Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN GANTIAN KULIAH:

TAJUK: PADA PANDANGAN ANDA, BERDASARKAN PENGALAMAN LAWATAN


KE RUMAH NYONYA POPO DI TAMAN MERDEKA MELAKA, BAGAIMANA DUA
ORANG BERLAINAN AGAMA BOLEH TINGGAL DALAM SEBUAH RUMAH
YANG SAMA?
Berdasarkan pengalaman lawatan pada 29 Mac 2016, iaitu lawatan ke rumah
Nyonya Popo di Taman Merdeka Melaka, saya telah mendapat pengalaman dan
justifikasi yang baru bahawa kedua-dua orang yang berlainan agama boleh hidup
bersama secara aman dan damai di sebuah rumah dengan mengambil berat tentang
sikap saling menghormati.
Sikap saling menghormati amat penting diamalkan supaya mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua-dua orang yang berlainan
agama tinggal di sebuah rumah supaya hidup dengan harmoni. Contohnya, dari segi
penajagaan makanan, Nyonya Popo menghormati agama cucunya dengan mencuci
pinggan mangkuk dan setiap alat dapur dengan tanah liat semasa beliau ingin
memasak dengan menggunakan alat dapur dengan menjaga pemakanan cucunya
yang beragama Islam. Nyonya Popo juga menghidangkan makanan yang halal
kepada cucunya dan mengetahui ajaran agama Islam supaya tidak menghidangkan
makanan larangan kepada cucunya seperti kinzir. Dari segi penjagaan pakaian
cucunya, Nyonya Popo telah menjaga pemakaiannya berlandaskan ajaran agama
iaitu menutup aurat dan memakai tudung kelapa.
Dari segi penjagaan persekitaran cucunya, Nyonya Popo telah membawa
cucunya pergi ke sekolah kebangsaan agama untuk menghadiri kelas agama dan
mendapat ajaran agama. Nyonya Popo juga tidak mengizinkan cucunya bermalam
di rumah rakan iaitu berlandaskan ajaran agama Islam untuk menjaga keselamatan
cucunya. Selain itu, Nyonya Popo telah memeberitahu cucunya tentang agamanya
sejak kecil lagi serta membawanya pergi bersolat dan sembahyang sejak cucunya
berumur 4 Tahun. Nyonya Popo membawa cucunya pergi bersolat tidak mengira
cuaca dan keadaan, beliau tetap membawa cucunya pergi bersolat walaupun hujan
lebat.
Cucu Nyonya Popo turut menghormati agama Nyonya Popo iaitu agama
Buddha. Cucunya

juga menghormati agama Nyonya

Popo dengan tidak

mengganggu tempat Nyonya Popo bersembahyang iaitu altar yang didirikan di


rumahnya. Setiap hari, cucunya juga tidak mengganggu dan melarang neneknya
membakar kemenyan pada setiap hari kerana dia mengetahui itu merupakan cara
orang Buddha menuntut agamanya iaitu upacara yang hendak dijalankan untuk
menunjukkan tanda penghargaan dan tanda hormat kepada Tuhan mereka.
Oleh itu, dua orang yang berlainan agama boleh hidup dalam sebuah rumah
dengan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai