Anda di halaman 1dari 19

Falsafah dan Dasar

dalam Pendidikan
PPE60104

LAPORAN
MODEL RASIONAL

NAMA PELAJAR
MANI MALATHI A/P SELVARAJO
(M20192001351)
NAGESWARY A/P VALAUTHAN
(M20192001425)
Semester 3 /2021

NAMA PENSYARAH
PROF.Dr. Rosnah Binti Ishak
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-5

2.0 APLIKASI MODEL RASIONAL 6-11


DALAM SISTEM PENDIDIKAN

3.0 KEKUATAN MODEL RASIONAL 12-13

4.0 KELEMAHAN MODEL RASIONAL 14-15

5.0 RUMUSAN 16

6.0 RUJUKAN 17
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

1.0 PENGENALAN

1.1 Definasi Rasional

Rasional bermaksud sesuatu yang waras, bijak, mengambil kira pelbagai aspek dan yang terbaik
pada pendapat golongan pemerintah. Dalam teori ini, yang paling utama ialah pengambilan keputusan
yang rasional secara menyeluruh sebelum sesuatu dasar awam itu dilaksanakan. Ini merupakan satu
pendekatan yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dalam
model rasional, nilai pertalian yang objektif disenaraikan mengikut kepentingan, iaitu perkara utama dan
besar kepentingannya didahulukan, berbanding yang kurang keutamaannya.

1.2 Teori Rasional

Teori Rasionalisme adalah Polisi Sebagai Pencapaian Matlamat yang Paling Cekap Rasional
bermaksud sesuatu yang waras, bijak, mengambil kira pelbagai aspek dan yang terbaik pada pendapat
golongan pemerintah. Dasar awam digubal dan dilaksanakan setelah mengambil kira kepentingan dan
pertimbangan semua pihak. Dalam teori ini, yang paling utama ialah pengambilan keputusan yang
rasional secara menyeluruh (rational comprehensive decision making) sebelum sesuatu dasar awam itu
dilaksanakan. Ini merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang dihadapi oleh rakyat. Pendekatan sistematik ini berhubung dengan pengetahuan tentang hakikat
daripada masalah yang dihadapi, pengumpulan fakta dan data yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi; analisis masalah dengan menggunakan data dan fakta yang telah diperoleh; mengenal pasti
setiap pilihan sehingga menemui pilihan yang rasional. Inilah yang dikatakan sebagai proses
pengambilan keputusan yang rasional (Ramanathan, K. 1993: 193).

Model Rasional 1
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

Dasar awam digubal dndilaksanakan setelah mengambil kira kepentingan dan pertimbangan semua
pihak.Merupakan satu pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan berdasarkan prinsip –prisip
kajian dan penyelesaian masalah secara saintifik.Dalam memilih dasar rasional pembuat dasar mesti
tahu semua nilai keistimewaan dan kepentingan masyarakat

1.2 Model Rasional

Dalam model rasional, nilai pertalian yang objektif disenaraikan mengikut kepentingan, iaitu
perkara utama dan besar kepentingannya didahulukan, berbanding yang kurang keutamaannya.4
Mengikut perbincangan Thomas R, Dye (1978: 28) dan Ahmad Atory Hussain (1992: 25) yang
mengatakan bahawa satu dasar yang rasional ialah satu-satunya model yang merangka untuk
memaksimumkan “Pencapaian Nilai Bersih” (Net Value Achievement). Dengan NVA, nilainilai relevan
dalam masyarakat diketahui dan jika terdapat mana-mana perjuangan dalam satu atau lebih nilainya
dikehendaki oleh satu dasar. Ini merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi oleh rakyat

Dalam model rasional, nilai pertalian yang objektif disenaraikan mengikut kepentingan, iaitu
perkara utama dan besar kepentingannya didahulukan, berbanding yang kurang keutamaannya.

Pembuat polisi perlu mengambil kira beberapa perkara untuk membuat dasar yang rasional.
Antaranya :
(i) Mengetahui semua nilaian dan pemilihan-pemilihan masyarakat dan juga pertimbangan –
(ii) pertimbangan yang relatif.
(iii) Mengetahui semua alternatif dasar yang tersedia.
(iv) Mengetahui semua kesan bagi setiap dasar alternatif tersebut.
(v) Memilih dasar yang paling cekap sebagai satu keseluruhan yang boleh diketahui dan
dipertimbangkan

Model Rasional
2
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

Dalam teori ini juga ditekankan perlu ada maklumat lengkap tentang dasar-dasar alternatif, bijak
meramal dan menghitung dengan betul akan nisbah kos-untung. Akhirnya, dasar rasional
berkehendakkan satu sistem membuat keputusan yang memudahkan rasionaliti dalam pembentukan
pembentukan polisi awam (Ahmad Atory Hussain, 2008). Dalam memilih dasar yang rasional, pembuat
dasar mesti tahu semua nilai keistimewaan dan kepentingan masyarakat. Mereka juga perlu tahu semua
pilihan polisi yang didapati, kesan daripada setiap pilihan atau alternatif polisi dan mengira kadar yang
dicapai hasil untuk mengorbankan nilai dalam tiap-tiap pilihan polisi.Pembuat dasar juga mesti memilih
cara polisi yang paling berkesan.

Banyak model keputusan rasional didapati dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan,ekonomi, sains
politik, pengurusan, pentadbiran dan belanjawan negara.

Salah satu contoh pendekatan rasional ditunjukkan dalam Rajah 1


Model Keputusan Rasional Dibentuk daripada Penyerapan Input-Input untuk Menjadi Output

Sumber: Ahmad Atory Hussain. (1992: 27

Model Rasional
3
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

Model ini berkait rapat dengan proses pengambilan keputusan yang rasional, iaitu ia merupakan satu
pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan berdasarkan prinsipprinsip kajian dan penyelesaian
masalah secara saintifik. Charles E. Lindblom menjelaskan model pengambilan keputusan rasional yang
menyeluruh mengandungi lima ciri utama iaitu mengenal pasti nilai-nilai yang sedia ada; membuat
analisis melalui analisis cara dan penyudahnya; membuat pilihan yang sesuai untuk mencapai tujuan
terakhir; membuat analisis secara menyeluruh; dan membuat analisis berdasarkan teori-teori (K.
Ramanathan, 1993)

Model ini berkait rapat dengan proses pengambilan keputusan yang rasional, iaitu ia merupakan satu
pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan berdasarkan prinsip- prinsip kajian dan penyelesaian
masalah secara saintifik.

Model Rasional menuntut bagaimana keputusan yang diambil oleh pemerintah harus ada perhitungan
rasionalitas costs and benefits bagi masyarakat.
Untuk itu ada tahapan cara yang harus dilakukan agar keputusan yang diambil bermanfaat bagi
masyarakat :
a. mengetahui pilihan-pilihan dengan kecenderungan yang diinginkan oleh masyarakat.
b. menemukan pilihan-pilihan kebijakan yang memungkinkan untuk diimplementasikan.
c. menilai konsekuensi masing-masing pilihan kebijakan.
d. menilai perbandingan perhitungan keuntungan-keuntungan dan kerugian-kerugian yang akan
diperoleh jika kebijakan tersebut diimplementasikan.
e. memilih alternatif kebijakan yang paling efisien dan ekonomis. (Agustino, 2008

Charles E. Lindblom menjelaskan model pengambilan keputusan rasional yang menyeluruh


mengandungi lima ciri utama iaitu
1.mengenal pasti nilai-nilai yang sedia ada;
2. membuat analisis melalui analisis cara dan penyudahnya;
3.membuat pilihan yang sesuai untuk mencapai tujuan terakhir;
4.membuat analisis secara menyeluruh; dan
5. membuat analisis berdasarkan teori-teori (K. Ramanathan, 1993).

Model Rasional
4
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

Walau bagaimanapun, model ini dianggap boleh membantu dalam mengenal pasti halangan-halangan
kepada rasional tersebut.

Pendekatan ini dapat membantu dalam menjawab mengapa berlakunya proses pembuatan polisi itu tidak
rasional.

Pelbagai kekuatan dan kelemahan modal ini yang boleh kita hipotesiskan.

Contoh pengambilan keputusan kebijakan publik model rasional :

Pemerintah akan meningkatkan produksi beras di suatu kecamatan. Model ini akan melihat aspek-aspek
yang berkaitan dengan peningkatan produksi beras, seperti penyediaan bibit unggul, pupuk, irigasi,
ketersediaan lahan pertanian, upah buruh tani, cuaca, penyediaan pestisida. Masing-masing aspek akan
dilihat dari sisi apakah sebagai faktor penghambat atau pendorong untuk memperhitungkan efisiensi,
keuntungan dan kerugian. Alternatif akan diambil dari suatu kebijakan yang mengandung sesedikit
mungkin risiko kerugian dan inefisiensi.

Model Rasional
5
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

2.0 APLIKASI MODEL RASIONAL DALAM SISTEM PENDIDIKAN

2.1 SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada


keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal
mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok
dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi
sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang
sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam proses pembuatan dan pelaksanaannya juga boleh kita
lihat berasaskan teori rasional, iaitu kerajaan sentiasa memikirkan bentuk dan keputusan yang benar-
benar rasional dalam sistem pendidikan negara kita sekarang. Seperti yang kita sedia maklum,
pendidikan di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak dua dekad yang lalu, iaitu kita telah
melihat banyak sekolah, institut pendidikan tinggi (awam dan swasta) dibangunkan bagi menampung
keperluan pendidikan dan beberapa pembaharuan diperkenalkan di sekolah-sekolah khususnya dengan
perkembangan teknologi maklumat di negara ini.
Model rasional dapat diaplikasikan. Ini kerana kerajaan telah melihat beberapa perkara yang
wajar dilaksanakan dan langkah-langkah tertentu perlu diambil dalam memastikan pendidikan di negara
ini setanding dan mampu bersaing dengan negara lain khususnya dalam menyediakan tenaga kerja yang
berkemahiran dan berdisiplin serta mempunyai kelayakan yang tinggi.

6
Model Rasional
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

2.2 DASAR KURIKULUM KEBANGSAAN


Asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada kualiti Kurikulum Kebangsaan, sekali gus
menentukan kualiti modal insan yang dihasratkan. Murid yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global.
Kemahiran ini selari dengan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional
Dalam hal ini Teori rasional turut diaplikasikan iaitu KPM membina satu kurikulum yang
memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan
inovasi. Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan generasi masa depan Malaysia yang
seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
telah diperkenalkan dalam Kurikulum Kebangsaan pada tahun 1994 melalui KBSR dan KBSM.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula telah diperkenalkan mulai 2011 sebagai satu usaha
untuk memperkukuh dan memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada
kemahiran menaakul. Pelbagai kemahiran berfikir telah digabungkan bagi tujuan membuat
pertimbangan dan penilaian dalam menyelesaikan masalah.
Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang
dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan
yang menyeluruh dan sistemik yang merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama
iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan
komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain.
KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham
dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan
menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.
Model perancangan rasional deduktif atau rasional Tyler, menekankan logik dalam merancang
program kurikulum dan bermula dari spesifikasi tujuan dan objektif tetapi cenderung mengabaikan
masalah dalam persekitaran tugas.

Model Rasional
7
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

2.3 DASAR MBMBMI

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermatlamat untuk
melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin.
Aspek penguasaan bahasa menjadi tumpuan penting dalam proses perubahan sistem pendidikan negara
kerana pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan kebolehpasaran
mereka serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam pasaran kerja dunia
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah, iaitu Tahun
1 hingga Tingkatan 5, dan digantikan dengan Dasar MBMMBI. Jemaah Menteri juga memutuskan
bahawa Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Matlamat
melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI)
dengan baik adalah antara fokus baharu dalam sistem pendidikan negara. Seperti digariskan dalam
PPPM 2013-2025, penguasaan BM dan BI yang mantap serta kecekapan menguasai pelbagai bahasa
adalah penting memandangkan persaingan global yang pesat. Selaras dengan pelaksanaan PPPM 2013-
2025, Dasar MBMMBI memfokuskan usaha memartabatkan BM dan memperkukuh BI bagi melahirkan
masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatupadu serta dapat menjana daya saing
hingga ke peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, setelah hampir tujuh tahun pelaksanaan dasar PPSMI, kerajaan telah
mengumumkan pemansuhan dasar tersebut pada 8 Julai 2009 dan akan ditamatkan sepenuhnya pada
tahun 2012. Kerajaan telah mengaplikasikan teori rasional iaitu Pelaksanaan PPSMI di sekolah tidak
dihentikan serta merta, sebaliknya secara soft landing dengan menggantikannya dengan dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dasar PPSMI telah memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara.Idea perubahan
bahasa pengantar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik tercetus apabila kerajaan pemerintah pada ketika itu berpendapat bahawa Malaysia
perlu mengorak langkah ke hadapan dan bersaing dalam arus globalisasi. Bagi menghadapi cabaran
tersebut, Malaysia perlu membangunkan dan mempersiapkan sumber tenaga manusia bermula dari
peringkat sekolah lagi, iaitu melalui penguasaan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, termasuk
Bahasa Inggeris. Rasionalnya, Sains dan Matematik merupakan bidang yang amat penting dalam
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara agar terus kompetitif di persada dunia

Model Rasional
8
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

Bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat dikecapi oleh semua warga
Malaysia, satu pelan yang mantap telah disediakan. Dengan terhasilnya PPPM 2013 – 2025 yang telah
dilancarkan pada tahun 2012 maka, sistem pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan
mengikut acuan kita sendiri dapat direalisasikan. Penentuan hala tuju pelaksanaan Dasar MBMMBI
pembuat dasar rasionalnya menyenaraikan beberapa pelan startegik serta melaksanakan bagi mencapai
objektif pelibatan murid secara aktif dalam pembelajaran tatabahasa melalui kaedah deduktif, induktif dan
komunikatif. Elemen didik hibur dalam PdP menarik minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

Sebagai kesimpulan langkah Kerajaan memansuhkan dasar PPSMI adalah tepat pada masanya
berdasarkan teori rasional iaitu Pelaksanaan PPSMI di sekolah tidak dihentikan serta merta, sebaliknya
secara soft landing dengan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu,
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang bakal memantapkan pengajaran bahasa seterusnya
ilmu yang dipelajari murid sebaiknya.

Model Rasional
9
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

2.4 DASAR 1MURID 1SUKAN (1M1S)

Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa
dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya,
murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan
yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada program 1
MURID 1 SUKAN, kegiatan sukan serta mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti
Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai
keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang
sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat
keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering
berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan akan
mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara
positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.
1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)yang
berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di
samping itu, dasar ini memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang aktif atau tidak aktif.
Pengaruh model rasional dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia,memperkenalkan Dasar
1M1S. Dasar ini, bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan menyuburkan semangat kesukanan
dalam kalangan murid. Memastikan semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya bagi murid yang kurang aktif atau tidak aktif. Sukan bukan sahaja wadah untuk mengasah bakat
dan kebolehan murid tetapi dapat menjurus kepada hala tuju membentuk masyarakat bersatu padu, aman
dan sejahtera di samping dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa dan menceriakan
sekolah ketika berlangsungnya sesuatu kejohanan. Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan
dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik. Sememangnya

Model Rasional
10
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

pencapaian dan kecemerlangan akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan
sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka menggilap bakat dalam sukan yang digemari
sepanjang tahun juga tidak boleh disekat.
Wajar diakui melalui kegiatan sukan, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang
bermanfaat, baik untuk kesihatan fizikal terutamanya mengurang masalah obesiti, menyemai nilai
sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok hadir ke sekolah
akan dapat membendung gejala ponteng.
Oleh hal demikian kerajaan dengan berfikiran posatif dan memandang berat keperluan aktiviti
suka dikalangan muri-murid maka pembuatan dasar ini telah dilaknasakan.

Model Rasional 11
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

3.0 KEKUATAN MODEL RASIONAL

Membuat keputusan yang rasional adalah berdasarkan maklumat saintifik yang diperolehi, jadi
model membuat keputusan ini boleh mengurangkan peluang kesilapan, ketidaktentuan, andaian,
subjektiviti dan putar belit. Pendekatan ini juga boleh mengurangkan risiko kegagalan kerana
penilaian dan pemilihan proses pendekatan ini adalah berdasarkan maklumat dan pengetahuan waras
dan logik. membuat keputusan yang rasional boleh membantu pembuat keputusan untuk menangani
masalah sukar dalam persekitaran yang kompleks.

"Ia adalah yang jelas langkah demi langkah pendekatan yang diperlukan menentukan masalah,
mengenal pasti kriteria timbang dan keputusan, menyenaraikan pelbagai alternatif,
mempertimbangkan akibat kini dan masa depan setiap alternatif, dan penarafan setiap alternatif pada
setiap kriteria (Simon, Herbert, 1978)

1. Membuat keputusan berdasarkan sainstifik.

Model rasional adalah membuat keputusan yang rasional adalah berdasarkan maklumat saintifik
yang diperolehi, jadi model rasional ini boleh mengurangkan peluang kesilapan, ketidaktentuan,
dan andaian

2. Mengurangkan risiko kegagalan.


Pendekatan ini juga boleh mengurangkan risiko kegagalan kerana penilaian dan pemilihan proses
pendekatan ini adalah berdasarkan maklumat dan pengetahuan waras dan logik.

3. Langkah demi langkah


Model ini adalah yang menjelaskan langkah demi langkah pendekatan yang diperlukan untuk
menentukan masalah, mengenal pasti kriteria timbang dan keputusan, menyenaraikan pelbagai
alternatif, mempertimbangkan akibat kini dan masa depan bagi setiap alternatif, dan menyusun
kepentigan alternatif mengikut keutamaan

Model Rasional
12
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

4. Membuat perbandingan bagi setiap alternitif


Model rasional boleh membantu pembuat keputusan berperingkat dan membezakan nilai-nilai
releven untuk menangani masalah sukar dalam persekitaran yang kompleks.

5. Dapat mengenal pasti halangan-halangan kepada rasional tersebut.


Model ini dianggap boleh membantu dalam mengenal pasti halangan-halangan kepada rasional
tersebut. Pendekatan ini dapat membantu dalam menjawab mengapa berlakunya proses
pembuatan polisi itu tidak rasional.

6.Membantu dalam mengenal pasti halangan-halangan kepada rasional tersebut.


Isu akan ditangani dengan memecahkan ke dalam langkah mudah, dan semua aspek isu itu akan
dipertimbangkan dengan penyelesaian yang mungkin dan kemudian membuat keputusan
muktamat.

Model Rasional
13
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

4.0 KELEMAHAN MODEL RASIONAL

Secara umumnya, keputusan yang lebih baik boleh dibuat jika pembuat keputusan berikut
model pembuat keputusan rasional. Walau bagaimanapun, kadang-kadang persekitaran perniagaan
yang sangat kompleks yang mengelirukan pembuat keputusan. Kadang-kadang maklumat yang
tidak mencukupi. Masalah ini boleh menyebabkan kesukaran dalam menilai isu ini walaupun
mendefinisikan masalah. Keadaan ini biasanya berlaku dalam keadaan yang tidak menentu semasa
membuat keputusan. Dalam keadaan ini, pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat yang
boleh membantu untuk membuat keputusan itu. Akibatnya, dia tidak boleh menilai alternatif dan
perlu menggunakan pengalaman beliau untuk membuat keputusan.

1. Persekitaran yang sangat kompleks yang mengelirukan pembuat dasar.


Tidak ada nilai masyarakat yang selalu dipersetujui. Hanya sebahagian sahaja nilai-nilai
kelompok atau individu tertentu dalam masyarakat yang boleh diterima, manakala nilai yang lain
sentiasa berkonflik.

2. Maklumat yang tidak lengkap menyebabkan kesukaran dalam penilaian alternatif.


Banyak isu yang berkonflik tidak boleh dibanding atau dipertimbangkan. Misalnya, sukar untuk
membandingkan nilai-nilai kejujuran seseorang yang menerima pakai undang-undang yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan

3. Batasan masa
Pembuat polisi juga mempunyai keperluan peribadi dan kekurangan masa yang boleh
menghalang mereka daripada menjalankan sesuatu yang benar-benar rasional.
Penggubal dasar kerap kali beroperasi di bawah tekanan seperti masa yang diperuntukkan dan
kepakaran yang terhad

4. Batasan kos menghalang pengumpulan data


Banyak halangan dalam usaha mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan untuk
mengetahui semua alternatif polisi yang mungkin dan kesan-kesan bagi tiap-tiap alternatif

Model Rasional
14
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

tersebut, termasuk kos pengumpulan maklumat-maklumat tersebut.

5. Penafsiran maklumat yang tidak tepat


Polisi yang begitu banyak dalam birokrasi dan ramainya pakar menyebabkan sukar diselaraskan
keputusan-keputusan tersebut sehingga keputusan menjadi tinggal keputusan.

6. Pengaruh sistem pendidikan,politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan yang


berbagai- bagai.
Walaupun dibantu dengan teknik komputer, pembuat dasar tidak mempunyai keupayaan yang
cukup untuk menghitung nisbah kos-untung dengan tepat jika wujud kepelbagaian dalam sistem
pendidikan,politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan yang berbagai-bagai

7. Kesukaran membuat keputusan


Penyelesaian masalah dasar awam yang kompleks, besar kemungkinan tidak boleh diselesaikan
secara berkesan dengan peraturan rasional menyeluruh kerana pelbagai perkara dan alternatif
perlu dipertimbangkan sebelum penggubal dasar memutuskan mana-mana dasar yang lebih baik
atau rasional

8. Tidak memahami pembuatan dasar yang tepat


Kapasiti sosial ataupun sains kelakuan tidak mampu untuk membantu pembuat dasar untuk
memahami secara tepat bagi tiap-tiap alternatif tersebut

Model Rasional
15
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

5.0 RUMUSAN

Dasar awam merupakan panduan kepada pentadbiran awam. Kejayaan sesuatu dasar itu
bergantung kepada peranan pembuat dasar dalam menyediakan satu dasar yang sesuai
terutamanya dalam negara demokrasi seperti di Malaysia. Dasar awam yang rasional mampu
dalam menjamin pentadbiran yang sistematik. Dengan memahami setiap model pembuatan dasar
di atas kita akan mendapat panduan untuk memahami proses pembuatan dasar awam secara lebih
akademik.
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada
keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem
Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka
kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan.
Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu
sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal
satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamat sendiri.Pengaplikasian teori rasinal dalam sisitem pendidikan sudah pasti
akan memulihkan pelan startegik dengan penuh bermakna.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan
negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap
Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-
keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan,
dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari
segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai
rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata
kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang
menekankan penyertaan swasta secara aktif.
Justeru, Rasionalisasi ini dikira dapat mengetahui dan mempertimbangkan keutamaan
polisi, tetapi itu tidaklah mencukupi. Oleh itu, ia juga mesti memilih cara polisi yang paling
berkesan dan meliputi kefahaman nilai sosial supaya tidak timbul konflik yang boleh
menjejaskan alternatif- alternatif dasar yang dipilih.

Model Rasional
16
PPE60104(B)FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN
professor Dr. Rosnah Binti Ishak

6.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. (2008). Pembentukan polisi awam. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors.

K. Ramanathan. (1993). Konsep asas pentadbiran awam. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andy.C.L. (2013). Rationalist Model In Public Decision Making. Capaian pada 1 May 2015,
daripadahttp://www.jopafl.com/uploads/issue4/RATIONALIST_MODEL_IN_
PUBLIC_DECISION_MAKING.pdf

Modul_GMGA_2023_Dasar_Awam (1)

Kamarudin hj.Husin & kamarul Azhar (1994) Asa Pendidikan III


(Pekembangan & Perlaksanaan Kurikulum ) Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd

Model Rasional

Anda mungkin juga menyukai