Anda di halaman 1dari 38

PENDEKATAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
 Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
khas memerlukan guru menggunakan pelbagai
pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri,
kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang
murid.

 Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang


serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi
menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama
serta sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan
ataupun individu.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:

PENDEKATAN
ANALISIS
TUGASAN
PENDEKATAN
AKTIVITI LUAR BELAJAR
BILIK DARJAH MELALUI
BERMAIN

PENDEKATAN
PENDEKATAN
PENGAJARAN
KOLABORASI
BERTEMA

PENDEKATAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
MASTERI PENGALAMAN
PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
 Proses pembahagian kemahiran kepada beberapa
komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan
dipelajari oleh seseorang murid.

 Dapat membantu guru menyusun atur kemahiran yang


hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai
tahap pencapaian murid.
Langkah-langkah Penyediaan Analisis Tugasan
 Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut
tahap keupayaan.

 Huraian secara ringkas kemahiran yang terpilih.

 Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.

 Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut


kelemahan dan kebolehan murid.
 Guru menjalankan analisis tugasan.

 Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid


telah menguasai kemahiran yang diajar.

 Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu


sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang diajar.
PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

 Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas iaitu


bermain amat ditekankan kerana ia merupakan keperluan murid.

 Murid akan melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan


berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok.

 Selain meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin


tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta
mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar ialah:

 Aktiviti yang menyeronokkan

 Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

 Permainan bebas dan terancang

 Keanjalan masa

 Percubaan idea sendiri

 Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian


PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA

 Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas.

 Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan


persekitaran murid.
Melibatkan perkara berikut:

 Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang


pembelajaran.

 Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid,


situasi tertentu atau peristiwa semasa.

 Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan


pengalaman baru diperolehi secara tersusun dan
sistematik

 Perluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.

 Pemeringkatan daripada mudah kepada sukar dan umum


kepada yang lebih khusus.
Mengambil kira perkara berikut:

 Kesesuaian dengan kehidupan murid.


 Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira,
penggunaan komputer dan lain-lain.
 Kemahiran yang diperolehi daripada tema yang diajar dapat
membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah.
 Sumber mudah didapati
 Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan
pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid.
Perkara yang perlu dilaksanakan:

 Sumbangan berdasarkan topik oleh murid.


 Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk
membantu murid mempelajari isi kandungan dan
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam
konteks yang bermakna.
 Mencipta peta minta untuk tema.
 Merancang dan menggalakan kemahiran berfikir
 Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana
yang kondusif dan berkaitan dengan tema.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN

 Berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu dan meningkatkan


arah kendiri individu dimana murid diberi peluang untuk menilai
keupayaan diri sendiri.
Perlu menjalankan peranan berikut:

 Menentukan suasana yang positif untuk proses


pembelajaran.

 Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.

 Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan


mudah diperolehi.

 Menyusun sumber untuk proses pembelajaran

 Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam


pembelajaran.

 Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa


menguasai dan mengongkong mereka.
Prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalaman:

 Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta


kumpulan.

 Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan


suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid.

 Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan


dijalankan dengan murid dan berbincang mengenai apa yang
diharapkan daripada murid.
 Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang
memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan
peneguhan dengan pengalaman.

 Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran


dan berikan maklumat tentang apa yang dibuat atau
dipelajari.

 Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan


mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan
sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
 Untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suastu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

 Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk


menghasilkan pendidikan berkualiti.
Keperluan perlaksanaan:

 Guru perlu menyedari:

 Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang


berbeza antara satu sama lain.

 Murid memerlukan pendekatan pendidikan yang


sesuai dan berkesan.

 Murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan


sikap yang diajarkan.
Prinsip asas Masteri

 Pembelajaran dipecahkan kepada unit yan glebih kecil supaya


mudah untuk dikuasai.

 Masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran.

 Arah guru perlu jelas.


Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri:

 Hasil pembelajaran perlu ditentukan

 Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit


pembelajaran.

 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah


bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.

 Bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai


dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan
kemahiran yang dipelajari.
 Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru.

 Aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum


menguasai aras masteri.

 Aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah


mencapai aras masteri.
PENDEKATAN KOLABORASI
LATIHAN KEMAHIRAN KERJA
 Diberi pendedahan kepada murid bermasalah pembelajaran.

 Matlamat utama adalah untuk memberi kemahiran kendiri,


komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan
dalam kehidupan.
Latihan Kemahiran Kerja terbahagi kepada:

Latihan Dalaman – Kerja Projek

 Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah


dirancang dengan baik.

 Contohnya:

 Perkebunan dan penjualan hasil tanaman.

 Aktiviti perdagangan (membuat aiskrim, biskut, kek,


memelihara ikan, burung dan lain-lain)
Latihan kerja yang melibatkan
luar atau kerja luar

 Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan

(assemble) dalam waktu persekolahan.

Membuat barangan tertentu.

Contohnya:

Hasil kraftangan murid(batik, bunga telur dan lain-lain).


Latihan Kerja Sebenar

 Wujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja


seperti mencuci kereta, mendobi dan lain-lain yang
dibuat di sekolah.

 Murid dihantar bekerja di tempat sebenar


danpemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
BENGKEL TERLINDUNG
 Untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan
kepada individu yang berkeperluan khas.
 Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah
pengurusan sekolah) atau mempunyai perjanjian dengan agensi
yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya.
 Bengkel terlindung tidak mementingkan keuntungan tetapi lebih
kepada pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi
keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.
Perlu ada:

 Penilaian kemahiran vokasional

 Latihan bekerja secara umum atau khusus

 Memberi peluang latihan kepada individu yang


berkeperluan khas

 Peluang untuk berekreasi

 Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa


hadapan

 Bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat


pekerjaan lain.
PELBAGAI KAEDAH TERAPI
TERAPI PERTUTURAN

 Membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut


perkataan dan berkomunikasi.

 Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

 Melatih murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui


latihan asas tertentu.
 Aktivti yang dijalankan:
 Latihan lisan
 Meniup belon
 Meniup kertas di atas air
 Mengetap bibir dan sebagainya.
 Dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang
terlatih.
TERAPI FIZIKAL

 Membantu murid yang mempunyai masalah kawalan motor.

 Dilaksanakan dapat meningkatkan lagi perkembangan


kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan
kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
TERAPI CARAKERJA

 Membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi


mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.

 Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan


kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai
kejayaan dalam bidang vokasional atau kerjaya.
TERAPI MUZIK

 Bertujuan mententeramkan murid supaya bersedia untuk


belajar.

 Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan


menarik perhatian murid.

 Digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang


terapis.
 Aktiviti yang dijalankan:
 Pergerakan bebas mengikut irama muzik
 Memainkan alatan muzik mengikut rentak yang
diperdengarkan
 Menghayati irama.
 Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk
menghasilkan bunyi.
 Satu irama muzik akan terhasil daripada bunyi-bunyi
yang digabungkan.
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
 Aktiviti dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:
 Memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman
sebenar.
 Rekreasi
 Bersosialisasi dan berkomunikasi
 Aktiviti yang menggembirakan
 Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
 Aktiviti bebas dan terancang.
 Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti rekreasi
melibatkan:

 Lawatan  Berkuda

 Motivasi  Berenang

 Perkhemahan  Aktiviti Jual Beli

 Perkelahan  Lawatan Sosial

Anda mungkin juga menyukai