Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Pengayaan Dalam Bilik Darjah

Sebaik sahaja murid anda menguasai pembelajaran yang diajar, anda hendaklah
memberi latihan pengukuhan.Setelah dikukuhkan, bolehlah anda menyediakan
aktiviti pengayaan agar murid anda dapat menggunakan atau mengaplikasi
kemahiran yang dikuasai dalam situasi/kehidupan sebenar.
Dengan memberi contoh aktiviti pengayaan dan latihan pengukuhan yang
sesuai, jelaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan pengukuhan dan pengayaan.
Nyatakan sekurang-kurang 5 ciri persamaan dan perbezaan dan 1 contoh aktiviti
pengukuhan dan pengayaan

Jawapan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan lagi sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya cipta dan bakat kepimpinan.Pengukuhan pula
adalah latihan yang diberikan kepada murid yang kurang pandai bagi
mengukuhkan sesuatu asas ilmu atau kemahiran dalam pembelajaran.

Contoh aktiviti pengayaan :
1) Bacaan (membaca)
2) Tulisan (menulis)
3) Kiraan (mengira)

1) Aktiviti Pengayaan Bacaan (membaca)


Sumber-sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku
cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Kad-kad bacaan boleh
diperoleh daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri. Biasanya kad-kad
bacaan mengandungi tema atau tajuk. Antara bentuk bahan bacaan yang sesuai
digunakan adalah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita, iklan dan
berita. Teka-teki

“Bau saya harum.warna saya merah, kuning atau putih. Wajah saya
cantik, tapi orang takut nak dekati kerana saya berduri. Kalau tuan
bijak cuba teka siapa saya…” jawapan : bunga
2) Aktiviti pengukuhan
Aktiviti pengukuhan biasanya diberikan kepada murid yang kurang menguasai
kemahiran sesuatu ilmu, justeru guru akan memberikan pengukuhan bagi
membantu menguasai kemahiran tersebut. Contohnya seperti lembaran kerja.

Persamaan
1) Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan
seterusnya membolehkan mereka terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam
seumur hidup.
2)Murid akan menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai untuk
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-
pelajaran tertentu.
3)Selain itu, ia dapat memperkembangkan bakat serta keupayaan menilai sesuatu
hasil kerja melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Ia juga dapat
memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi
mengikut kebolehan masing-masing.

Perbezaan

1)Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelassamaada di


peringkat sekolah rendah atau menengah, sama adadalam kumpulan cerdas,
sederhana atau lambat. Murid-murid di dalamsesebuah kelas kebiasaanya
dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana
dan kumpulan lambat. Justeru adalah wajar guru menyediakan program
pengayaan yang sesuai mengikut kumpulan tersebut bagi mengelakkan murid
yang pandai merasa bosan apabila dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran
murid yang lambat. Ini tidak setimpal dengan minat dan perkembanganmental
murid.

2) Aktiviti pengayaan biasanya akan diberikan kepada murid selepas mereka telah
berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid akan
menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan
aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat
memperluaskan pengalamandan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan
minat mereka dalamsesuatu bidang pelajaran tertentu

http://www.scribd.com/doc/11282915/Aktiviti-Pengayaan-Dalam-Bilik-Darjah

Anda mungkin juga menyukai