Anda di halaman 1dari 14

Proses Tarbiyah kepada Para Pemimpin

Oleh:
Ustaz Ahmad Daud Ishak El-Merbawiy

(I)
Prolog

Maksud Tarbiyah bagi sesetengah pihak hanya merujuk kepada pembentukan


peribadi dan pembinaan akhlak yang berlaku di sekolah, kolej dan institusi
pengajian tinggi sahaja. Namun Istilah yang digunakan di sini ialah merujuk
kepada usaha membina keperibadian individu manusia di dalam organisasi dan
kelompok manusia terbanyak. Sebab itulah Tarbiyah berasal dari perkataan
“Rabba” – “Yurabbi” yang bermaksud menjaga, mengurus dan mentadbir
sesuatu perkara. Maka pelaku itu dikenali sebagai “Murabbi” iaitu individu yang
terlibat mengurus dan mentadbir sesuatu urusan.

Dalam tradisi Islam, konsep Tarbiyah itu akan berkaitan dengan maksud
Murabbi – seorang yang menjaga dan memantau perjalanan pembentukan
sakhsiah individu manusia dan dia akan menentukan kejayaan dan hasil terakhir
dari proses pendidikan yang dilaluinya, Mu‘allim – tenaga pengajar yang
bertugas melatih, mendidik dan memberikan pengajaran di dalam sesuati bidang
ilmu yang khusus seperti ilmu Aqidah, Tauhid, Tafsir, lukisan teknikal,
Perubatan, farmasi dan sebagainya bagi mempastikan pelajar dapat menguasai
subjek-subjek tersebut dan Mu’addib – tenaga pengajar dan lebih menjurus
kepada Moralis yang tidak hanya mengajar manusia ilmu pengetahuan, malah
menunjukkan jalan beramal dan melaksanakan ilmu dengan aturan yang
sempurna lagi mematuhi piawaian-piawaian tertentu agar ianya tidak
menyimpang dan merosakkan tujuan manusia menguasai ilmu pengetahuan
tersebut.

Maka dalam perbincangan ini, maksud kepada tarbiyah itu jelas ingin ditujukan
kepada proses pembentukan dan perkaderan manusia yang akan menjadi dan
telah menjawat jawatan pemimpin dan kepemimpinan. Latihan dan perguruan
serta kursus dari masa ke semasa perlulah dilakukan bagi melahirkan pemimpin-
pemimpin yang hebat dan berkaliber.

1. Kepentingan Tarbiyah kepada Organisasi Politik

1. 1 Perjuangan ini sangat berhajat melahirkan manusia yang memiliki SIFAT-


SIFAT DAN KEWIBAWAAN TERUNGGUL: Dengan melalui proses Tarbiyah ahli
parti, PKR akan mempastikan mereka memiliki kelayakan minima ahli sebagai
Petunjuk Kecapaian – Basic Performance Indicator – dengan memiliki kriteria-
kriteria Asasi Da’ie atau Petugas Islam atau Reformer sejati (pengislah - bagi
bukan Muslim juga) di kalangan ahli baru dan lama mengikut persetujuan
Kepimpinan tertinggi Parti. Semua ini dapat dicapai dengan Latihan berterusan
di dalam skema pentarbiyahan yang rapi dan sistematik dalam organisasi parti.

1
Memiliki Basic Performance Indicators inilah melayakkan ahli-ahli parti
memerangi segala penyakit sosial dan penyalahgunaan kuasa dan kurupsi serta
ketidakadilan pemerintahan, kerana para ahli parti telah dididik menjadi ahli
yang baik dan warga negara yang baik. Di sinilah letaknya kuasa perjuangan dan
tindakan ahli parti agar mereka boleh bercakap, bertindak dan memimpin
dengan penuh kewibawaan, kebijaksanaan dan keadilan. Ahli-ahli parti Muslim
perlu mengikuti Program Tarbiyah, supaya mereka mempunyai kualiti minimum
sebagai seorang Muslim dan Pejuang Islam. Antara contoh-contohnya adalah ;

i. Mereka itu adalah bersih di dalam Tawhid dan mantap dari segi
pegangan Aqidah Islamiah.
ii. Comitted dalam melaksanakan perkara yang diwajibkan dalam
agama Islam terutamanya solat lima waktu (sebaik-baiknya
secara berjemaah bagi lelaki)
iii. Meninggalkan segala yang diharamkan terutamanya dosa-dosa
besar.
iv. Memiliki akhlak yang terpuji
v. Mempunyai rasa bangga (‘izzah) dengan Islam dan
memahaminya sebagai suatu cara hidup – Islam is the way of life,
tidak melaksanakan Islam sebagai agama ritual yang terpisah dari
urusan dunia dan pentadbiran serta politik antarabangsa.

Sebahagian daripada ahli perlu ditingkatkan kualiti mereka melalui Program


Tarbiyah yang beterusan sehingga mencapai angka 12,000 keanggotaan, yang
akan memikul bebanan tugas dan amanah yang besar dalam mengisi saf-saf
kepimpinan di semua peringkat organisasi. Kekuatan ini jelas berdasarkan
hadith Rasulillah saw bersabda:

)‫(ولن يغلب إثنا عشر الفا من قلة‬


Maksudnya: “Dan tidak akan dikalahkan golongan dua belas ribu (12,000) ini
dengan sebab jumlahnya sedikit.” Manakala ahli-ahli Muslim yang selebihnya
mempunyai kualiti seperti di dalam (i-v) di atas.

1.2 PKR adalah suatu pendekatan yang unik bercirikan sebuah Gerakan
Islam; paling tidak, ia tidak menolak dan menafikan serta bermusuhan dengan
Jamaah Islam yang lain. Mawdu‘ (tema) Perjuangan menegakkan keadilan
adalah suatu amanah Islam yang sangat besar. Tidak sepatutnya tema
perjuangan ini mengikut selera dan kehendak hawa nafsu manusia dan tunduk
kepada piawai kemanusiaan semata-mata tanpa melihat kepada Keadilan dari
Allah swt (al-Muqsit - al-Qist). Memiliki ciri-ciri sebuah Gerakan Islam Moden
adalah penting kerana perjuangan ini mampu menjadi wadah ummah untuk
mencapai hasrat tertinggi Islam dan kekuasaan serta memberi ruang dan
peluang untuk melaksanakan keadilan itu mengikut acuan Islam. Suasana ini
nanti tidak akan menimbulkan sebarang bentuk kesangsian di kalangan badan-
badan Islam; Individu mahu pun Jamaah untuk turut terlibat dengan penuh

2
tenaga dan kesungguhan demi menjayakan matlamat suci perjuangan parti.
Harapan untuk PKR mempamerkan atau melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang
berwibawa dengan acuan keadilan Islam akan memberikan keyakinan mantap
kepada rakan seperjuangan dari kalangan masyarakat bukan Islam, kerana kita
berusaha bergandingan untuk memberikan kesejahteraan dan kemakmuran yang
tidak dibatasi oleh bangsa, warna kulit dan pertubuhan yang inginkan
kebenaran, keamanan dan kesejahteraan hakiki.

Gerakan Alternatif Massa

1.3 Dengan memiliki elemen Tarbiyah yang dilaksanakan melalui Sayap


Tarbiyah, maka PKR mampu tegak sebagai Jamaah yang membendung manusia
dari mereka yang menyeru ke arah pintu-pintu neraka (golongan yang
melakukan kerosakan di bumi). Matlamat ini jelas diungkapkan oleh al-Marhum
Sheikh Said Hawa bahawa setiap Muslim berkewajipan memenuhi dua
kewajipan; 1) menjauhi kesesatan dan para pendokongnya, dan 2) mengikat diri
dengan kebenaran di dalam sebuah Jamaah Islamiah dan komited dengan
Jamaah dan Imamnya (Said Hawa, min ajli khutwat ila al-amam ‘ala tareeq al-
jihad al-mubaarak, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, cet.III, 1979., hal., 32).

Oleh kerana sistem Demokrasi dan faham Kapitalisma serta Materialisma sudah
menjadi sistem masyarakat Malaysia dan membentuk faham warganya secara
menyeluruh, maka kewujudan PKR wajarlah mengambil kira sisi-sisi positif dari
faham ini untuk diIslamisasikan agar matlamat mengubah sistem negara ini
kepada Sistem Islam berjalan dengan evolusi dan simbiosis menuju ke arah
pengukuhan kewujudan Sistem Islam dalam Masyarakat Majmuk dan
membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Jaminan PKR untuk
membentuk sistem keadilan berasaskan Syari‘ah Islamiah perlu diperjelaskan
dari sudut impak nasional, kebenaran, kemajuan, kesejahteraan, keselamatan
dan sebagainya. Ianya tidak difahami sebagai sebuah institusi feudal yang penuh
dengan sejarah kurupsi tokoh-tokoh pemimpim Muslim yang silam, PKR perlu
berusaha memartabat masyarakat Malaysia dengan keunggulan Institusi
Kerajaan, Perundangan dan Kehakiman Islam Moden. Inilah imej yang mesti ada
kepada PKR yang akan menerajui pembaharuan di millenium akan datang. Ciri-
ciri praktikal ini perlu diperjuangkan, diyakini, dilaksanakan dan benar-benar
menjadi idaman ahli-ahli PKR agar keadilan dan kesejahteraan masyarakat
benar-benar lahir dari sistem yang baru ini, bukan dari sistem Demokrasi-
Kapitalis Konvesnional.

Diharapkan PKR akan memiliki ciri-ciri Penyelamat Ummah dan Parti Alternatif
selain daripada PAS dalam menyelamatkan umat dari golongan-golongan yang
menyeru ke arah pintu-pintu neraka dan membawa masyarakat ke arah
kesesatan.

3
Iktibar dari hadith Huzaifah ibn al-Yaman perlu diamati sepenuhnya :

( ‫ وقلت وما دخنه؟ قال قوم‬،‫فهل بعد ذلك الشر من خير؟ قال نعم وفيه دخن‬
‫ فهل بعد‬:‫ فقلت‬،‫ تعرف منهم وتنكر‬،‫يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هديي‬
‫ذالك الخير من شر؟ قال نعم؛ دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها فذقوه‬
‫ فقلت يا رسول هللا فما ترى إن أدركنى ذالك؟ نلزم جماعة المسلمين‬.‫فيها‬
‫ فاعتزل تلك الفرق كلهاولو‬: ‫ فإن لم تكن جماعة وال إمام؟ قال‬:‫ فقلت‬،‫وإمامهم‬
‫)أن تعض بأصل شجرة حتى يدرك الموت وأنت على ذالك‬1
Maksudnya; “..Adakah selepas berlakunya kerosakan ini ada kebaikan?. Jawab
baginda saw: Ya, tetapi padanya terdapat perbauran. Dan aku mencelah: Apakah
perbauran tersebut?. Baginda saw menjawab : suatu kaum yang akan mengikuti
suatu sunnah yang bukan dari sunnahku dan mereka mengambil petunjuk bukan
dari petunjukku. Kamu mengetahui mereka itu dan kamu ingkarinya. Kemudian
apakah selepas kebaikan itu ada lagi kerosakan?. Jawab baginda : Ya, terdapat
penyeru-penyeru ke arah pintu neraka Jahannam, barang siapa yang
menyahutnya, maka rasailah akibat terjerumus ke dalamnya. Maka aku bertanya
wahai Rasulullah : Apakah pandanganmu jika aku sempat dengan zaman
tersebut? Baginda menjawab: hendaklah kamu beriltizam dengan Jamaah
Muslimin Kepimpinan mereka. Aku bertanya lagi : Jika tiada satu Jamaah dan
Imam? Jawab baginda : Hendaklah kamu tinggalkan golongan-golongan
(penyeru ke arah pintu-pintu Jahannam) tersebut sekali pun kamu terpaksa
memakan akar kayu pasti engkau masih berikat dengan Iltizam tersebut.”

(Hadith Riwayat Bukhariy, Muslim dan Abu Dawud)

Erti ‘dakhanun’ mengikut al-Marhum Sheikh Said Hawa ialah terdapat banyak
seruan-seruan yang menyeret manusia ke pintu jahanam yang mengubah faham
dan penghayatan Islam sebagai al-Din serta mencampuradukkan dengan faham-
faham asing, seperti apa yang kita kenal sebagai faham Komunisma, Kapitalisma,
Eksistensialisma, Nasionalisma, Sekularisma, Sosialisma dan sebagainya. Di
tengah-tengah isma-isma inilah Dakwah Islamiah akan lenyap ditelan gegak
gempita propaganda Deislamisasi tersebut. (Said Hawa, min ajli khatawat ila al-
amam ‘ala tareeq al-jihad al-mubarak, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, hal., 30-32 ).

Di sinilah pentingnya elemen dan penekanan Sayap dan Program Tarbiyah


dibentuk dan wujud di dalam PKR secara tegas dan tanpa kompromi. Inilah
hasrat dan maksud utama daripada penulisan kertas kerja ini dan
dipersembahkan kepada kepimpinan PKR dan para ahlinya. Firman Allah swt,
surah Hud ayat 11 :
1
Hadith Huzaifah Ibn al-Yaman yang sangat masyhur itu diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim
dan Abu Dawud r.ah.

4
) ‫(إن أريدإال اإلصالح مأستطعتم وما توفيقي إال باهلل عليه توكلت وإليه أنيب‬

Maksudnya: “Tidaklah aku maksudkan melainkan untuk melakukan Islah –


pembaikan sekadar yang terdaya oleh kamu, dan tidak adalah tawfifiq melainkan
dengan Allah swt, kepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNya jua kita kembali.”

Tanggung jawab menegakkan Negara Islam tidak akan sempurna dengan


ketiadaan kuasa dari sesebuah parti yang kuat. PKR adalah penyempurna
tuntutan fardu kifayah. Maka menjadikan PKR sebagai jalan menuju matlamat
tercapai Dawlah Islamiah adalah wajib tegak dengan ciri Tarbiyah dan Gerakan
Islam, seperti yang thabit dengan kaedah usul fiqh :

)‫(ما ال يتم الوجب إال به فهو الواجب‬

Maksudnya:“Sesuatu kewajipan itu tidak akan sempurna kewjaipan tersebut


kecuali dengannya, maka ianya turut menjadi wajib.”

Merujuk kepada kaedah umum usul fiqh, fardu kifayah tetap menjadi wajib
‘ainy selagi tidak tercapai matlamat fardu tersebut. Maka fardu kifayah hanya
akan gugur kewajipannya ketika ada golongan mukallaf yang sanggup
melaksanakan dan mencapai matlamat kefarduan tersebut. Ini diungkapkan oleh
kaedah umum usul fiqh :

)‫ وفرض الكفاية اليسقط حتى يقيم بعض المكلفين‬،‫(إن فرض الكفاية يبقى فرض عين حتى يقوم‬

Maksudnya:“Fardu kifayah akan tetap menjadi fardu ‘ain apabila belum ada
orang menegakkannya. Dan kefarduan fardu kifayah tersebut tidak akan gugur,
sampai ia ditegakkan oleh sebahagian orang yang telah dibebani kewajipan
dengannya.”

1.4 Aqidah Tawhid dan Syari‘at Islamiah adalah teras perjuanagn parti dan
perlu dijaga agar kita tidak kehilangan sum’ah dan kekuatan serta hubungan
ahli-ahli PKR dengan Allah swt dan Rasulullah saw., serta hubungan dengan
golongan mukmin dari kalangan Jamaah Islam yang lain yang diiktiraf
kekuatannya oleh Allah swt. Lihat surah al-Munafiqun ayat 8:

( ‫)إن العزة هلل ولرسوله وللمؤمنين ولكن المنافقين ال يعلمون‬

Mkasudnya:“Sesungguhnya kekuatan itu ada bagi Allah swt, dan bagi RasulNya
dan bagi kalangan golongan Mukminin, tetapi golongan munafiqun tidak
mengetahuinya.”

Epilog

5
Keutuhan Aqidah Tawhid Uluhiyyah dan Tawhid Rubiyyah serta Tawhid
Asmaa’ dan SifaatNya di dalam perjuangan PKR mahu mempastikan bahawa
kepimpinan ini akan membawa rakyat jelata ke arah ‘UbudiyatiLlah wahdah –
pengabdian total kepada Allah swt yang esa, tidak disyirikkkan dengan tujuan-
tujuan yang lain sekalipun dalam keghairahan PKR untuk berkuasa demi
melaksanakan tanggung jawab Muslim khasnya dan manusia seluruhnnya
sebagai tugas khalifah di bumi. Unsur pengabdian diri kepada pencipta Alam
Raya inilah akan menukarkan seluruh perjuangan Muslim kepada skema
peribadatan di dalam seluruh gerak kerja parti. Muslim tidak akan rugi melalui
mehnah dan tribulasinya selama niat dan tekad perjuangan ditulus serta
diikhlaskan untuk Allah swt dan perjuangan ini. Bagi Non-Muslim pula mereka
akan melihat dan yakin dengan kesungguhan dan kejujuran ahli-ahli parti yang
komited berkerja untuk menghasilkan natijah yang dijanjikan Allah SWT untuk
kesejahteraan manusia sejagat. Lihat ungkapan al-Quran yang indah tentang
umat Islam ini, firman Allah swt :

(‫ ويكون الرسول عليكم شهيدا‬،‫)وكذالك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس‬
Maksudnya: “Dan begitulah kami jadikan kamu sebagai suatu Umat
Pertengahan, agar kamu menjadi saksi ke atas manusia seluruhnya
(berkewajipan menyampaikan risalah Allah swt kepada mereka), dan Rasulullah
saw akan menjadi saksi ke atas kamu (dengan meninggalkan ajaran baginda yang
syumul dan lengkap).”

( II )

2. Proses tarbiyah wajar kepada pimpinan:

Prolog

Pemimpim dan pimpinan adalah suatu kedudukan dalam pembinaan manusia


yang telah menenpuh pelbagai liku-liku kehidupan sebagai manusia biasa,
kepimpinan bawahan dan atasan sehinggalah menjadi ketua tertinggi, kemudian
jika tidak syahid, ia bakal menjadi pejuang biasa semula. Semuanya pasti melalui
jerih payah, pahit maung, susah senang, masam manis dan segala-gala
pengalaman dilalui dan dilepasi dengan jayanya sebagai pimpinan junior dan
senior. MUSTAHIL terlantik tanpa melalui semua pengalaman “berlian” dan
“galian berharga” dari pembentukan kehidupan seseorang pemimpin.

2.1 Proses tarbiyah wajar kepada pimpinan:

Setiap Individu pemimpin yang hebat, pasti telah melalui peringkat-peringkat


pendidikan, pengasuhan, pembinaan, pengujian, cabaran, penilaian dan
perlantikan ke tampuk tertinggi atau selayaknya di dalam sesebuah organisasi.
Pengalaman berikut, menjelaskan kepada kita betapa pimpinan besar dunia yang

6
hebat di dalam gerakan Islam tidak dikecualikan dari melalui PROSES
PENTARBIYAHAN dan PEMBENTUKAN perkaderan mereka. Antaranya;

i. Nabi Muhammad ibn ‘Abdillah saw (571–632) Risalah


Islam Seluruh Alam

ii. Saat Menerima Wahyu dan Tugas Berdakwah


iii. Penentangan Quraysh
iv. Kehilangan Pembantu Tercinta
v. Ancaman Bunuh dan Penghijrahan
vi. Pembinaan Sebuah Kota “Madinat an-Nabiy”
vii. Pembinaan Masyarakat dan Siri Peperangan
viii. Ksesempurnaan Misi Dakwah dan Risalah Islam
ix. Kembali ke Rahmatullah

2.2 Imam Hassan al-Banna (1906–1949) – Pengasas Harakah Ikhwan


Muslimun Mesir

i. Pengenalan Diri dan Tarbiyah

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Ayub b Musa dari ayahnya dan dari datuknya
bahawa Rasululah saw pernah bersabda:

“Tidak ada sesuatu yang diberikan oleh orang tua kepada putranya melebihi
keutamaan adab yang baik.”

Al- Banna lahir dari sebuah keluarga sederhana seorang Ustaz Abdul Rahman al-
Banna (as-Sa‘atiy – si tukang jam) di al-Muhammadiyah al-Buhayrah,
lokasinya di tengah jalan menuju ke Iskandariyah dan jalan selatan menuju ke
Kairo. Di tepi sungai Raysid, yang berhubung terus dengan sungai Nil.
Rakan-rakan beliau ialah para ulamak dan fuqaha’, menelusuri kitab-kitab
hadith seperti musnad Imam Ahamd yang besar itu, banyak berbincang tentang
ilmu-ilmu Islam, rumahnya penuh buku-buku yangpnting tentang Islam.
(Khalifaturrahman Fath, Biografi Hasan al-Banna: Imam Para Da‘ie dan
Mujaddid yang menemui Syahid, Terj: Dr. Anwar Jundi, Hasan al-Banna ad-
Daa‘iyah al-Imam wa al-mujaddid asy-Syahid, Solo : Media Insani, 2003:21-4)

ii. Marhalah Madrasat al-Muhammadiyah al-Buhayrah

Ktika itu al-Azhar telah mulamembincangkan konsep-konsep dan amalan asal


Islam dan kembali kepada sumber asal al-Quran as-Sunnah dan
menyelenggarakan akademia hukum-hakam, melihat pandangan sebenar Islam
di dalam kehidupan dan memeriksa dengan ketat amalan-aman bid‘ah dan
khurafat. Kajian seperti ini di garap oleh tokoh-tokoh mujadid seperti Syeikh

7
Jamaluddin al-Afghaaniy, Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha.
“Majalah al-Mannar” mengembangkan kesedaran rakyat untuk melaksanakan
Islam sebagai al-Din, tidak hanya menjaga sudut-sudut peribadatan dan tata
hukum-hakam hal ehwal keperibadian dan kekekluargaan sahaja.

Konsep Dakwah dan Tarbiyah yang menjurus kepada aspek perjuangan global,
meliputi agama dan pemerintahan, mushaf dan pedang, menggiatkan ibadah
dan kepimpinan. Ruh perjuangan Islam seperti inilah yang melahirkan
perjuangan baru masyarakat Islam di dunia Arab dan di luar Arab yang
bertanggung jawab melahirkan ruh yang tulus dalam bekerja dan berjihad,
memperbaiki slogan penjajah yang menganjurkan agama yang hanya digunakan
untuk urusan peribadi dan kekelurgaan sahaja, menjelaskan hubungkait
perjuangan Dakwah Islamiah dengan pembinaan bangsa Arab dan umat Islam
untuk mensejajarkan urusan aqidah, hukum-hakam, kegamaan Islam dengan
politik, perekonomian, pembangunan masyarakat dan kemodenan sains dan
teknologi.

Kepribadian Imam al-Banna dibentuk dengan kefahaman konsep Islam dan


Iman yang mendalam, mampu menyatukan antara ilmu dan amal, dapat
mengikat kuat antara faham fiqh theori dan amali di dalam acuan Jurisdiksi
Ketuhanan (Penghakiman Ilahi-Rabbani) serta mengemukakan ruang
pengaplikasian di dalam semua ruang lingkup penghidupan. Dakwah dan
tarbiyah menumpukan ke arah al-amru bi al-ma‘ruf wa an-nahyu ‘an al-
munkar, membentuk persekitaran masyarakat dengan ruh akhlak mulia,
orientasi membangunkan perkumpulan dan organisasi (jam‘iyyah-jam ‘iyyah)
yang mengajak manusia berpegang teguh kepada agama Islam; mendirikan solat,
kesetiaan kepada Allah swt, membenteras munkar termasuk minuman keras dan
perkara-perkara bid‘ah di dalam masyarakat.

Hasan al-Banna banyak bergaul dengan para ulamak dan membahas serta
menyelesaikan banyak perkara dunia dan akhirat berkenaan dengan hakikat
perundangan Islam dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat, melaksanakan
prinsip utama masyarakat Islam –mengajak ke arah al-Makruf dan mencegah
al-Munkar dan memperbaiki kehidupan masyarakat sehingga benar-benar
selaras dengan Syariat Islam. Pengajian beliau secara formal melalui 1) al-
Madarasat al-Awaliyyah al-‘Aammah di Mahmudiyyah, 2) al-Madrasat al-Mu
‘allimeen di Damanhur dan 3) Darul al-‘Uluum di al-Qaherah.

Syeikh Muhammad Zuhran adalah gurunya dalam membina perwatakan, belajar


ilmu khitabah dan retorikanya. Di samping itu belaiu adalah guru Madaratsat
ar-Rasyaad ad-Diniyyah yang cerdas dan genius, seorang alim yang bertaqwa,
tajam kemampuan berfikir dan humoris, lontaran cahaya ilmu dan fadhilatnya
memancar ke segala pelusuk masyarakat. Al-Banna sangat tegas dengan
pengajaran dan pengasuhan serta pembinaan tokoh-tokoh dakwahnya sehingga
beliau melaksana denda-denda yang menyenagkan seperti mangahafaz “syair
pengajaran” agar kesilapan tidak berulang. Al-Banna banyak mempelajari cara

8
bergaul dan berkomunikasi dengan masyarakat dan para pejuang dari kalangan
Da ‘ie yang seiring sejalan dengan beliau.

Syeikh Muhammad berpengaruh kepada al-Banna dalam hubungan Ruhaniah,


Kemsraan dan saling memerlukan sehinggan kasih guru dan murid timbul sekali
pun tugasan-tugasannya sangat membebankan diri sendiri. Hubngan dengannya
menimbulkan keinginan dan kecintaan kuat untuk belajar, mengikutinya
membaca dan menelaah buku-buku yang dapat menyelesaikan persoalanyang
dihadapi diperpustakaan, mengikutinya mengahdiri forum-forum ilmiah dan
berdiskusi dengan para alim ulamak dan para pemikir dalam sesuatau persoalan,
sedang belaiu mengikutinya dengan penuh minat.

Seorang syeikh lain iaitu Syeikh Muhammad Abu Syausyah yang membantu
beliau dalam pembinaan aspek Ruhaniyah dengan menizarahi perkuburan dan
memberikan tazkirah mengenai alam kubur dan masa depan manusia yang lebih
panjang. Menasihati kalangan anggota ikhwan agar tidak berselisih dalam urusan
khilafiah furu’iyyah dan berstau dalam prinsip Islam serta tonjolkan perpaduan
di kahalayak Muslimin ikatan persaudaraan dan saling bantu membantu dalam
urusan umat Islam. Syeikh tidak menizinkan ucapan kafir, hipokrit, zindiq atau
gelaran mssionari disebut ditempat terbuka, sebagai gantinya bincangkanlah di
dalam majlis kamu sahaja. Buat kajian, ucapkan kata-kata yang menyentuh hati
masyarakat dan mengukuhkan pegangan mereka kepada agama Islam. Jangan
sekali-kali Dakwah initerjebak di dalam kelacaun Ideologi tamadun barat.
(Khalifaturrahman Fath, Biografi Hasan al-Banna terj.,(Dr. Anwar Jundi)
2003:25-30)

iii. Marhalah Damanhur – Madarasat al-Mu‘allimeen.

Dalam marhalah ini (1920-1924) usia beliau antara empat belas sehingga tujuh
belas tahun, beliau berpindah ke kota Damanhur. Di situ tegaknya Madrasat al-
Mu‘allimeen yang memberi peluang ia bertemu dengan para ustaz-ustaz pendidik
(murabbi) besar, serta dapat menyertai Jama‘ah al-Hishafiyyah bersama-sama
dengan para pemimpin dan tuan-tuan guru mereka (masyaayeikh) mereka. Di
sini al-Banna mul a menumpukan aspek-aspek pentarbiyahan terhadap intisari
keimaman seperti berzikir dan beribadah. Solat malam menjadi perkara asasi
dilakukan menjelang solat fajar, kemudian menghadiri majlis pengajian seperti
kupasan Ihyaa’ Ulum al-Din oleh al-Imam Ghazali r.ah. Menghafaz al-Quran
sebelum ke sekolah. Sekembali dari sekolah beliau memperbaiki jam sehingga
waktu Isya’ dan menyambung pengajian sehingga waktu tidurnya. Marhalah ini
al-Banna mula menekuni aspek Tasawwuf dan pengibadatan tanpa mengabaikan
tugas-tugas belajar yang asasinya. Jamaah al-Hishafiyyah melahirkan tokoh-
tokoh ulamak dan beliau tidak akan melepaskan peluang tersebut diperguruan
dan bergabung dengan Jamaah tersebut.

Dalam usia begini al-Banna telah pun terdedah dengan bahan-bahan diskusi
yang sangat besar dan berat seperti masalah Thariqat, kewalian, urusan yang
berkaitan dengan sunnah Rasulullah saw dan juga persoalan bid‘ah-bid‘ah yang

9
berlaku. Ustaz ‘Abdul Fatah Abu al-Allam selalu menggesa agar membuat kajian,
mendalami rahsia-rahsia perundangan Islam berserta dengan sejarah
perkembangannya, sejaraha perkembanganmazhab dan kelopok kelompok
fuqahhaa’ sehingga kebenaran benar-benar dapat disingkap. Kebersamaan
dengan ikhwan di sini sangat terasa sambil melalui perjalanan ibadah, zikir,
iktikaf, solat Isyak berjamaah, makan malam dan kembali berzikir kepada Allah
swt buat beberapa ketika. Mereka berehat dan menyambung bangun malam
bertahajjud dan beristighfar dan berehat menjelang fajar.

Marhalah ini cukup memberikan pengalaman dakwah yang praktikal dalam


pembentukan kader atau rekrut tenaga duat dan pekerja Islam untuk terus
berjuang dan ,menyibarkan dakwah islam. Dalam marhalah ini, kalu boleh diberi
gelar setara dengan Diploma Perkaderan dakwah yang boleh di keluarkan
resume di mana-mana guna buat mencari pekerjaan. (Khalifaturrahman Fath,
Biografi Hasan al-Banna terj.,(Dr. Anwar Jundi) 2003:30-5) Namun al-Banna
dengan perguruan itulah berliau mempraktikkan ilmu dan pengalaman beliau
untuk menyeru mansia di jalan Dakwah seperti Rasulullah saw menyeru manusia
kembali menghayati kehidupan Islam.

iv. Marhalah Darul ‘Ulum – Fasa Dakwah bermula

i. Peringkat Dakwah dan Pertembungan Pemerintah


ii. Peringkat Membagunkan Asas dan Kaedah
iii. Peringkat Menegakkan Hujjah dan Konfrantasi
iv. Sikap Kepada Banyak Parti Muslimin
v. Dakwah Global
vi. Konspirasi dan Syahid

( III )

3. Model perwatakan pemimpin hasil tarbiyah:

Dalam fasa ini, dibentangkan fakta-fakta peribadi yang diriwayatkan oleh


Muawiyah b Abi Sufian r.a. daripada Ibnu ‘Abbas ketika menggambarkan sifat-
sifat dan keperibadian pemimpin Khalifah umat Islam di zaman awal dan
gemilang iaitu khulafaa’ ar-Rasyideen r. ah., semoga ianya menjadi titik
renungan panduan kepada kita dalam membina dan melakasanak perkaderan di
dalm organisasi politik PKR.

3.1 Para Khulafaa’ ar-Raasyideen r. ah ajma‘in.

i. Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Muawiyah ibn abi Sufian bertanya Ibnu ‘Abbas r.a., mengenai perwatakan Abu
Bakar as-Siddiq : “Apakah pandanganmu mengenai Abu Bakar r.a.”. Lalu Ibnu

10
‘Abbas menjelaskan seperti berikut: (Syeikh Muhammad Yusuf, Hayat as-
Sohabat, Kuala Lumpur: Darul Nu‘man, cet. III, 1999, hal. 51-2)

“Allah swt merahmati Abu Bakar r.a. Demi Allah swt beliau adalah seorang yang
membaca al-Quran, amat amat takut kepada Allah swt, tidak pernah cenderung
melakukan kekejian, selalu menjauhkan diri dari kejahatan, sentiasa melarang
perbauatan mungkar, amat memahami agamanya, selalu beribadat malam,
berpuasa di siang hari, menjauhkan dunia, amat keras dalam menegakkan
keadilan untuk manusia, sentiasa mengajak kepada makruf dan melakukannya,
sentiasa bersyukur di dalam setiap keadaan, sentiasa mengingati Allah swt di
waktu pagi dan petang, amat keras kepada diri sendiri dalam melakukan
kebaikan. Beliau mengatasi para sahabatnya di dalam kewarakan, berpuas hati
dengan apa yang ada (redha), kezuhudan, memelihara diri dari kemaksiatan,
perlakuan kebajikannya dan berhati-hati (terhadap perkara yang boleh
merugikan agamanya). Maka Allah swt akan menghukum barang siapa yang
mencercanya hinggalah ke hari kiamat.”

ii. Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Khattab r.a

Muawiyah ibn Abi Sufian bertanya Ibnu ‘Abbas r.a., mengenai perwatakan Abi
Hafsin ‘Umar ibn al-Khattab r.a., : “Apakah pandanganmu mengenai ‘Umar ibn
al-Khattab r.a.”. Lalu Ibnu ‘Abbas menjelaskan seperti berikut: (Syeikh
Muhammad Yusuf, 1999 :52-3)

“Allah swt merahmati Abu Hafs (Umar al-Khattab), demi Allah beliau pembela
agama Islam, tempat mengadu anank-anak yatim, penyelesai masalah orang-
orang beriman, tempat berlindung orang-orang yang lemah dan orang-orang
yang taat, benteng bagi setiap makhluk dan tempat meminta pertolongan, beliau
bagun dengan penuh kesabaran dalam menegakkan hak-hak Allah swt dalam
mengarapkan ajaranNya sehingga Allah swt memenangkan agamanya,
melakukan banyak pembukaan wilayah Islam yang baru (futuhaat), sentiasa
menyebut nama Allah swt di setiap pelusuk wilayah, di sumber-suber mata air,
bukit-bukit, di pinggiran kota, wadi-wadi dan tanah-tanah dataran, sentiasa
menjauhjan diri dari perkara yang keji, sentiasa bersyukur kepada Allah swt
samada di dalam keadaan seang atau susah. Sentiasa mengingati Allah swt
(dhikrullaha katheera) di dalam setiap masa dan ketika. Maka Allah swt
menghukumbarang siapa yang membencinya dengan laknat (Nya) sehinggalah
ke hari kebangkitan”.

iii. ‘Uthman ibn ‘Affan r.a.

Muawiyah ibn Abi Sufian bertanya Ibnu ‘Abbas r.a., mengenai perwatakan
‘Uthman ibn ‘Affan r.a., : “Apakah pandanganmu mengenai ‘Uthman ibn ‘Affan
r.a.”. Lalu Ibnu ‘Abbas menjelaskan seperti berikut: (Syeikh Muhammad Yusuf,
1999 :53)

11
“Allah swt merahmati bapa ‘Amru. Demi Allah swt beliau adalah berasal dari
keturunan yang mulia dan seorang yang selau mengerjakan kebaikan dan orang
yang paling sabar di medan “ghazwah” sertinya di dalam peperangan. Selalu
beribadat malam hari dan selalu menangis sewaktu mengingati Allah swt ( di
dalam zikir beliau), sentiasa berfikir mengenai perkara-perkara yang menyentuh
dirinya, di waktu siang dan malam. Tegas memerangi apa sahaja yang tidak yang
tidak disukainya berkaitan dengan halehwal keagamaan. Sentiasa berusaha
untuk menyelamatkan dirinya dari ditimpa kecelakaan dan berusaha untuk
melakukan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada dirinya. Beliau
adalah pemilik telaga (dikenali sebagai ruumah yang dibeli dari Yahudi unutk
kegunaan umat Islam) dan tentera (menyediakan keperluan dan kelengkapan
tentera “ketika kempen ke Tabuk”.

Rasulullah saw telah mengahwinkan beliau degan dua orang puteri baginda saw.
Maka Allah swt akan menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang
mencercanya supaya ia menyesal sepanjang hayat sehingga key hari kiamat.”

iv. ‘Ali ibn abi Talib k. wjh.

Muawiyah ibn Abi Sufian bertanya Ibnu ‘Abbas r.a., mengenai perwatakan ‘Ali
ibn abi Talib k. wjh., : “Apakah pandanganmu mengenai ‘Ali ibn Abi Talib k.
wjh.” Lalu Ibnu ‘Abbas menjelaskan seperti berikut: (Syeikh Muhammad Yusuf,
1999 :54)

“Allah swt merahmati bapa si Hassan. Demi Allah sesungguhnya beliau adalah
sumber hidayah, orang yang bertaqwa,seorang yang amat cerdik, cantik
(handsome), cahaya yang menerangi kegelapan malam. Seorang Da‘ie - penyeru
ke jalan agama (Islam), amat mengetahui tentang kitab-kitab terdahulu,
seorangyang mahir di dalam tafsir al-quran, sentiasa menghubungkan diri
dengan sebab-sebab hidayah, meninggalkan segala kejahatan dan kecelakaan,
sentiasa berpaling dari jalan kebinasaan. Beliau adalah sebaik-baik orang yang
beriman dn bertaqwa, sebaik-baik orang yang mengenakan pakaian, sebaik-baik
orang yang mnegerjakan Haji dan Sa‘ie. Beliau adalah semulia-mulia orang yang
adil dan saksama di dalam setiap perkara. Seorang ahli pemidato yang terbaik di
dunia selepas para nabi dan Rasulullah saw.”

Beliau seorang yang sempat menyertai solat berjamaah ketika nabi saw
mengadap dua qiblat (di Mesjid Qiblatain) ke arah Mesjid al-Aqsa di Palestin dan
kemudiannya key arah Mesjid al-Haram Mekah. Suami kepada wanita terbaik,
ayah kepada dua cucu Rasulullah saw; Hassan dan Hussain. Tidak pernah
mataku menyaksikan orang yang seumpama beliau dan kamu tidak akan melihat
orang seumpamanya hingga ke hari kiamat dan hari pertemuan. Oleh itu barang
siapa yang melaknatinya, maka key atasnya lah laknat Allah swt dan sekelian
hamba-hambanya sehingga key hari kiamat.”

v. ‘Umar ‘Abdul Aziz rh. a.

12
Syeikh Taha ‘Abdullah Afifi menjelaskan bahawa beliau memetik kesah
pengajaran dari himpunan Jumhuratu Khutab al-Arab, 2/495 menceritakan
bahawa Khalifah ‘Umar ‘Abdul Aziz mengirim surat kepada ulamak tersohor
zaman itu al-Imam Hassan al-Basriy r.ah. memohon huraian mengenai “sifat-
sifat Imam yang adil”. Lalau al-Imam Hassan al-Basriy r.ah. menjawab dengan
suaratnya yang masyhur dengan menyeru wahai Ameerul al-mukminin:

“1. Imam yang adil adalah, sebagai pengawas segala kelencongan, petunjuk
kelalaian, meluruskan kesalahan mufsidin (berbuat kerosakan), menguatkan
golongan lemah dengan pembelaannya, penolong yang dizalimi dan
pembantu yang memerlukan.
3 Imam yang adil adalah, pengembala yang sangat penyang kepada untanya;
mencari tempat pengemalaan, melindunginya dari bahaya binatang buas,
melindunginya dari panas matahari dan kedinginan waktu malam.
4 Imam yang adil, seperti seorang ayah yang sangat penyang kepada anaknya;
mempastikan pemakanan anak sewaktu kecil, mendidik dengan sebaik
mungkin ketika meningkat dewasa, bekerja untuk kepentingan anaknya dan
menyimpan kekayaannya sebagai persediaan hidup setelah dia meninggal
dunia (faraidh).
5 Imam yang adil adalah, laksana seorang ibu yang sangat meyayangi anaknya;
mengandungkannya dengan susah payah, melahirkannya dengan susah
payah, mendidiknya sewaktu kecil, berjaga malam jiak terjaga di tengah
malam, turut diam jiak bayi mula tenag dan diam, tenang menyusuinya dan
meyapihnya, dia sangat gembira jika anaknya sihat dan cukup sedih apabila
bayinya berada dalam kesakitan.
6 Imam yang adil adalah, seperti orang yang bertanggung jawab menjaga anak-
anak yatim dan menjaga harta fakir miskin, mereka juga mendidik anak-anak
yagmasih kecil dan mengupayakan golongan yang lemah.
7 Iman yang adil adalah, berfungsi seperti hati bagi seluruh anggota badan, jika
sekiranya hati (qalbun) itu baik, maka semua anggota badan akan baik.
Sebaliknya apabila hati itu rosak, maka seluruh anggota badan akan rosak.
8 Iman yang adil adalah, seperti orang-orang yang berada di anatara Alah swt
dan hamba-hambaNya, dia mendengar kalam Allah swt dan memjadikan
kalam Allah swt didengar oleh manusia, dia melihat keagungan Allah swt dan
memperlihatkan keagongan Allah swt kepada manusia dan dia taat dan patuh
kepada perintah Allah swt dan dia mengajak manusia untuk taat dan petuh
kepadaNya.
9 Iman yang adil adalah apabila mengurus harta anugerah Allah swt kepadamu,
janganlah seperti kana-kanak diberi kepercayaan oleh tuannya, dia
mmenyimpan harta dan melindungi tuannya, tatapio kemudian dia
mengahabiskan harta dan mensia-siakan keluarga tuanya menyebkan
keluarga tuanya itu jatuh miskin.
10 Sikap terhadap Hudud Allah swt: “Wahai Amirul Mukminin, ketahuilah
bahawa Allah swt mengenakan Hudud agar kamu dapat menghukum
kekejian-kekejian yang ditegakkan. Bila kejahatan dan kezaliman dapat

13
dihancurkan, maka lahirlah kesejahteraan hasil dari penghapusan
kezaliman.”
11 Gambaran Situasi ketika pemerintahan Umar Abdul Azizi : “Pada masa
pemerintahan Umar Abdul Aziz, serigala dapat hidup berdampingan dengan
kambing-kambing dan tidak saling memusuhi apalagi menyakiti. Namun
pada satu hari seelor serigala telah membunuh seekor kambing seraya
berkata : “Ameerul Mukminin telah meninggal dunia”.

Penegasan :

Jelas sekali bahawa para pemimpin dunia hari ini harus mengambil tauladan
dari cara dan kaedah khalifah Umar Abdul Aziz memerintah di zaman baginda
khususnya dalam persoalan keadilan, kewarakan dan ketaqwaan. Ketika perkara
ini terjadi, maka segala kebaikan dunia akan dapat diraih dan ketenangan di
akhirat akan dapat diperolehi.

4. Rumusan dan Penutup

Berdasarkan perbincangan dalam tiga fasa perbincangan Tarbiyah di dalam


sesebuah organisasi, maka organisasi politik pun tidak terkecuali memerlukan
wujudnya proses perkaderan ini. Bermula dengan perkaderan Rasulullah saw
dengan rantaian perjuangan baginda, kita menelusuri bagaimana Imam al-Banna
r.ah. dibentuk dan dibina peribadi beliau dan melibatkan diri di dalam
perjuangan yang berterusan sehingga beliau menemui cita-cita syahid beliau.
Kesan akhir yang diingini daripiada proses ini ialah watak-watak pimpinan yang
telah ditampilkan di kalangan para Khulafa’ ar-Raasyidin dan juga khalifah
Umar Abdul Aziz sebagai rujukan perwatakan pimpinan sepanjang zaman. Maka
dengan yang demikian suka dicadangkan bahawa urusan Tarbiyah dan
prosesnya mestilah berjalan di dalam organisasi politik PKR ini bukan sahaja di
kalangan pemimpin-pemimpin, malah meratai di kalangan pekerja parti dari
serendah-rendahnya sehinggalah ke peringkat Majlis tertinggi parti (MT).

Abu 'Amrullah Muhammad ADIS El-Merbawiy


@ Ustaz Ahmad Daud b Ishak El-Merbawiy

Arau, Perlis
22 hb Januari 2009
Empangan Pecah, Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan.

14

Anda mungkin juga menyukai