Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Halaqah Tarbawiyah.

26 Aug

Keberadaan halaqah sangat penting untuk keberadaan umat Islam itu sendiri. Dengan terbentuknya pekerja-pekerja Islami melalui sistem pendidikan halaqah, maka di dalam tubuh umat akan lahir manusia yang senantiasa berdakwah kepada kebenaran. Jika jumlah mereka semakin ramai seiring dengan merebaknya sistem halaqah, maka umat Islam akan menjadi sebenar-benarnya umat. Bukan lagi sekadar bernama umat Islam tapi kehadirannya jauh dari nilai-nilai Islam seperti yang kita saksikan saat ini. Dengan merebaknya sistem pendidikan halaqah, proses pembentukan umat yang Islami (takwinul ummah) akan mengalami perkembangan, hingga InsyaAllah umat yang benar-benar Islami akan menjadi kenyataan. Hal ini akan terserlah pada kehidupan manusia secara menyeluruh yang lebih berpihak pada nilai-nilai kebenaran dan keadilan. Merebaknya halaqah juga bermanfaat bagi pengembangan peribadi (self development) para pesertanya. Halaqah yang berlangsung secara rutin dengan peserta yang tetap biasanya berlangsung dengan semangat kebersamaan (ukhuwwah Islamiyah). Peserta juga akan belajar bukan hanya tentang nilai-nilai Islam, tapi juga belajar untuk bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin terhadap aturan yang mereka buat bersama, belajar berdiskusi, menyampaikan idea, belajar mengambil keputusan dan juga belajar berkomunikasi. Semua itu sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang untuk mencapai tujuan hidupnya, iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Umat Islam akan mengalami kerugian yang besar jika sistem halaqah tidak berkembang dan tidak berjalan. Hal ini kerana halaqah merupakan pendekatan efektif untuk melahirkan pekerjapekerja Islam yang teguh pendiriannya dan siap berkorban memperjuangkan Islam. Bahkan, mungkin dapat disebut, jika sistem halaqah tumpul dan mandul, maka umat akan mengalami situasi lost generation (kehilangan generasi pewaris) yang berkarakter Islami. Pentingnya mempertahankan sistem halaqah dalam mencetak pewaris pekerja-pekerja Islam yang komited sudah teruji dalam perjalanan panjang kehadiran halaqah di pelbagai negara. Apalagi sehingga saat ini para mufakir (pemikir) dawah juga belum dapat menemukan sistem alternatif lain yang sama efektifnya dalam mencetak kader Islam yang komited seperti yang telah dihasilkan melalui sistem halaqah. Bahkan yang terjadi sebaliknya, kini semakin banyak para dai dan ulama yang mendukung tarbiyah mela!ui sistem halaqah. Sebahagian dari mereka bahkan menulis buku yang menganalisa kekuataan dan keupayaan sistem halaqah/usrah dalam mencetak pewaris pekerja Islam. Antaranya termasuklah

menganalisanya dari sisi syari, sejarah dan sunnah Rasul, Salah seorang pemikir dawah, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, mengemukan pendapatnya tentang sistem halaqah: Tarbiyah melalui sistem halaqah merupakan tarbiyah yang sesungguhnya dan tidak tergantikan, ini kerana halaqah menjadikan masyarakat yang terwarnai oleh nilai-nilai Islam, berhukumkan kepada syariat Allah dalam segala urusannya, dan dipimpin oleh sistem Islam dalam setiap persoalannya. Semakin besar jumlah sumber daya manusia berkualiti yang dapat dilahirkan dalam masyarakat melalui sistem halaqah, maka dengan peranan mereka secara aktif dalam menunaikan tugas dakah Islam yang dibebankan kepadanya dengan baik dan ikhlas serta diringi dengan kesedaran bahawa mereka diawasi oleh Allah swt., maka akan semakin memotivasikan masyarakat untuk melangkah maju, menuju peradaban yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Seandainya halaqah terabai, bererti ia cacat dan sempit wawasan dalam pembinaan tamadun manusia.

Q2: Apa Kepentingan Halaqah?


Soalan: Ada yang mengatakan menghadiri program tarbiyah seperti usrah atau halaqah tidak penting. Mohon tuan jelaskan mengapa pentingnya halaqah bagi seeorang muslim dalam realiti hari ini?

Halaqah adalah merupakan antara jalan kepada proses pentarbiahan. Mereka yg tidak mengikuti halaqah, sukar untuk mengikuti tarbiyah dengan baik. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar ceramah umum, atau belajar islam di institusi swasta sebenarnya tidak memiliki keistimewaan yang dimiliki dalam berhalaqah. Dalam Halaqah, peserta di motivasi terus menerus untuk mengamalkan Islam. Pengamalan Islam merupakan kandungan yang diutamakan dlm halaqah. Halaqah memiliki sistem tausiyah (saling menasihati) yang intensif dan ketat. Peserta di ransang utk beramal soleh dan berakhlak mulia. Peserta diperingatkan agar jgn melanggari syariat Allah swt. Justeru sistem Halaqah lebih mampu mencetak peribadi muslim yg serius mengamalkan Islam dalam kehidupan daripada saranan tarbiyah lainnya. Halaqah mementingkan semua aspek pengisian ruhi, fikri dan amali. Dalam halaqah mengajarkan Islam kepada kita sebagai nilai-nilai yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Justeru, peserta yg mengikuti halaqah hidupnya insyaAllah bebas dari pengaruh jahiliah, kerana ia tahu seluruh hidupnya di atur oleh Islam.

Hai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (QS.2:208)

Halaqah adalah saranan pengaplikasian nilai-nilai ukhwah yg paling efektif dan merasai kemanisan ukhwah. Ini kerana sistem usrah adalah dalam kumpulan kecil yg tidak melebih 12 orang, peserta yg sama/tetap. Halaqah merupakan medan membina anggota dakwah yang tersusun rapi dan terancang. Hal ini amat dicintai Allah swt;

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (QS:61:4) Pesanan Moderator:

Halaqah adalah tempat untuk kita merawat keaiban diri Halaqah adalah tulang belakang bagi kekuatan Islam Halaqah adalah medan membangun potensi diri Apa jua cabaran yang kita tempuhi, halaqah mesti berjalan

http://halaqahmuntijah.wordpress.com/2009/09/01/q-apa-kepentingan-halaqah/

Kepentingan Halaqah Dalam Pembentukan Dai'e

Matlamat hidup kita ialah berubudiyyah hanya kepada Allah s.w.t. MengEsakan Nya dengan sifat Rububiyyah dan Ubudiyyah dalam ertikata yang sebenarnya. Rujukan kita hanya kepada Allah s.w.t, Pencipta kita . Kita menerima segala konsep, nilai dan undang-undang hanya dari Nya.
Kita memerlukan satu sistem hidup yang dapat merealisasikan matlamat hidup kita. Sistem tersebut hanyalah al Islam yang telah di Tanzilkan oleh Allah s.w.t dan yang diredhai oleh Nya. Firman Allah swt yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberi al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab Nya. " ( Surah ali Imran : 19 ) Untuk menuju kepada matlamat ini perlu kepada satu jalan yang Syara. Kita merujuk kepada kaedah

Tidak Sempurna Sesuatu Kewajipan Melainkan Dengan Sesuatu, Maka Ia Adalah Wajib . Tiada sebarang alternatif lain dalam menuju matlamat rabbani ini. Kepentingan ini kita hubungkan dengan tarbiyyah. Pembentukannya adalah umpama sebuah bangunan tinggi yang mencakar langit, yang terlebih dahulu memerlukan asas yang kukuh untuk didirikannya. Asas ini dibina dari batu bata yang tersusun rapi , yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Batu bata itu mestilah terpilih , yang telah melalui proses yang betul untuk digunakan. Begitu juga dalam sesuatu pembinaan ummah, batu-bata yang dipilih adalah diumpamakan sebagai individu-individu yang mempunyai hati yang ikhlas dan keperibadian yang baik. Mereka inilah yang perlu dikumpulkan dalam suatu Biah yang Solehah. Perkara ini bermula dengan Ittisal Fardhi secara informal dan usaha ini diteruskan hingga ke tahap kemasukkannya ke dalam perjumpaan-perjumpaan umum. Di samping itu perlu diteliti persediaan dan kemampuan hati mereka untuk hadir dan untuk mendengar secara Istiqamah Fikrah Islamiyyah. Tahap yang seterusnya ialah untuk melahirkan hati-hati yang mempunyai kefahaman dan kesedaran tentang tuntutan Islam secara Syamil dan Kamil. Pembentukan yang dijalankan adalah pembentukan hati melalui Tarbiyyah bersumberkan al Quran al Karim, As Sunnah an Nabawiyyah dan tulisan-tulisan ulama muktabar, agar dapat dibebaskan daripada ilah-ilah yang lain selain Allah s.w.t. Pembentukan ini hanya dapat dilaksanakan dalam unit-unit yang dinamakan Halaqah. Halaqah ini disusun di bawah satu kepimpinan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik ahli-ahlinya dengan unsur-unsur Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Perhubungan di antara individu-individu dalam halaqah adalah dicetuskan daripada Wihdatul Aqidah dalam suasana lengkap melengkapi dan suasana bimbing membimbing diujudkan. Proses pendidikan ini berjalan secara formal dan informal dalam halaqat tersebut. Ianya tidaklah terbatas dalam bentuk penyampaian sehala semata-mata atau penyampaian fikrah oleh ketua halaqah. Malah ia juga diteruskan dalam suasana seperti muzakarah, mukhalatah, ziarah, rehlah, safar dan sebagainya dalam bentuk Tarbawi. Ketika ini ahli-ahli halaqah melaksanakan Wayun Islami dan didedahkan dengan sebanyak mungkin amal-amal Islam. Dari pendidikan begini diharapkan ahli-ahli dapat merasai kepentingan mempraktikkan Fikrah Islamiyyah, rasa cinta dengannya dan seterusnya melahirkan individu-individu yang sanggup mempertahankan Fikrah Islam yang murni itu ke arah mencapai matlamat yang unggul. Matlamat untuk mengembalikan Islam di tempat yang selayaknya. Kembali kita kepada generasi al Quran al Karim, di mana Allah s.w.t sendiri mengaku mereka sebagai ummah yang terbaik di kalangan umat manusia. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahannya : " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq. " ( Surah ali 'Imran : 110 ) Satu pertanyaan kepaa kita, Apakah rahsia pengiktirafan Allah s.w.t itu kepada generasi ini ?. Rahsianya ialah pada hakikatnya mereka telah melalui proses pembentukan Ummah yang memakan masa 13 tahun di Makkah. Di sini Rasulullah s.a.w begitu menjaga dari unsur-unsur lain daripada masuk kecuali arahan dan didikan al Quran al Karim semata-mata. Rahsia kedua yang menjamin keberkesanan pembentukan Ummah ini ialah penerimaan mereka terhadap al Quran al Karim sebagai arahan untuk dilaksanakan. Rahsia ketiga ialah pemisahan hati secara total daripada nilai-nilai jahiliyyah yang menguasai masyarakat ketika itu. Apabila kita memperkatakan tentang matlamat tarbiyyah, tidak dapat tidak kita harus kembali kepada contoh yang unggul yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Pada kita sebagai pendokong-pendokong Fikrah Islam, perlulah memahami dengan sejelas-jelasnya matlamat untuk menegakkan Daulah Islam. Usaha pembentukan Daulah Islamiyyah dihasilkan dari pembentukan Ummah yang bermula daripada pembentukan Individu. Takwin Fardhi Muslim hanya dapat dijalankan dengan mewujudkan halaqathalaqat yang dididik dan dilatih daripada tahap ke tahap dalam bentuk yang membangun dan meningkat. Wallah hu aalam.

Q1: Halaqah Asas Dakwah?


31 Aug Soalan: Mengapa halaqah dikatakan sebagai asas kepada dakwah? Apa maksudnya? Boleh tuan jelaskan?

Sepertimana yang kita fahami, halaqah sangat penting dalam sesebuah organisasi yang menitikberatkan tarbiyah dan dakwah. Halaqah dikatakan sebagai asas dakwah kerana tanpa halaqah dakwah tidak akan berjalan dengan baik. Halaqah merupakan asas dakwah kerana halaqah bukan hanya berfungsi sebagai wadah mempelajari Islam, tapi lebih daripada itu. Halaqah mampu berfungsi sebagai wadah koordinasi dan perbincangan bagi sesama anggota harakah/jamaah/organisasi. Halaqah ibarat markas bagi sebuah pasukan tentera. Tempat peserta melapor dan mengkoordinasi dengan murabbinya. Halaqah juga menjadi tempat untuk beristirehat untuk menyegar dan meluruskan kembali halatuju dakwah dan tarbiyahnya. Perumpamaan seorang aktivis yang aktif berdakwah tetapi sering meninggalkan halaqahnya umpama seorang askar yang terus berperang tetapi tidak pernah melapor dan mengkoordinasikan diri dengan komandannya (murabbi). Nesar kemungkinan ia akan lebih banyak bergerak secara individu (infirodi), tidak lagi bergerak dalam kerangka amal jamaie (aktiviti bersama). Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut: Tarbiyah (halaqah) bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak mungkin terwujud tanpa tarbiyah (halaqah). Penulis pernah bertanya kepada As Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain, apakah rencah utama gerakerjanya dalam memulakan dakwahnya di Malaysia. Dan jawapan yang pasti adalah beliau amat menitikberatkan perjalanan tarbiyah (halaqah). Kemudian dari halaqah yang berjalan akan mencetuskan kerja dakwah secara amal jamaie. Ini kerana kerja dakwah berat dan sasaran

dakwah yang luas tidak mungkin dapat dikerjakan tanpa kebersamaan (amal jamaie), dan halaqah adalah saranan yang paling efektif untuk beramal jamaie. Justeru itulah yang menyebabkan halaqah menjadi asas penting kepada keberlangsungan dakwah yang tersusun dan terancang. Kita harus meletakan halaqah sebagai keutamaan dalam dakwah dan kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai