Anda di halaman 1dari 13

Bab 7 Strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah a. ujikaji b.

eksperimen

7.0 Pengenalan Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Setiap pakar sains perlu behati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Jika penjelasan mereka tidak sama dengan pakar sains yang lain, kajian seterusnya perlu dilakukan untuk mendapat penjelasan yang lebih baik. Pakar sains juga tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Mereka perlu memastikan bahawa idea yang digunakan adalah betul. Mereka juga perlu menjalankan ujikaji dan mengulangi eksperimen beberapa kali untuk memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Kaedah yang digunakan dinamakan kaedah saintifik.

7.1 Ujikaji/ Eksperimen Menurut Kamus Dewan edisi keempat, muka surat 1758, ujikaji merupakan ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan untuk memperolehi dapatan atau maklumat tentang sesuatu perkara atau fenomena. Ia adalah juga kaedah pengujian dengan matlamat untuk menjelaskan sifat realiti. Ujikaji biasanya merujuk kepada kajian yang tidak formal dan tidak dirancang. Perlaksanaanya sentiasa bergantung kepada prosedur boleh ulang dan analisis logik keputusannya.

Manakala, menurut Kamus Dewan edisi keempat juga, muka surat 381, eksperimen diertikan sebagai ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis, yakni, percubaan kepada sesuatu yang baru dan berbeza Justeru itu, ujikaji juga merupakan eksperimen kerana kedua-dua melakukan fungsi yang sama iaitu menjalankan ujian atau penyelidikan. Penggunaan perkataan eksperimen adalah merujuk kepada kaedah saintifik yang lebih sistematik digunakan bagi menjalankan satu kajian dalam matapelajaran Sains yang lebih tertumpu di dalam makmal.

7.2 Kaedah/ strategi eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran sains rendah Eksperimen adalah suatu pendekatan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sains. Kaedah eksperimen ini membolehkan guru menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan manakala murid memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan Dalam pelajaran sains, eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau, idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi. Pada dasarnya, mengeksperimen adalah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. Ia menggunakan semua kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi. Pada dasarnya, mengeksperimen adalah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu. Ia menggunakan semua kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Secara umum, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah:1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat inferen 3. Merancang eksperimen


Mengawal pembolehubah Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan Menentukan langkah menjalankan eksperimen

Menentukan kaedah mengumpulkan data Menentukan kaedah menganalisi data

4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpulkan data


6. Menganalisiskan data

7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan 9. Membuat pelaporan

Semasa menjalankan eksperimen, dicadangkan selain daripada eksperimen dibimbing oleh guru, murid juga boleh diberi peluang mereka bentuk eksperimen cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau kumpulan kecil Kaedah eksperimen adalah strategi yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Ia bertujuan menunjukkan wujudnya hubungan atau kaitan yang munasabah antara pembolehubah yang digunakan semasa menjalankan penyiasatan saintifik. Antaranya:1. Pembolehubah yang boleh dimanipulasikan 2. Pembolehubah yang bergerak balas 3. Pembolehubah yang dimalarkan Pembolehubah yang dimanipulasikan mempunyai hubungan atau penggabungan dengan pembolehubah yang bergerak balas. Berikut adalah satu contoh eksperimen yang menggunakan kaedah penyiasatan saintifik meliputi kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Ia juga merupakan eksperimen terbimbing hasil daripada kaedah inkuiri- penemuan.

7.3 Contoh sebuah eksperimen Eksperimen Terbimbing Tajuk : Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen Anda diberikan bahan dan radas serta maklumat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Anda dikehendaki mereka bentuk dan menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji bagaimana panjang suatu bandul ringkas mempengaruhi tempoh ayunanya. 3

6 .

Rujukan

1. Mok Soon Sang (2008). Psikologi pendidikan. Selangor Darul Ehsal:

penerbit Multimedia Sdn. Bhd

2. Mok soon sang (2009). Perkembangan kanak-kanak Selangor Darul Ehsal:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

3. Modul KPM. (2012). Murid dan Alam Belajar. Putrajaya

4. http://paragon-ipda.blogspot.com/2010/11/teori-pembelajaran-sosial-

bandura.html

5. http:chenonnlife.blogspot.com/2009/02/implikasi-teori-teoripembelajaran.html

Rujukan

1. Kementerian Pendidikan Malaysia.2010. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Putrajaya, Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan kurikulum

2. Yeop Tok Kheng. 2011. Science Process Skills Book-Form 1. Selangor

Darul Ehsan: Pearon Malaysia Sdn.Bhd.(4409-w)

3. http://pewaris87.multiply.com/journal/item/2/MEREKA_KAJIAN_EKSPERIM

EN?&sh..

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/uji_kaji

5. http:ms.wikipedia.org/wiki/sains

Rujukan

1. Zurida Ismail,Syarifah Norhaida Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin. 2005. Kaedah mengajar sains. Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd 2. Mok Soon Sang .2002. pedagogi untuk kursus Diploma Pengurusan Samester 3. Selangor Darul Ehsan: kumpulan Budiman Sdn.Bhd 3 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Dunia sains teknologi: kuala lumpur : Bahagian Pembangunan Kokurikulum. KPM. 2010

Anda mungkin juga menyukai