Anda di halaman 1dari 3

Anai-Anai - Kenali Dia

ANAI-ANAI (Termites) ialah sejenis serangga perosak dari order


Isoptera yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding
rumah, buku dan perabot rumah. Rupa anai-anai (Sila lihat foto
diatas) seakan-akan semut dan warnanya putih atau gelap sedikit
bergantung kepada persekitaran disekeliling habitatnya.
Sebenarnya anai-anai bukanlah sama dengan jenis semut. Badan anaianai tidak bersayap berwarna putih dan struktur tubuhnya juga adalah
lebih lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.
Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya
membiak. Sementara itu kasta anai-anai pekerja mencari makan dan menjaga koloni dan
anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut atau musuh
yang lain terhadap koloninya.
Apa yang penulis perhatikan, lazimnya Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling
sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh
melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar
sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.
Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar
dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat
daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi
dua meter. Artikel subuh Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology"
mengenai anai-anai yang perlu kita kenali sebagai menambah
pengetahuan.
Masalah Anai Anai memang telah diketahui umum antara yang
memerlukan perhatian daripada pekebun, pemilik rumah, kilang dan
semua pihak berkaitan. Masalah paling selalu diperkatakan adalah
agak besar iaitu jika rumah anda diserang anai anai.
Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga
pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan
lain-lain lagi. Apa sahaja bahan organik yang ada didalam rumah kita
boleh dijadikan makanan kepada anai-anai. Uniknya adalah cara anaianai merosakkan benda tersebut memang tidak mudah dikesan sehingga ada tanda
kerosakkan yang serius.
Terdapat beberapa kes bumbung rumah runtuh, tiang tumbang,
jambatan rosak akibat diserang oleh anai-anai. Kerugian yang dialami
akibat serangan anai-anai adalah besar dengan nilai berratus juta
ringgit setahun.
Kita perlu juga tahu mengenai anai-anai dan bagaimana kitaran
hidupnya. Biasanya sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana
anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung.

Koloni anai-anai terdiri daripada kasta permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku
raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi
permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal.
Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan
terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru. Kelkatu merupakan satu
peringkat dimana anai-anai jantan dan betina mempunyai kepak dan terbang untuk
mengawan seterusnya menghasilkan koloni ditempat yang baru. Saya ada menulis mengenai
kelkatu dalam artikel sebelum ini (Sila Klik Disini). Walau pun kelkatu banyak terbang
lazimnya selepas hujan tetapi peratus yang berjaya membuat koloni baru adalah sedikit.
Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal anai-anai yang sering
dilakukan. Orang biasa panggil sebagai Ubat Anai-anai yang
sebenarnya adalah Racun Anai anai dalam bentuk cecair, butiran,
debu atau lain-lain formulas.
Racun anai-anai mempunyai tahap kebisaan (Kelas Racun) yang
berbeza-beza dimana yang biasanya digunakan di ladang-ladang
mudah diperolehi. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan
bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan
keburukan kepada kesihatan kita.
Dapatkan kepakaran daripada syarikat swasta yang membuat kawalan anai-anai profesional
jika perlu. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut
sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja (Itu jenis racun sentuh
sahaja). Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan
keadaan sesuai untuk menyerang kembali.
Salah satu cara lebih berkesan ialah kita perlu mengupah pembasmi
anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah ribuan
ringgit bergantung kepada kualiti tahap kawalan dan bajet.
Terdapat kawalan anai-anai yang dibuat sekali tetapi mempunyai
jaminan lama seumur hidup dan ada yang mempunyai jangkamasa
hanya beberapa bulan atau tahun sahaja. Mereka akan mengepam
racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak
umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya (Sila lihat foto
sebelah).
Kaedah kawalan mudah terkini ialah dengan kaedah memberi umpanan. Pengguna boleh
melakukannya sendiri di rumah dengan belanja yang berpatutan. Caranya mudah sahaja,
cuma Tampalkan kotak umpan TermitesDIY di sepanjang 'lumpur terowong atau jalan anaianai (terowong anai anai) atau tempat anai-anai berkumpul (biasanya di bawah kotak, kayu
dan lain-lain). Anai-anai menyukai umpan ini, mereka akan bawa balik ke sarang, biar anaianai makan dan berbagi racun umpan kepada semua anai-anai dalam sarangnya.
Kajian mendapati setelah 21 hari kita akan melihat banyak bahagian umpan yang telah
dimakan. Selapas itu tidak ada anai-anai di dalam kotak dimana koloni anai-anai anda sudah

berjaya dihapuskan sehingga kesarang anai-anai. Semuga artikel ini memberikan ilmu
berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology". Berjumpa lagi dalam artikel lain.

ANAI-ANAI... MEROSAKKAN HARTA...


DALAM RUMAH...DIA AKAN BERADA...
DALAM KEBUN... SAMA SAHAJA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...

Anda mungkin juga menyukai