Anda di halaman 1dari 3

Sumbangan Tamadun China juga besar kepada dunia dalam bidang matematik ini.

Chou

Pei Suan King dan Jiu Zhang Suan Shu merupakan dua buah karya matematik tertua. Chou Pei

Suan King membicarakan kalendar, pengiraan masa bayangbayang dan mengandungi catatan

matematik. Jiu Zhang Suan Shu mengandungi sembilan bab tentang kira-kira, ukuran dan

beberapa teori matematik.1 Ia merupakan buku matematik yang paling lama dan berpengaruh.

Orang China menggunakan sistem perpuluhan sejak abad ke-3 Masihi. Kebanyakan matematik

Cina terkandung dalam karya agung Jiu Zhang Suan Shu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang

Cang (kurun ke-2 S.M.). Dalam buku ini misalnya terdapat catatan tentang kuantiti negatif.

Perkembangan dalam Aljabar bermula pada abad ke-13 M. Tokoh aljabarnya ialah Chin Chiu

Shao. Buku beliau Shu-Shu Chiu-Chang membicarakan tentang persamaan berangka tinggi,

persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam Trigonometri. Pada abad ke-14 M,

matematik China mengalami perkembangan yang pesat berbanding dengan matematik barat.

Pada tahap ini mereka mempunyai kemahiran menguasai siri matematik, pilih atur dan

gabungan. Umpamanya siri matematik yang dikenali sebagai segi tiga pascal diketahui oleh Chia

Hsien pada tahun 1100 Masihi. Perbincangan tentang segi tiga pascal juga terdapat dalam buku

Ssu-Yuan Yu-Chieu yang dihasilkan oleh Chu Shih-Chieh pada tahun 1303 M. Beliau juga menulis

buku Suan Hsueh Chi Meng (Pengantar ilmu Matematik) pada 1299 M yang melambangkan

kemuncak perkembangan Aljabar di China.2

Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan. Pengajiannya

mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks

1
Wan Fuad Wan Hassan. 1996. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 111-
112.
2
Sivachandralingam. 1999. op.cit., hlm.434.
klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah paduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini

telah dicetak. Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan

awam kerajaan pada tahun 1230.

Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan

masyarakat Cina. Ilmu ini tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Hal ini

demikian kerana setiap dinasti di Cina cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap.

Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-Ti menjelaskan

bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi

China.

Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li

Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya

pernah menerangkan berkenaan teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri

Berperang (220-267 M). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke

segenap pelosok China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.

Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke-14 S.M

tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke-3 Masihi muncul pula sistem

tulisan yang stabil.

Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya

ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang
lebih lewat. Ahli matamatik China juga mengenal pasti sistam pecahan dan sistem perpuluhan.

Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.3

3
Noor Sham Abdul Hamid. Adibah Sulaiman. Siti Nor Baya Mat Yaacob. Mohd. Fauzi Naim Keria. 2008 Teks &
Rujukan Lengkap STPM & Pra-U Sejarah Kertas 1. Arah Pendidikan SDN BHD

Anda mungkin juga menyukai