Anda di halaman 1dari 4

2.

0 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

2.1 Pengenalan

Menurut Abdullah Hassan (2007) morfologi didefinasikan sebagai bidang


tatabahasa yang berkaitan dengan kajian tentang pembentukan dan
penggolongan kata yang didasari gabungan morfem dan proses pengimbuhan,
penggandaan dan pemajmukan bagi menghasilkan frasa. Manakala sintaksis
pula merupakan kajian tentang ayat yang terbentuk hasil gabungan frasa dengan
klausa.

2.2 Konsep morfologi

Menurut Nik Safiah Karim (1996) morfologi melibatkan tiga perkara iaitu,
proses pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata. Struktur kata
yang berkaitan susunan bunyi ujaran menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit
terkecilnya disebut morfem yang menjalankan fungsi nahu.

Seterusnya, proses pembentukan kata boleh dibahagi kepada 4 iaitu, kata


tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal tidak
menerima sebarang imbuhan tetapi terbahagi kepada kata tunggal satu suku
kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Kata terbitan pula diterbit
melalui proses pengimbuhan seperti imbuhan awalan, akhiran, apitan serta
sisipan.

6
Terdapat dua bentuk ejaan bagi kata majmuk iaitu terpisah dan
bercantum. Kata majmuk terpisah pula dibahagi kepada kata majmuk yang
terdiri daripada rangkai kata bebas (guru besar), istilah khusus (reka bentuk)
serta yang membawa maksud simpulan bahasa (anak emas). Kata majmuk juga
boleh mengalami proses penggandaan dan pengimbuhan.

Selain itu, kata ganda merupakan proses pengulangan perkataan yang


terdiri daripada kata ganda seluruh (alat-alat), kata ganda separa (bebudak),
kata ganda berima (batu-batan), kata ganda menyaling (tahu-menahu) dan kata
ganda semu (abuk-abuk).

Di samping itu, penggolongan kata merupakan proses mengasingkan


perkataan berdasarkan bentuk atau fungsi anggota lain ke dalam golongan yang
sama. Penggolongan kata ini dibahagikan kepada 4 iaitu, kata nama, kata kerja,
kata adjektif serta kata tugas. Kata nama dibahagikan pula kepada kata nama
khas (nama khas hidup, manusia dan bukan manusia), kata nama am (hidup-
manusia/bukan manusia, tak hidup-institusi/bukan institusi) dan menurut Asraf
(2007) kata ganti nama mengambil tempat kata nama bagi menggantikannanya
(kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri).

Kata kerja dapat dikelaskan kepada kata kerja tak transitif (berpelengkap,
tak berpelengkap) dan kata kerja transitif (aktif, pasif). Kata adjektif digunakan
untuk menerangkan sifat (bentuk, cara, perasaan) dan boleh hadir bersama kata
penguat dan kata bantu. Kata tugas tidak boleh menjadi unsur utama,
sebaliknya hanya boleh menerang serta menghubung. Kata tugas terbahagi
kepada 17 jenis, 3 daripadanya termasuklah kata seru, kata sendi nama dan
kata arah.

7
2.3 Konsep sintaksis

Sintaksis merupakan bidang yang mengkaji proses pembinaan ayat


meliputi aspek frasa dan klausa, pembentukan dan pembinaan ayat serta
penggolongan kata. Konsep ayat adalah unit pengucapan tertinggi dalam
susunan tatabahasa yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat menjelaskan
makna yang lengkap sambil diucap dengan intonasi yang sempurna.

Seterusnya, frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Empat jenis frasa
termasuklah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Klausa
adalah unit gabungan yang mempunyai subjek dan predikat dan terbahagi
kepada klausa bebas dan klausa terikat.

Seterusnya, terdapat 4 jenis pola ayat iaitu:

a) Frasa Nama + Frasa nama (FN+FN)


b) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)
c) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA)
d) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

Akhir sekali, terdapat beberapa jenis ayat yang terdiri daripada ayat penyata,
ayat perintah (larangan, silaan, suruhan dan permintaan), ayat seruan dan ayat
tanya. Jika diteliti, terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat bagi ayat-ayat
dasar serta pola ayat yang pelbagai seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat
majmuk.

8
2.4 Rumusan

Kesimpulannya, morfologi merupakan disiplin ilmu bahasa berkaitan struktur,


bentuk dan penggolongan kata. Perincian terhadap unsur-unsur dan proses-
proses dalam pembentukan adalah ditekankan dalam membentuk suatu
perkataan. Sintaksis pula merupakan kajian proses pembinaan ayat dan hukum
yang menentukan bagaimana sesebuah ayat disusun. Ayat-ayat yang dibentuk
mestilah menepati pola dan rumus tatabahasa yang betul. Ini menjelaskan
bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur yang indah dalam membentuk
perkataan dan ayat yang perlu dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat di
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai