Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Pengayaan Dalam Bilik Darjah

Sebaik sahaja murid anda menguasai pembelajaran yang diajar, andahendaklah


memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, bolehlah andamenyediakan
aktiviti pengayaan agar murid anda dapat menggunakan ataumengaplikasi
kemahiran yang dikuasai dalam situasi/kehidupan sebenar.
Dengan memberi contoh aktiviti pengayaan dan latihan pengukuhan yangsesuai,
jelaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan pengukuhan danpengayaan.
Nyatakan sekurang-kurang 5 ciri persamaan dan perbezaan dan 1 contoh
aktiviti pengukuhan dan pengayaan
Jawapan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan lagi sifatingin
tahu, semangat berdikari, daya cipta dan bakat kepimpinan.Pengukuhan pula
adalah latihan yang diberikan kepada murid yang kurangpandai bagi mengukuhkan
sesuatu asas ilmu atau kemahiran dalampembelajaran.
Contoh aktiviti pengayaan : 1) Bacaan (membaca)
2) Tulisan (menulis)
3) Kiraan (mengira)
1) Aktiviti Pengayaan Bacaan (membaca)
Sumber-sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku
cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Kad-kad bacaan boleh
diperoleh daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri. Biasanya kad-kad
bacaan mengandungi tema atau tajuk. Antara bentuk bahan bacaan yangsesuai
digunakan adalah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita,iklan dan berita.
Teka-teki
“Bau saya harum.warna saya merah, kuning atau putih. Wajah saya
cantik, tapi orang takut nak dekati kerana saya berduri. Kalau tuan
bijak cuba teka siapa saya…” jawapan : bunga
2) Aktiviti pengukuhan
Aktiviti pengukuhan biasanya diberikan kepada murid yang kurangmenguasai
kemahiran sesuatu ilmu, justeru guru akan memberikanpengukuhan bagi membantu
menguasai kemahiran tersebut. Contohnyaseperti lembaran kerja.
Persamaan
1) Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktivitipembelajaran dan seterusnya
membolehkan mereka terus mencariilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
2)Murid akan menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasaiuntuk memperluaskan
pengalaman dan pengetahuan merekadalam pelajaran-pelajaran tertentu.
3)Selain itu, ia dapat memperkembangkan bakat serta keupayaanmenilai sesuatu hasil
kerja melalui aktiviti pengayaan danpengukuhan. Ia juga dapat memperkembangkan
bakat kepimpinankepada peringkat yang lebih tinggi mengikut kebolehan masing-
masing.
Perbezaan

1)Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelassamaada di peringkat


sekolah rendah atau menengah, sama adadalam kumpulan cerdas, sederhana atau
lambat. Murid-murid di dalamsesebuah kelas kebiasaanya dibahagikan kepada 3
kumpulan, iaitukumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.
Justeruadalah wajar guru menyediakan program pengayaan yang sesuaimengikut
kumpulan tersebut bagi mengelakkan murid yang pandaimerasa bosan apabila
dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran muridyang lambat. Ini tidak setimpal dengan
minat dan perkembanganmental murid.
2) Aktiviti pengayaan biasanya akan diberikan kepada murid selepasmereka telah
berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asastertentu. Murid akan
menggunakan kemahiran-kemahiran yang telahdikuasai untuk menjalankan aktiviti
pengayaan.
Melalui
aktivitipengayaan ini, murid-murid akan dapat memperluaskan pengalamandan
pengetahuan sejajar dengan kebolehan danminat mereka dalamsesuatu bidang
pelajaran tertentu.

Anda mungkin juga menyukai