Anda di halaman 1dari 25

TOKOH-TOKOH PEMIKIR ISLAM

HASAN AL-BANNA

HASAN AL-BANNA (1906-1949)


Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed alBanna

Hasan Al-Banna dilahirkan pada 1906 di Mahmudiyah dari keluarga yang taat.

Beliau telah menghafaz Al-Quran dalam usia 17 tahun sebelum memasuki Darululum. Dia menamatkan pengajiannya di sekolah menengah tinggi Darululum pada tahun 1927. Ketika di bangku sekolah lagi beliau telah bergiat aktif berdakwah bahkan mendorong para ulama dan pemimpin-pemimpin tua untuk turut sama menyertainya. Pada bulan September 1927 beliau telah dilamar oleh pemerintah Mesir untuk menjadi guru di Ismailiya. Beliau berdakwah dan bertabligh di restoran-restoran besar, cafe, tempat yang jauh dari agama dimana tempat berkumpulnya orang-orang yang sering lupa kepada tuhan.

IKHWANUL MUSLIMIN

1928, tertubuhnya organisasi yang kuat di Ismailiya, yang kemudiannya terkenal ke seluruh dunia, iaitu Gerakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan ini telah berjaya menyemarakkan Islam, menanamkan kesedaran beragama, kesedaran bertanah air dan bangsa, serta sedar akan harga diri sebagai muslim. Beberapa sekolah juga didirikan, masjid pula dibangunkan dan lain-lain juga mendapat pembaharuan.

Februari 1949, syahidlah Hasan Al-Banna Mujahid yang mukhlis itu mati dibunuh. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin juga turut sama runtuh. Kematiannya membawa banyak kesan kepada masyarakat dan juga kepada keruntuhan pemerintahan Raja Farouk. Walaupun Ikhwanul Muslimin giat untuk dibangunkan kembali oleh para sahabat Hasan Al-Banna, akan tetapi raai pihak yang cuba menghalangnya.

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap. 6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan. 2.

7.

Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.

8.

9.

3.

4.

5.

10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

PUJANGGA IQBAL

MUHAMMAD IQBAL (1873- 1938)


Pujangga Iqbal dilahirkan pada 22 Februari 1873 iaitu bersamaan 24 Zulhijjah 1289 di Sialkot. Doktor Muhammad Iqbal adalah anak kepada Nur Muhammad iaitu seorang pedagang di Sialkot dan seorang alim yang amat terikat pada agamanya.

Bapanya pernah bermimpi melihat seekor burung merpati terbang turun dari langit dan hinggap di atas ribaannya. Beliau tahu mimpi itu membawa alamat baik yang pada suatu masa Iqbal akan menjadi seorang yang termasyhur dan berbakti untuk Islam. Iqbal ertinya megah atau kemenangan dan dia sendiri suka kan namanya. Pada suatu masa ketika di bangku sekolah, Iqbal pernah datang lewat ke sekolahnya. Gurunya bertanya, Kenapa lewat tiba? Iqbal yang masih muda remaja itu menyahut, Iqbal (kemenangan) selamanya datang lambat. Gurunya tercengang mendengar jawapan dari budak yang masih muda itu.

PENDIDIKAN DAN PENCAPAIAN

Sebagai seorang muslim, Iqbal muda disekolahkan dan dididik oleh ayahnya yang seorang sufi dengan didikan Al-Quran. Sejak kecil ia senang membaca dan menghafal Al-Quran. Ayahnya pernah berkata,

Jika kamu ingi memahami Al-Quran, bacalah seolah ia diturunkan kepadamu.


Dikemudian hari Iqbal selalu menjadikan Al-Quran sebagai dasar pijakan dalam segala pemikiran. Nilai keagamaan dalam falsafah dan puisi-puisinya sangat kental terasa.

Iqbal muda memiliki seorang guru, Maulana Mir Hasan yang membimbing Iqbal muda dengan didikan Islam menjadi seorang penyair yang memiliki nilai agama sekaligus seorang pejuang muslim yang hidupnya diabadikan untuk keyakinannya. Selain Maulana Mir Hasan, ia pun berguru pada seorang Inggeris yang terkenal berjasa pada dunia Islam, Sir Thomas Arnold. Ialah yang mengenalkan Iqbal pada peradaban dan falsafah Barat. Iqbal sering menyampaikan dakwahnya melalui syair. Dimana ia memberikan kelainan pada cara dakwah tokohtokoh islam yang lain. Beliau sering menulis syair yang menyentuh sosialisme masyarakat secara terang-terangan dan berani dalam menyatakan hujahnya melalui syair-syair tersebut.

Kecerdasan Iqbal sejak kuliah telah terlihat, bahkan ia menjadi satu-satunya murid Thomas Arnold yang mengajar mata kuliah filsafat Islam di Goverment School. Untuk mendalami filsafat Barat, ia pergi ke Eropa selama tiga tahun untuk berguru pada Professor Mac Taggart sehingga ia berhasil memboyong gelar doktor melalui disertasinya di Universitas Munich dengan judul The Development of Metaphysics in Persia, sekaligus menjadi karya pertama Iqbal dalam filsafat. Perjalannya selama tiga tahun membawa perubahan pemikirannya, ia mengalami culture shock dengan bertemunya dua peradaban dalam dirinya yaitu peradaban Timur dan Barat, di bidang filsafat ini ia mampu menyerap dengan cepat pemikiran Barat. Istimewanya, hal itu tak mengubah sedikitpun keyakinan dan pijakan Iqbal terhdap Islam, bahkan di kemudian hari ia sangat piawai membangun sistem filsafatnya sendiri yang berdasar pada Al-Qurn.

Ia pun meramalkan keruntuhan sekaligus membuka aib filsafat dan peradaban Barat seperti yang tercantum dalam syairnya, Walau Eropa dikelilingi pesona seni dan ilmu Sebenarnya Lembah Kegelapan ini kekurangan Mata Air Kehidupan Wahai penduduk benua Barat bumi Tuhan bukanlah kedai Apa yang kalian anggap berharga kan terbukti ak bernilai Peradaban kalian kan bunuh diri dengan senjatanya sendiri Sarang yang kalian bangun di atas kerapuhan dahan pasti tak kan lama bisa bertahan Laksana buah yang ranum Eropa hampir gugur, Biarlah kita saksikan, dalam pengakuannya ia meluncur.

DUNIA SYARAHAN DAN POLITIK

1908, beliau diterima sebagai peguam. Semasa di England Iqbal menghadapi konflik hidup yang hebat. Beliau berfikir adalah dia perlu terus hidup sebagai penggerak(action) atau pemantul(reflection). Di negerinya itu memerlukan ramai penggerak dan hampir sahaja Iqbal meninggalkan dunia syairnya. Akan tetapi setelah dinasihat oleh temannya, Sir Abdul Qadir dan gurunya, Sir Thomas Arnold agar jangan meninggalkan tugasnya sebagai penyajak.

Ini lebih baik bagi dunia kata Sir Thomas Arnold.

Beliau juga memberikan syarahan mengenai Islam di England. Dimana yang pertamanya di Caxton Hall dan ia diterbitkan di semua akhbar di seluruh negeri itu. Ketika di zamannya itu Iqbal sendiri mengetahui bahawa buah fikirannya diterima oleh masyarakat. Dimana Iqbal telah ditugaskan untuk menjadi pensyarah oleh Rhodes Lectureship dan diundang untuk memberi syarahannya di Oxford.

Dunia politik pun digelutinya saat ia menjadi advokat, setelah terpilih menjadi anggota legislatif Punjab tahun 1927. Tahun 1930 ia terpilih mejadi Ketua sidang tahunan Liga Muslim. Bersama Muhammad ali Jinnah, beliau merancang berdirinya negara Islam Pakistan. Iqbal mulai sering berkeliling tidak hanya di India tetapi ke luar negeri untuk berceramah. Ceramah-ceramahnya dikumpulkan dan diberi judul The Recontruction of Religious Thought in Islam sebagai karya filsafatnya yang kedua.

Iqbal meninggal dunia kerana menderita penyakit yang telah dihidapi sekian lamanya walaupun telah menerima pelbagai rawatan perubatan. Dia selamat menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Mac 1938 dalam usia enam puluh tahun. Pemergiannya membuat dunia kesusasteraan kehilangan salah satu puteranya yang sangat berbakat, seperti yang diucapkan oleh sahabatnya Muhammad Ali Jinnah: Ia adalah seorang penyair yang sulit dicari tandingannya, namanya dikenal di berbagai penjuru, ungkapannya tetap abadi, usahanya bagi bangsa dan negerinya pantas disejajarkan dengan tokoh terbesar India, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi rakyat, muslim khususnya. [Majalah Percikan Iman No.2 Tahun II Februari 2001]

Anda mungkin juga menyukai