Anda di halaman 1dari 3

Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah.

Perkhidmatan pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah penting. Murid sebagai generasi akan datang haruslah diberikan kesedaran tentang bahaya dadah terhadap diri, masyarakat, dan negara yang tercinta. Kita sudah sedia maklum bahawa gerak kerja kokurikulum juga dapat mengerakkan lebih aktif lagi untuk memenuhi keperluankeperluan murid di sekolah. Jika gerak kerja kokurikulum dirancang secara teliti, akan mewujudkan ejen-ejen penyampai dalam kalangan murid. Di sekolah, unit bimbingan dan kaunseling merupakan satu unit yang mana bertanggungjawab untuk memastikan sebarang permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid terutama melibatkan masalah penyalahgunaan dadah.

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, merekalah yang berperanan melaksanakan perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah dengan sebaiknya agar dapat

menimbulkan kesedaran untuk membenci penggunaan dadah. Melalui bimbingan kaunseling kelompok ataupun kaunseling individu dapat memberikan pengaruh dari psikologi murid-murid sekiranya guru memberikan pendedahan awal mengenai apa itu dadah dan kesan-kesannya kepada murid-murid. Pendedahan awal ini dapat merangsang minda murid untuk menanam sikap membenci dadah dalam kehidupan mereka.

Di sekolah terdapat terdapat dua jenis program pendidikan pencegahan dadah iaitu program bersemuka dan program tidak bersemuka. Program seperti mengadakan ceramah, dialog, taklimat, kaunseling individu, kaunseling kelompok, pameran, lawatan, pertandingan dan bengkel dikategorikan sebagai program bersemuka. Jika program ini dilaksanakan dengan sebaiknya dapat memberikan keberkesanan kepada para murid. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah yang sering dijalankan di sekolah seperti motivasi,

ceramah, dan kempen unit bimbingan dan kaunseling. Melalui aktiviti ini, murid dapat diterapkan dengan pendidikan dan pemahaman yang terperinci mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini dapat merangsang minda dan kod kognitif murid untuk mencegah dan membenci dadah.

Program-program seperti mengedarkan risalah, tayangan video dan filem, gambargambar dikategorikan sebagai program yang tidak bersemuka. Di sekolah, guru bimbingan dan kaunseling sentiasa akan memperuntukkan waktu untuk membuat tayang video dan filem mengenai pendidikan penyalahgunaan dadah dalam bilik tayang yang disediakan oleh pihak sekolah. Kebiasaannya di sekolah, guru bimbingan dan kaunseling akan memaparkan

tentang bahayanya dadah pada papan ruangan bacaan. Pelbagai maklumat seperti caracara mengatasi, gambar-gambar mengenai bahayanya dadah. Melalui pendedahan ini, guru dapat menanamkan sikap daan fikiran murid untuk membenci penggunaan dadah.

Selain itu, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan di sekolah dapat memberikan pertolongan kepada murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. Sebagai contoh, guru di sekolah sudah semestinya akan mengadakan satu pertemuan khas untuk memberikan pemulihan dan rawatan kepada murid-murid yang bermasalah dalam penyalahgunaan dadah. Melalui perkhidmatan ini, guru dapat mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling dapat merancang dan melakukan bimbingan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang ada supaya dapat membantu masalah murid. Hal ini dapat memenuhi keperluan-keperluan emosi murid sepanjang pelaksanaan bimbingan dan kaunseling. Seterusnya, perkhidmatan ini memberikan bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan.

Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling juga akan berkerjasama dengan guruguru lain dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah dengan mengadakan program lencana anti dadah dalam persatuan cegah jenayah di sekolah. Melalui aktiviti sosial ini, murid secara tidak langsung mendapat pengetahuan mengenai kesalahan-kesalahan penggunaan dadah. Program ini dapat menjadi penggerak dalam memantapkan lagi pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan murid. Di sekolah, sistem mentoring juga dapat membantu murid-murid tentang penyalahgunaan dadah. Pendek kata, program pendidikan pencegahan dadah harus dititikberatkan sama ada melalui kurikulum ataupun kokurikulum.

Perkhidmatan yang dijalankan di sekolah dapat memberikan penilaian dan maklumat serta maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Melalui perkhidmatan ini ianya dapat membantu guru dan juga pihak lain mengenal pasti masalah yang mungkin timbul dalam kalangan murid berkenaan dengan penggunaan dadah. Perkhidmatan ini juga dapat memudahkan guru dan pihak lain mencegah daripada berlakunya penyalahgunaan dadah secara berleluasa dalam kalangan murid apabila dewasa nanti. Oleh itu, perkhidmatan ini bukan sahaja dapat membantu murid untuk membenci dadah malahan memudahkan pihak lain yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kesimpulannya, pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah penting. Murid sebagai generasi yang akan datang haruslah diberikan kesedaran tentang bahaya dadah diri, masyarakat, dan Negara yang tercinta. Oleh itu, guru bimbingan hendaklah menyusun program serta merancang beberapa aktiviti

tertentu yang dapat membantu murid daripada terjerumus ke lembah yang merugikan mereka.

Anda mungkin juga menyukai