Anda di halaman 1dari 49

Kembali Kepada Madrasah Rasulullah

(s.a.w) Dan Ke Arah Mencontohi


Generasi Al-Quran Yang Unggul (Unik).
(Katibah Rajati Manhaj ar-Rasul)

Oleh

Ustaz Ahmad Daud Ishak ElMerbawiy


TYDP dan Masul Tarbiah IKRAM
Dungun

1.0 Muqaddimah.
Sepanjang

sejarah manusia, terdapat


tokoh-tokoh yang telah mempengaruhi
pemikiran dan kehidupan dalam bentuk
ajaran moral, pemikiran dan falsafah
dalam
jurusan
tertentu,
tetapi
membiarkan sudut-sudut lain terluang
kosong dan tidak diberikan perhatian.

Telah

diturunkan para anbiyaa di zaman


terdahulu..namun mereka merubah dan
menyimpangkan
agama
samawi
mengikut hawa-nafsu dan akal fikiran
mereka sehingga menyimpang terjadi
penyelewengan
dan
penyembahan
berhala dan sesama manusia. (wa
yuharrifuuna
al-kalima
an
mawaadhiihi)

Di sinilah takdir dan kehendak Ilahi


menurunkan Rasulullah saw; Muhammad
Ibnu Abdillah dengan Risalahnya bersifat
syumul, memberi panduan bagi manusia di
setiap masa dan merangkumi setiap ruang
lingkup kehidupan mereka. (wa Maa
farratnaa fi al-kitab minsyaiin)
Tidak terdapat sebarang ruang di dalam
kehidupan manusia yang dibiarkan tanpa
panduan dan bimbingan oleh risalah yang
dibawanya. (tibyaanan likulli syaiin)

Kesan

kekuatan risalah Islam yang


berteraskan aqidah telah membolehkan
Rasulullah
(s.a.w.)
membina
satu
generasi yang kukuh.
mendukung
ajaran
Al-Quran
dan
petunjuk-petunjuk As-Sunnah Rasulullah
(s.a.w.). Mereka juga adalah satu
generasi yang paling istimewa di dalam
sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan

Generasi ini tidak pernah timbul dan muncul lagi


sesudah itu, walaupun terdapat beberapa
individu dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah,
tetapi tidaklah lahir bagi segolongan besar
manusia, di satu tempat tertentu.
Sejarah manusia membuktikan bahawa ACUAN
RABBANI ini berlaku secara praktikal dari makhluk
manusia (bukan malaikat), memindahkan ACUAN
RABBANI ini kepada sejumlah besar sahabat
hawari-anbiyaaillah pada anggaran 110, 000
orang jumlah mereka.
*Sibghatallah..wa ,man ahsanu minallahi
sibghat wa nahnu lahu aabiduun - Celupan
dari Allah swt..tidak adalah acuan sebaik acuan
dari Allah swt..dan kami adalah golongan yang
menyembahNya dengan penuh pengabdian diri.

2.0 Rasulullah (s.a.w.)


Fenomena Jaahiliyyah
Pembela
Dan Pembebas
sangat jelas dengan
riwayat Jaafar ibnu Abi Talib di hadapan
Ummah.
Najasyi sewaktu Hijrah pertama ke
Habasyah
kami adalah kaum jaahilyyah, kami
menyembah
berhala,
memakan
bangkai,
menyakiti
jiran
kami
(permusuhan). Golongan yg kuat
akan menekan golongan yang lemah

Kitab-kitab
dan
ajaran-ajaran
lama
telah
diabaikan, dipinda ataupun ditokok tambah
menurut selera pihak-pihak yang mempunyai
kepentingan tertentu.
Manusia menghadapi masa depan yang seolaholah tidak bermakna lagi di bawah telunjuk
kegelapan dan kesesatan. Akal telah diperintah
oleh Hawa, Syahwat, kebendaan, kekuasaan almalaa dan menjadi alat peperangan dan
permusuhan antara kaum. Manusia tidak mengerti
sebuah KEMANUSIAAN dan KETUHANAN hakiki
di dalam dan luar diri mereka.

3.0 Cahaya Islam


menunjukkan dirinya
Allahu Nuur as-samaawat wa l-ardh.
Nahwa
an-Nuur

Dengan risalah tauhid, Rasulullah (s.a.w.)


menjawab persoalan-persoalan pokok yang tidak
pernah terjawab sebelum ini; dari mana manusia
datang, untuk apa ia dijadikan, kepada siapa ia
bertanggungjawab
dan
ke
manakah
kesudahannya.
Memang benar, pada dasarnya mereka adalah
manusia baru, baru dari segi aqidah dan
keimanan. Mereka adalah manusia yang baru
kembali kepada fitrah asal di mana Allah telah
menciptakan mereka.

Sudut-sudut Perubahan Manhaj at-Taghyeer


Pandangan hidup berTuhan
Bimbingan ke arah petunjuk fitrah asal
Keilmuan tinggi (Ilahiyah) meresap jiwa dan
mengakar umbi dalam tindakan
Kini mereka bertanggung jawab terus kepada
ILAHI dan bukan lagi terbelenggu dengan
manusia , berhala dan kebendaan Ruh mereka
diMERDEKAKAN dan
MERASAI sangat nikmat
kebebasan ini yg tidak ada TUKARANNYA
LAGI..inilah
yg
diungkapkan
BILAL
IBNU
RABAH..AHADUN..AHAD..AHADUN..AHAD
kembali kepada fitrah asal CIPTAAN Allah telah
mencetak mereka dengan KELEBIHAN dan
KEKUATAN zahir dan batin.

Rasulullah (s.a.w.) menghancurkan berhalahala syirik di dalam jiwa-jiwa manusia,


melenyapkan segala penyembahan berhalahala tersebut YANG BERKUASA di alam
nyata.
Penghulu segala nabi, pemimpin golongan
mujahid, pembebas serta pembela umat
manusia sejagat dan rahmat kepada seluruh
alam.

4.
Perubahan
Madrasat
wa Manhaj Masyarakat
at-Taghyeer Asas
Tarbiah Nabi saw dan Sistem perubahan
Dan
Madrasah Rasulullah
Rabbaniy.

Mengajak manusia kepada KALIMAH


(s.a.w.).
TAWHID -


Kalimah
inilah
perubah
segala-gala 360
Asas cabaran Rasulullah saw
sangat BERAT;

ATABAH Rabeeah menawarkan Kepimpinan


Makkah, Menjadi Jutawan Makkah dan
Meninggalkan Dakwah dan Tarbiah.
Jawapan Nabi saw ; Sekiranya kamu
memberikan matahari di tangan kananku
dan bulan di tangan kiriku agar aku
meninggalkan urusan ini, maka aku tidak
akan meninggalkannya..sehinggalah aku
disentuh ajal..sedang aku masih berada
dalam keadan demikian (Jalan Dakwah).

Dalam Manhaj Ar-Rasulillah saw,


baginda meletakkkan TITIK PEMISAH
ANTARA JAHILIYYAH DAN ISLAM sehingga
JELAS YG HAQQ DAN BAATIL.
Maka itu Allah swt menurunkan surah alKaafirun..syed Qutub melihat bahawa
hasil sifat THABAT AR-RASUL DGN surah
al-Kaafirunlah..maka Allah swt
menyusuli dengan Hudaibiyyah dan
fathu Makkkah surah an-Nasr.

Rasulullah (s.a.w.) memecahkan segala berhalaberhala penyembahan yang dicipta sendiri oleh
kesesatan hawa nafsu manusia. Kalimah
yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.)
menetapkan satu garis pemisahan yang
jelas di antara iman dan kufur, di antara
cahaya dan kegelapan dan di antara
kebenaran dan kebatilan. secara nyata
dan telah berkuasa bgi memperlihatkan
kpd rakyat Tuhan berhala tidak mampu lagi
menghalang Tuhan Allah swt memberi
kemenangan kepada Muhammad saw dan
para sahabat Radhiyallahu ajmaieen.

5. Madrasat anNababwiyah mengambil


5.1. Pembentukan sebuah Gerakan;
bentuk;
Selepas

Institusi Bukit sofa, baginda


mengambil bentuk GERAKAN
DAKWAH Al-Arqam ibnu abi alArqam.
Mengumpul anasir AnsarUllah dan
junudullah dalam menjayakan
Dakwah Muhammad saw agar
menjayakan penyibaran Risalah Allah
swt dan Takwin al-Insan

Rasulullah

(s.a.w.) telah menanamkan


dengan lebih teguh lagi pengertian
dan tuntutan-tuntutan aqidah
tauhid, membersihkan hati-hati
mereka daripada segala saki baki
jahiliyyah, diisi jiwa mereka dengan
roh ketaqwaan kepada Allah dan
dihidupkan semangat mereka
dengan denyutan nadi perjuangan
untuk mempertahankan aqidah suci

Firman

Allah swt:
Dialah yang mengutus kepada kaum
yang buta huruf seorang Rasul di antara
mereka, yang membacakan aya-ayatNya kepada mereka, mensucikan
mereka dan mengajarkan kepada
mereka Kitab dan hikmah. Dan
sesungguhnya mereka sebelumnya
benar-benar dalam kesesatan yang
nyata. (Al-Jumuah: 2)

Intisarinya
-

:
Rasul utusan Allah swt utk golongan
suatu Ummah yg Jaahiliyyah
Membacakan kepada Mereka KALAM
ALLAH
MEMBERSIHKAN Jiwa dan akal mereka
serta khuluq mereka
Walau pun mereka itu JAAHILIYYAH sgt
NYATA

5.

2. Membebaskan Daripada Sebarang


Perhambaan. Tahrir Min al-Jaahiliyyah wa
al-itqi al-Musyrikeen.

keimanan

dan itiqad tidak dapat diatasi oleh


sesuatu pun sama ada halangan yang
dikenakan terhadap mereka itu dalam bentuk
penyeksaan, penderitaan, pemulauan,
kelaparan ataupun pem-bunuhan, namun
ikatan aqidah yang telah tersimpul di dalam
keyakinan mereka tidak mungkin dapat
dirungkaikan

Allah

pusat pengabdian mereka, tumpuan


kepatuhan mereka dan curahan harapan dan
kecintaan mereka. Golongan salihin ini tidak rela
melihat manusia memperhambakan diri mereka
kepada sesama manusia
Di dalam madrasah Rasulullah (s.a.w.), Golongan
salihin juga sangat membenci sebarang
perhambaan manusia kepada sesuatu selain
Allah, sama ada dalam bentuk perhambaan
terhadap hawa nafsu, pengaruh syaitan ataupun
warisan nenek moyang yang lapok dan
menyesatkan.

Firman

Allah swt:

Katakanlah:

Sesungguhnya aku ini hanya


seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan
kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu
itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa
mengharap perjumpaan dengan Tuhannya
maka hendaklah dia mengerjakan amal
yang salih dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapa pun dalam
beribadat kepada Tuhannya. (Al-Kahfi: 110)

5.

3. Berjuang Untuk Ambil Alih Kekuasaan


Dari Golongan Kufur.

Baginda

arif tentang kuasa-kuasa dan anasir yang


mempengaruhi masyarakat. Baginda sentiasa
memerhati golongan yang memegang teraju
kekuasaan dan pemerintahan di dalam
masyarakatnya.
Tetapi kekuasaan ini diperlukan untuk
melaksanakan amar makruf, nahi mungkar serta
menegakkan hukum-hukum Allah. Bagi Rasulullah
(s.a.w.) kekuasaan bukanlah matlamat
perjuangannya.

Hanya

melalui kekuasaan Islam sahajalah dapat


di-tegakkan keadilan dan dapat membolehkan
seramai mungkin manusia kembali mengabdikan
diri mereka kepada Allah, Pencipta mereka.
Firman Allah swt:
Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai
kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut
kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki,
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki
dan Engkau hinakan orang yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala
kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas segala sesuatu. (Aali-Imran: 26)

5.

4 Rasulullah (s.a.w.) dan


Generasi Al-Quran.
Rasulullah (s.a.w.) bertujuan untuk
membentuk satu generasi yang bersih
hatinya, bersih pemikirannya,
bersih pandangan hidupnya, bersih
perasaannya dan murni jalan
hidupnya daripada sebarang unsur
yang lain daripada landasan rabbani
yang terkandung di dalam Al-Quran
Karim(2).

para

sahabah pula taat sepenuhnya


kepada perintah Rasulullah (s.a.w.) dan
tidak mencari sesuatu yang tidak
diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w.).
Mereka menerima panduan hanya
dari Al-Quran, mempelajarinya
dengan penuh minat, menghayati
seluruh ajaran-ajarannya dan
bangkit berjuang untuk
menegakkan tuntutan-tuntutannya.

6.0 Generasi Al-Quran Dan CiriKekuatan


cirinya.
JeeluAqidah
al-Quran al-Fareed
keteguhan

iman atau
kekuatan aqidah. Usaha
Rasulullah (s.a.w.) terhadap
permasalahan pembentukan
iman ini dilakukannya
secara gigih, berterusan dan
tanpa tolak ansur.

Mereka

tidak dapat ditakut-takuti


dengan kerugian, kesakitan,
kekalahan ataupun kematian sekali
pun. Segala ancaman-ancaman
yang cuba menghalang mereka
daripada terus berjuang di jalan
Allah sebenarnya tambah
meningkatkan lagi keimanan dan
tawakkal mereka kepada Allah.

Dan

barangsiapa yang bertawakkal


kepada Allah nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya.(At-Talaq: 3)
Kekuatan aqidah inilah yang menjadi
sumber kepada kekuatan-kekuatan lain di
dalam generasi Al-Quran. Hakikat kekuatan
ini berpusat dalam jiwa, iaitu kekuatan
Iman, tidak kepada bilangan.

Betegas
Mereka

dengan Prinsip

mempertahankan dasar-dasar tadi


dengan penuh cemburu dan tidak rela ianya
ditolak ansurkan. Mereka sanggup berpisah
dengan orang-orang yang mereka kasihi dan
mengasihi mereka sekiranya orang-orang
tersebut menjadi penghalang
Tegas mereka dengan Kafir dan Lemah
lembut mereka dgn mukminin

3.

Berkasih sayang sesama


mukmin Tahaabaa fillah

Rasulullah

membina dan menumbuhkan kasih


sayang (CINTA) kepada para sahabat, seperti
individu klasih kepada diri sendiri..timbagannya
ada;h kasih kepada Allah swt dan Rasul saw
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
berhijrah serta berjihad dengan harta dan
jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang
memberikan tempat kediaman dan perlindungan
(kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu
sama lain lindung melindungi. (Al-Anfal: 72)

4.

Mendudukung Dakwah
dan Jihad

Mereka

juga adalah satu generasi yang benarbenar menjaga amanah dakwah dan jihad
yang telah disyariatkan oleh Allah melalui
Rasul-Nya.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meng-khianati Allah dan Rasul dan juga)
janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat
yang dipercayakan kepadamu sedang kamu
mengetahui. (Al-Anfal: 27)

menjadikan

diri sebagai hamba-hamba Allah yang


patuh dan taat sepenuhnya kepada-Nya.
Sedangkan kepatuhan ini tidak mungkin dapat
tercapai tanpa melaksanakan dakwah dan jihad.
Dalam masa yang sama mereka tidak hentihenti bekerja dan berjuang bagi
memastikan bahawa kalimah tauhid
sentiasa berada di tempat yang teratas
sekali. Mereka tidak takut celaan dan
penghinaan daripada musuh-musuh

Bagi

mereka perjuangan mereka di dunia


ini cuma berakhir dengan dua perkara;
berjaya menewaskan golongan kafir yang
bererti mereka akan mendapat ganjaran
dari Allah kelak, ataupun terkorban di jalan
Allah yang bererti memperolehi syahid sesuatu yang mereka idam-idamkan.
Bersih mereka dari penyakit WAHAN;
hubbu ad-dunya wa karahiyyatu alMawt

5.

Kesetiaan kepada Allah


swt dan Rasulnya; - sama wa
at-toah

Sesungguhnya

orang-orang yang beriman hanyalah


orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad
dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka
itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujurat: 15)
Sikap tidak ragu-ragu dalam berkorban untuk Islam dan
melaksanakan jihad fi sabilillah telah menjadikan
mereka tidak diperdayakan dengan kehidupan dunia
dan tarikan-tarikannya

Tidak

ragu-ragu dalam
menyempurnakan kesetiaan telah
menjadikan mereka sebagai satu umat
yang berjaya dalam me-laksanakan
segala tuntutan perjuangan mereka
Generasi Al-Quran adalah generasi yang
memenuhi tuntutan memberi
kesetiaan yang telah disyaratkan
oleh Allah di dalam Al-Quran:

Sesungguhnya

penolong kamu
hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orangorang yang beriman, yang mendirikan
salat dan menunaikan zakat seraya
mereka tunduk (kepada Allah). Dan
barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman
menjadi penolongnya, maka
sesungguhnya golongan Allah itulah
yang pasti menang. (Al-Maidah: 55-56)

6. Menurut Jejak Langkah


Generasi al-Quran
Sikap

sahabat terhadap al-Quran


Sangat seimbang dalam menghayatai
kandungan al-Quran
Memebebaskan diri dari sebarang
bentuk JAHILIYYAH

6.1

Sikap sahabat terhadap alQuran

Mereka mendatangi Al-Quran seolah-olah


mereka mendengar perintah-perintah Allah
kepada mereka. Mereka sentiasa peka
terhadap apa yang diwahyukan oleh Allah.
Mereka menganggap bahawa sesuatu
perintah Allah itu ditujukan khusus kepada
mereka. Mereka tidak bersikap sambil lewa
terhadap ayat-ayat Allah ataupun
menganggap bahawa ayat-ayat itu diturunkan
untuk orang lain.

Bila mereka membaca ayat-ayat berkenaan


orang-orang munafiq, mereka sentiasa
cemas, takut-takut ayat-ayat itu sedang
membicarakan tentang diri mereka.
Sebaliknya sekiranya ayat-ayat itu
berkenaan sifat-sifat orang-orang mukmin
atau pun janji-janji dan balasan-balasan
syurga, maka mereka berusaha untuk
menempatkan diri mereka dengan sifat-sifat
tersebut.

6.2

Sangat seimbang dalam


menghayati kandungan alQuran

Al-Quran

tidak
akan
mencurahkan
isi
perbendaharaan-nya kecuali kepada orang yang
datang bertumpu kepadanya dengan ruh dan jiwa
yang inginkan ilmu untuk diamalkan
Mereka tidak cuba untuk membaca ayat-ayat AlQuran sebanyak yang mungkin kerana mereka
sedar bahawa ini akan menjadi satu beban yang
berat yang sukar untuk dilaksanakan. Mereka
akan membaca sebanyak-banyaknya sepuluh
ayat,
menghafalnya
dan
terus
melaksanakannya(1).

Melalui

cara ini kemudiannya seluruh keyakinan,


pemikiran, rasa, percakapan dan perbuatan
mereka dipengaruhi dan dikuasai oleh dasardasar rabbani yang tertanam teguh di dalam hati
sanubari mereka.
Sikap mereka ialah belajar untuk melaksanakan
tuntutan-tuntutan Al-Quran memudahkan mereka
mengamalkan ajaran-ajarannya di dalam
kehidupan mereka. Kesannya menghasilkan
orang-orang yang bergerak dan berjuang di atas
desakan iman yang mendalam kepada Allah.

6. 3. Membebaskan Diri
Daripada sebarang Unsur
Jahiliyyah
Seseorang

sahabat
Rasulillah
saw
yang
menganut Islam akan melucutkan segala
sesuatu yang jahiliyyah dari dirinya.
dia seolah-olah memulakan penghidupan baru
yang terpisah jauh daripada kehidupannya
yang lampau di alam jahiliyyah.

Dengan

perasaan rendah diri dia


mengharapkan Islam untuk
memberikan hidayah kepadanya.
Ini bererti dia meninggalkan dasardasar, nilai-nilai dan amalan-amalan
jahiliyyah. Ia masih mungkin boleh
berhubung dengan orang-orang
kafir yang tidak memperolokolokkan Islam.

Oleh

itu jelas kepada mereka bahawa kemasukan


mereka ke dalam Islam adalah satu kemasukan
yang sepenuhnya)
)Penerimaan
mereka terhadap Islam adalah satu penerimaan
yang bulat pula. Lantaran daripada kemasukan
yang penuh dan penerimaan yang bulat terhadap
Islam menjadikan mereka menolak segala
unsur jahiliyyah yang dapat merosakkan
kepenuhan hati dan jiwa mereka terhadap
Islam.

Hai

orang-orang yang beriman,


masuklah kamu ke dalam Islam
keseluruhannya, dan janganlah kamu
turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang
nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208)

7. Rumusan dan penutup


Baginda

telah melaksanakan perintah Allah


melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja,
tetapi sunnah baginda ini telah dihayati
sepenuhnya oleh satu generasi manusia
yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain
agar
sunnah
perjuangan
tersebut
dapat
diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang
kekal
abadi
bagi
generasi-generasi
mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul
dari zaman ke zaman di kalangan umat
manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah

orang-orang yang
mendukung sunnah dan perjuangan
Rasulullah (s.a.w.) dan berbahagialah
orang-orang yang membentuk dirinya
menurut
acuan
pembentukan
generasi para sahabah - Generasi AlQuran Yang Unggul.

Wallahu an ilmihi wa
Qudratihi wa Ihatatihi wa
sawabihi Alam
JAZAKUMULLAH

ALA HUSNI
INTIBAAHIKUM

WASSALAMUJALAIKUM

WARAHMATULLAH

Anda mungkin juga menyukai