Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Hikayat Abdullah dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, seorang pemikir dan
intelektual Melayu pada zaman kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Hikayat ini bersifat
autobiografi kerana ditulis sendiri oleh Abdullah Munsyi. Hikayat Abdullah ini merupakan salah
satu karya agung dalam pensejarahan Melayu kerana ia menceritakan pelbagai kisah sejarah
yang bermula daripada kemasukan Inggeris ke Melaka sepanjang perjalanan hidup Abdullah
Bin Abdul Kadir Munsyi sebagai pembantu Stamford Raffles. Ciri-ciri pada karya agung ini pula
seharusnya diteliti mengikut tradisi, budaya dan tamadun karya tersebut dihasilkan. Karya
Abdullah juga penuh dengan nasihat kepada orang Melayu serta cita-citanya yang tinggi dalam
memartabatkan bangsa dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Secara ringkas, pengkritikan
terhadap cara hidup masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah dilakukan dalam hikayat ini.
Hikayat Abdullah ini masih lagi terikat dengan sistem ejaan bahasa Melayu klasik yang
menggunakan huruf Arab beserta dengan gaya penulisan dan fungsi-fungsinya yang
disesuaikan dengan ejaan dalam bahasa Melayu (Yusoff Iskandar, 1992).

Dalam Hikayat Abdullah, kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan telah


dititikberatkan oleh pengarang. Aspek ini kita dapat lihat terus dari segi sikap pengarang yang
yang mampu menguasai pelbagai bahasa khusunya dalam bahasa Melayu sedangkan beliau
lahir daripada keturunan Arab India. Bukan sahaja bahasa, pengarang juga turut belajar
mengaji di tempat pengajian dan diajar oleh bapa beliau sendiri. Bapa beliau seorang yang
tegas dan gigih iaitu Abdul dalam memberi didikan kepada Abdullah. Sifat Abdul Kadir yang
sangat mementingkan ilmulah yang menjadikan Abdullah sebagai seorang yang bijak dan
mendapat gelaran Munsyi pada usia muda lagi. Hal ini membuktikan kita kepentingan
penguasaan ilmu pengetahuan dan ini jelas dilihat daripada teks dalam Hikayat Abdullah yang
berbunyi:
“Maka bahawasanya aku wasiatkan akan nasihatku ini bagi segala kanak-kanak yang
ada dibukakan Allah mata hatinya. Maka jikau sekiranya ada umurmu seribu tahun
sekalipun…”(Hikayat Abdullah, 1975:16)
Dengan ini kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan dapat kita dihadam dengan baik untuk
kegunaan kehidupan kita.

Dalam karya Hikayat Abdullah, beliau telah menyentuh tentang aspek pembentukan
masyarakat. Buktinya, Abdullah Munsyi telah memberi pandangan terhadap pertembungan
antara dua aliran keilmuan iaitu ilmu pengetahuan masyarakat yang sedia ada dan ilmu

1
pengetahuan barat yang membawa pembaharuan terhadap pengetahuan sedia ada tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan melalui teks,
“bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku disuruhkan oleh tuan-tuan itu
memanggil dan mencari anak-anak melayu supaya ia boleh belajar dan mengetahui
membaca dan menulis, baik bahasa Melayu, baik bahasa Inggeris…”
Daripada petikan ini, kita dapat tahu bahawa masyarakat Melayu pada masa itu khuatir serta
takut akan hasutan pihak Inggeris sehingga mereka tidak munculkan diri untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan. Hal ini telah dikritik dengan kerasnya dalam hikayat tersebut. Mereka tidak
bersedia untuk menerima pembaharuan dan ini menyebabkan mereka ketinggalan belakang
dari segi ilmu pengetahuan. Kritikan pengarang terhadap sikap bangsa Melayu yang tidak
menghargai bahasanya sendiri dalam Hikayat Abdullah ini adalah sangat jelas.

Anda mungkin juga menyukai