya adalah
digiatkan oleh golongan muda dan belia. Golongan belia juga seolah-olah menjadi tanda aras
dan kayu ukur bagi keunggulan sesuatu umat dan tamadun.

ASMAUL HUSNA
Definisi
Asmaul Husna atau al-Asma al-Husna (‫ )اْلسماء الحسنى‬dari segi bahasa Arab, adalah gabungan
daripada kata nama dan sifatnya (adjektif), iaitu perkataan al-asma dan perkataan al-Husna.
Perkataan al-asma (‫ )اْلسماء‬itu sendiri adalah kata jamak bagi perkataan ism (‫ )اسم‬yang
membawa erti nama. Huruf Alif dan Lam (‫ أداة التعريف‬- ‫ )ال‬disini berfungsi sebagai tanda bahawa
kata nama tersebut adalah kata nama yang dikhaskan untuk sesuatu ataupun telah diketahui
pemilik nama-nama tersebut, iaitu Allah SWT tuhan sekalian alam.
Manakala perkataan al-Husna (‫ )الحسنى‬pula adalah perkataan Muannath bagi perkataan al-
Ahsan (‫ )اْلحسن‬yang bererti terindah dan terbaik. Maka gabungan padanan daripada kedua-dua
perkataan ini menghasilkan makna Asmaul Husna sebagai Nama-nama Allah yang terindah.
Nama-nama ini adalah kumpulan nama yang dipilih sendiri buat diri-Nya yang diketahui
melalui al-Quran dan as-Sunnah (hadis) Nabi Muhammad SAW.(al-Majlis al-A’la li Syuun al-
Islamiyyah 2003: 141).

Al-Hakim (‫ )الحكيم‬:Yang Maha Bijaksana


Telah diketahui umum bahawa Al-Hakim merupakan salah satu nama Allah dalam rantaian
Asmaul Husna. Lafaz al-Hakim (‫ )الحكيم‬ini mempunyai kata dasar yang sama dengan al-Hakim
(‫)الحاكم‬. Kedua-dua nama dan sifat ini mempunyai maksud yang sama pada hak Allah SWT
walaupun berbeza dari segi bentuk lafaz. Lafaz al-Hakim (‫ )الحكيم‬ini merupakan antara nama-
nama Allah yang terlalu banyak terdapat dalam ayat al-Quran secara bergandingan sifat dan
nama Allah yang lain; seperti al-Khabir, al-Alim, namun lebih sering berada secara
bergandingan dengan lafaz al-Alim dan al-Aziz.
Firman Allah SWT:
َ ‫علَى ْال َمالَئكَة فَقَا َل أَنبئُوني بأ َ ْس َماء هَؤُالء إن كُنت ُ ْم‬
ْ‫﴾ قَالُوا‬13﴿ َ‫صادقين‬ َ ‫ض ُه ْم‬ َ ‫علَّ َم آدَ َم اْل َ ْس َماء كُلَّ َها ث ُ َّم‬
َ ‫ع َر‬ َ ‫َو‬
ْ ْ َ
﴾13﴿ ‫عل ْمتَنَا إنَّكَ أنتَ العَلي ُم ال َحكي ُم‬َّ َّ ْ
َ ‫سُ ْب َحانَكَ الَ عل َم لَنَا إال َما‬
Mafhumnya:
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan
yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami
tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana". (QS al-Baqarah: 31-32)

Firman Allah SWT:

3
﴾6﴿ ‫يز ْال َحكي ُم‬
ُ ‫ْف َيشَاء الَ إلَهَ إالَّ ه َُو ْال َعز‬ َ ُ‫ه َُو الَّذي ي‬
َ ‫صو ُركُ ْم في اْل َ ْر َحام َكي‬
Mafhumnya:
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang
dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS Aali ‘Imran: 6)

Firman Allah SWT:


ُ ‫َوه َُو ْالقَاه ُر فَ ْوقَ عبَاده َوه َُو ْال َحكي ُم ْالخَب‬
﴾31﴿ ‫ير‬
Mafhumnya:
Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dangan tadbir dan takdir);
dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya. (QS
al-An’am: 18)

Selain merupakan antara nama-nama Allah yang mulia, lafaz ini dalam bahasa Arab juga
mempunyai beberapa maksud dan penggunaan yang lain iaitu seseorang yang mempunyai
hikmah dan kebijaksanaan; ahli falsafah; doktor atau perawat; juga sesuatu yang tersusun
secara tepat dan terpelihara misalnya Al-quran (Majma’ al-Lughah al-’Arabiyyah 2004).

Al-Hakim menurut perspektif sarjana Islam.


Al-Hakim sabagai nama Allah pula menurut Imam al-Ghazali (1999) bermaksud: Yang
mempunyai kebijaksanaan (hikmah). Kebijaksanaan yang dimaksudkan ini pula ialah
pengetahuan tentang sebaik-baik perkara secara tepat, sempurna dan terbaik. Sebaik-baik
pengetahuan sudah semestinya ialah ilmu berkenaan Allah SWT, dan tiada sesiapa yang
mengenali-Nya sebaik diri-Nya sendiri. Maka sifat sesempurna ini sudah pasti tidak wujud
melainkan pada Allah SWT. Dialah al-Hakim yang sebenar-benarnya. Selain itu Al-Hakim
juga membawa maksud Pencipta yang halus serta teliti penciptan-Nya. Hakikatnya, sifat ini
juga hanya ada pada Allah SWT.

Menurut Dr. Muhammad Bakar (2000), al-Hakim ialah yang mempunyai ilmu yang meliputi
setiap sesuatu secara menyeluruh; yang menghitung setiap sesuatu tanpa terabai; yang
menciptakan dan menentukan; yang mentadbir tanpa kecuaian dan kecacatan; yang
menghukum hamba-Nya dengan keadilan mutlak; yang berkata dengan hak; pemberi petunjuk
ke jalan yang benar dengan penuh hikmah dan hujah-hujah yang nyata; dan penentu ketentuaan
qada dengan kekuasaan yang tidak mampu dihalang dan dielak oleh sesiapa pun. Dialah yang
menganugerahkan kepada hamba-Nya yang terpilih dengan hikmah dan kepetahan berbicara
atau kecerdikan berfikir.

Syeikh Abd al-Razzaq (2008) pula menyimpulkan makna al-Hakim menunjukkan kepada dua
makna, iaitu kesempurnaan hukum dan kesempurnaan hikmah bagi Allah SWT.
Kesempurnaan hukum bagi Allah adalah dengan maksud bahawa Allah SWT sahaja penentu
mutlak dan penghukum tunggal ke atas hambanya, sebagaimana yang Dia kehendaki dan
dengan apa sahaja yang Dia kehendaki.
Hal ini dibuktikan dengan beberapa firman-Nya:
﴾1﴿ َ‫ْس اللَّهُ بأ َ ْحكَم ْال َحاكمين‬
َ ‫أَلَي‬

4
Mafhumnya:
“Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadil-adil Hakim?”(QS at-
Tin: 8)

ُ‫اوات َو ْاْل َ ْرض أَبْص ْر به َوأَسْم ْع َما لَ ُهم من د ُونه من َولي ٍّ َو َال يُ ْشرك‬
َ ‫س َم‬
َّ ‫ْب ال‬ َ ُ‫قُل اللَّهُ أ َ ْعلَ ُم ب َما لَبثُوا لَه‬
ُ ‫غي‬
﴾36﴿ ‫في ُح ْكمه أ َ َحدًا‬
Mafhumnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jualah yang paling mengetahui tentang
masa mereka tidur; hanya bagi-Nya sahaja ilmu pengetahuan segala rahsia langit
dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada
bagi penduduk langit dan bumi pelindung selain daripada-Nya dan Dia tidak
menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukum-Nya.” (QS al-Kahfi:26)

َ ‫سري ُع ْالح‬
﴾13﴿ ‫ساب‬ َ ‫ب ل ُح ْكمه َوه َُو‬ ْ َ ‫ص َها م ْن أ‬
َ ‫ط َراف َها َواللهُ يَحْ كُ ُم الَ ُمعَق‬ َ ‫أ َ َولَ ْم يَ َر ْواْ أَنَّا نَأْتي اْل َ ْر‬
ُ ُ‫ض نَنق‬
Mafhumnya:
Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan
bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan
menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan
kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang
dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya, dan dia
lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya.(QS ar-Ra'd: 41)

َّ َ‫ان إن ْال ُح ْك ُم إالَّ لله أ َ َم َر أ‬


‫ال‬ َ ‫َما ت َ ْعبُد ُونَ من د ُونه إالَّ أ َ ْس َماء سَ َّم ْيت ُ ُموهَا أَنت ُ ْم َوآبَآ ُؤكُم َّما أَنزَ َل اللهُ ب َها من سُ ْل‬
ٍّ ‫ط‬
﴾14﴿ َ‫ت َ ْعبُد ُواْ إالَّ إيَّاهُ ذَلكَ الدي ُن ْالقَي ُم َولَك َّن أ َ ْكث َ َر ال َّناس الَ َي ْعلَ ُمون‬
Mafhumnya:
“Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan
sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan
amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS Yusuf: 40).

Kesempurnaan hikmah bagi Allah SWT pula diertikan sebagai kesempurnaan hikmah dan
kebijaksanaan pada penciptaan, perintah, hukum-hakam syariat-Nya dengan menetapkan
sesuatu sesuai dan bertepatan pada tempat serta keadaannya; dalam keadaan tiada sesiapa yang
mampu mempersoalkan-Nya, apalagi mencela mengkritik-Nya.

Hal ini juga dibuktikan dengan beberapa firman Allah SWT:


﴾1﴿‫ور‬ َ َ‫ارجع ْالب‬
ٍّ ُ‫ص َر ه َْل ت ََرى من فُط‬ ْ َ‫ت ف‬ َّ ‫ت طبَاقًا َّما ت ََرى في خ َْلق‬
ُ ‫الر ْح َمن من تَف‬
ٍّ ‫َاو‬ ٍّ ‫اوا‬
َ ‫س َم‬ َ َ‫الَّذي َخلَق‬
َ ‫س ْب َع‬
﴾1﴿ ‫ير‬ٌ ‫ص ُر خَاسأ ً َوه َُو َحس‬
َ َ‫ص َر ك ََّرتَيْن يَنقَلبْ إلَيْكَ ْالب‬
َ َ‫ارجع ْالب‬ْ ‫ث ُ َّم‬
Mafhumnya:
“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-
lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu
sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-

5
ragu) maka ulangilah pandanganmu, dapatkah engkau melihat sebarang
kecacatan?.” “Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya
pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat
sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga
dengan sia-sia).” (QS al-Mulk:3-4)

َ‫ير ب َما ت َ ْف َعلُون‬ َ ‫ص ْن َع اللَّه الَّذي أَتْقَنَ كُ َّل‬


ٌ ‫ش ْيءٍّ إنَّه ُ خَب‬ َ ‫َوت ََرى ْالجبَا َل تَ ْح‬
َ ‫سبُ َها َجامدَة ً َوه‬
َّ ‫ي ت َ ُم ُّر َم َّر ال‬
ُ ‫س َحاب‬
﴿88﴾
Mafhumnya:
“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku,
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) ciptaan Allah
yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan penuh teliti dan sebaik-baiknya;
sesungguhnya Dia amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu
lakukan.” (QS an-Naml:88)

Berdasarkan kepada beberapa pandangan para sarjana dan ilmuan Islam mengenai maksud al-
Hakim ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa maksud bagi sifat al-Hakim adalah berputar
pada beberapa perkara iaitu kebijaksanaan, berkuasa penentu hukuman dan perintah yang
sempurna, dan mempunyai ilmu secara sempurna dan mendalam.

Imam al-Ghazali dan karya beliau al-Maqsad al-Asna


Hujjat al-Islam, Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Tusi, atau
lebih dikenali dengan panggilan al-Ghazali merupakan salah seorang sarjana Islam terulung
yang tidak dapat dinafikan sumbangan besar beliau dalam dunia keilmuan Islam. Beliau
dilahirkan pada tahun 450H di bandar Tus. Antara guru beliau yang masyhur ialah Abd al-
Malik ibn Abd Allah ibn Yusuf al-Juwaini (478H) yang lebih dikenali sebagai Imam al-
Haramain. Imam al-Ghazali merupakan seorang yang luar biasa kecerdasan fikirannya, petah
dan fasih tutur katanya, kuat ingatannya, mahir dalam berhujah dan berdebat pada zamannya.
Kehebatan ilmu beliau diperakui sendiri oleh gurunya iaitu Imam al-Haramain dengan kata-
katanya: “Al-Ghazali adalah (umpama) lautan yang dalam”. Imam al-Ghazali memiliki kitab-
kitab yang ditulis dalam pelbagai bidang keilmuan dan majlis-majlis pengajiannya dihadiri oleh
para ulama yang terkenal. Antara karya besar penulisan beliau ialah, Ihya Ulum al-Din yang
tidak pernah ditulis seumpamanya, al-Iqtisod fi al-Iktiqad dalam bidang akidah, al-Mustosfa
dan al-Mankhul dalam bidang Usul al-Fiqh, al-Basit, al-Wasit, al-Wajiz dalam bidang fekah
mazhab Imam al-Syafie RA. Hampir semua karya-karya al-Ghazali dipelajari dan menjadi
rujukan umat Islam sejak zaman-berzaman. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jamad
al-Akhir tahun 505H dan dikebumikan di Tus ketika berumur 55 tahun (al-Subki, 1964).

Kitab al-Maqsad al-Asna


Imam al-Ghazali telah membincangkan topik berkenaan kaedah penghayatan Asmaul Husna
dalam kehidupan dalam kitabnya al-Maqsad al-Asna fi Syarh al-Asma al-Husna secara
terperinci. Imam al-Ghazali menyusun kitab ini kepada tiga bahagian yang utama:

6
1. Bahagian pertama berkaitan al-Sawabiq wa al-Muqaddimat iaitu perkara-perkara
permulaan dan pendahuluan yang merangkumi 4 fasal yang penting sebelum menyelami
maksud dan menghayati makna-makna Asmaul Husna.
2. Bahagian Kedua pula ialah al-Maqasid wa al-Ghayat (perkara-perkara menjadi tujuan dan
matlamat) iaitu penerangan secara mendalam berkenaan makna-makna sembilan puluh
sembilan Asmaul Husna secara satu persatu berserta kaedah penghayatan seorang hamba
berkenaan nama-nama Allah tersebut.
3. Bahagian ketiga daripada kitab ini pula ialah al-Lawahiq wa al-Takmilat (perkara-perkara
pengakhiran dan pelengkap perbahasan) yang dibahagikan kepada tiga fasal yang berkaitan
perbahasan adakah nama dan sifat Allah dari segi tawqif (ketetapan Allah) hanya tertakluk
pada sembilan puluh sembilan nama sahaja? Apakah kelebihan dan faedah mengira
sembilan puluh sembilan nama-nama tersebut? Dan adakah nama Allah dan sifatnya boleh
disabitkan dengan akal?

Kitab ini merupakan antara rujukan utama ulama aliran al-Asya’irah dalam menjelaskan
maksud Asmaul Husna. Antara mereka ialah Imam Fakhr al-Din al-Razi (w 606H) dalam
kitabnya berjudul Lawami’ al-Bayanat Syarh Asma Allah wa al-Sifat. Antara ulama yang
pernah meringkaskan kitab ini pula ialah Syams al-Din Muhammad ibn Ibrahim al-Khatib al-
Waziri (w 867H). (Haji Khalifah, 1941)

Aplikasi penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan menurut Imam al-Ghazali


Dalam kitab ini Imam al-Ghazali mengunakan istilah ataupun terma ‘berakhlak’ bagi
menerangkan konsep penghayatan yang mampu dilakukan oleh seorang manusia. Dalam hal
ini, beliau menulis dalam suatu fasal dalam kitab tersebut:

‫الفصل الرابع في بيان أن كمال العبد و سعادته في التخلق بأخالق الله تعالى و التحلي بمعاني صفاته و‬
. ‫أسمائه بقدر ما يتصور في حقه‬
“Fasal Yang Keempat Pada Menyatakan Bahawa Kesempurnaan Seorang
Hamba Dan Kebahagiaannya Adalah Dengan Berakhlak Dengan Akhlak Allah
Taala, Dan Berhias Diri Dengan Makna-Makna Sifat-SifatNya Dan Nama-
NamaNya Dengan Kadar Yang Tergambar Pada Kedudukannya (Sebagai
Seorang Hamba)”. (al-Ghazali, 1999)

Dalam fasal ini Imam al-Ghazali menegaskan bahawa antara perkara yang membawa kepada
kebahagiaan kepada seseorang hamba dan menjadikan dirinya menjadi seorang hamba yang
sempurna ialah berakhlak dengan akhlak Allah. Tidak dinafikan bahawa kemampuan manusia
amat terbatas, bahkan tidak layak sama sekali untuk dibandingkan dengan sifat tuhan yang
maha mulia. Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan berakhlak dengan akhlak Allah di sini
ialah berusaha mengamalkan akhlak-akhlak mulia sekadar yang menjadi kemampuan seorang
hamba, bukan dengan merasakan diri mempunyai persamaan sifat dengan sifat tuhan yang
sudah pasti bercanggah aqidah Islam dan akal yang sihat.

Secara zahirnya, penggunaan terma ‘berakhlak dengan akhlak Allah’ ini seolah-olah
mensabitkan persamaan dan kemampuan manusia bersifat dengan sifat-sifat Allah, namun

7
bukanlah itu yang dimaksudkan bahkan perkara tersebut adalah sangat mustahil. Persoalan ini
dijawab oleh Imam al-Ghazali dengan menjelaskan bahawa penggunaan terma yang sama tidak
semestinya menunjukkan persamaan dari segi hakikat. Seumpama sifat hidup bagi tuhan dan
sifat hidup bagi manusia sudah pastinya berbeza kerana hidup tuhan besifat kekal, mutlak,
sediakala dan tidak mempunyai permulaan. Sedangkan kehidupan manusia atau seorang
makhluk pula mempunyai permulaan, diakhiri dengan kematian dan tidak mutlak, kerana
masih bergantung kepada kehendak Allah SWT, bahkan setiap perkara yang berkaitan dengan
makhluk adalah berdasarkan kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.

Proses penghayatan sifat-sifat Allah dan Asmaul Husna berdasarkan pandangan Imam al-
Ghazali (1999) ini boleh disimpulkan dan dirumuskan seperti dalam rajah yang berikut ini:

P Nikmat Ketiga
Untuk Golongan
e
Nikmat Kedua Muqarrabin:
r Untuk Golongan
i Muqarrabin
Nikmat Pertama
n Untuk Golongan Berusaha untuk
g Muqarrabin (Dekat mendapatkan sifat-
sifat tersebut
k Kepada Allah Penghayatan yang
SWT) terpancar dan dengan berakhlak
a dan berhias
terbias daripada
t rasa kekaguman dengannya. Maka
Mengetahui makna- serta pengagungan dengan itu seorang
T makna tersirat kehebatan Allah hamba menjadi
i daripada Asmaul SWT yang hamba yang
Husna melalui jalan rabbani, iaitu hamba
n menyebabkan
yang dekat dengan
mukasyafah dan mereka rindu dan
g musyahadah Tuhannya, dan dia
berusaha untuk
g anugerah Allah mendekati sifat akan setanding
i SWT. tersebut. dengan para
malaikat Allah yang
mulia.

Peringkat Asas Bagi Golongan Awam Dan Abrar (Orang-orang Soleh):

Memahami makna lafaz-lafaz Asmaul Husna dari segi bahasa dan berdasarkan dalil-dalil
syarak, serta mengimani dan yakin dengan kesempurnaan sifat-sifat dan nama-nama
Rajah 1: Peringkat penghayatan Asmaul Husna menurut Imam al-Ghazali.

Menurut Imam al-Ghazali, pengetahuan dan penghayatan Asmaul Husna boleh dibahagikan
kepada dua peringkat utama. Pertama ialah peringkat al-Abrar iaitu yang bermaksud orang-
orang baik, iaitu golongan daripada kalangan orang-orang soleh, para ulama biasa dan muslim
kebanyakan. Kedua pula ialah peringkat al-Muqarrabin yang bermaksud golongan yang
sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, iaitu daripada kalangan yang pertama

8
juga, tetapi telah meningkat kedudukan mereka di sisi Allah dengan sebab kefahaman dan
keimanan mereka yang mendalam serta usaha mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT dengan ketaatan. Seolah-olah peringkat atau darjat awam hanyalah dengan mengetahui
maksud dan mengimani nama-nama dan sifat Allah semata-mata, manakala peringkat dan
darjat yang lebih tinggi daripada itu ialah mengetahui, mengimani dan berusaha mencontohi
atau mengamalkan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia itu dengan kemampuan dirinya
sebagai hamba. Peringkat kedua inilah yang disifatkan sebagai penghayatan Asmaul Husna
yang sebenar-benarnya.

Kesimpulannya, maksud Imam al-Ghazali berkenaan dengan terma atau pengistilahan


perkataan ‘berakhlak’ ialah penghayatan seorang hamba yang merangkumi aspek pemahaman
makna sesuatu sifat Allah, keimanan dengan sifat tersebut yang merupakan sifat sempurna bagi
Allah, dan berusaha mengikuti dan contohi akhlak dan sifat mulia Allah dengan kapasiti dirinya
sebagai seorang hamba Allah SWT.

Aplikasi penghayatan al-Hakim dalam pembinaan belia


Aplikasi penghayatan sifat al-Hakim ialah dengan memahami, mengimani dan berusaha
menerapkan nilai sifat tersebut dalam diri. Perkara ini mungkin boleh diukur dengan mengenal
pasti unsur-unsur yang mampu diaplikasikan oleh seorang manusia, sebagai adaptasi
penghayatan daripada sifat-sifat mulia Allah yang terkandung dalam nama-Nya al-Hakim.
Rajah berikut menjelaskan secara ringkas berkenaan perbezaan sifat al-Hakim Allah dan
makhluk-Nya serta kaitannya dengan proses aliran penghasilan individu bercirikan sifat al-
hakim.

Perbezaan Maksud Al-Hakim Pada Hak Allah


SWT dan Al-Hakim Pada Makhluk-Nya
Kesan: Ciri-ciri Utama
Seorang Manusia Yang
Bersifat Al-Hakim:
Sifat Al-Hakim 1. Keimanan yang kukuh.
Yang Pada 2. Istiqamah dalam
Sifat Al-Hakim melaksanakan tuntutan Syariat.
Allah -Maha Makhluk Allah.
-Kebijaksanaan yang 3. Mempunyai ilmu yang
Bijaksana. terbatas. Terdapat bermanfaat yang mendekatkan
Kebijaksanaan dalam dua kategori: dirinya kepada Allah SWT.
mutlak, tidak terbatas 1. Yang mampu 4.Kebijaksanaan dalam
dalam hukum dan diusahakan. mengurus kehidupan, berfikir
penciptaan. Tidak 2. Yang merupakan dan bertindak.
diketahui secara 5. Kebijaksanaan dalam dalam
semata-mata
sempurna hakikatnya menguruskan hati, akal dan
anugerah Allah SWT
melainkan Allah SWT nafsu.
buat makhluknya
.
tanpa diusahakan.
Asas Penghayatan
-Ilmu aqidah, syariat, akhlak
menghasilkan keimanan
yang kukuh dan mendalam
kepada Allah SWT.

9
Rajah 2: Perbezaan Sifat Al-Hakim Allah SWT dan makhluk-Nya serta aliran proses
penghayatan dan kesannya.

Ciri-ciri Seorang Manusia Atau Belia Yang Bersifat Al-Hakim


Secara umum penghayatan al-Hakim ini akan melahirkan individu muslim berkeperibadian
unggul. Namun begitu apabila diperhatikan dengan sedikit mendalam, lima ciri-ciri utama
berikut mungkin dapat dikenal pasti. Ciri-ciri ini adalah adaptasi daripada penjelasan Imam al-
Ghazali dalam kitab al-Maqsad al-Asna berkenaan penghayatan sifat al-Hakim Allah yang
sepatutnya diterapkan kepada seorang belia atau individu muslim.

Pertama: Keimanan yang kukuh.


Sifat al-Hakim yang dihayati akan melahirkan seorang individu yang teguh keimanannya,
bijaksana dalam membuat keputusan dan bertindak, bijak mentadbir, mampu membimbing
orang lain, dan pendapatnya menjadi panduan kepada orang lain.

Perkara ini mungkin boleh dilihat melalui usaha-usaha yang dilakukan seorang pendidik sama
ada ibu bapa, guru dan lain-lain dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia dalam jiwa
anak-anak. Antara unsur-unsur tersebut ialah unsur pembinaan kecergasan minda dalam
tempoh tumbesaran kanak-kanak dan remaja. Hampir semua responden yang ditemu bual
bersetuju dan meyakini faktor terpenting dalam pembentukan keperibadian remaja dan anak-
anak mereka adalah dengan memberikan mereka pendidikan berunsurkan agama sama ada
secara formal atau tidak formal. Penekanan kepada pengamalan agama seawal usia kanak-
kanak amat memberikan pengaruh besar kepada perwatakan dan tingkah laku kanak-kanak
tersebut pada usia remaja dan belia. Ini kerana pendidikan agama yang yang menjadi medium
terbaik atau jalan kepada pengukuhan dan pemerkasaan iman dalam diri seseorang. Tanpa
pendidikan agama bagaimana mungkin seseorang itu mampu mengenal Allah dan syariat Islam
dengan sebenar-benarnya. Dalam hal ini Imam al-Ghazali menegaskan pendirian beliau dengan
menyatakan:
“Sesiapa yang mengenal setiap sesuatu, sedangkan tidak mengenal Allah Azza
wa Jalla, tidak akan sekali-kali berhak digelar sebagai hakiim (orang yang
bijaksana); kerana dia tidak mengenal seagung-agung perkara dan semulia-
mulianya. Al-hikmah adalah seagung-agung ilmu, dan keagungan (kemulian)
sesuatu ilmu pula adalah dengan kadar keagungan al-maklum (pengetahuan
tersebut); kerana tiada yang lebih agung daripada Allah Azza wa Jalla. Sesiapa
yang mengenal Allah pula, maka dialah orang yang bijaksana walaupun kurang
pintar dalam ilmu-ilmu rasmi yang lain dan serba kekurangan dalam
penyampaian dan pertuturan….” (al-Ghazali, 1999: hal. 99).

Kedua: Istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Syariat.


Belia atau individu yang mengenal tuhannya serta kukuh keimanannya sudah pasti sentiasa
istiqamah mengamalkan dan mematuhi ajaran Islam dalam kehidupannya seharian. Individu
muslim yang terbaik dan bijaksana sudah pasti sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa
membuat persedian menuju alam akhirat. Hal ini juga dibuktikan lagi dengan sabda baginda
Nabi SAW sebuah hadis:

10
‫عم َل ل َما َب ْعد َ ْال َم ْوت‬ ُ ‫ْالكَي‬
َ ‫س َم ْن دَانَ نَ ْف‬
َ ‫سهُ َو‬
Maksudnya: “Orang yang berakal (bijak) ialah orang yang bermuhasabah diri,
dan beramal untuk menjadi bekalan selepas mati…” (Sunan at-Tirmizi: hadis
no. 2647)

Melalui hadis ini dapat dilihat kebijaksanaan seorang muslim pada hakikatnya diukur dengan
keteguhan imannya dan kepatuhannya pada ajaran agama Islam, kerana kejayaan dan
kebahagiaan yang hakiki ialah kejayaan dan kebahagian di alam Akhirat.

Ketiga: Mempunyai ilmu yang bermanfaat.


Firman Allah SWT:

﴿269﴾ ‫يرا َو َما يَذَّ َّك ُر إالَّ أ ُ ْولُواْ اْل َ ْلبَاب‬ ُ


َ ‫يُؤتي ْالح ْك َمةَ َمن يَشَاء َو َمن يُؤْ تَ ْالح ْك َمةَ فَقَدْ أوت‬
ً ‫ي َخي ًْرا كَث‬
Mafhumnya:
“Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang
diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (QS al-Baqarah:
269)

Imam Ibnu Kathir (1999) dalam kitab tafsirnya menjelaskan antara maksud hikmah
dalam ayat ini ialah rasa khasyah iaitu rasa gerun kepada Allah SWT. Menurut Imam al-
Suyuthi (2001) dalam tafsir al-Jalalain pula, hikmah disini bermaksud ilmu yang bermanfaat
yang membawa kepada beramal (Al-Mahalli & al-Suyuti, 2001). Ini kerana hanya dengan
ilmulah seseorang itu dapat menambah rasa takut kepada Allah dan dapat berpegang teguh
dengan syariatnya. Perkara ini yang amat ditekankan oleh Imam al-Ghazali hampir dalam
semua kitab dan risalah karya beliau seperti Bidayat al-Hidayah, Ihya Ulum al-Din, Ayyuhal
Walad dan lain-lain lagi.

Keempat:.
Dalam hal ini Imam al-Ghazali ada menyebutkan berkenaan kebijaksanan dan hikmah ketika
mensyarahkan nama Allah al-Hakam yang hampir mempunyai makna yang sama dengan nama
Allah al-Hakim dalamnya Kitab al-Maqsad al-Asna. Beliau menulis:
“Sekiranya kamu faham tentang contoh yang disebutkan berkenaan sesuatu
yang diterima seorang hamba (adalah sebahagian) daripada hukum ketentuan
Allah, tadbir serta qada dan qadarnya; nescaya perkara tersebut amatlah mudah.
Namun perkara yang lebih berat daripada itu ialah sesuatu yang berkaitan
dengan urus tadbir pembentukan (dan penyucian) hati dan bermujahadah
(dengan ketaatan dan amalan soleh), serta penentuan pengurusan (kehidupan)
yang memberi kebahagian di dunia dan akhirat. Dan dengan sebab itulah Allah
menjadikan hamba-hambanya sebagai khalifah di muka bumi dan
memerintahkan mereka untuk mengimarahkannya, kerana Allah dapat melihat
bagaimana mereka mengusahannya...” (al-Ghazali, 1999).

11
Berdasarkan penerangan Imam al-Ghazali ini dapat dilihat bahawa seseorang belia atau
manusia yang menghayati sifat al-Hakim Allah, sudah pasti akan sentiasa redha dengan
ketentuan-Nya, namun tetap juga berusaha bersungguh-sungguh melakukan perintah Allah
bukan semata-mata berserah diri dengan tidak melakukan apa-apa usaha. Ini kerana usaha
seorang hamba juga adalah perintah dan ketetapan Allah yang wajib ditaati.

Perkara ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:


َّ ‫عالم ْالغَيْب َوال‬
َ‫ش َهادَة فَيُنَبئُكُم ب َما كُنت ُ ْم ت َ ْع َملُون‬ َ ‫ع َملَكُ ْم َو َرسُولُهُ َو ْال ُمؤْ منُونَ َو‬
َ ‫ست ُ َردُّونَ إلَى‬ َ َ‫َوقُل ا ْع َملُواْ ف‬
َ ُ‫سيَ َرى الله‬
﴿105﴾
Mafhumnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan
kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis juga memberi anjuran yang sama:

…‫اعملوا فكل ميسر لما خلق له‬


Mafhumnya: “Beramallah kamu (dengan mematuhi perintah dan menjauhi
larangan Allah), Sesungguhnya setiap sesuatu (daripada hambanya)
dipermudahkan kepada apa yang telah ditentukan (Allah) baginya…” (HR al-
Bukhari dan Muslim)

Kelima: Kebijaksanaan dalam dalam menguruskan hati, akal dan mengawal hawa nafsu.

Imam Al-Ghazali juga menitikberatkan urusan penyucian hati serta pembentukannya dan
mengakui bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Seseorang yang yang
mengetahui bahwa setiap sesuatu adalah ketentuan Allah yang Maha Kuasa adakalanya
menjadikan qada dan qadar Allah sebagai alasan untuk tidak berusaha dan beramal. Pada
hakikatnya, hati dan dirinya masih lagi menurut tuntutan nafsu jahatnya.

Imam al-Ghazali dalam mensyarahkan nama Allah iaitu al-Hakam, meletakkan analogi mudah
dangan jawapan yang mendalam maksudnya kepada orang yang mengangan-angankan
kejayaan dalam ilmu fekah tetapi tidak berusaha kerana beralasankan ketentuan qada dan qadar
Allah SWT:
“Sesungguhnya jika ini berlaku dalam hati kamu, sesungguhnya inilah tanda
bahawa kamu telah ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang jahil.
Sesungguhnya seseorang yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali untuk
menjadi imam (yang hebat keilmuannya), sudah pasti akan Allah tetapkan juga
usaha yang akan dilakukannya (untuk mendapatkan kedudukan tersebut). Allah
SWT akan jadikan hamba tersebut melalui asbab (usaha dan sebab-sebab
kejayaan) untuknya. Dan Allah juga akan elakkan segala cetusan hati pada
dirinya yang menyeru kepada sikap malas dan kegagalan...” (al-Ghazali, 1999).

12
Kesimpulan

Sifat al Hakim daripada ulasan al Ghazali memberikan kita beberapa kesimpulan yang menarik
mengenai pendidikan anak-anak. Sifat al Hakim ini haruslah difahami dengan sealam-
dalamnya agar kita sedar bahawa matlamat pendidikan yang sebenar adalah berpaksikan
tentang ilmu tentang pencipta. Al Ghazali membahaskan bahawa kejayaan seseorang adalah
diukur sejauh manakah dia mengenal penciptanya yakni Allah swt. Bermula dari asas ini, bagi
melahirkan sebuah generasi yang

Setelah meneliti kupasan dan ulasan Imam al-Ghazali berkenaan nama dan sifat al-Hakim ini,
maka kaedah penghayatannya dari segi penerapan ciri-ciri sifat tersebut diharap dapat dijadikan
satu modul aplikasi moden buat generasi belia masa kini yang lebih mudah terdedah kepada
unsur-unsur negatif yang bercanggah dengan Islam jika aspek pembinaan keperibadian dari
segi aqidah, dan kerohanian belia diabaikan.

Acknowledgement

We would like to put on record our gratitude to Ministry of Education, Malaysia for awarding
us with FRGS-UUM (S/O 13238).

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abd al-Sobur Marzuq.(2003). Al-Islam. Al-Mausu’ah al-Islamiyyah al-Ammah. Kaherah: Al-


Majlis al-A’la li as-Syu’un al-Islamiah, Wizarat al-Awqaf.

Abdullah bin Md Zin. (2014). Penghayatan Wasatiyyah Dalam Pentadbiran Malaysia.


Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia.

Abd al-Razzaq. (1429/2008). Fiqh Al-Asma al-Husna. Riyadh: Dar at-Tauhid.

Al-Asqalani, al-Hafiz, Ahmad ibn Ali. (1426/2005). Fath al-Bari. Riyadh: Dar Tibah.

Al-Asyqar, Umar Sulaiman. (1428/2008). Syarh ibn Qayyim li Al-Asma al-Husna. Amman:
Dar an-Nafais.

Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad ibn Muhammad. (1999). al-Maqsad al-Asna Syarh Asma
Allah al-Husna. Damsyik: Matba’ah al-Sobah.

13
Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad ibn Muhammad. (2011). Ihya Ulum al-Din. Jeddah: Dar
al-Minhaj.

Al-Mahalli & al-Suyuti. (2001) Tafsir al-Jalalain. Kaherah: Dar al-Hadis.

Al-Maraghi, Ahmad Mustofa. (2009). Hidayah al-Tolib Qism al-Sorf. Kaherah: al-Maktabah
al-Mahmudiyah.

Al-Nawawi, Muhyi al-Din, Abu Zakariyya, Yahya ibn Syaraf. (1347/1929). Sohih Muslim bi
Syarh Al-Nawawi. Kaherah: al-Matba’ah al-Misriyyah bil al-Azhar.

Al-Qahtoni, Said ibn Ali. (1997). Al-Asma al-Husna fi Dhaui al-Kitab wa al-Sunnah. T.tp. T.pt.

Al-Razi, Fakhr al-Din, Muhammad ibn Umar al-Khatib. (1323H/1905M). Lawami’ al-Bayanat
Syarh Asma Allah wa al-Sifat. Kaherah: al-Matba’ah al-Syarafiyyah.

Al-Subki, Taj al-Din, Abd al-Wahhab ibn Ali ibn Abd al-Kafi. (1964). al-Tobaqat al-
Syafieyyah al-Kubro. Kaherah: Matba’ah Faisol Isa al-Babi al-Halabi wa Syirkahu.

Al-Sya'rawi, Muhammad Mutawalli. (T.th). Asma Allah al-Husna. T.tp. Matobi’ Akhbar al-
Yaum.

Dasar Pembangunan Belia Negara. (1985). Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Haji Khalifah, Mustofa ibn Abd Allah al-Qistintini. (1941). Kasyf al-Zunun ‘an Asami al-Kutub
wa al-Funun. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi.

Ibnu Kathir, Abu al-Fida, Ismail ibn Umar. (1999). Tafsir al-Quran al-Azim. Riyadh: Dar
Toyyibah Li an-Nasyri wa at-Tauzi’.

Majma’ al-Lughah al-’Arabiyyah. (1425/2004). Mu’jam al-Wasit. Kaherah: Maktabah as-


Syuruq ad-Duwaliyyah.

Mohamad Kamil Bin Hj Abd Majid. (2013). Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mohd Hasrul Shuhari & Mohd Fauzi Hamat. (2014) Kitab Al-Maqsad Al-Asna Sebagai Sebuah
Karya Akidah Al-Ghazali dalam Jurnal Afkar Bilangan 15, Jun 2014: Department of `Aqidah
and Islamic Thought Academy of Islamic Studies University of Malaya.

Muhammad Bakr Ismail. (1421/2000). Al-Asma al-Husna Asaruha wa Asraruha. Kaherah: Dar
al-Manar.

Kamus Dewan edisi ke-4. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Belia dan Sukan. http://www.kbs.gov.my/my/info-kbs/kumpulan-sasar.html .


(capaian pada 18.5.2016).

14
Jabatan Statistik Malaysia. Population Distribution and Basic Demographic Characteristic
Report 2010 (Updated: 05/08/2011).

https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMx
dHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUU
T09

http://www.e-quran.com/language/malay

Aplikasi Mausu’ah al-Hadith as-Syarif versi 2.0.3. (2010). Jamieyyah al-Maknaz al-Islami.

15

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai