Anda di halaman 1dari 12

KONSEP ASAS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

BAB 1 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN Mengapa mempelajari Kaedah Penyelidikan? Apakah tujuan kita mempelajari subjek kaedah penyelidikan? Tujuan kita mempelajari subjek kaedah penyelidikan adalah dengan ilmu pengethuan penyelidikan membolehkan kita; 1. Menghasilkan projek sarjana muda, melaksanakan penyelidikan diperingkat sarjana atau PhD. 2. Menghasilkan penemuan baru yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara sesuai dalam bidang tertentu 3. Memperkembangkan ilmu pengetahuan 4. Membantu meningkatkan R&D diperingkat negara Pengenalan Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini ada masalahnya sendiri. Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun masalah tetap akan dihadapi. Menurut Majid (1998) masalah itu boleh terdiri daripada banyak bidang seperti masalah disiplin, masalah ponteng sekolah, masalah dalam pembelajaran dan sebagainya. Maka, setiap masalah ini perlu kepada langkah penyelesaiannya dengan segera. Justeru itu, dengan penyelesaian masalah itu membolehkan kita membuat keputusan. Mengapa Kita Menyelidik? Najib (2002) menjelaskan sesuatu penyelidikan perlu dilakukan kerana; 1. Mencari kebenaran daripada masalah yang tinbul 2. Menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik 3. Meramalkan kejadian pada masa akan datang berdasarkan fungsi dan jenis sesuatu penyelidikan itu. Menurut Najib (2002) manusia mendapat kebenaran melalui 3 cara iaitu; 1. Pengalaman sendiri 2. Pandangan pakar, norma masyarakat dan undang-undang negara 3. Perbincangan berdasarkan akal logik Ketiga-tiga proses ini digabung oleh penyelidik dan ia dikenali sebagai penyelidikan saintifik. Manakala menurut Azizi (2004) penyelidikan perlu dilakukan kerana; 1. Menambah dan memperluaskan maklumat 2. Mengesahkan sesuatu fakta 3. Menyelesaikan sesuatu masalah dan sekaligus mendapat keputusan

4. Menghasilkan ilmu baru, menyebar dan meningkatkan ilmu

Memahami Konsep Pendidikan Menurut Najib (2002) bidang pendidikan merupakan campuran interaksi daripada 2 bidang ilmu iaitu psikologi dan sosiologi. Menurutnya lagi, penyelidikan pendidikan merupakan sesuatu yang kompleks kerana mengambilkira teori dan prinsip yang berkaitan dengan tingkah laku manusia. Pendidikan berada dalam bidang sains sosial. Menurut Najib (2002) bidang sains sosial bersifat komples dan oleh yang demikian ia mengkehendaki kita menyelidik semua aspek kegiatan manusia. Antara penyelidikan bidang sains sosial adalah seperti penyelidikan pensejarahan, penyelidikan sosiologi dan antropologi, penyelidikan sains politik dan sebagainya. Maka jika kita berada dalam bidang pendidikan, kita sebenarnya mengkaji masalah-masalah dalam pendidikan. Hal ini berbeza dengan bidang sains. Ini kerana bidang sains bersifat objektif. Penyelidikan sains tulen dikaji dari 3 bidang iaitu biologi, fizik dan kimia. Menurut Najib (2002) perolehan penerangan daripada masalah yang dihadapi oleh manusia itu terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang bersifat akal logik dan kaedah saintifik. Definisi Penyelidikan Dalam Pendidikan Menurut Azizi (2002) penyelidikan bermaksud suatu perlaksanaan kegiatan yang dilakukan secara sistematik untuk mengumpul, mengolah dan menyimpan data dengan menggunakan metod tertentu dalam membuat perangkaan dan perincian bagi mencari jawapan terhadap permasalaan yang dihadapi. Memahami Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan 1. Penyelidikan Asas Menurut Majid (1998) penyelidikan asas menumpukan kepada penyelidikan-penyelidikan teori. Tujuan penyelidikan asas adalah untuk memperoleh data empiric yang boleh digunakan untuk membentuk, mengembang dan menilai teori. Penyelidikan ini kurang menekankan cara-cara menyelesaikan masalah. 2. Penyelidikan Gunaan Penyelidikan gunaan dilakukan ke atas masalah sebenar dan di lakukan di dalam situasi dimana masalah ditemui. Tujuan untuk menyelesaikan masalah secara praktis. Menurut Majid (1998) kedua jenis penyelidikan ini tidak boleh digunakan berasingan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam penyelidikan gunaan, kita menggunakan teori yang diperolehi daripada penyelidikan asas. Pada masa yang sama, penyelidikan asas juga bergantung kepada hasil penyelidikan penyelidikan gunaan untuk melengkapkan pembentukan teori. Oleh itu, kedua jenis penyelidikan ini memainkan peranan penting dalam usaha melengkapkan pengetahuan manusia dalam bidang pendidikan.

Kaedah Induktif Penyelidik membuat kesimpulan penyelidikan berdasarkan pada sesuatu skop yang kecil kepada yang umum. Kaedah Deduktif Penyelidik membuat kesimpulan penyelidikan berdasarkan pada skop yang umum kepada sesuatu yang kecil. Secara amnya, seseorang yang ingin melakukan penyelidikan dalam bidang pendidikan harus mengalami 5 bab berikut; Bab 1 1. Pengenalan 2. Latarbelakang masalah 3. Pernyataan masalah 4. Objektif penyelidikan 5. Persoalan penyelidikan 6. Hipotesis penyelidikan 7. Batasan penyelidikan 8. Definisi Operational 9. Rumusan Bab 2 1. Pengenalan 2. Sorotan berdasarkan pembolehubah-pembolehubah penyelidikan 3. Rumusan Bab 3 1. Pengenalan 2. Sampel penyelidikan 3. Tempat penyelidikan 4. Instrumen penyelidikan 5. Prosedur penyelidikan 6. Kaedah analisa data 7. Rumusan Bab 4 1. Pengenalan 2. Hasil penyelidikan berdasarkan objektif-objektif yang dibuat. 3. Rumusan Bab 5 1. Pengenalan 2. Hasil penyelidikan disokong penyelidikan-penyelidikan lepas. 3. Cadangan penyelidikan lanjutan. 4. Rumusan.

BAB 2 MASALAH DAN OBJEKTIF PENYELIDIKAN PENDIDIKAN Pengenalan Menurut Majid (1998) penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dikaji. Masalah yang ingin dikaji mestilah masalah yang jitu, konkrit dan wujud dalam alam semesta. Penyelidikan saintifik memerlukan sesuatu masalah yang ingin dikaji itu haruslah bersifat nyata. Sebagai contohnya, penyelidikan pelajar dalam kelas pra sekolah. Saintifik membawa maksud sesuatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian secara sistematik. Fakta itu dibuktikan melalui langkah-langkah tertentu. Fakta atau teori itu boleh dibuktikan melalui kaedah induktif atau deduktif. Latar belakang Masalah Menurut Azizi (2004) latarbelakang melibatkan; Masalah yang ingin dikaji. Huraikan suasana masalah. Terangkan idea dan bagaimana ia timbul?

Bagaimana mahu Mengenalpasti Masalah? Menurut Azizi (2004) untuk mendapatkan masalah bagi membuat penyelidikan adalah dengan; 1. Pengalaman penyelidik atau orang lain 2. Ilmu pengetahuan penyelidik atau orang lain 3. Pemikiran spontan 4. mencipta masalah berdasarkan pengalaman dalam hidup Menulis Penyataan Masalah Penyataan masalah merupakan nadi kepada keseluruhan penyelidikan. Pernyataan masalah juga dapat mengambarkan penting atau tidaknya sesuatu penyelidikan yang kita akan kaji itu.

Menurut Alias Baba (1997) terdapat sesetengah penyelidikan yang tidak perlu dikaji lagi. Penyelidikan itu telah pun kita ketahui keputusannnya. Ini kerana sebagai manusia kita boleh berfikir secara logik tanpa membuat sebarang penyelidikan. Contohnya, Tajuk penyelidikan 1 Penyelidikan pencapaian akademik yang cemerlang dikalangan pelajar kelas pemulihan. Tajuk penyelidikan 2 Perbandingan pencapaian akademik dikalangan pelajar MRSM dan pelajar kelas pemulihan. Kedua hal ini tidak perlu dikaji kerana tidak rasional dan kita tentu sudah dapat membayangkan keputusannya kelak. Penulisan pernyataan masalah yang baik dapat mengambarkan kepada pembaca tentang masalah sebenar penyelidikan penyelidik ingin melakukan penyelidikan. Pernyataan masalah juga mengambarkan kepada pembaca betrapa seriusnya tahap dan jenis penyelidikan itu perlu dilakukan dengan seberapa segera atau penyelidikan itu perlu di tinggalkan sahaja kerana tidak lagi relevan pada masa sekarang atau kurang penting. Pernyataan masalah yang baik juga membolehkan usaha dan kaedah yang betul dan tepat perlu dilakukan demi menangani masalah yang dihadapi dengan segera oleh penyelidik. Objektif Penyelidikan/ Objektif Penyelidikan Menurut Azizi (2004) objektif penyelidikan harus ditulis dengan; 1. Tepat supaya dapat mengambarkan maksud penyelidikan. 2. Tidak terlalu umum dan luas. Berdasarkan pengalaman penulis, 7 elemen dalam penyelidikan harus difahami oleh penyelidik sebelum menulis. 7 elemen bersifat selari dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. 1. Pernyataan masalah 2. Tajuk penyelidikan 3. Objektif penyelidikan / Tujuan penyelidikan 4. Persoalan penyelidikan 5. Hipotesis penyelidikan 6. Analisa penyelidikan 7. Hasil keputusan/ Perbincangan penyelidikan PM Tajuk Objektif Persoalan Hipotesis Analisa Keputusan Selari Selari Selari Selari Contoh; Pernyataan masalah penyelidikan (Bab 1) Persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling di pusat serenti Dengkil, Selangor. Pernyataan masalah merupakan sesuatu masalah yang menjadi isu untuk dikaji. pengkaji percaya bahawa masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sukar dibanteras. Walaupun pihak kerajaaan banyak melaksanakan program pemulihan terhadap penagih dadah namun langkah tersebut tidak berkesan. Pengkaji turut berasakan bahawa masih wujud permasalahan yang dihadapi oleh penagih dadah

terhadap perkhidmatan kaunseling khususnya dari segi penerimaan dan keberkesanan mereka terhadap program kaunseling yang dijalakan disitu. Oleh yang demikian, pengkaji berpandangan satu penyelidikan perlu dijalankan di pusat serenti ini bagi mengenalpasti permasalah utama yang dihadapi oleh penagih dadah dari segi persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling dipusat berkenaan. Dengan adanya penyelidikan ini, maka sudah tentu segala permasalahan yang dihadapi oleh penagih dadah di pusat ini dapat dibantu dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling dikalangan penagih dadah di pusat berkenaan.

Tajuk penyelidikan (Bab 1) Persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling di Pusat Serenti Dengkil, Selangor. Objektif penyelidikan (Bab 1) 1. Mengenalpasti perbezaan persepsi pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan kaunseling? Persoalan penyelidikan (Bab 1) 1. Adakah wujud perbezaan persepsi pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan kaunseling? Hipotesis penyelidikan (Bab 1) 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan kaunseling. Analisa keputusan (Bab 4) 1. Hasil dapatan perbezaan pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan kaunseling. Hasil keputusan (Bab 5) 1. Hasil keputusan perbezaan pelatih mengikut kumpulan bangsa terhadap perkhidmatan kaunseling. Rumusan Oleh yang demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa penulisan bagi objektif penyelidikan, persoalan penyelidikan dan hipotesis penyelidikan mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan perlu ditulis dengan isi yang sama cuma cara menulis sahaja bergantung pada tujuannya yang berbeza. Ini bermaksud untuk persoalan harus ditulis dalam bentuk soalan, objektif bersifat tujuan dan hipoteis yang bersifat andaian.

BAB 3 PERSOALAN DAN HIPOTESIS PENYELIDIKAN Pengenalan Penyelidik harus memahami cara penulisannya. Nama pun persoalan, maka harus ditulis dengan simbol ? Menurut Azizi (2004) persoalan penyelidikan harus mengandungi elemen-elemen berikut; 1. Apakah yang mungkin dicapai? 2. Boleh dijawab dalam soal selidik. 3. Mengaitkan dua pemboleh ubah dalam masalah penyelidikan jika ditulis sebelum objektif. 4. Cadangan kepada jawapan kepada masalah yang ingin dikaji. 5. Pernyataan yang boleh diuji kebenarannya. Dalam penulisan ini, penulis tidak memasukkan elemen hipotesis penyelidikan kerana cara ditulis ada perkaitan dengan penulisan objektif dan persoalan penyelidikan. Kepentingan Penyelidikan Menurut Azizi (2004) kepentingan penyelidikan bermaksud; 1. Apa pentingnya dan kepada siapa? 2. Huraikan daripada berbagai aspek seperti tabii, teori, sumbangan kandungan dan sebagainya. Batasan Penyelidikan Setiap penyelidikan harus mempunyai skop penyelidikan atau limitasi penyelidikan. Ini bermakna tidak semua elemen termasuk dalam penyelidikan. Menurut Najib (2002) kita mungkin menyelesaikan semua masalah tetapi terhad dari segi usaha, masa, tenaga, dan wang. Had sesuatu penyelidikan dilaksanakan disebabkan terhad maka ia perlu dikekang. Kekangan ini perlu dinyatakan seperti - kekangan pembolehubah - kekangan sample dan populasi - kekangan instrumentasi - kekangan generalisasi dan lain-lain. Tentukan perkara yang penting dan dapat menjawab permalahan penyelidikan sahaja yang termasuk dalam penyelidikan ini. Definisi Operational Menurut Najib (2004) beberapa perkara penting definisi istilah 1. Istilah penting yang terlibat dalam penyelidikan terutama konsep dan pemboleh ubah perlu dinyatakan dengan jelas. 2. Ini disebabkan pembaca mungkin mempunyai takrifan yang berbeza dengan pengkaji. 3. Definisi istilah boleh menggunakan kaedah analisis konsep

Manakala Azizi (2004) pula menjelaskan 1. Perkataan yang perlu diberi penjelasan. 2. Beri penghuraian kepada setiap sebutan atau konsep yang digunakan dalam penyelidikan.

BAB 4 SOROTAN LITERATUR PENYELIDIKAN Pengenalan Tujuan utama seseorang penyelidik melakukan pembacaan dan tinjauan bagi penyelidikan-penyelidikan lepas adalah; Mengenalpasti sejauhmana penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidikpenyelidik terdahulu Memberi pemahaman kepada penyelidik dengan lebih mendalam tentang sesuatu bidang yang akan di kajinya itu. Memberi tafsiran kepada penyelidik tentang penyelidikan yang akan dilakukan itu dengan lebih bermakna dan berkesan. Menurut Najib (2002) dalam bidang pendidikan, bidang penyelidikan yang dikaji adalah; 1. kurikulum dan prestasi 2. interaksi dan komunikasi 3. psikolgi dan bimbingan dan kaunseling 4. pendidikan liberal dan vokasional 5. sistem dan kualiti dalam pendidikan 6. kepimpinan dan motivasi

Manakala Bahrin (2002) isu-isu dalam pendidikan yang perlu dibuat penyelidikan adalah; 1. Isu sekolah bestari

2. Isu pendidikan swasta 3. Isu pendidikan tinggi (awam dan swasta) 4. Isu disiplin, sosial dan moral 5. Isu pengajaran dan pembelajaran sekolah 6. Isu teknologi dalam pendidikan dan pembangunan ilmu 7. Isu profesionalisma perguruan 8. Isu pelajar bumiputera, bukan bumiputera dan meritokrasi 9. Isu pendidikan dalam pembangunan negara 10. Isu pendidikan dalam pembangunan sumber manusia 11. Isu latihan dalam perkhidmatan 12. Isu kualiti pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran) 13. Isu knowledge economy and technology 14. Isu pendidikan sepanjang hayat, era globalisasi dan teknologi maklumat 15. Isu bahasa (Melayu dan Inggeris) 16. Isu pengurusan pendidikan, organisasi dan sekolah 17. Isu psikologi dan motivasi dalam pendidikan 18. Isu stress dan kepuasan kerja 19. Isu bimbingan dan kaunseling 20. Isu kemahiran berfikir, kreatif dan manipulatif dalam pengajaran pembelajaran 21. Isu lain berkaitan sistem dan pengurusan pendidikan di Malaysia Menurut Najib (2002) terdapat beberapa sumber sorotan literatur iaitu; 1. Pusat sumber perpustakaan 2. Buku, jurnal, kertas seminar, kertas prosiding, kertas bengkel dan lain. 3. Periodikal, almanak, dokumen kerajaan, penerbitan persatuan, penerbitan institusi 4. Indeks, bibliografi, abstrak, ensiklopedia khusus 5. Kamus rujukan, rujukan khusus, rujukan otobiografi, direktori 6. CD ROM, internet, halaman web 7. Panduan dari perpustakawan Kaedah Sorotan Ide Menurut Najib (2004) bagi penulis Islam, dahulukan namanya seperti (Awang Had Salleh, 2004) = (SALAH) -------------- (Awang, 2004) (BETUL) Bagi penulis bukan Islam, dahulukan nama keluarga seperti (Stoven Covey, 2004) ---------------------------------- Steven ialah nama penulis ---------------------------------- Covey ialah nama keluarga (Steven Covey, 2004) = (SALAH) ------------------- (Covey, 2004) (BETUL) Jika terdapat beberapa penulis, maka penyelidik perlu mencatatkan semua nama seperti (Ahmad, 1970, Ali 2004) Manakala jika berlaku lebih dari 2 orang penulis, maka gunakanlah et al) Contoh (Ali et al)

Menulis Rujukan Buku 1. Nama penulis (tahun) Tajuk buku (edisi) Tempat dan penerbit. Contoh : Najib Abdul Ghafar (2004) Pendidikan Tinggi. Skudai. Penerbit UTM. 3. Nama organisasi (tahun) Tajuk. (edisi) Tempat. Penerbit. Artikel Jurnal atau Majalah 1. Nama penulis (tahun) tajuk artikel. Nama jurnal. Jilid nombor.muka surat Akhbar Contoh : Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2004) Bimbingan Kerjaya menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 8, ms 63- 70. 1. Tajuk berita (tarikh) tajuk, nama akhbar, muka surat.

BAB 5 METODOLOGI PENYELIDIKAN Pengenalan Dalam bab metodologi ini, ia mengandungi beberapa kandungan iaitu; 1. Rekabentuk penyelidikan 2. Sampel dan populasi penyelidikan 3. Tempat penyelidikan 4. Alat ukur penyelidikan atau Instrumentasi penyelidikan 5. Prosedur penyelidikan 6. Analisa data 7. Jangkamasa penyelidikan

Menurut Najib (2004) dalam memilih rekabentuk penyelidikan perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kesahan dalaman dan kesahan luaran. Kesahan dalaman merupakan peristiwa atau objek sama ada yang berlaku dalam melaksanakan penyelidikan Kesahan luaran merupakan kesan yang berlaku diluar kawalan penyelidik dan ia mempengaruhi keputusan penyelidikan. Menurut Najib (2002) kesahan dalaman dipengaruhi oleh faktor-faktor; 1. Sejarah Peristiwa lepas memberi kesan pada keputusan penyelidikan. Contoh, masalah disiplin pelajar memberi kesan pada keputusan. 2. Pemilihan Hasil disebabkan pemilihan ahli kumpulan. Contoh, perubahan prestasi pelajar disebabkan oleh bantuan pejabat pendidikan. 3. Kematangan Responden matang dalam masa penyelidikan. Contoh, semasa tempoh penyelidikan responden semakin matang kerana hormon, fikiran, sikap, fizikal. 4. Instrumentasi Perubahan kandungan atau penggunaan alat sekolah menghasil perubahan sedangkan ia tidak. Contoh, responden telah mengenalpasti tujuan item dalam alat dan melakukan tindakbalas yang bukan disebabkan oleh penyelidikan. 5. Regresi statistik skor ekstrim sesuatu kumpulan menyebabkan perubahan berlaku sedangkan ia tidak. 6. Keciciran keciciran responden menyebabkan komposisi kumpulan berubah dan menyebabkan perubahan berlaku. 7. Ujian pre hasil ujian pre menyebabkan perubahan skor sedangkan perlaksanaan sebenar tidak. 8. Ketidakstabilan- skor ujian tidak stabil menyebabkan perubahan kelihatan berlaku yang sebenarnya tidak. 9. Harapan- responden mengharapkan perubahan dan dengan itu berlaku perubahan yang sebenarnya tidak disebakan penyelidikan. 10. Interaksi pelbagai faktor menyebabkan perubahan berlaku sedangkan ia tidak dikaji, penyelidikan hanya mengukur perubahan satu faktor sahaja.

Mengurangkan ancaman kesahan dalaman Mengurangkan kawalan terhadap faktor atau pemboleh ubah yang tidak dikaji tetapi boleh mempengaruhi penyelidikan. Memilih sampel secara rawak Untuk mengurangkan kesan keciciran atau kematangan, usaha dilaksanakan untuk memilih kumpulan yang mempunyai ciri yang sama atau mengubahsuai ciri kumpulan merujuk kepada hasil ujian pre (ujian sebelum). Kesahan Luaran Kesahan luaran merujuk kepada kesan diluar konteks, masa dan rekabentuk penyelidikan ke atas keputusan penyelidikan dalam situasi yang berbeza. 1. Kesan interaksi dengan individu 2. Kesan interaksi dengan persekitaran penyelidikan 3. Kesan interaksi dengan sejarah

Kawalan Kawalan penyelidikan boleh dibuat dengan memilih responden secara rawak, membuat kawalan pemboleh ubah dan melaksanakan penyelidikan yang hampir sama dengan situasi luar.
a

Anda mungkin juga menyukai