Anda di halaman 1dari 20

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1
PENGHARGAAN
Dengan lafaz BismillahirahmannirahimAssalamualaikum w.r.t dan salam
1Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kehadrat
Ilahi atas limpah dan kurniaNya, tugasan ini dapat direalisasikan dan akhirnya saya
dapat menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah pembimbing kami,
Encik Ahmad Bin Ariff . Setiap tugasan pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti.
Namun begitu, Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan.
Dalam tugasan ini kami dikehendaki kami dikehendaki memyiapkankan satu
perisian powerpoint mengenai Pendekatan Pendidikan Moral yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Cabang kedua pula kami perlu
mengenal dan menganalisis Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral yang diaplikasikan di
sekolah-sekolah rendah dan seterusnya memahami konsep pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral serta dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.
Berdasarkan pengetahuan tersebut, secara individu kami perlu menghasilkan satu
Rancangan Pengajaran Harian. Di samping itu, kami juga perlu menghasilkan satu
Bahan Bantu Mengajar berasaskan ICT. Hasil dari perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan tersebut, kami dikehendaki menyediakan satu laporan
atau rumusan bagi mengenalpasti keberkesanan P&P yang telah dijalankan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada pensyarah pemimbing, rakan-
rakan guru dan juga keluarga yang banyak memberi sokongan dan membantu sama
ada secara langsung dan tidak langsung.
Sebagai konklusi, selain ilmu yang sangat berharga yang saya perolehi, pelbagai
pengalaman dan input menarik yang dapat saya kutip daripada pelaksanaan tugasan
ini. Akhirnya saya berharap agar tugasan ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai
panduan saya dan rakan-rakan guru lain. Semoga ia memberi manafaat kepada kita
semua, Insyallah.
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

2
Pengajaran Makro
Pengajaran makro adalah satu pengajaran yang lengkap dan menyeluruh, yang
merangkumi semua prosedur dan langkah pengajaran dan pembelajaran seperti biasa
yang dipratikkan oleh seorang guru dalam bilik darjah yang normal. Ini bererti
pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran. Pratik yang lengkap yang bermula
dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Pengajaran
makro merupakan dipratikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya.
Seseorang guru yang telah memahami konsep pengajaran makro daan konsep
ini berkait rapat dengan pengajaran makro. Latihan pengajaran makro biasanya
dijalankan selepas seseorang guru itu memahami dan menguasai teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran dalam latihan pengajaran mikro.
Persediaan seseorang guru itu boleh dilaksanakan serentak dengan pengajaran
mikro, guru boleh mencantumkan penulisan sesuatu rancangan pengajaran bagi
kemahiran yang ddigunakan dalam penyampaian sesuatu topic yang sama, dan akan
menjadikan satu rancangan pengajaran yang lengkap.
Rancangan yang dimulakan dengan set induksi, diikuti dengan penerangan,
teknik penyoalan, penggunaan pelbagai variasi rangsangan, ABM, penilaian dan
penutup. Latihan pengajaran makro membenarkan seseorang guru itu dapat melihat
dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang lengkap
dan bermutu.
Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ada dalam pengajaran makro:
Objektif pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran makro mempunyai objektif pembelajaran yang menyeluruh dan luas
yang merangkumi aras pengetahuan murid dala sesuatu topik


ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

3
Jumlah murid

Jumlah murid yang terlibat bergantung kepada bilangan murid di dalam kelas.

Strategi pengajaran

Guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dengan amalan
pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran supaya semasa pengajaran
makro menjadi lebih menarik.

Jangkamasa pengajaran/ masa

Berdasarkaan kepada jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Akan
mengambil masa selama 30n minit hingga 60 minit. Guru perlu merancang
pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang telah ditetapkan itu.

Bahan pengajaran

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran
seba berkaitan sebagai refleksi atau perbincangan yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Sebarang kekurangan dan kelemahan di dalam
pengajaran akan diperbaiki dalam pengajaran yang akan datang.

Rumusan Bagi Pengajaran Makro

Pengajaran mikro dan pengajaran makro sebenarnya mempunyai
matlamat yang sama, iaitu kedua-dua latihan membenarkan seseorang guru itu
menguasai pelbagai kemahiran mengajar dan dapat memberi keyakinan kepada
seseorang guru itu.
Selain itu seseorang guru itu mestilah mempunyai sua ra yang jelas dan
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

4
terang sertaa lantang. Guru juga perlu ada kebolehan menyanyi, berlakon dan
sebagainya. Dalam sesi pengajaran makro ini guru dan murid mestilah
bekerjasama untuk menjayakan sesi pengajaran makro supaya lebih menarik
dan cantik. Ini secara tidak langsung akan merpatkan
hubungan guru dan murid dan setiap objektif yang diplih akan tercapai.


















ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

5
Mata pelajaran : Pendidikan Moral
Tajuk : Kebersihan Tempat Tinggal Menjamin Keselesaan Hidup.
Tarikh : 06 Mac 2014
Masa : 10:30 11:30 pagi(1 jam)
Tahun : 1 Bestari
Bil. Pelajar : 22 orang
Standard Kandungan : 1.0 KepercayaanKepadaTuhan
1.1 Mengetahui Keunikkan Alam

Standard Pembelajaran : 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 1.1.4, 1.1.5

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Kognitif
i. Menyatakan tiga keadaan alam di kawasan tempat tinggal mereka
ii. Menceritakan tiga kepelbagaian ciptaan Tuhan
iii. Mengenal pasti tiga aktiviti yang harus dilakukan dan yang tidak harus dilakukan bagi
menjaga keindahan alam sekitar.

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

6
2. Psikomotor (Perlakuan Moral):
i. Menonton dan mengulas klip video yang bertajuk tempat kediaman yang ceria.
ii. Menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Kebersihan Alam Sekitar.
3. Afektif
1. Mengamalkan sikap menghargai alam ciptaanTuhan.
2. Bersyukur dengan alam ciptaan Tuhan

EMK : Pendidikan Alam Sekitar, Kreativiti dan inovatif, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PengalamanSediaAda : 1) Murid pernah Menanam pokok bunga di rumah
2) Murid pernah menyiram pokok-pokok bunga di kawasan sekitar rumah.
Kesepaduan : Muzik.
BBM :
Klip video: video animasi yang bertajuk: tempat kediaman yang ceria
Lagu kebersihan alam sekitar.
Komputer riba
LCD projektor dan skrin tayangan
Lembaran kerja : Menandakan tiga gambar yang menunjukkan aktiviti yang wajar dilakukan untuk menjaga keunikkan alam
ciptaanTuhan
Puzzle gambar: Tema: Sayangi alam sekitar.

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

7
Penilaian P&P : Dijalankan semasa sesi soal jawab sepanjang P&P dan latihan dalam lembaran kerja.
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

8
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Alatan / Catatan

Set Induksi
( 5 minit)

Guru
memaparkankan
slide powerpoint
yang menunjukkan
gambar-gambar
yang membezakan
benda ciptaan Tuhan
dan ciptaan manusia.

Murid akan
mengenalpasti
persamaan dan
perbezaan gambar-
gambar tersebut

Guru bersoaljawab
dengan murid.

Guru mengaitkan
hasil perbincangan
dengan keunikkan
alam semula jadi.


Aktiviti dijalankan secara individu.
Guru mengemukakan persoalan berikut:
Apakah yang kamu lihat dari gambar-gambar yang
disediakan?
Murid menjawab gambar-gambar tersebut dan
menyatakan benda ciptaan tuhan dan benda ciptaan
manusia.
Guru juga akan menyakan apa itu alam semula jadi?
Murid akan menjawab alam semula jadi itu ciptaan
tuhan.

Murid dapat Menyatakan keadaan alam di kawasan
tempat tinggal mereka.

Guru meminta murid memberikan beberapa contoh
lain alam semulajadi yang mereka lihat di kawasan
tempat tinggal mereka.



Contoh:

1) bukit.
2) pokok-pokokbunga
3) haiwan, burung-burung.
4) Sungai
5) Rama-rama

Menceritakan kepelbagaian ciptaanTuhan:

Gambar- gambar benda
ciptaan Tuhan dan
ciptaan Manusia.











ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

9

1) Tanah,
2) air,
3) bukit,
4) gunung

Murid dapat mengaitkan gambar- gambar yang dilihat
dengan tajuk pelajaran.







Perkembanga
n 1
(15 minit)

Menayangkan
Klip video yang
bertajuk tempat
kediaman yang
ceria.
Soal Jawab
Nilai : kepercayaan
kepadaTuhan

Maksud:

Keyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta
alam dan
Mematuhi segala
suruhanNya
berlandaskan pegangan
agama masing-masing
selaras dengan prinsip
Rukun Negara


Aktiviti dijalankan secara Individu.
Guru meenjelaskan bahawa setiap orang patut
menghargai alam semulajadi bagi kesejteraan semua
pihak.

Murid dapat menghargai alam ciptaanTuhan.

Guru juga menjelaskan mengapa semua manusia
perlu menjaga keindahan alam semulajadi.

Murid bebas untuk menyuarakan pandangan
berdasarkan pegangan agama masing-masing.

Contoh :sungai.

Murid akan menghargai kepentingan sungai kepada
semua iaitu manusia, flora dan fauna.

Contoh: flora

Tumbuhan dan pokok-pokok sangat penting dalam
mengawal suhu persekitaran daripada meningkat.

LCD,
Pembesar suara
Skrin tayangan.

Http://www.youtu
be.com/watch?V
=yrbsfq9booi

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

10

Guru akan menjelaskan nilai maksud :Kepercayaan
Kepada Tuhan.

Murid akan mengenali kewajipan setiap orang dalam
menghargai alam ciptaan Tuhan.



Perkembanga
n
2
(15 minit)


Menayangkan
video kebersihan
dan keindahan
kawasan
persekitaran.
Tajuk video:
Kebersihan Alam
Sekitar.

Murid akan
menyanyikan
sebuah lagu
kebersihan yang
ditanyangkan
melalui LCD.

Murid akan
mengenal pasti 3
aktiviti aktiviti
yang harus dan
tidak harus
dilakukan bagi
menjaga
keindahan alam

Aktiviti dijalan kan secara berkumpulan.
Guru memainkan lagu Kebersihan Alam sekitar dan
diikuti oleh murid-murid.
Guru menanyakan soalan tentang aktiviti yang
disenaraikan dalam lagu tersebut.

Murid akan mengenali kewajipan dan melibatkan diri
dalam penjagaan keindahan alam.

Apakah aktiviti yang kita harus lakukan bagi menjaga
keindahan alam kawasan tempat tinggal.

Murid akan menyenaraikan aktiviti yang patut
dilakukan dan tidak dilakukan bagi menjaga
keindahan alam kawasan tempat tinggal.

Contoh :

1. Jangan membuang sampah merata rata.
2. Buang sampah di tong sampah yang disediakan.
2. Jangan biarkan air bertakung.


LCD,
Pembesar suara
Skrin tayangan.



Tajuk video:
Kebersihan alam
sekitar.

www.youtube.com/watc
h?v=gJN7Eh3QR2o

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

11
kawasan tempat
tinggal daripada
lagu tersebut.

Kemuncak
3
(15 minit)

Guru
mengedarkan satu
lembaran kerja
kepada setiap
murid.

Menandakan tiga
gambar yang
menunjukkan
aktiviti yang wajar
dilakukan yang
menjaga
keunikkan alam
ciptaanTuhan.

Membuang
sampah di tempat
yang disediakan.

Membuang
sampah di sungai.

Pembakaran
terbuka.

Membuat gotong
royong untuk
membersihkan
kawasan

Aktiviti dijalankan secara individu
Murid bertindak secara individu dan menggunakan
KBKK untuk berfikir.

Murid akan mengamalkan sikap menghargai alam
ciptaanTuhan.

Murid akan mengenali kepentingan penjagaan
keindahan alam.

Murid akan mengenalpasti

Lembaran kerja diagihkan kepada murid.

Murid mendengar arahan guru.
Murid menjawab soalan.

Guru memberikan peluang kepada murid untuk
menberikan pendapat tentang isi pelajaran.

tiga aktiviti yang wajar dilakukan bagi menjaga
keindahan alam di kawasan tempat tinggal.

Murid akan memilih aktiviti yang yang sesuai bagi
mejaga keindahan alam di kawasan tempat tinggal.

Murid akan menyatakan aktiviti yang mereka lakukan
untuk menjaga keindahan alam di kawasan tempat
tinggal.

Lembaran kerja

ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

12
persekitaran.

Membuangsampa
h di tong
kitarsemula.


Penutup
(10 minit)

Menyusun puzzle
bergambar.


Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
Guru akan murid dalam mengagihan kumpulan.

Setiap kumpulan diwakili oleh 2 orang murid.

Murid akan mula menyusun puzzle bergambar
selepas mendapat arahan guru.

Kumpulan yang Berjaya menghabiskan puzzle
tersebut dengan cepat dan betul akan mendapat
penghargaan daripada guru
Murid akan sedar akan sikap mereka dalam
menghargai alam ciptaanTuhan.

Murid akan menyusun puzzle bergambar yang
menunjukkan kawasan tempat tinggal.


Puzzle menunjukkan tentang aktiviti bergotong royong
membersihkan kawasan tempat tinggal.

Selepas menyusun puzzle murid akan mengenalpasti
tema puzzle tersebut.

Tema: Sayangi alam sekitar.


Puzzle Bergambar.


ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

13
Refleksi :
20/22 orang murid dapat membuat perbandingan benda-benda ciptaan tuhan dan manusia, serta menyatakan aktiviti-
aktiviti untuk menghargai alam sekitar.
2/22 orang murid tidak hadir.










ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

14
RUMUSAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Setelah Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan siap berserta dengan Bahan
Bantu Mengajar berasaskan TMK yang dibina sendiri, saya menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun satu yang pilih. Oleh kerana faktor
ketiadaan murid bukan melayu yang belajar di sekolah saya, maka saya meminta
kebenaran guru besar untuk menggunakan murid tahun satu kelas kedua sebagai
responden.
Respon pertama yang saya perolehi ialah murid-murid tersebut agak teruja apabila
diperkenalkan dengan matapelajaran Pendidikan Moral. Mungkin matapelajaran ini
agak asing bagi mereka. Setelah diberikan sedikit penerangan barulah mereka faham
bahawa matapelajaran Pendidikan Moral adalah matapelajaran seiring dengan
matapelajaran Pendidikan Islam.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan , saya dapati murid-murid ini
sangat berminat mengikuti tajuk yang di pelajari terutama apabila bahan bantu
mengajar berasaskan TMK saya paparkan. Dengan warna-warna menarik dan pelbagai
animasi yang digunakan pada skrin tayang, respon daripada murid-murid sangat
memberangsangkan.
Begitu juga dalam sesi soal jawab, murid murid sentiasa cuba memberi idea dan
pendapat mereka. Walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat tapi
sekurang-kurang mereka berani mencuba. Itulah antara pendekatan rasional dan
tindakan sosial yang cuba diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral.
Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan semua murid terlibat dan mengambil bahagian.
Mereka berinteraksi dengan mesra dan seronok di antara satu sama lain. Semangat
bekerjasama jelas terjalin di antara mereka. Sikap berlumba-lumba untuk memberikan
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

15
sesuatu yang terbaik juga dilihat sebagai suatu persaingan yang positif.
Kesimpulannya, saya merasa dan berpendapat bahawa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya jalankan adalah sangat memuaskan dan berjaya mencapai
objektif.









ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

16
REFLEKSI
Dalam Tugasan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Moral ELM 3102
ini kami diberikan dua cabang tugasan di mana yang pertama kami dikehendaki
menyiapkankan satu perisian powerpoint mengenai Pendekatan Pendidikan Moral yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Cabang kedua pula
kami perlu mengenal dan menganalisis Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral yang
diaplikasikan di sekolah-sekolah rendah dan seterusnya memahami konsep pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral serta dapat mengaplikasikannya di dalam bilik
darjah.
Berdasarkan pengetahuan tersebut, secara individu kami perlu menghasilkan
satu Rancangan Pengajaran Harian. Di samping itu, kami juga perlu menghasilkan satu
Bahan Bantu Mengajar berasaskan ICT. Hasil dari perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan tersebut, kami dikehendaki menyediakan satu laporan
atau rumusan bagi mengenalpasti keberkesanan P&P yang telah dijalankan.
Setiap tugasan tugasan pasti ada cabarannya. Cabaran yang paling utama bagi
saya ialah melaksanakkan Rancangan Pengajaran yang telah disiapkan. Ini kerana di
sekolah saya tiada murid bukan melayu yang mengikuti matapelajaran Pendidikan
Moral. Jadi refleksi di akhir pengajaran pastinya tidak mencapai seperti apa yang
sepatutnya. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan
ini.
Dalam penghasilan kerja kursus ini, pada peringkat awalnya saya mencari
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

17
bahan-bahan yang diperlukan melalui internet, modul pembelajaran dan perkongsian
ilmu dengan guru-guru di sekolah serta rakan sekuliah, disamping menelaah beberapa
buah buku rujukan. Hasil dari maklumat yang diperolehi, sayai membuat draf ringkas
bagi melancarkan menyiapkan tugasan. Melalui draf yang telah dibuat hasil dari
maklumat yang dikumpulkan , saya merujuk kepada rakan-rakan lain yang
berpengalaman mengajar Pendidikan Moral..
Selain itu, saya juga sering berhubung dengan menggunakan teknologi yang
semakin canggih kini bersama rakan sekuliah.Kami saling merujuk antara satu sama
lain untuk memantapkan lagi kerja kursus ini melalui kemudahan ict yang semakin
canggih, walaupun kami dihalangi dengan pelbagai kekangan dan kesibukan sebagai
seorang guru dan tempat tinggal yang jauh. Walaupun pada awalnya saya berasa
tertekan dengan bebanan kerja kursus yang terlalu banyak, ditambah lagi terpaksa
berhadapan dengan program-program di sekolah yang memerlukan komitmen,
persediaan untuk murid-murid menghadapi ujian, namun saya bersyukur kerana dapat
menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.. Kepada rakan-rakan guru di
sekolah yang sedia membantu memberikan pandangan dalam penghasilan kerja kursus
ini., terima kasih saya ucapkan.
Selain itu, saya juga berterima kasih kepada, pensyarah pembimbing kami, Encik
Ahmad Bin Ariff di atas bimbingan dan kesabaran beliau dalam melayani setiap
permasalahan kami.
Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak, akhirnya
siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Proses terakhir ialah menyemak semua hasil
ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

18
Saya begitu berpuashati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan
lengkap dan tepat pada masanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Semoga bantuan
anda semua akan diberkati Tuhan yang maha esa.
Sekian, terima kasih.
DISEDIAKAN OLEH,

SELMAH BINTI SARAIL
691103-13-6062
BMM3











ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

19
RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1994). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan.
Kuala Lumpur. Longman Sdn Bhd

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan
Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian
Sukatan Pendidikan Moral Tahun 3 dan 4. Kuala Lumpur. Dewan bahasa Dan
Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah: Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka

Eow, B.H (2008). Moral Education. Kuala Lumpur: Prentice Hall





ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

20

Anda mungkin juga menyukai