Anda di halaman 1dari 17

1

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR (MUNSYI ABDULLAH)


Usianya baru menjangkau 11 tahun tetapi dalam usia semuda itu, kepintaran dan banyak ilmunya menyebabkan
beliau sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka yang lebih tua daripada
usianya.
Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali
sebagai Abdullah Munsyi, kemudian menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi
penjajah ketika itu iaitu Inggeris.
Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat Melaka yang dijajah mereka, ada
golongan intelek tempatan yang hebat. Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru
mempelajari Bahasa Melayu.
Beliau dilahirkan pada 1796 di Kampung Masjid yang juga disebut orang sebagai Kampung Pali ketika itu. Anak
bongsu daripada empat beradik tetapi ketiga-tiga abangnya meninggal dunia ketika kecil iaitu berusia antara setahun
hingga tiga tahun.
Keturunannya bermula daripada seorang pemuda Arab Yaman, Syeikh Abdul Kadir yang mengembara dari Tanah
Arab sehingga ke Nagor, India Selatan dan berkahwin dengan gadis tempatan serta menetap di tanah asing itu.
Dari situ, lahir datuk Abdullah, Muhammad Ibrahim yang meneruskan tradisi bapanya mengembara sehingga tiba di
Melaka dan menetap di negeri itu. Berkahwin dengan gadis dikenali Peri Achi, mereka memperoleh bapa Abdullah,
Abdul Kadir
Abdul Kadir membesar bersama pendidikan yang cukup dalam bidang al-Quran, bahasa Tamil dan Arab serta ilmu
kira-kira. Dia kemudian menjadi peniaga di Hulu Melaka di samping mengajar ilmu agama sehingga dipilih menjadi
khatib di Kampung Lobok Kepong.
Tahap pengetahuan tinggi hasil tumpuan didikan dalam keluarganya menyebabkan Abdul Kadir dilantik menjadi
penulis surat sultan dan mengajar seorang asing, Tuan Marsden berbahasa Melayu. Seterusnya dia menjadi
Syahbandar, utusan Inggeris ke negeri Melayu serta juru bahasa dan juru tulis.
Abdul Kadir kemudian mendirikan rumah tangga dua kali dan kali kedua bersama gadis keturunan Hindu dari Kedah,
Salamah pada 1794. Hasil perkahwinan itu, Abdul Kadir dikurniakan empat cahaya mata termasuk Abdullah tetapi
tiga lagi anaknya meninggal dunia ketika masih bayi dan pada zaman kanak-kanak.
Walaupun hidup Abdullah ketika kecil sering sakit terutama selepas usianya menjangkau empat bulan, keadaan itu
menyebabkan ibunya tidak dapat menyusui bayi itu lalu Abdullah disusui orang lain.
Sewaktu bapanya berniaga di luar negeri, Abdullah dan ibunya tinggal bersama neneknya, Peri Achi. Peri Achi sangat
memanjakan Abdullah sehingga menimbulkan kekhuatiran di hati Abdul Kadir.
Bimbang si bapa, Abdullah akan lalai dalam pelajaran tetapi ketika mengingatkan yang keluarga mereka sangat serius
dalam menuntut ilmu, gusar di hati sedikit tenang. Tambahan pula ibunya, Peri Achi seorang guru besar di Kampung
Pali yang mengajar lebih 200 kanak-kanak menulis dan mengaji al-Quran.
Ibarat kuah tumpah ke nasi, semangat cintakan ilmu disemai ke dalam jiwa Abdullah sejak kecil. Ketika kanak-
kanak lain diberikan pelbagai permainan, Abdullah menerima permainan berupa kalam dan papan tulis.
Adat kanak-kanak, penekanan terlampau terhadap pembelajaran terutama oleh bapanya menyebabkan Abdullah
memprotes lantaran dia tidak dapat bermain dan bergembira bersama rakan seusia.
Abdul Kadir sangat tegas dengan anaknya walaupun itulah anak tunggal. Dia tidak memuji Abdullah walaupun kerap
berbangga dengan pencapaiannya kerana beranggapan pujian akan merosakkan si anak.
2

Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding kanak-kanak lain. Abdullah cepat
matang malah memiliki sikap berdikari sehingga pada usia kanak-kanaknya, dia sudah menjual layang-layang,
melukis, menulis surat dan menyalin al-Quran untuk memperoleh wang.
Gelaran Munsyi yang bermaksud guru sudah diterima ketika dia berusia 11 tahun kerana pada usia semuda itu,
kepintarannya dan banyak ilmunya menyebabkan dia sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada
askar Islam Melaka.
Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau mana asal usul gurunya asalkan dia
mendapat pengetahuan baru. Paling digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan
mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa. Selain bahasa Melayu, turut
dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.
Sewaktu Stamford Raffles datang ke Melaka, Abdullah dilantik sebagai juru tulis dan penterjemahnya. Daripada
hubungan majikan dan pekerja, akhirnya mereka menjadi sahabat karib.
Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullah tidak saja membuatkan Raffles
menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu.
Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berangkat ke Betawi.
Dalam usianya 27 tahun, Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada paderi Inggeris, Milne dan beliau mempelajari
pula bahasa Inggeris daripada lelaki asing itu. Mengetahui seorang lagi pendatang Barat, Doktor Marrison
mengetahui bahasa Cina, Abdullah turut meminta bahasa itu diajarkan kepadanya. Daripada Doktor Marrison
jugalah dia meneliti ayat-ayat daripada kitab Injil Matius seterusnya menterjemahkannya dalam bahasa Melayu.
Apabila Kumpulan India Timur mendirikan kolej Anglo-Chinese untuk mengajar anak Cina, Nasrani dan Melayu
membaca serta menulis bahasa Inggeris, Abdullah turut serta menuntut ilmu di pusat pendidikan itu. Malah, dia
turut merangsang anak Melayu lain bersama menuntut ilmu.
Meningkat dewasa, Abdullah mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34 tahun dan beberapa tahun kemudian,
beliau memperoleh cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan.
Selepas Milne meninggal dunia, jawatan lelaki itu sebagai pengetua kolej Anglo-Chinese digantikan dengan Thomsen.
Abdullah berkesempatan menjadi pengetua di kolej itu seketika apabila Thomsen menghantar isterinya pulang ke
England.
Apabila Singapura dibuka, Abdullah memulakan kehidupan barunya di sana dengan kembali menjadi juru tulis dan
juru bahasa Raffles dan meninggalkan anak dan isterinya di Melaka. Setiap enam bulan, beliau akan kembali
bertemu keluarganya.
Di Singapura, beliau bertanggungjawab menulis undang-undang Singapura atas arahan Raffles. Beliau juga diberi
tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti kitab, hikayat dan Syair untuk Raffles membawa pulang
bahan itu ke England. Dia juga menjadi guru bahasa Melayu kepada saudagar Inggeris di Singapura.
Ketika di negeri itu juga, Abdullah diserang sejenis penyakit dan terpaksa dibedah oleh doktor Inggeris.
Pengalaman terjadinya kebakaran di Singapura dicatatkan Abdullah dalam karyanya Syair Singapura Terbakar.
Beberapa bulan kemudian, Abdullah kembali ke Melaka dan mengajar bahasa Melayu kepada guru di kolej Anglo-
Chinese, Hughes dan Paderi Evans dan seorang Inggeris, Newbold.
Dalam pada itu, Newbold turut mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat Jakun dalam
bahasa Inggeris. Tugas itu membawa Abdullah mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya
hidup masyarakat Jakun di situ.
Pada 1835, Abdullah menterjemah Hikayat Panca Tanderan yang asalnya berbahasa Hindu dengan judul Hikayat
Kalilah dan Daminah. Karja terjemahannya yang lain adalah Perhimpunan Saudagar-saudagar.
3

Beliau kemudian mengarang kitan Dewa ul-Kulun (Ubat Hati) sebagai pengubat hatinya akibat kematian anaknya,
Siti Lela.
Sewaktu bekerja dengan seorang bangsawan Inggeris, North, Abdullah yang ketika itu berusia 42 tahun mengembara
ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dan kisah sepanjang perjalanannya dicatatkan dalam Kisah Pelayaran
Abdullah.
Ketika diserang demam kepialu, beliau kembali ke pangkuan keluarganya di Melaka tetapi apabila sembuh, isterinya
pula meninggal dunia pada 1840. Pilu dengan peristiwa itu, Abdullah menjual rumahnya di Melaka dan terus
menetap di Singapura.
Pada tahun itu juga, Abdullah menulis cerita kapal asap bernama Sisostis. Abdullah menyelesaikan Hikayat
Abdullah pada 3 Mei 1843. Buku itu bagaimanapun hanya diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas kematiannya.
Abdullah meninggal dunia pada 1854 iaitu ketika dalam perjalanan ke Makkah ketika usianya 58 tahun. Kisah
perjalanannya ke Makkah dicatatkan dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah tetapi tidak dapat disiapkan.
Bagaimanapun, kitab itu tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.
INTELEKTUAL, PEMIKIR MELAYU ABAD KE-18
MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat
terutama pengkaji sejarah sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden lantaran pemikiran dan karyanya ketika
itu dianggap menentang arus.
Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng, alam ghaib dan mistik; hasil
penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujah Abdullah dalam pelbagai bidang seperti
masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman.
Contohnya gagasan Melayu Boleh atau Malaysia Boleh bukanlah sesuatu baru tetapi sudah lama diutarakan
Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola
kehidupan lama dan usang.
Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini, Abdullah Munsyi sudah menekankan
mengenai pentingnya perkara itu seawal abad ke-18 lagi, katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).
Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur pelbagai bahasa, Abdullah juga seorang
pemikir dan intelektual bangsa yang wujud pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak
memberi panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan.
Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih kekal sehingga kini:
Pemodenan
Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat kemajuan yang dicapai Inggeris
ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan
kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan.
Ilmu pengetahuan
Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang ditimbulkan secara terus-
menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan
penjana peradaban.
4

Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan kepentingannya; Kisah Pelayaran
Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan
teladan menerusi usahanya dalam aspek ini.


Adat dan kepercayaan
Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan
dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada zamannya.
Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui
kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak
dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan
walaupun tidak berasas.
Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap
haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan
apabila haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya.
Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman
seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.
Ekonomi
Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya di Melaka yang sememangnya
terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu.
Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri biasa dan negeri kolonial
dalam pelayaran ke Kelantan. Di Pahang misalnya, beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta
penduduk yang menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh.
Keadilan
Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat Melayu ketika itu yang
membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada
golongan bangsawan.
Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak
saja diluahkan menerusi tulisan tetapi secara lisan kepada raja Melayu.
Feminisme
Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah terlebih dulu membicarakan hal ini lewat
penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami
seperti diajar Islam dilakukan wanita.
Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan menyatakan wanita Melayu
mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.
FAKTA:
Karya Abdullah Munsyi
Syair Singapura Terbakar (1830)
Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
Hikayat Abdullah (1849)
Dewa-ul-kulub (1883)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)
5


SUMBER: http://cgpauzi.blogspot.com


FRASA DAN KLAUSA
Frasa Dan Klausa - Penggunaan Ayat yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit
Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri utama yang membezakan bahasa
Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam
bahasa Melayu Klasik juga dianggap meleret-leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang
membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden ini dapat dikesan melalui beberapa baris ayat
yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun
terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan
- datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun
tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
Contoh ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu
Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang strukturnya. Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak
lima puluh tujuh patah perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada kita
bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang
strukturnya.
Penggunaan Ayat Pasif dan Songsang
Selain daripada penggunaan ayat yang berulang-ulang, ciri-ciri lain yang turut dikesan dalam bahasa Melayu Klasik
ialah terdapatnya pendepanan predikat dalam sesuatu ayat yang digunakan. Pendepanan predikat dalam ayat ini
juga disebut sebagai penyongsangan ayat. Terdapat pelbagai-bagai jenis pendepanan predikat ini antaranya adalah :
a. pendepanan predikat kata kerja
b. pendepanan objek
c. pendepanan kata pelengkap

Hal yang sedemikian berlaku berpunca daripada pengaruh nahu bahasa Arab yang terdapat di dalam bahasa Melayu
Klasik itu sendiri. Antara contoh-contoh ayat yang menunjukkan ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti yang
berikut :
Setelah sudah bermuat maka nakoda itu pun turunlah keperahunya lalu berlayar ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)
Hatta, beberapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)
Berapa antaranya maka dilihat oleh Hang Tuan dari jauh, maka kelihatan perahu belayar tiga buah menuju perahu
mereka itu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 37)
Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Selain daripada ciri-ciri yang telah dibincangkan, aspek lain bahasa Melayu Klasik adalah mengenai penggunaan kata
pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut sebagai perdu perkataan.
Antara perdu perkataan yang sering digunakan dalam hasil karya yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.
6

Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah. Antara contoh kata pangkal ayat
yang digunakan adalah seperti berikut :
Syahadan maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu. Hatta berupa lamanya
maka Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggan pun besarlah, makin besar makin bertambah baik rupanya. Hatta
beberapa raja-raja hendak meminang dia, tiada juga diberikan oleh ayahanda bonda baginda.
Penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat tidak memberi sebarang fungsi atau makna dalam sesebuah ayat yang
diwakilinya. Sekiranya ia tidak digunakan atau diabaikan, makna sesebuah ayat tidak akan berubah.
Penggunaan Gaya bahasa
Gaya bahasa melibatkan cara dan ayat seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannya sendiri.
Antara gaya bahasa bagi karya bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut :
a. bahasa kiasan / perbandingan
b. bahasa pertentangan
c. penggunaan peribahasa
d. penggunaan pantun
Gaya Bahasa Kiasan
Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak menggunakan bahasa kiasan bagi
mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini
gambaran sesuatu peristiwa dapat di sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan
penggunaan bahasa kiasan ini ialah :
a. Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa telah digambarkan sebagai :
... rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)
b. Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu digambarkan:
seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67)
c. Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan
bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilau-kilauan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 111)
Gaya Bahasa Pertentangan
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah gaya bahasa
pertentangan sering digunakan. Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa
Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk
mencela, mengkritik dan meyakiti hati seseorang. Biasanya gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan
dan penulisan bahasa Melayu Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh seseorang penutur kepada
watak yang lain.
Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa pertentangan telah dikenal pasti.
Antaranya ialah:
Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja
Melaka juga. Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya;
7

syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka
yang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini, bukanlah anak raja Terengganu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254)
Kata-kata kritikan ini dilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui peristiwa penculikan Tun Teja. Megat
Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan kelebihan dirinya sendiri dengan mempersendakan kekuatan Hang Tuah
dan juga pertahanan negeri Melaka.

Gaya Bahasa Sindiran
Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik tetapi tidak pada karya
moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan
ataupun watak di dalam sesebuah karya sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat
Hang Tuah menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para pegawainya,
iaitu :
Maka kata Bendahara , Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini,
kerana hamba ini bukan pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai, pada
ketika itu juga hamba memberi balas akan orang yang henak membunuh hamba itu?
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)
Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui bahawa Ratu Lasem telah mengambil anaknya, Ken Sumirat tanpa
memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di bawah telah diucapkan olehnya.
Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku malu! Beberapa aku membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan
padanya dan beberapa pula negeri kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku..
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 51)
Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan kata-kata sindiran yang ditujukan oleh
Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog tersebut adalah seperti berikut:
Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa
Majapahit itu sekalipun manira tikam juga.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 163)
Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah Mada sehinggakan dia malu tersipu-
sipu. Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang dalam pertuturan Raja Melaka setelah mendengar
fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata baginda adalah :
Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku demikian ini.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 206)
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
Batas pemisah telah diberi untuk memudahkan pemahaman terhadap pembicaraan yang berkaitan dengan sejarah
pertumbuhan dan perkembangan Kesusasteraan Melayu. Pembatasan itu membahagikan Kesusasteraan Melayu
kepada dua bahagian yang utama, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Saya
telah membincangkan pelbagai perkara mengenai Kesusasteraan Melayu Tradisional sebelum ini. Kesusasteraan
Melayu Moden ditanda oleh karya yang dicetak dengan mesin. Boleh dikatakan bahawa Kesusasteraan Melayu
Moden bermula dengan munculnya karya-karya Abdullah Munsyi.
Latar Belakang
8

Harus diingat bahawa pembatasan yang disebutkan di atas terus dipertikai hingga hari ini. Syed Muhammad Naquib
Al-Attas di dalam bukunya yang membahaskan tentang konsep moden itu mengatakan bahawa Islam yang
membawa kemodenan ke Alam Melayu. Sehubungan itu, beliau berpegang teguh kepada kecemerlangan Islam
mengubah setiap aspek kehidupan umat Melayu.
Satu daripada perubahan itu berlaku di dalam bidang persuratan. Agama Islam telah memberi sumbangan
terpenting ke arah tamadun bangsa Melayu melalui penyebaran ilmu. Oleh demikian, beliau menamakan Hamzah
Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu karya-karya yang beliau hasilkan.
Terpulanglah kepada para pemuka Kesusasteraan Melayu untuk menangani permasalahan ini. Modul ini tidak
bertujuan untuk membincang atau membahaskannya. Semua perkara yang terkandung di dalam modul ini diasaskan
kepada fakta-fakta yang sedia ada.
Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku dalam isi kandungan karya
yang dihasilkan. Buat pertama kali karya-karya mengemukakan hal-hal yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan
kebiasaan-kebiasaan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional (walaupun tidak semuanya), dan karya sastera boleh
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian. Hal-hal yang disebutkan itu akan dibicarakan di dalam
bahagian lain topik ini.
Kegiatan serupa itu berlangsung hingga sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, muncul pengarang-pengarang
yang terus menghasilkan karya yang berjejak kepada kenyataan dan dan menyentuh kehidupan masyarakat Melayu
secara langsung. Semua hasil sastera telah diterbitkan dengan menggunakan teknologi percetakan.
Saya akan membincangkan aspek yang telah dikemukakan di atas mengikut tahap-tahapnya. Di samping itu, akan
disentuh juga sejarah pertumbuhan dan perkembangan sesuatu genre, faktor-faktor yang menggalakkan
pertumbuhannya, tokoh penting, dan institusi sastera yang turut menyumbang ke arah memartabatkan sastera
tanah air.
Zaman Abdullah Munsyi Tokoh Abdullah Munsyi
Sumber: http://tomhakim.blogspot.com/2007/12/permasalahan-bangsa-pengkhianatan-dan.html
Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau
yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya.
Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
Tidak lagi berkisar di istana;
Tidak juga mengandungi mitos dan legenda;
Tidak terbina atas khayalan melulu; dan
Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Abdullah meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang sering diulang-ulang untuk melukiskan
sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama diri aku atau ku yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat
bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan
memoir.
Walau bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya seperti Hikayat Abdullah dan
Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu, lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih
terikut-ikut dengan bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu.
ULASAN KARYA AGUNG
Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
9

-Biodata Abdullah
Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke 14 hingga abad ke 19 Masihi.
Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu ( Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H.
bersamaan dengan tahun 1303 M.
Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu
kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai
tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam
bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh
Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat
intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.
Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud pengaruh Islam.
Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang
dalam bahasa Melayu. Lantara itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk
urusan pengembangan agama Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab,
Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.
1.2 Definisi Bahasa Melayu Klasik Mengikut Pendapat Sarjana
Istilah Klasik merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. Menurut Holman :
. Belonging to established tradition; used especially to designate the Literature or culture of Greece and Roman or
later literature which partakes of its qualities it may mean literature that has gained a lasting recognition, or it may
mean literature that exhibits the qualities of classicism. When it is used to describe the attributes of a literary work it
usually impies objectivity in the choice and handling of the theme, simplicity of style, clarity, restraint, and formal
structure.
( Holman, 1972: 99 )
1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa ciri khusus bahasa Melayu klasik. Antaranya adalah seperti berikut ;
1. Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah
dengan huruf baru seperti pa ( ), nga ( ), ga ( ), nya ( ) dan ca ( ).
a. Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ) seperti Khamis, Z ( ) seperti
pada zakat, Sy ( ) seperti pada syarat dan lain-lain.
b. Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan
pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum unstuk bahasa umum.
c. Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan
menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka )
( dia )


Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka )
)dia )
d. Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap
pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi (
vokal ) pada kedua-dua suku kata.
2. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa Ketahuilah
olehmu atau pada ayat Sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfih daripada teks-teks bahasa Arab.
10

3. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang Ilmu Kalam,
Tasawuf, Ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengn bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
4. Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti syair, nazam, rubai, tasmil,
ibarat dan lain-lain.
5. Pengaruh kesusteraan Islam terutamanya dari Arab dan Farsi banyak didapati dalam zaman bahasa Melayu
klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat, sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang
dan pemerintahan dan lain-lain.
1.5 Peranan Bahasa Melayu Klasik
Selain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik juga memberi sumbagan
pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah;
1. Kebudayaan
untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa.
2. Peranan Kemasyarakatan
sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.
3. Pendidikan
sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara.
sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan dan
perundangan.
2.0 KARYA YANG DIPILIH DAN BIODATA PENULISNYA.
2.1 Hikayat Abdullah
Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dapat dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden, berdasarkan
karya-karyanya yang terkenal, iaitu Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah
(1849), Dewa-ul-kulub (1883), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920). Beliau membawa perubahan dalam
tema, plot, latar cerita, dan sudut pandangan, yang ketara perbezaannya dengan karya-karya sastera sebelumnya,
walaupun masih dalam gaya bahasa lama.
Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di kampong Pali, Melaka daripada keluarga India Muslim keturunan
Arab. Sejak kecil lagi Munsyi ini memperlihatkan keistimewaannya sebagai pelajar yang bijak dan gigih mencari
ilmu. Beliau mempunyai minat yang mendalam mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa Melayu. Beliau dilantik
menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Raffles dan pembesar-pembesar Inggeris, menyebabkan hubungannya
begitu rapat dan mesra dengan orang-orang Inggeris. Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan tindakannya.
Abdullah seorang pemerhati yang teliti terhadap keadaan zamannya. Kritikannya kepada orang Melayu
melalui karya-karyanya terasa sangat pedas. Beliau begitu lantang mengkritik sikap raja-raja Melayu. Beliau mencuba
membuka pemikiran orang Melayu ke arah kebaikan dan kemajuan secara membandingkannya dengan orang
Inggeris. Sikap berat sebelah inilah yang sering dipersoalkan dalam perbincangan mengenai ketokohannya. Abdullah
Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854 dalam perjalanannya menunai fardhu haji.
3.0 ANALISIS KANDUNGAN KARYA
ASPEK BUDAYA DAN KEMASYARAKATAN
Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman
dengannya seperti Thufatan-Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja.
Pendeta Zaba dalam karangannya Moden Development menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu
moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir ( Hassan, 1988:236). Kenyataan ini didasarkan daripada karya-
karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib.
11

Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan.
Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang penting. Karyanya dicipta
sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera baru yang bersifat individualistik.
Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imiginasi, dan
teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut;Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-
mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang
memelingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan.
Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca merenung
dan memikir serta mendapatkan panduan dan pengetahuan daripadanya.
Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-
karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh hal-hal tersebut. Contohnya pada halaman 119 Hikayat Abdullah yang
menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu;
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan
mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu
baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau
datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali
sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu
hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu
boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.
Selain daripada contoh diatas dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat kesimpulan bahawa
adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang
karut-marut.Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui semasa belayar ke
Judah. Dia hanya menyebut adapt itu tanpa memberi sebarang kritikan. Seperti kebiasaan yang dilihatnya (Kassim,
(peny.) 1960):
Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam negeri itu,
tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni
dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja susunya, baik yang muda yang tua; iaitu semuanya
perampuan Hindu.
Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya. Dalam buku yang sama
pada halaman 141 pula disebutkan;
Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi buang air ketepi laut
berbnjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang. Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa
adat ini sesuatu yang aib dan memalukan. Walaupun persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan
kepercayaan orang Melayu tidak banyak dikemukakan tetapi ia memberi kesan yang jelas kepada pembaca.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam diri Abdullah lantas
membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam karyanya perbandingan antara timur dan barat adalah
menjadi persoalan yang penting dan secara tidak lansung mendedahkan kemunduran-kemunduran orang-orang
Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
4.0 ASPEK BAHASA DAN TULISAN
1. Jenis Aksara
Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu mengimbas kembali teks
Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat,
batu nisan dan sebagainya.
12

Dalam melihat pada sudut aksara dan sistem ejaan yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat
Abdullah pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu
menggunakan tulisan Jawi.
Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa
( ), nga ( ), ga ( ), nya ( ) dan ca ( ).Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya
dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Berikut adalah beberapa contoh aksara yang
digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.

2. Sistem Ejaan
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan
menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka)
( dia )


Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka )
)dia )
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap
pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal
) pada kedua-dua suku kata.
Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau tidak menggunkan
tanda-tanda baris pada tulisannya.
4.1 Aspek bahasa
i. Morfologi
Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa. Ia meliputi
penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dari aspek imbuhan, penulisan
karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya
Hikayat Abdullah seperti dibawah;
Contoh 1
Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh
kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu
atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.
( halaman 69)
Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-
anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa
Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang,
kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku
ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak
memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh
belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya. (Halaman 119)
Selain daripada aspek penggunaan imbuhan meN-, banyak lagi aspek morfologi yang terdapat dalam penulisan karya
Hikayat Abdullah.
13

ii. Sintaksis
Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan
menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh;
Contoh 1
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku
terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan
kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur
dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.
( halaman 16)
Contoh 2
Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh
kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu
atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.
( halaman 69)
Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada watunya pembaca terpaksa
mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.
iii. Semantik
Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat.
Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak
semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak
serupa dengan pa yang dimaksudkan.
Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna
tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa
yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu. Umpamanya ;
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan
mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu
baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau
datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali
sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu
hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu
boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.
Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan.
iv. Kosa Kata
a) Kata asli
.

b) Kata pinjaman
Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata
pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah digunakan diksi character (halaman 5), enjineer
14

(halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission
(halaman 165).
Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa
Arab dalam penulisan karyanya, misalnya perkataan syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35)
dan banyak lagi.
5.0 Kesimpulan
5.1` Penutup
Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja
yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia
juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam
karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam
penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.
Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan
bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita,
perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera
lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.
Zaman Sebelum Perang
Prosa Melayu Moden
Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas
beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil
dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu. Pendidikan (tidak kira sistem Barat atau sistem Timur Tengah)
telah mempertingkat kadar kenal huruf. Selain itu, pelajar-pelajar Melayu terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan
dari luar.
Hal tersebut telah mendorong mereka yang kreatif melahirkan karya-karya sendiri. Karya-karya yang dimaksudkan
itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan. Apabila syarikat-syarikat
percetakan didirikan, genre-genre sastera seperti novel dicetak dalam bentuk buku. Pada era sebelum Perang Dunia
Kedua, lahir akhbar, majalah, novel, cerpen dan sajak. Peranan Akhbar Sebelum Perang Jawi Peranakan (1876), ialah
akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura. Antara akhbar-akhbar terawal yang telah diterbitkan di Tanah Melayu
ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang Timur (1894).
Menjelang tahun-tahun 1900 hingga 1920, muncul akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu, Neracha, dan Lembaga
Malaya. Pada dekad seterusnya muncul pula Warta Malaya, Majlis, Warta Ahad, dan Warta Jenaka. Selain berita
tempatan dan luar negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan sosioekonomi orang
Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan sajak. Antara pengarang-pengarang yang aktif
menyumbangkan karya mereka di dalam akhbar pada masa itu ialah Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Syed Syeikh al-
Hadi, dan Mohd. Eunos Abdullah.
Peranan Majalah Sebelum Perang Majalah-majalah yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua ialah al-Imam (1906),
Pengasuh (1918), dan Majalah Guru (1924). Mengikut urutan, majalah itu diterbitkan di Singapura, Kota Bharu dan
Pulau Pinang. Majalah lain yang popular ialah Hiburan, Kencana, Qalam dan Tunas. Kesemua majalah yang
disebutkan itu kemudian diterbitkan di Singapura. Majalah al-Imam yang diutarakan oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh
Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd. Taha itu menyiarkan rencana berunsur Islam yang mengetengahkan
pegangan Kaum Muda dan semangat kebangsaan.
Akibat tekanan Kaum Tua, majalah ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908. Berbeza dengan al-Imam,
majalah Pengasuh yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dimuatkan dengan
karangan pengarang daripada golongan kaum tua. Selain rencana pengetahuan dan pendidikan, Majalah Guru
15

memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan Puisi Melayu Moden. Majalah ini menyiarkan
sajak yang ditulis oleh Punggok. Penulis-penulis lain yang turut menyumbangkan karya-karya mereka di dalam
majalah ini ialah Harun Aminurrashid, Embong Yahya dan Abdullah Sidek.
Peranan Golongan Intelek Agama dalam Prosa Melayu Moden Sebelum Perang
Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang
cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang
berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan
pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini
dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang
memulakannya.
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan
Al-Quran dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar
daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama.
Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel
sebelum Perang Dunia Kedua
Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rasyid Talu, dan Haji Ahmad Ismail. Syed Syeikh al-
Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanum (1926) digelar sebagai Bapa Penovelan Saduran. Selepas beliau, muncul
pula Ahmad Rasyid Talu. Novelis ini ialah orang yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Beliau digelar Bapa
Novel Melayu Asli. Novel pertama karangan Ahmad Rasyid Talu ialah Kawan Benar (1927). Tokoh ketiga ialah Haji
Ahmad Ismail yang menulis novel Cogan Setia (1929).
Peranan Guru-Guru Sekolah Melayu dalam Prosa Melayu Moden
Selain penulis agama, wujud pula guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis
guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana
kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya
untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian
timbul kerana dipengaruhi idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia. Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun
Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Zaba.
Zaba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalam Journal of
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).
Tokoh-tokoh Penulis Guru dan Novel Sulung Tokoh-tokoh Penulis Guru Novel Sulung Tahun Harun Muhammad
Amin(Harun Aminurrashid) Melur Kuala Lumpur 1930
Abdullah Sidek Bercinta yang Tak Berfaedah 1932
Ahmad Bakhtiar Rahsia Seorang Gadis 1936
Ahmad Murad Nassaruddin Nasib Mertua 1937
Peranan Wartawan di dalam Prosa Melayu Moden
Wartawan merupakan golongan profesional yang menggerakkan akhbar dan majalah. Namun demikian, mereka
turut berkarya di dalam bentuk kreatif. Mereka menghasilkan novel dan cerpen. Penulis-penulis wartawan yang
menabur banyak jasa di dalam bidang persuratan ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin
Salleh, A. Samad Ahmad, dan Raja Mansor. Abdul Rahim Kajai yang digelar Bapa Cerpen Melayu menulis cerpen yang
berjudul Awang Putat di dalam Utusan Melayu keluaran 1 dan 7 Oktober 1941. Cerpen-cerpen beliau telah
dibukukan dalam bentuk antologi, iaitu: Banyak Udang Banyak Garam;Lain Padang Lain Belalang; dan Pusaka Kajai.
16

Ishak Haji Muhammad atau dikenali juga sebagai Pak Sako menulis novel dan cerpen. Novel-novel beliau yang
terkenal ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Cerpen-cerpen beliau termuat dalam Warta Jenaka,
Warta Ahad dan Utusan Zaman.
Shamsuddin Salleh memulakan kerjayanya sebagai pengarang cerpen dalam majalah dan akhbar. Walau
bagaimanapun, beliau turut menulis novel. Antaranya ialah: Siasat yang Dahsyat (1936); Bingkisan Rahsia (1937);
dan Kesetiaan Perempuan (1942). A. Samad Ahmad menghasilkan dua buah novel sebelum Perang Dunia Kedua.
Novel-novel itu ialah Cinta Itu Bahaya dan Setia Itu Jaya. Raja Mansor turut menghasilkan novel. Antaranya ialah
Tujuh Kali Beristeri (1935) dan Satu Kali Cium Tiga Kali Tempeleng (1936).
Tokoh Abdul Rahim Kajai dan Tokoh Ishak Haji Muhammad
Selain daripada Abdul Rahim Kajai dan Pak Sako terdapat beberapa orang lagi yang turut menulis cerpen sebelum
Perang Dunia Kedua. Mereka ialah Harun Muhammad Amin, Yusuf Arshad, Yusuf Adil, Abdullah Sidek dan
Muhammad Yassin Maamur. Kesemuanya merupakan cerpenis golongan guru. Pada hakikatnya, cerpen sebelum
perang boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu:
Cerpen tahun-tahun 1920 dan 30-an; dan Cerpen tahun 1940 hingga 1941
Cerpen bagi kedua-dua peringkat itu disiarkan di dalam majalah dan akhbar. Antara majalah tahun 1920-an ialah
Pengasuh, Majalah Guru, Massa dan al-Ikhwan. Akhbar tahun 1930-an termasuklah Warta Ahad, Majlis dan Warta
Malaya. Akhbar dan majalah yang terbit pada tahun-tahun 1940-an ialah Utusan Zaman, Lembaga Melayu dan
Mastika. Antara cerpen yang disiarkan pada tahun-tahun 1920-an ialah Kebijaksanaan Seorang Lawyer dan Mencari
Isteri. Gelombang Hidup, Salah Sendiri dan Hantu Arak ialah contoh-contoh cerpen yang disiarkan pada tahun-tahun
1930-an. Contoh-contoh cerpen tahun 1940-an ialah Dolly Bidadari dari Shanghai dan Rumah Besar Tiang Seribu.
Pada tahun-tahun 1930-an, pementasan bangsawan telah mengalami perubahan. Antaranya apabila bekalan elektrik
disediakan oleh penjajah British dan ketika campur tangan guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris yang
menyediakan skrip bangsawan. Melalui campur tangan tersebut persembahan bangsawan lebih teratur dan
sistematik. Perubahan seterusnya berlaku apabila rombongan sandiwara Dardanella dan Suhara Bolero daripada
Indonesia datang ke Tanah Melayu. Isi cerita beralih daripada khayalan dan fantasi kepada cerita yang berjejak di
bumi nyata. Walau bagaimanapun, perkembangan drama merosot pada tahun-tahun 19361945. Hal ini berlaku
kerana rakyat Tanah Melayu menghadapi kesusahan akibat Perang Dunia Kedua.
Puisi Melayu Moden
Puisi Melayu Moden atau sajak dipelopori oleh Punggok. Sajak pertama yang beliau hasilkan berjudul Di Tengah
Segara yang disiarkan dalam Majalah Guru keluaran bulan Disember 1933. Tahun-tahun berikutnya muncul
beberapa orang penulis yang menyumbangkan sajak mereka di dalam majalah dan akhbar mingguan. Antaranya
termasuklah Kasmani Haji Arif, Nata, Danial Din, Mohammad Yusof Awang, Ahmad Din bin Idris, Abu Samah, Mualim,
dan Yusof Arshad. Kesemuanya merupakan guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris. Oleh sebab itu, penyair guru
memainkan peranan penting dalam penulisan sajak dari tahun 1933 hingga 1941. Sajak-sajak sebelum perang
disiarkan di dalam majalah dan akhbar mingguan. Majalah Guru menjadi pelopor dalam penyiaran sajak. Media lain
ialah Idaman, Sarjana, Warta Ahad, dan Warta Jenaka.
3. Zaman Asas 50
ASAS 50 ialah sebuah persatuan penulis yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Nama penuhnya ialah Angkatan
Sasterawan 50. Angka 50 diambil sempena tahun kelahirannya. Persatuan yang serupa telah ditubuhkan oleh
penulis-penulis Indonesia pada tahun 1945 dan dinamakan Angkatan 45. Idea penubuhan ASAS 50 dizahirkan di
rumah Mohd. Arif Ahmad (MAS) di Singapura. Ahli-ahlinya terdiri daripada penulis-penulis yang berhasrat
memajukan bahasa dan sastera Melayu. Pada masa itu, Singapura menjadi pusat berkumpul penulis-penulis
daripada seluruh Tanah Melayu.
Selain itu, pertubuhan ini bertujuan untuk mempertingkatkan martabat sastera dan budaya melalui penciptaan
karya-karya yang mengandungi pemikiran ke arah kemajuan; mengadakan syarahan di dalam bidang itu;
17

menerbitkan karya-karya; menyatukan seluruh kaum penulis; serta menjaga kebajikan dan memberi perlindungan
undang-undang kepada para penulis. Antara kegiatan-kegiatan ASAS 50 adalah mengadakan Kongres Bahasa I, II,
dan III. Saranan dan cadangan kongres ini diterbitkan di dalam Memoranda. Kedua, menggalakkan penulisan di
dalam lapangan sajak, novel, cerpen, esei, dan kritikan. Cerpen pilihan dimuatkan di dalam kumpulan Mekar dan
Segar. Ketiga, mengadakan pertemuan sesama penulis sehingga ke peringkat Asia, misalnya Pertemuan Sasterawan
Nusantara 1. Di dalam bidang penulisan, ASAS 50 mempertahankan konsep Seni Untuk Masyarakat (SUM).
Penggemblengan konsep SUM bertujuan untuk memperjuangkan keadilan dengan mendedahkan segala bentuk
ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.
Namun demikian, konsep ini ditentang oleh segolongan penulis pimpinan Hamzah. Beliau mempertahankan konsep
Seni Untuk Seni (SUS). Kumpulan Hamzah yang tidak mempunyai ramai penyokong akhirnya bertindak keluar
daripada ASAS 50 dan menubuhkan persatuan lain yang dinamakan Angkatan Persuratan Melayu Baru. Walau
bagaimanapun, perdebatan antara pendokong SUM dan SUS itu tidak berkesudahan. ASAS 50 berjaya membawa
aliran baru di dalam perkembangan bahasa dan sastera. Aliran yang dimaksudkan ialah romantisisme dan realisme.
Romantisisme ialah aliran sastera yang memberi penekanan kepada perasaan. Oleh sebab itu, karya yang dihasilkan
bergelumang dengan ungkapan romantis, sedih, dan pilu. Realisme ialah aliran sastera yang menggembleng isu
masyarakat. Oleh sebab itu, pengkarya memperjuangkan keadilan sosial di dalam karya mereka. Antara penulis ASAS
50 yang prolifik ialah Masuri S.N, Usman Awang, Awam il-Sarkam, Wijaya Mala, A. Samad Ismail, Keris Mas, Rosmera,
MAS, Jah Lelawati, A. Samad Said, Noor S.I, A.S. Amin, dan Jimmy Asmara.

Anda mungkin juga menyukai