Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang. Jika
kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal fasa
sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di sini
adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti,
sejarah lisan mahupun artifak.
Menurut kamus dewan edisi ketiga, naskhah membawa maksud karangan dan lain-lain
yang bertulis tangan (Kamus Dewan: 921: 1997). Naskhah merupakan peninggalan tertulis
yang menceritakan hal-hal ehwal suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah
terbahagi kepada dua iaitu naskhah berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara
prasasti yang telah ditemukan adalah Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga
batu, Kota Kapur dan Karang berahi yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya.
Sementara manuskrip yang ada kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat,
salasilah, perubatan dan sejarah itu sendiri.
Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah
disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku (Kamus Dewan:
860: 1997). Manuskrip merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang
menjadi bidang kajian fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak
dilakukan jika dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita
ini. Penulisan naskah inilah dikenali sebagai karya agung.
Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap orang Melayu terutamanya di kepulauaan nusantara Melayu. Ia
meninggalkan kesan sosial, falsafah dan budaya yang mendalam terhadaap pembaca. Ini
merangkumi nilai budaya dan estetika serta ketamadunan ketika itu yang meninggalkan kesan
yang mendalam terhadaap pembaca.
Dalam dunia Melayu telah memperlihatkan banyak karya-karya agung telah
dihasilkan. Karya-karya ini bergerak seiring dengan karyakarya dari kepulauaan lain seperti
Greek, China, Mesir, India dan lain-lain. Karya agung melambangkan pemikiran penulis
ketika itu dan dan menggambarkan idealisma, nilai, pandangan hidup serta nilai budi,
kesedaran moral dan visi bangsa. Budaya dan falsafah kekal secara kolektif dalam penulisan
karya agung.

2.0 Tokoh-Tokoh dalam penulisan karya Agung (Biografi)

2.1

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai
Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya
pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa Bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku
yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan
sebagai bahasa

Indonesia,

bahasa

rasmi

negara Indonesia,

dalam Kongres

Pemuda

Indonesia pada 28 Oktober 1928.


Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau; Raja Ali Haji merupakan keturunan
kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau.
Maha karyanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu
arah aliran kesusasteraan, pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih
mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan bahasa Arab
dan struktur Arab.
Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang
tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk
menjumpai Gabenor Jeneral Baron Van Der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad
menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh
puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan
Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau
ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau.
Selain dapat mendalami ilmu keIslaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman
dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T.
Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.
Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke
Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara anak Raja Riau
yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah
dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keIslaman dan
ilmu bahasa Arab daripada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi
Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau
bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
2

iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali
ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya
datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan
Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya
Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu
kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.
Antara bukunya yang terkenal, berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan
kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa
yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh
Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.
Selain itu, Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya
yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun
sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan
tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah
yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat dikarang terlebih dahulu
oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya
meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undangundang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik).
Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan. Antara buku-buku yang telah
dihasilkan oleh beliau ialah Salasilah Melayu dan Bugis 1890,Tuhfat al-Nafis 1865,BustanulKatibin,Kitab Pengetahuan Bahasa,Gurindam Dua Belas,Syair Siti Shianah,Syair Suluh
Pegawai,Syair Hukum Nikah dan Syair Sultan Abdul Muluk.

2.2

Abdullah Abdul Kadir Munshi

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (17961854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Abdullah Munsyi dilahirkan pada
tahun Masihi 1796, bersamaan tahun Hijrah 1211, di Kampung Masjid atau juga dikenali
sebagai Kampung Pali oleh masyarakat Keling. Beliau merupakan anak bongsu daripada
empat adik-beradik seibu sebapa. Ketiga-tiga abangnya telah meninggal dunia sewaktu masih
kecil. Beliau berasal daripada keturunan India dan Arab. Ayah beliau bernama Abdul Kadir
adalah anak tunggal Muhammad Ibrahim dan Peri Achi. Moyang beliau merupakan seorang
yang berketurunan Arab Yaman (Shellabear, 1947). Abdul Kadir telah mendapat pendidikan
yang sempurna sejak kecil dan pernah memegang jawatan yang penting iaitu sebagai
Syahbandar serta utusan Inggeris kepada negeri-negeri Melayu seperti Lingga, Riau, Pahang,
Terengganu, Kelantan dan Palembang. Selain itu, Abdul Kadir juga pernah menjadi
jurubahasa dan jurutulis.
Semasa bapanya berniaga di luar negeri Melaka iaitu di Siak, Abdullah tinggal
bersama neneknya Peri Achi yang bertugas sebagai seorang guru besar di Kampung Pali.
Walaupun Abdullah dimanjakan oleh neneknya, beliau dibesarkan dalam situasi yang
mementingkan pelajaran. Hal ini terbukti kerana ketika beliau berusia tujuh tahun, Abdullah
telah diberikan permainan kalam resam dan papan loh. Oleh itu, beliau lebih cepat pandai
menulis dan membaca berbanding dengan kanak-kanak lain.
Sewaktu kedatangan Stamford Raffles dari Syarikat Hindia Timur ke Melaka,
Abdullah telah diambil sebagai kerani, penterjemah dan jurutulis kepada pihak Inggeris.
Tugas ini dilakukan bersama-sama dengan bapa saudaranya, Ismail Lebai dan Muhammad
Latif. Sikap Abdullah yang dedikasi telah menyebabkan beliau disegani oleh orang-orang
Inggeris. Abdullah telah dilantik menjadi guru bahasa Melayu kepada askar-askar sepoy
Hindustan dan beberapa orang paderi seperti W.Milne dan C.H. Thomsen manakala beliau
pula mempelajari bahasa Inggeris daripada mereka. Gelaran munsyi diperolehi daripada
mereka yang pernah belajar bahasa Melayu dengannya. Beliau juga bertanggungjawab
menterjemahkan sebahagian kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita berperanakan India
sepertinya ketika berusia 34 tahun. Beliau telah dikurniakan seorang anak perempuan
bernama Siti Lela. Abdullah telah meninggalkan keluarganya di Melaka untuk meneruskan
pekerjaannya di Singapura. Selepas kematian anak perempuan dan isterinya, beliau

membawa anak lelakinya ke Singapura. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854 di
Juddah sewaktu ingin menunaikan haji.
Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera moden. Di dalam
riwayat beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai
pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke tanah Melayu. Beliau adalah
pengkarya pertama yang telah lari dari corak penulisan tradisional. Banyak diantara karya
beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin
Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.
Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk
Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa
Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya
buku nahu Bahasa Melayu.
Banyak karya-karya yang telah dihasilkan oleh Abdullah Mushi antaranya ialah Syair
Singapura Terbakar (1847),Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835),Kitab
Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837),Dawai-Kulub (1838),Kisah
Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838),Hikayat Abdullah (1849)Kisah Pelayaran Abdullah
ke Jedah (1854),Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai
ke Kelantan (1838),Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura
Sampai ke Mekkah (1858-9) dan banyak lagi karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau.

3.0 Peranan dan sumbangan tokoh-tokoh

Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi,tetapi bahasa mereka nampak jauh berbeza. Hal ini tidaklah menghairankan kerana
mereka memiliki latar belakang pendidikan yang berbeza, kerjaya yang berbeza dan
lingkungan kehidupan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai
penterjemah Bahasa Inggeris serta hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di
Singapura. Raja Ali pula berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup di tengah-tengah
masyarakat pertanian di Riau, Indonesia.
Raja Ali Haji merupakan seorang penulis yang berbakat pada zamannya. Sumbangan
beliau dalam lapangan bahasa, persuratan, sejarah dan agama telah menjadi bahan kajian
ramai sarjana dan orientalis. Di antara beberapa karya beliau yang penting ialah sebuah
karya yang berjudul Bustanul-Katibin Lissubyanil-Mutaalimi atau dalam bahasa Melayu,
Kitab Perkebunan. Hasilnya merupakan sebuah karya kritis tentang nahu bahasa Melayu.
Buku ini dikarang oleh beliau pada 20 Syaaban 1273 bersamaan 15 April 1857. Buku ini
diusahakan dengan menggunakan cap batu di Penyegat. Karya ini banyak diulas dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda oleh Van Ronkel dalam Tijdschrift Voor Indische
Taal Land-en Volkenkunde pada tahun 1901.
Bustanul-Katibin mengandungi mukadimah (pendahuluan), 31 fasal dan khatimah
(penutup) serta tebalnya 70 halaman. Isinya pula boleh dibahagikan kepada dua
bahagian,satu bahagian berkenaan penulisan Melayu dan bahagian-bahagian yang lain
berkenaan nahu bahasa Arab yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu. Mengenai
bahagian yang pertama ini dapatlah dikatakan bahawa pengarang agak berjaya, tetapi tidak
pada bahagian yang kedua itu. Buku ini dianggap kurang memuaskan oleh sarjana Belanda
yang bernama H. Von de Wall. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu pada zaman itu
karya tersebut merupakan sebuah karya yang bernilai. Buku itu juga telah digunakan secara
meluas di sekolah-sekolah Melayu di Johor dan Singapura. Raja Ali Haji boleh dianggap
sebagai pujangga bercorak klasik yang akhir sekali, dan fakta ini terdapat dalam karyanya
itu. Beliau cuba menggunakan system penggunaan nahu untuk bahasa Melayu, tetapi apa
yang sebenarnya berlaku ialah beliau masih lagi mempertahankan bahasa klasik.
Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan bahasa Melayu ialah Kitab
Pengetahuan Bahasa. Buku ini merupakan usaha yang berkaitan lapangan-lapangan
perkamusan. Buku ini ditulis dalam tahun 1858 tetapi diterbitkan pertama kalinya pada tahun
1928 M oleh percetakan Al-Ahmadiah di Singapura. Dalam memperkatakan perkembangan
6

Bahasa Melayu pada abad kesembilan belas, kita tidak boleh lari daripada memperkatakan
kegiatan sasteranya. Raja Ali Haji tidak ketinggalan dalam menghasilkan karya dalam
bidang ini. Raja Ali Haji pernah mengarang sejumlah gurindam yang sangat terkenal dalam
lapangan sastera lama iaitu Gurindam Dua Belas. Gurindam ini diciptanya dalam dua belas
fasal; ada fasal yang bersangkutan dengan soal soal ibadat perseorangan, kewajipan raja-raja
dan sifat-sifat bermasyarakat. Ada pula yang berkaitan dengan tugas orang tua terhadap anak
mereka, kewajipan anak kepada orang tua dan lain-lain lagi. Gurindam-gurindam ini pernah
disiarkan dalam jurnal berbahasa Belanda iaitu Tijdschrift Voor Indische Taal Land-en
Volkenkunde No.2, pada tahun 1853 dengan judul De Twalf Spreukgedichten.
Dalam bidang sejarah, terdapat dua buah karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab
Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis telah
dihasilkan pada tahun 1860, sementara kitab Tuhfat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865.
Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan raja-raja Bugis, asal usul
mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir
daripada kuasa diraja tradisonal dari kepulauan Riau. Tuhfat al-Nafis pula merupakan sebuah
hasil sejarah Melayu yang penting. Karya sejarah ini memperlihatkan betapa besarnya Raja
Ali Haji sebagai seorang ahli sejarah dan pencatat peristiwa zamannya. Buku ini dibahagikan
kepada dua bahagian. Pertama kandungannya memperkatakan hal-hal yang berlaku sebelum
zamannya yang merangkumi lapan puluh peratus daripada kandungannya. Sementara
bahagian kedua, memperkatakan sejarah semasa yang ditulis berlaku ketika hayatnya.
Faktor yang menganggap Raja Ali Haji sebagai pelopor penulisan sejarah Melayu di
kalangan tokoh-tokoh sejarah tradisional yang lain ialah kerana kesedarannya dalam menulis
sejarah, serta motif penulisannya adalah untuk kepentingan sejarah. Jika kita tinjau dari sudut
nahu pula, kita dapati beliau begitu terpengaruh dengan nahu Arab. Namun begitu kita
tidaklah boleh menyamakan kedudukan beliau pada masa itu dengan keadaan yang ada pada
zaman ini. Didikan yang beliau perolehi pada masa itu adalah masih bercorak tradisional dan
gaya bahasa yang digunakannya adalah bersesuaian dengan gaya bahasa pada masa tersebut.
Raja Ali Haji meninggalkan beberapa banyak karya yang terkenal dan menjadi kajian
intelektual baik peringkat alam Melayu mahupun peringkat antarabangsa, iaitu Gurindam
Dua Belas, ( 1846 M ), Bustanul- Katibin Lissubyanil-Mutaalimi,(1267 H/1850 M ), Kitab
Pengetahuan Bahasa (1865 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1860 M) Tuhfat al-Nafis (1865
M), Thamarat al-Muhimmat Li Jafahli al umara Wal Kubara Li Ahli al Mahkamah,Syair
Nikah, Syair Gemala Mustika, Syair Abdul Muluk, Jauharat Makmunah, Syair Suluh
Pegawai dan lai
7

Munsyi

Abdullah

pula

mula

bekerja

dengan

bapanya

iaitu

menolong bapanya menyalin dokumen-dokumen penting. Beliau juga turut mengajar bahasa
ibunda kepada askar-askar India dan British. Beliau bekerja sebagai seorang pentafsir
dan jurutulis

kepada

SirStamford

Raffles. Kecekapan

beliau bertutur

dan

reputasi

sebagai seorang guru telah melayakan beliau untuk mendapati nama Munsyi yang diberi
oleh Tuan Raffles.
Nama sebenar Munsyi Abdullah ialah Abdullah bin Abdul Kadir. Nama Munsyi
Abdullah diberikan oleh Sir Stamford Raffles dan bermaksud sebagai guru. Munsyi Abdullah
mempunyai darah peranakan campuran iaitu campuran India dan Melayu. Namun begitu,
beliau tetap mengangap diri beliau sebagai orang Melayu. Abdullah turut membantu orangorang yang beragama Kristian untuk mentafsir dan mencetak sebahagian daripada
kitab Injil. Beliau juga mentafsirkan cerita-cerita turun temurun Hindu. Beliau amat dikenali
dengan penulisan riwayat hidupnya yang bertajukHIKAYAT ABDULLAH.
Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih
dikenali sebagai Abdullah Munsyikemudian menjadi antara penduduk Melaka yangsangat
dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris. Kehadiran Munsyi Abdullah membuktikan kepada
Inggeris

bahawa

dalam

masyarakat

Melaka

yang

dijajah

mereka

terdapat juga golongan intelek tempatan yang hebat.


Munsyi Abdullah jugalah kemudianpenjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu.
Gelaran Munsyi yang bermaksud guru sudah diterima ketika dia berusia 11 tahun kerana pada
usia semuda itu kepintarannya dan banyak ilmunya menyebabkan dia sudah menjadiguru dan mengajar
pelajaran agama kepada askar Islam Melaka. Abdullah adalah seorang yanggigih belajar. Dia tidak mengira
siapa atau mana asal usul gurunya asalkan dia mendapatpengetahuan baru. Paling digemarinya adalah bidang
bahasa dan tanpa jemu dia meluaskanpengetahuan mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata,
kuasa, tujuan dan ilmubahasa. Selain bahasa Melayu, turut dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan
Inggeris.Sewaktu Stamford Raffles datang ke Melaka, Abdullah dilantik sebagai juru tulis
danpenterjemahnya. Daripada hubungan majikan dan pekerja, akhirnya mereka menjadi sahabatkarib. Nyata
sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullahtidak saja membuatkan Raffles
menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat dankagum di kalangan orang Inggeris terhadap anak
watan itu. Walaubagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berangkat ke Betawi. Ketika
usianya mencecah 27 tahun, Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada paderi Inggeris yang bernama Milne
dan beliau mempelajari pula bahasa Inggeris daripada lelaki asing itu. Mengetahui seorang lagi pendatang
barat iaitu Doktor Marrison yang mahir berbahasa Cina, Abdullah turut meminta bahasa tersebut diajarkan

kepadanya. Selain itu melalui doktor Marrison jugalah dia meneliti ayat-ayat daripada kitab Injil dan
seterusnya menterjemahkan kitab tersebut ke bahasa Melayu.
Menyedari Kumpulan India Timur mendirikan kolej Anglo-Chinese untuk mengajar anak-anak
Cina, Nasrani dan Melayu membaca serta menulis dalam Bahasa Inggeris, Abdullah turut serta menuntut ilmu
di pusat pendidikan itu. Malah dia turut menggalakkan anak-anak Melayu yang lain turut bersama menuntut
ilmu. Ketika usianya meningkat dewasa, Abdullah mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34 tahun dan
beberapa tahun kemudian beliau memperolehi cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan.
Beberapa tahun kemudian, padri Milne meninggal dunia, jawatannya sebagai pengetua kolej AngloChinese digantikan dengan Thomsen. Ketika zaman kendalian Thomsen, Abdullah berkesempatan menjadi
pengetua di kolej itu seketika apabila Thomsen menghantar isterinya pulang ke England. Ini merupakan satu
pengalaman yang sukar dilupakan oleh beliau.
Apabila Singapura dibuka,Abdullah memulakan kehidupan barunya di sana dengan kembali menjadi
juru tulis dan jurubahasa Raffles dan meninggalkan anak dan isterinya di Melaka. Setiap enam bulan, beliau
akan kembali bertemu keluarganya. Di Singapura, beliau bertanggungjawab menulis undang-undang
Singapura atas arahan Raffles. Beliau juga diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti
kitab hikayat dan Syair untuk Raffles membawa pulang bahan itu ke England. Dia juga menjadi guru bahasa
Melayu kepada saudagar Inggeris di Singapura. Ketika berada di Singapura, pelbagai pengalaman suka duka
telah ditempuhinya seperti diserang sejenis penyakit sehingga terpaksa dibedah oleh doktor berbangsa
Inggeris dan kejadian kebakaran yang menggerunkan di Singapura. Peristiwa kebakaran ini telah
dicatatkan Abdullah dalam karyanya Syair Singapura Terbakar.
Beberapa bulan kemudian, Abdullah kembali ke Melaka dan mengajar bahasa Melayu kepada guru
di kolej Anglo-Chinese, Hughes dan Paderi Evans dan seorang Inggeris, Newbold. Dalam pada itu, Newbold
turut mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris.
Tugas itu membawa Abdullah mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya hidup
masyarakat Jakun di situ.
Pada 1835, Abdullah menterjemah Hikayat Panca Tanderan yang asalnya berbahasa
Hindu dengan judul Hikayat Kalilah dan Daminah. Karja terjemahannya yang lain
adalahPerhimpunan Saudagar-Saudagar. Berikutan satu peristiwa kehilangan orang yang
beliau sayangi,ini meyebabkan beliau kemudian mengarang kitab Dewa ul-Kulun (UbatHati)
sebagai pengubat hatinya nuraninya akibat kematian anaknya perempuannya, Siti Lela.
Sewaktu bekerja dengan seorang bangsawan Inggeris, North, Abdullah yang ketika itu berusia 42
tahun mengembara ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dan kisah sepanjang perjalanannya
dicatatkan dalam Kisah Pelayaran Abdullah. Ketika diserang demam kepialu, beliau kembali ke

pangkuan keluarganya di Melaka tetapi apabila sembuh, isterinya pula meninggal dunia pada 1840. Pilu
dengan peristiwa itu, Abdullah menjual rumahnya di Melaka dan terus menetap di Singapura.
Pada tahun itu juga, Abdullah menulis cerita kapal asap bernama Sisostis. Abdullah
menyelesaikan Hikayat Abdullah pada 3 Mei 1843. Buku itu bagaimanapun hanya
diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas kematiannya. Abdullah meninggal dunia pada 1854 iaitu ketika dalam
perjalanan ke Makkah ketika usianya 58 tahun. Kisah perjalanannya ke Makkah dicatatkan dalam Kisah
Pelayaran Abdullah ke Judah tetapi tidak dapat disempurnakan. Walaubagaimanapun, kitab itu
tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

10

4.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya kedua-dua tokoh yang telah dibincangkan iaitu Raja Ali Haji
dan Abdullah Munsyi sebenarnya

memainkan peranan yang amat penting dalam

perkembangan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, lebih-lebih lagi di rantau kepulauan


Melayu.
Sikap dan semangat kedua-dua tokoh ini yang tidak pernah kenal erti jemu dalam
menuntut dan menyebarkan ilmu terutamanya dalam persuratan Melayu menyebabkan nama
mereka kekal harum hingga kini. Mereka juga telah menyebabkan ramai pihak luar sedar
bahawa bukan hanya penjajah saja yang berilmu dan pandai tetapi golongan yang dijajah juga
boleh menjadi seperti mereka. Ini jelas ditunjukkan oleh Abdullah Munsyhi.
Walaupun kedua-dua tokoh ini dilahirkan dari golongan bukan orang berada, tetapi
mereka mampu menjadi ikon untuk peradaban sesuatu bangsa. Pemikiran kedua-dua tokoh
ini jauh berbeza, Raja Ali berlatar belakangkan pendidikan Arab manakala Abdullah Munsyi
pula berlatar belakangkan Inggeris namun kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama
iaitu memperjuang dan menaikkan nama Bangsa Melayu di mata dunia.
Wallallahu alam..

11

5.0 Bibliografi

A.Samad Ahmad, 2000. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1940. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hsu Yun Tsio, 1996. Meninjau Sejarah Melayu dari Segi Nilaian Sejarahnya. Dewan
Bahasa, Oktober.
Ismail Ahmad, 1978. Ulasan Buku Sejarah Melayu untuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Sanusi Samid, 1967. Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah. Dewan Bahasa, Mei.
W. G. Shellabear. 1896. Sejarah Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Petaling Jaya.
Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian teks Melayu klasik terpilih . Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

12

Anda mungkin juga menyukai