Anda di halaman 1dari 1

05: Kata Majmuk 

5 Kata Majmuk

DEFINISI
Kata majmuk merupakan gabungan dua kata
atau lebih perkataan yang membawa maksud
tertentu.

Kata Majmuk Bebas

DEFINISI
Kata majmuk bebas terdiri daripada
dua kata dasar yang dirangkaikan untuk
membentuk satu perkataan baharu yang ditulis
secara terpisah.

Contoh-contoh kata majmuk bebas:

gambar rajah kuning langsat

biru laut jalan raya

luar biasa merah muda

kapal terbang jam tangan

bandar raya nasi minyak

alat tulis bom tangan

terima kasih kipas angin

Kata majmuk bebas ini juga termasuklan gelaran,


seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda,
Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya,
Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua
Setiausaha Negara.

Kata Majmuk Istilah Khusus

DEFINISI
Kata majmuk istilah khusus terdiri
daripada kata yang digunakan untuk merujuk
kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu
bidang ilmu.

Kebiasaanya, kata ini digunakan dalam bidang


Sains, Matematik dan Geografi.

Contoh-contoh kata majmuk istilah khusus:

garis pusat
kertas kerja
reka bentuk
mata pelajaran
kanta lekap
batu kapur
atur cara
kemas kini
segi tiga
reka bentuk
model linear
darah panas
pita suara

Kata Majmuk Kiasan

DEFINISI
Kata majmuk kiasan terdiri daripada dua dasar
kata yang membentuk peribahasa (simpulan
bahasa).

Contoh-contoh kata majmuk kiasan:

duit kopi pilih kasih

kaki ayam buah hati

kaki bangku anas emas

buah tangan berat tangan

makan angin manis mulut

Kata Majmuk Mantap

DEFINISI
Kata majmuk mantap terdiri daripada dua
perkataan tunggal yang dieja secara rapat dan
membentuk perkataan baru

Contoh-contoh kata majmuk mantap:

Perkataan tunggal Kata majmuk mantap


antara + bangsa antarabangsa
beri + tahu beritahu
bumi + putera bumiputera
jawatan + kuasa jawatankuasa
kaki + tangan kakitangan
pesuruh + jaya pesuruhjaya
kerja + sama kerjasama
mata + hari matahari
tanggung + jawab tanggungjawab
warga + negara warganegara

Chapter : Aspek Tatabahasa


Topic : Memahami dan menggunakan kata
majmuk istilah khusus dalam bidang ilmiah dan
kata majmuk yang mendukung maksud kiasan
dengan betul dalam pelbagai situasi
Year 5 Bahasa Melayu

Related notes
Kata Nama
Kata Ganti Nama
06: Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif
Kata Adjektif
Kata Bilangan
Kata Ganda
Kata Tanya
Kata Seru
Kata Perintah
Kata Penegas

 Report this note

Pandai Report card

Report Card
Evaluate your academic
performance through detailed
report

Learn more 

Register for a free Pandai account now

   
© 2024
Quiz Pandai.org AllmRightsView
View video Reserved
note m Account

Anda mungkin juga menyukai