Anda di halaman 1dari 8

PIA4009 PEMBANGUNAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF

ISLAM
SEMESTER 4 2022/2023

TUGASAN 1:
TUGASAN INDIVIDU (20%)

NAMA:
AHMAD SYAKIR BIN MOHD HALILI

NOMBOR MATRIKS:
U2104453

PENSYARAH:
DR NORSAFATUL AZNIN BT AB. RAZAK
Pendahuluan

Tugasan individu ini saya dapat jayakan apabila saya telah menghadiri satu majlis forum
yang dijalankan di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya pada Jumaat,14 April 2023.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
dengan kolaborasi bersama Persatuan Ulamak Malaysia. Forum tersebut telah berlangsung
selama 1 jam 30 minit dari pukul 4.00 petang sehingga 5.30 petang. Selain itu, saya
mendapati juga program tersbeut mendapat sambutan yang baik dari pelbagai fakulti dan
kolej kediaman. Maka, dalam kesempatan tersebut, saya berhasrat untuk menjadikan platform
forum tersebut sebagai satu ruang refleksi dan belajar mengenai ilmu dan input yang baru.
Tajuk forum tersebut ialah HALATUJU PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA: PERANAN
BELIA.

Isu yang dibangkitkan dalam majlis forum

Forum tersebut telah menampilkan beberapa panel atau speaker yang mempunyai latar
belakang profesion yang sangat berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam
pada masa yang sama, konteks perbincangan tersebut dimulakan dengan pengertian makna
perundangan atau undang-undang yang bermaksud undang-undang ini ianya merupakan satu
sistem yang hidup dan berkembang mengikut keperluan dan kemajuan yang dicapai dalam
sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, dalam kaedah fiqh, ia juga dinyatakan mengenai
“hukum”.

‫(أصول فقهية كلية يف نصوص موجزة دستورية تتضمن أحكاما تشريعية عامة يف احلوادث اليت‬
)‫تدخل حتت موضوعها‬

Maksudnya : Al-qawa’id al-fiqhiyyah adalah usul-usul fekah yang bersifat kulliyah dalam
bentuk yang ringkas dan berbentuk teks perundangan yang mengandungi prinsip-prinsip
umum syariah dalam perkara yang termasuk di bawah tajuknya.
(rujukan: Ahmad Muhammad Al-Zarqa, Syarh al-Qawa’id al-fiqhiyyah, Mustafa Ahmad Al-Zarqa’,
33)

Hukum ini pula berubah dengan perubahan masa, keadaan dan tempat. Seperti mana yang
disebutkan dalam kitab Fiqh Syafi’i tentang asal kewujudan istilah Qawl Qadim dan Qawl
Jadid. Walaubagaimanapun, ada seketika tempoh di Malaysia tiada langsung perkembangan
atau perubahan seperti Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952. Secara kesimpulannya,
terdapat perkembangan dan juga perubahan yang diusahakan di Malaysia sama ada perlahan
atau laju.

Pada masa yang sama, terdapat segelintir golongan yang cuba untuk menafikan tentang
hukum syarak serta perundangan islam ini sehingga mencabarnya di peringkat mahkamah
tinggi. Contoh yang dapat diberikan tentang limitasi dan peng’had’an bidang kuasa
mahkamah syariah dan banyak lagi. Isu yang berbangkit ini bukanlah satu perkara yang
remeh dan enteng untuk dipandang kerana ianya merupakan satu perancangan musuh-musuh
Islam dalam menentang agama Islam. Hal ini kerana, golongan ini mereka tidak akan berasa
aman dan juga puas dengan sistem perundangan islam ini malah anggapan mereka
mengatakan sistem perundangan Islam ialah berat sebelah, mengongkong atau menindas dan
juga bersikap kejam. Tambahan lagi, sebelum ini, Malaysia juga digemparkan dengan satu
perarakan Women’s March. Selain itu juga, banyak golongan feminisme liberal yang cuba
menyentuh dan mencampuri undang-undang islam lebih-lebih lagi apabila melibatkan
golongan wanita. Pandangan golongan ini juga dapat dilihat apabila mereka berpendapat akan
perundangan islam dan juga mahkamah syariah ini menindas wanita.

Seterusnya juga, aspek perundangan islam ini juga berkaitan dengan pembangunan institusi
Islam sendiri di Malaysia akan tetapi sering terjadinya halangan dan rintangan sama ada
berbentuk halangan secara besar atau halus. Adakah ada sebenarnya pengaruh sama ada
ideologi atau pemahaman luar yang cuba dipraktikkan atau dinormalisasikan di Malaysia?
Cukup membimbangkan lagi apabila pengaruh dan pemahaman luar tersbeut menjadi
semakin rancak dan mendapat tempat dan penghujungnya mampu memberi ancaman kepada
polisi dan dasar sedia ada dalam negara seperti perlembagaan dan lain-lain.

Konsep utama dalam forum yang disampaikan

Maka, konsep utama yang menjadi tajuk forum ini iaitu peranan dan fungsi belia kini cukup
besar dalam memastikan perundangan Islam ini sentiasa diperjuangkan dan belia kini perlu
mempunyai sifat idealisme dalam hidup. Selain itu, sudut pandang belia juga dalam melihat
cabaran serta masalah dalam perspektif yang meluas. dan terakhirnya, budaya ilmu,
menganalisa dan berfikir secara kritis dalam diri belia perlu disemai kerana tak lain tak bukan
penghujungnya ialah perjuangan kita selaku umat islam dalam meletakkan syariah/t
islamiyah yang paling tinggi. Seterusnya, satu kelengkapan yang perlu dididik dalam jiwan
belia juga ialah fenomena ‘pop knowledge’ yang begitu menjdi kunci kepada waktu kini. Pop
knowledge yang dimaksudkan ialah kecaknaan ilmu yang tepat dan benar serta semangat
ingin tahu yang tinggi. Jelaslah melalui sifat-sifat ini belia perlu menyiapkan diri dalam
segenap aspek terutama intelektual dan juga berfikiran secara kritis.

Berikutnya pula, isu mengenai perundangan Islam yang dilihat seperti menindas wanita
adalah meleset sama sekali. Seperti mana yang dinyatakan tadi, belia perlu cakna dan peka
dengan perkembangan semasa. Malah, selepas mendengar kepada pengalaman pengamal
undang-undang syari’e, kebanyakkan kes-kes yang timbul lebih-lebih lagi wanita ialah klien
tersebut tidak tahu menahu akan peruntukan undnag-undang tersebut. Tambahan lagi,
kebanyakan kes yang timbul, klien hadir dengan kosong malah mereka tidak merujuk kepada
panel atau ahli yang betul dalam kes ini ialah peguam syar’ie. Sudah terang lagi bersuluh,
peranan belia selaku agen penerangan dalam menyamapaikan informasi dan maklumat
kepada masyarakat serta pada masa yang sama, persiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
ilmu kita dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.

Penghujung sesi tersebut, panel yang terakhir menyebut mengenai keperluan sebagai seorang
belia Islam yang perlu memahami konteks perjuangan dakwah Islamiyah ini lebih lebih lagi
dalam lanskap Malaysia. Tambahan lagi, zaman millennial ini mempunyai satu kemudahan
akses yang tidak berpenghujung sehinggakan kita tidak dapat membezakan yang mana benar
dan salah. Maka kita selaku belia perlu menjadi generasi yang gemar mengkaji dan juga
membaca seiring dengan firman agung yang mana ayat pertama diwahyukan kepada Nabi
Muhammad SAW iaitu “Bacalah” dalam surah Al Alaq:

ْ ‫ٱ ْق َرْأ بِٱ‬
َ َ‫س ِم َربِّ َك ٱلَّ ِذى َخل‬
)١( ‫ق‬

Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang


menciptakan (sekalian makhluk),

Dan kefungsian belia juga perlu menepati kepada liku-liku perjuangan belia islam yang
bersifat holistik dengan penuh kepercayaan dan iman dalam meneguhkan dan menyebarkan
dakwah kepada satu komuniti yang mana natijah keberhasilannya ialah generasi yang
diidamkan iaitu generasi Al-quran.

Refleksi kendiri mengenai ceramah secara kritis

Saya cukup khusyuk dan mendapati bahawasanya Islam benar-benar merupakan agama yang
sistematik dan tersusun. Agama yang mempunyai panduan serta rujukan yang hakiki yang
sudah tersedia sejak azali lagi melalui panduan sumber yang sangat jelas melalui Alquran dan
juga hadis nubuwah dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Secara jelas, saya dapat dengar
bahawa Islam sendiri mempunyai satu prinsip keadilan yang semula jadi dan meliputi
segenap aspek. Sebagai manusia, panduan ini perlu dipatuhi dan diikuti. Tambahan lagi
prinsip-prinsip ini juga tidak lari daripada prinsip ketakwaan dalam Islam. Islam cukup
mengajar hamba-hambanya dalam menjaga dan mengikuti panduan ini agar kita tidak
membinasakan diri, keluarga dan negara. Ayat ini juga jelas diterangkan dalam firman Allah
S.W.T di dalam surah Al-baqarah, ayat ke 195:

‫َواَ ْنفِقُ ْوا فِ ْي َسبِي ِْل هّٰللا ِ َواَل تُ ْلقُ ْوا بِا َ ْي ِد ْي ُك ْم اِلَى التَّ ْهلُ َك ِة ۛ َواَحْ ِسنُ ْوا ۛ اِ َّن هّٰللا َ ي ُِحبُّ ْال ُمحْ ِسنِي َْن‬
Maksudnya: Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri
sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuatbaiklah. Sungguh, Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Selain itu, saya juga mulai sedar bahawa saya bersyukur dilahirkan disebuh negara yang
mengamalkan islam secara sempurna atau total. Situasi aman dan damai seperti Malaysia
yang menjadikan amal ibadat saya senang dan dipermudahkan jika nak dibandingkan dengan
umat islam yang berada di negara yang mungkin tidak aman seperti Malaysia. pada masa
yang sama, saya juga cukup terbuka dalam melihat perspektif isu dan masalah yang dihadapi
ooleh masyarakat di Malaysia untuk ditangani dengan sebaiknya. Kemudian pula, ciri-ciri
Islam yang bersifat sejagat atau universal ini dapat dilihat melalui pelaksanaan yang dapat
dilaksanakan tidak mengira masa dan juga zaman. Inilah menjadikan sebagai satu contoh
yang terbaik bagaimana Islam itu efektif dan seimbang untuk semua manusia.

Akhir sekali, saya dapat simpulkan peranan saya selaku mahasiswa atau belia dalam
mempersiapkan diri dalam menimba ilmu dan pada masa yang sama sebagai agen penerangan
kepada komuniti masyarakat sekeliling. Pemahaman serta sudut pandang agama yang cukup
luas ini juga perlu diterangkan oleh masyarakat Islam sekeliling. Transformasi yang ingin
dicapai ini bukanlah satu usaha yang mudah akan tetapi ia perlu digerakkan walaupun dengan
nilai usaha yang kecil dan mengikut kepada kemampuan masing-masing.

Persamaan dan perbezaan dalam agama yang berbeza dalam isu yang dikupas

Walaupun tidak banyak yang dibicarakan mengenai perbandingan atau perbezaan


perundangan Islam dan agama lain, akan tetapi apa yang saya dapat tuntaskan ialah
bagaimana Islam sendiri mempraktikkan satu perundangan yang bersifat lengkap dan
mencakupi kepada manusia walaupun tidak berlkau apa- apa perubahan terhadap
perundangan tersebut dalam satu tempoh yang lama. Selain itu, konsep prinsip islam yang
dilihat universal, contemporary dan juga realistic. Ini menjadikan Islam sebagai satu sistem
perundangan yang komprenhensif dan proaktif - tidak terikat kepada pandangan terdahulu
serta pemahaman prinsip Islam juga bukanlah semata-mata bersifat ‘tauhid’ atau kepercayaan
semata tetapi ada praktikalitinya dan fleksibel bergantung kepada peredaran masa dan juga
zaman serta setempat.

Selain itu, sewaktu zaman penjajahan juga , masyarakat tanah melayu banyak mengamalkan
undang-undang adat yang sedia ada dipakai dalam agama Hindu sebelum kedatangan Islam
di Tanah Melayu. Hal ini juga menyebabkan, kebiasaan adat yang diamalkan masih lagi kekal
dan relevan seperti undang-undang adat pepatih, undang-undang minangkabau dan banyak
lagi. Melalui garis masa ini juga telah membuktikan bagaimana Islam perlu diletakkan
setingginya bertepatan dengan hads Nabi S.A.W :

:‫عن عائذ بن عمرو المزني رضي هللا عنه عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬

}‫{اإلسالم يَ ْعلُو وال يُ ْعلَى‬


Ā`iż bin 'Amr Al-Muzaniy -raḍiyallāhu 'anhu- meriwayatkan dari Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam-,
,bahwa beliau bersabda
".Islam itu tinggi dan tidak terendahkan

Walaupun wujud beberapa diskusi dan tentangan kecil mengenai perundangan dan institusi
islam dalam melihat keperluan agama lain sebgai contoh terdapat pandangan daripada
golongan agamawan selain daripda Islam yang bertapak di Malaysia sebagai contoh Agama
Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Mereka bersependapat bahawa Malaysia tidak boleh
mengamalkan sepenuhnya dasar dan Islamisasi negara secara penuh atau total. Hal ini juga
dapat dilihat melalui komposisi rakyat Malaysia yang mana kaum melayu yang secara
majoritinya Islam tidak mewakili Jumlah Keseluruhan rakyat Malaysia. Maka, tetangan
dalam melibatkan pelaksanaan ini sering menjadi penolakan daripada golongan-golongan
tersebut.

Walaubagaimanapun, sistem perundangan Islam ini hanya terpakai dan dilaksanakan pada
golongan umat Islam sahaja dan tidak menyekat mana-mana kebebasan individu tersebut.
Tuntasnya juga, kebanyakan umat islam sendiri tidak memahami tentang bagaimana sistem
perundangan islam ini berfungsi, maka perkara ini sendiri menjadi satu halangan bagi umat
Islam dalam memberi kesedaran kepada umat untuk menghapuskan pemikiran tersebut dan
peranan belia dalam memperjuangkan kembali kedudukan Islam agar sentiasa terbela.
Lampiran Aktiviti Majlis Forum:

(Poster Program)

Gambar semasa forum dijalankan


Rujukan:

1. Rahman, A., Razak, A., Mohd, Basir, A., & Khalid Nurul Khairiah. (2020).

Pengaruh hinduisme dalam kehidupan masyarakat Melayu : rujukan khusus

karya pilihan R. O. Winstedt / Mohd Farhan Abd Rahman ... [et al.].

2. ‌Abdull Rahman Mahmood, Kamaruddin Salleh, Ahmad Sunawari Long, &


Faudzinaim Badaruddin. (2009). Penerimaan bukan Islam terhadap proses
islamisasi di Malaysia.
3. ‌BAYAN LINNAS SIRI KE-116: KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN.
(2017, September 21). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Anda mungkin juga menyukai