KATA MAJMUK
Definisi: Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2. Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
(Hafal!!!!!) Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan. Definisi:
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan
unsur. Contohnya:
Tunggal Jamak
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara warganegara-warganegara
tandatangan tandatangan-tandatangan
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha setiausaha-setiausaha
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya
semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Selain itu, kata majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai
apabila menerima imbuhan apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani,
melipatgandakan dan dikuatkuasakan.
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata
majmuk, contohnya:
Tandatangan
Selain itu, kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang
membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
• Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat
dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan.
• Bumiputera yang membawa makna tertentu yang terdiri daripada dua kata dasar
bumi dan putera.
Penggandaan unsur pertama akan dieja terpisah dan penggandaan hanya berlaku pada unsur
pertama sahaja.