Anda di halaman 1dari 12

*

KERTAS CADANGAN
PENYELIDIKAN TINDAKAN
TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KATA


SENDI NAMA di
MELALUI KAEDAH

A, Di-NA3
OLEH:
SAHILAH BINTI HASAN
BM 02 / KOHORT 2
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II,
KUALA KANGSAR, PERAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KATA


SENDI NAMA di MELALUI KAEDAH A, DiNA3
PENGENALAN
REFLEKSI PENGALAMAN LALU
PENDAHULUAN

TINJAUAN LITERATUR
FOKUS/ISU KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
KUMPULAN SASARAN
MODEL KAJIAN PILIHAN

PENGENALAN
Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu
bidang ilmu yang penting dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua
bidang:
a) Morfologi
b) Sintaksis
Morfologi merupakan kajian tentang kata dan
pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis merupakan kajian tentang
pembentukan ayat.

PENGENALAN
Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan
bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungan kata-kata yang
dibentuk perlu menggunakan formula atau
peraturan tertentu.
Kata Sendi Nama adalah salah satu unit yang
terkandung dalam bidang tatabahasa.
Kata Sendi Nama terkandung dalam bidang
Morfologi di bawah bab Kata Tugas.
Kata Sendi Nama bertugas sebagai sendi yang
merangkai frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di
hadapan frasa nama.

REFLEKSI PENGALAMAN
LALU
Pengalaman mengajar hampir 22 tahun di enam buah sekolah
termasuk sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil telah
menemui pelbagai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid-murid.
Murid-murid dari bangsa Melayu dan India mengalami masalah
yang hampir sama.
Masalah yang sering ditemui dalam kalangan murid ialah
mereka gagal mengenal pasti sama ada di yang digunakan
dalam penulisan tersebut kata sendi nama atau imbuhan.
Murid-murid biasanya menulis kata sendi nama di dirapatkan
dengan kata arah dan kata nama bagi tempat yang
mengikutinya manakala imbuhan di- pula ditulis jarak
dengan kata kerja yang mengikutinya.

* TINJAUAN LITERATUR
Embaki Anak Nyaeng (2010)
Pengetahuan tentang hukum tatabahasa amat penting dalam
penulisan. Data yang diperoleh menunjukkan 75% responden
menyatakan bahawa adalah sangat penting untuk mereka
mengetahui hukum-hukum tatabahasa kerana pengetahuan yang
mendalam tentang tatabahasa khasnya kata sendi nama dapat
membantu meningkatkan mutu penulisan khasnya karangan.
Mohd. Ashraf Abdul Wahab (2007)
Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa
nama dengan kata-kata yang lain seperti kata kerja, kata arah dan
sebagainya. Kata sendi nama memerlukan kata arah untuk
membentuk frasa sendi nama supaya dapat berfungsi sebagai
predikat ayat.
Kata sendi nama ialah pembelajaran tatabahasa yang penting
supaya murid dapat membina ayat dengan betul.
Murid sering melakukan kesilapan dalam penggunaan kata sendi
nama dengan betul .

TINJAUAN LITERATUR
Awang Sariyan (1984)
Beliau banyak menjalankan kajian tentang kesalahan tatabahasa.
Analisis Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dilakukan Dalam Karangan
Pelajar Tingkatan Enam SMK Stamin menerangkan tentang
penggunaan kata sendi nama di dan ke yang terdapat dalam
karangan pelajar-pelajar tersebut.
Beliau mendapati para pelajar tersebut keliru bagi membezakan
fungsi di dan ke tersebut sama ada sebagai kata sendi nama
atau sebagai imbuhan.
Nor Bahiyah (2003)
Kajian beliau yang bertajuk Kajian Penguasaan Bahasa Melayu
Dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan 4
menyatakan bahawa sebayak 590 (7.3%) kesalahan telah dilakukan .
Pecahan dari kesalahan tersebut ialah:
kesalahan kata imbuhan
= 166 (28.2%)
kesalahan kata ganda
= 32 (5.4 %)
kesalahan kata jamak
= 20 (3.4%)
kesalahan kata hubung
= 55 (9.3%)
kesalahan kata sendi nama = 15 (2.5%)
kesalahan kata tidak sesuai = 302 (51.2%)

TINJAUAN LITERATUR
Koh Bon Boon (1995)
Beliau menyatakan bahawa pengabaian penggunaan kata sendi
nama dan kata arah yang dicantumkan umpamanya ke pasar
biasanya ditulis sebagai kepasar dan di dalam ditulis sebagai
didalam.
Beliau mengemukakan satu model untuk menggolongkan kesalahan
bahasa Melayu bagi pelajar kelas peralihan.
Model penjenisan ini bertujuan untuk memberikan satu klasifikasi
yang sempurna tentang kesalahan bahasa Melayu pelajar peralihan
khususnya dalam pembinaan bahan-bahan pemulihan.
Koh Bon Boon (1996)
Kajian beliau yang bertajuk Dapatan dan Aplikasi Kajian Tentang
Kebolehan Pelajar Tingkatan Enam Rendah Dalam Penulisan
Karangan menunjukkan dua masalah pelajar yang serius dalam
karangan iaitu:
perbendaharaan kata = 35.8%
aspek mekanis
= 23.3%
Keadaan ini menunjukkan kesalahan dari sudut tatabahasa yang
dilakukan oleh pelajar adalah sebanyak 50%.

FOKUS/ISU KAJIAN

Cara menulis kata sendi nama di


-Kata sendi nama di perlu ditulis jarak
dengan kata yang mengikutinya.
- Kata bagi kata sendi nama di perlu diikuti
dengan kata arah dan kata nama bagi tempat
sama ada kata nama am atau kata nama khas.

*OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengenal penggunaan Kaedah A, Di-NA3
dapat meningkatkan kemahiran murid menulis kata
sendi nama di bagi menunjukkan tempat.

2. Untuk meningkatkan kemahiran murid bagi


memisahkan penulisan kata sendi nama di
daripada kata nama atau frasa nama yang
mengikutinya melalui Kaedah A, Di-NA3.
3. Untuk meningkatkan markah ujian pos
berbanding ujian pra dalam penulisan kata
sendi nama di bagi 3 orang murid tahun 4
Cempaka menggunakan Kaedah A, Di-NA3.

*KUMPULAN SASARAN
3 orang murid tahun 4 Cempaka
di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala
Kangsar, Perak.

MODEL KAJIAN PILIHAN


MODEL KAJIAN TINDAKAN
STEPHEN KEMMIS DAN MC TAGGART
(1988)

Anda mungkin juga menyukai